BAB 6

Sedang Aira leka melakukan tugas kerjanya, dia didatangi tetamu yang tidak di duga sama sekali. Dia terjerit gembira dan terus memeluk kakaknya yang datang secara tiba-tiba dan tambah terkejut apabila kakaknya datang bersama suaminya dan kelihatan mereka berdua begitu mesra dan gembira. Ini dapat dilihat apabila tangan halus milik kakaknya erat melingkari tangan sasa milik abang iparnya dan senyuman mereka bertaut satu memandangnya bahagia. Malah jambangan bunga yang erat dipegang sebelah kiri kakaknya itu begitu cantik sekali, boleh diagak pasti jambangan bunga itu diberikan abang iparnya untuk kakaknya.

‘wah..kakak..datang jauh-jauh bawa bunga. Untuk Aira ke?’ Tanya Aira nakal walaupun dia mengetahui jambangan itu bukan untuknya kerana jelas kelihatan nama Aisyah pada kad yang kelihatan pada jambangan bunga itu.

‘oh..bukanlah Aira ini Ashriq yang bagi, kebetulan kitaorang lalu kat sini tu yang singgah sekejap dekat ofis Aira ni. Oh yah hadiah untuk Aira dan Akeel ade akak simpan dekat rumah. Tujuan kitaorang datang ni, untuk jemput korang makan dekat rumah baru kitaorang. Papa dan mama kita dan kedua mentua kita pun ada sekali. Ha..kalau nak hadiah pastikan datang tau!’ Kata Aisyah bergurau nakal kepada adiknya.

‘amboi-amboi..datang dengan tangan kosong boleh pula mengugut ya? Yelah-yelah Aira  akan datang esok!. Hehe make sure my present tu mesti yang best-best tau kalau tak Aira nak merajuk dengan kakak!. Dah berbulan tak jumpa contact pun tak. Sekali masa pagi perkahwinan kita jelah akak call tau.’ Katanya dengan nada merajuk persis seperti kanak-kanak yang minta diberi perhatian.

Kakaknya tersenyum manja dan berkata ‘ Aira ni…masih manja macam dulu! Sekarang mana boleh manja dengan akak tau. Aira kan dah jadi isteri orang’ Balas kakaknya mengingati Aira akan status yang telah dipegangnya kini.

Sedang rancak perbualan mereka, mereka dikejutkan dengan kehadiran Datin Asiah bersama Akeel di ofis milik Aira. Kelihatan wajah Akeel sedikit keruh melihat kemesraan yang tercipta antara abangnya dengan Aisyah.  ‘Senangnya kau melupakan aku’ bisik hati kecilnnya marah, walaupun dia tahu dia yang menyuruh Aisyah menerima lamaran abangnya.
‘Oh hey…Akeel…I miss you bro. Perghh…dah lama aku tak Nampak kau . Kenapa kau kelihatan makin kurus ni? Ceh aku pula makin berisi ni. Habislah aku Nampak gemuklah bila jalan dengan kau ni. Hahahaha’ usik abangnya Ashriq kepada adiknya Akeel.