BAB 31

Setelah Mal menceritakan segala yang telah berlaku sebelum ni ( refer pada BAB 30 & 29, 28) barulah kini Akil tahu akan sebabnya kenapa Tina menghilangkan diri dan mengapa Qis juga pergi meninggalkan Mal, barulah dia tahu akan sebab dan puncanya kenapa mereka berdua itu tiada hingga kini.

Akil memandang Mal yang duduk berteleku di sebelahnya dengan pandangan yang kosong. Sukar rasanya untuk mempercayai Mal yang dulunya selalu tampil kemas dan menarik kini sudah jauh bezanya dengan Mal yang sekarang.

Mal kini menjadi Mal yang tidak bersemangat, penampilan juga tidak terurus, ia boleh dilihat pada jambang nya yang kian melebat pada dagunya, malah misainya juga tidak dicukur. Malah otot-ototnya yang dulunya jelas kekar kelihatan kini kian menghilang lantaran disebabkan berat badannya yang susut mendadak. Semestinya ia disebabkan faktor kurang selera makan dan gaya pemakanannya yang tidak teratur.

Berat hati Akil untuk bertanya, kerana dia boleh mengetahui tiada jawapan di situ. Tentu sekali die mahu bertanya dimanakah mereka berdua sekarang? Iaitu Qis dan Tina.

Ingin sekali dia memohon kemaafan pada Tina dan berharap bahawa Tina kembali ke sisinya. Tetapi dia tahu, rasanya mustahil untuk dia melakukan itu, lokasi Tina dimana pun dia tidak tahu, khabar darinya apatah lagi. Hakikatnya dia tidak mengetahui apa-apa pun tentang Tina! ‘Ah…Tina kemanakah kau pergi? Sesungguhnya aku merasakan kehilanganmu kini yang tidak pernah aku lalui dahulu. Sesungguhnya kehilangan itu amat menyakitkan apatah lagi suatu penantian.’ Bisiknya dalam hati.

‘Apa kita nak buat sekarang Mal?, takkan kita harus menunggu je? Come on lah, kau kan Mal dan aku kan Akil takkan kita nak menyerah kalah macam tu je? Ataupun berdiam diri macam sekarang? Semua tu takkan kemana Mal!! Hakikatnya sekarang kita perlu usaha!!! Bersedih dan mengurung diri macam ni takkan membawa pada jalan penyeselaiannya!. Kau mahu Qis balik kan? Dan akupun mahupun Tina balik so we have to get our women back. Tak kira macamanapun usaha itu perlu.’ Ujarnya dengan bersungguh-sungguh pada Mal sambil memegang erat pada bahu Mal dan menepuk belakang Mal beberapa kali tanda untuk  memberi semangat padanya.

Mal tersenyum kecil dengan kata-kata Akil. ‘Kau ingat aku tak pernah berusaha ke? Kau ingat aku nak duduk diam macam ni je? Aku dah cuba macam-macamlah Akil! Tapi semuanya tak berhasil. Aku buntu, tak tahu apa lagi yang aku perlu buat. Tapi mungkin penantian itu perlu kalau itu boleh membayar segala kesakitan dan kelukaan yang telah kita berikan kepada mereka. Tetapi yang pasti kita perlu tidak berhenti dari berusaha untuk mencari mereka. Aku Cuma takut jika saat aku menemui mereka, segalanya sudah terlambat bagi mereka, tetapi tak pernah terlambat bagi aku. Andainya saat itu bagi mereka semuanya telah terlambat, aku tidak akan sesekali menyerah kalah begitu sahaja. Kerana bagi aku saat aku melafazkan nikah, saat itu aku tahu dialah orang yang aku mahu for the rest of my life. So I wont give up no matter what.’ Balasnya sambil tersenyum pada Akil.


BAB 32

Sudah tiga tahun kini, Qis masih juga tidakku temui. Jalan buntu selalu menghampiri bisikan rindu makin menggila sayangnya yang tidak berpenghujung bagaikan air sungai yang sentiasa mengalir.

Mal bangun dari tempat pembaringanya dan pergi pada tingkap untuk melihat pemandangan luar. Tiba-tiba dia terasa deruan nafas dan dakapan mesra dari belakangyang  boleh dirasai oleh jarinya yang halus memeluk erat dirinya dari belakang. Haruman estee lauder kegemaran Qis boleh di bau kuat olehnya, terasa bagaikan mimpi apabila Qis mengusap lembut pipinya sambil memberikan senyuman yang manis beserta ciuman yang lembut sekali hingga hangatnya boleh dirasainya kini. Lantas Mal memegang tangan Qis yang lembut mengusap pipinya, dan dia menangis apabila tersedar dari khayalannya yang palsu. Sungguh dia amat merinduinya kini.

Di Venice…

Qis bangun dari tidurnaya apabila dia tersedar dari mimpinya. Dia menangis sekuat hati apabila mengingatkan akan mimpi yang baru dialaminya tadi. Sungguh kerinduan kini terhadap Mal menjerut tangkai hatinya, hatinya menjerit memanggil nama Mal dan ingin berada di sisinya. Tetapi akal mengatakan sebaliknya. Mengapa harus ikut kata akal jika hati terseksa menanggung penderitaan yang dicipta olehnya kini. Kalau kemaafan itu suatu keperluan yang boleh membawakan ia kepada kebahagiaan mengapa tidak dia harus lakukankanya ?. Soalnya dalam hati.

Lantas dia tanpa berfikir panjang, mengambil telefon dan mendail nombor yang amat dikenali dan diingatinya hingga kini.

‘Hello….hello…Mal speaking. May i know who’s in the line ?’
Qis tidak menjawab hanya air mata yang meluahkan segalanya, dia menutup cepat panggilan tersebut. Hatinya masih sakit, sakit teramat hanya ALLAH yang tahu.


Di perkarangan rumah Mal…

Selepas panggilan dari penerima yang tidak dijawab dan diputuskan secara tiba-tiba itu, dia amat yakin itu adalah panggilan dari Qis. Ya itu Qis aku amat pasti itu. Itulah suara tangisan yang selalu aku tenangkan suatu ketika dahulu dan air matanya yang selalu mengalir itu selalu aku usap lembut dan memeluknya erat badanya yang kecil untuk menenangkan hatinya.

Qis…..here I come..bisiknya dalam hati dan mendail cepat penyiasat persendiriannya untuk menjejak nombor panggilan yang baru sahaja dia terima.