BAB 9

Di honeymoon..

‘ish..sejuknya kat sini, Tebal gila salji dia…mama dan papa ni saje je pilih tempat sejuk-sejuk. Nak aku mati kesejukan ke kat sini?’ Bebelnya dalam hati sambil mengusap berulang kali lengannya dek kesejukan yang melampau.
‘you sejuk ke?, nak pakai jaket I?’ Tanya Akeel pada Aira.

‘Eh tak perlulah. Tak sejuk mana pun ni.’ Tipu Aira

Akeel hanya tersenyum, tahu dia akan  kedegilan dan keegoan Aira lantas dia membuka jaketnya dan menyarungkan ke tubuh kecil milik Aira.

Selang 40 minit kemudian, Aira melihat Akeel menggigil menahan kesejukan. Lantas dia bercakap ‘ nah ambiklah balik jaket you ni. I bukanlah kejam nak mendera orang. Tak perlulah nak jadi gentleman this time. Kita sama-sama sejuk I faham’ Katanya sambil tergelak kecil.

Akeel menyambut huluran jaket  itu dengan muka yang masam. Walaupun malu untuk mengaku dia kesejukan namum dia mengambil juga huluran jaket itu. Dalam hati dia boleh mengetahui kenapa tempat ini yang dipilih oleh ibunya.
‘haish..ibu-ibu..tak ada tempat lagi menarik ke nak suruh pergi honeymoon, tempat sejuk-sejuk macam ni jugalah dia suruh pergi. Haish…tahu sangat aku dengan motif mama ni. Ni mesti dia nak suruh aku dan Aira duduk dekat kat hotel je ni. Heii..kalau dah sejuk macam ni sIapa yang nak keluar jalan lama-lama’ Bebelnya dalam hati.

‘Dah jomlah Aira, sini sejuklah jomlah kita balik hotel. Kalau you tak puas shopping nanti kita datang sini bila musim bunga mahu ?’ Tanya Akeel pada Aira.

‘kenapa cepat sangat nak balik?, hahahahahha…you ni tak macholah. Sejuk sikit dah nak balik.’ Balasnya sambil tergelak dan berjalan laju.

‘heshm, apa you kata? Apa ingat I tak tahan sejuk ke? Cuma I dah bosan sangat tau teman you jalan dekat luar ni. Eleh..sejuk tu saja alas an I bagilah!’ Balasnya.

‘haha yeke? I tengok you dah macam budak kecik menggigil kesejukan je. Badan je besar tapi tak tahan sejuk pun!’ Usik Aira.

‘eh..badan besar? Hehe u pernah ke tengok badan i?’ usiknya nakal.

‘alah tengok you dari sini pun boleh agak tau!, u kan besar dahlah tinggI dah macam gergasi pun ada.’

‘apa? Gergasi? I hensem-hensem macam ni you kata I gergasi?, ish sungguh tak patut.’
‘Ceh perasan! Hensem ke? I tengok biasa je?. Katanya sambil memandang tepat ke arak Akeel. Tetapi jauh di sudutnya mengatakan sebaliknya.

‘Alah..i tahu you tipu je tu. Kat hati you tu dah terang-terang cakap i hensem tau!’

‘eh..perasanlah you. Mat saleh kat sini lagi hensem tau’

‘Yeke?, tapi I tengok minah-minah saleh kat sini tak henti-henti pandang I pun?. Mat saleh pun kalah dengan I tau!

Dalam hati Aira mengakui kata-kata yang baru di ucapkan oleh Akeel, tetapi saja dia menyangkal dengan mengatakan ‘ alah tu dorang pandang you sebab you tak tahan sejuk! Bukannya sebab you hensem!

‘apa u kata???’ Tanya Akeel geram sambil berlari mengejar Aira. Sedikit sebanyak kemesraan mula terjalin antara mereka tanpa mereka sedari.