Bab 30

Setelah Qis mengetahui segala kisah kehidupan Tina dan bagaimana papanya menghancurkan masa depan Tina dan mamanya Qis hanya terdiam kerana terlalu terkejut dan sukar untuknya mempercayai bahawa daddynya telah melakukan sesuatu yang buruk yang tidak pernah dibayangkan olehnya.

‘Kenapa diam Qis?, terkejut? Tak percaya?. Kau ingat daddy kau ni ‘baik’ sangat? . Dia bukanlah sebaik yang kau sangka. Kejahatannya melampui kebaikannya.’ cakapnya sinis.

‘Dan kau masih tidak tahu satu perkara Qis…kenapa aku terlalu membenci kau!, kau merampas Mal dari aku dan kau dapat segalanya apa yang aku tak dapat. Kau hidup bahagia dan diulit kemewahan sedangkan aku menderita.  Dan apa yang kau tak tahu, bagaimana kau telah berkahwin dengan Mal, dan bagaimana pertunangan kau terputus dan aku berkahwin dengan Akil. Semuanya adalah hasil dari rancangan aku dan Mal’ katanya sinis sambil memandang tepat ke wajah Mal.

Qis terpempan. ‘Apa maksud kau Tina? , Mal? Apa semua ni?’ balas Qis bingung.

‘Shut Up u Tina!! u hanya tahu merosakkan rumah tangga orang saja!’ Jerit Mal.

‘Kenapa? u takut ke Qis tahu pekara sebenar? Kalau tak salah kenapa perlu takut?’ bidas Tina.
‘Mal..please jangan marah dia, I berhak tahu perkara sebenar. Jika u masih cintakan I berlaku jujurlah dengan I. Now, do u want to tell me everything or I’ll ask Tina.’ Balas Qis.

‘Ok..ok..i tell u everything, I yang menyebabkan Akil dan Tina tertangkap basah. Semuanya sudah dirancang dari awal oleh I dan Tina.  Dan disebebkan itulah perkahwinan u dan Akil terpaksa dibatalkan dan I yang menawarkan diri untuk berkahwin dengan u, untuk menutup malu keluarga u disebabkan pembatalan perkahwinan u dengan Akil.  


Tapi u dah tahu dah semua ni…Cuma disebabkan u dah hilang ingatan u tak ingat lagi semua ni.’ Balas Mal perlahan.

‘Oh..oh…Mal lupa nak tambah perisa kat cerita dialah, lupa pulah dia nak bagitahu bahawa I adalah bekas isteri dia!’ Saja Tina mencelah perbualan antara Mal dan Qis. Saja dia mencelah untuk menambah bara di hati Qis,

‘what??, Tina tu dulu isteri u?’ kenapa u tak pernah bagitahu?’’’ soal Qis marah.

‘it’s not important…..what past is past…..u doesn need know bout it pun. Plus dia bukanlah siapa-siapa bagi I, walaupun dia adalah bekas isteri I tapi bagi I dia bukan sesiapa bagi i.’ Balas Mal.

‘Huh..bukan sesiapa konon…cakap sayang cakap cinta sudah habis madu sepah dibuang.’ Bidas Tina sinis.

‘Hey..tu bukan salah I ok!, u yang mata duitan terima duit dari ibu I dan tinggalkan I setelah terima duit kan?. Now u want to blamed me?’ what the hell?’ balas Mal marah.


‘Then u percayakan semua tu?, ada u bagi I peluang untuk memberikan penjelasan? U terus halau dan tinggalkan I macam itu je. 


Hey kalau I ni mata duitan dah lama I terima duit ibu u tawarkan sebelum I kahwin dengan u lah!, Kenapa mesti sudah lepas kahwin baru I terima sedangkan I dah mengandungkan anak u!.  U tolak I dan u sebabkan I keguguran!. U rampas kebahagiaan i!, u sama macam daddy!! Lelaki tak guna!!’ jerit Tina marah.

Mal terkejut.

‘kenapa u terkejut?, u tak percaya? Selama u di oversea I bagi beratus-ratus surat dekat u, tapi satu pun u tak balas!. U memang kejam!.’ Jerit Tina lagi sambil air mata mengalir deras.

Qis terkejut dengan pengakuan Tina. Qis kecewa…kecewa dengan dua insan bernama lelaki dari ayahnya sendiri dan suaminya juga. Tahulah dia kini mengapa Tina begitu membenci dirinya.

‘Dan u Mal…lepas u tinggalkan I..u kahwin dengan Qis…u bahagiakan Qis lebih dari masa u bahagiakan I dulu!. I cintakan u, tapi u masih tak balas dan u cintakan Qis!. Semua lelaki sama sahaja!. 


Dan Akil pun tak guna!, cakap sahaja cinta tapi perangai macam haiwan!. Pukul orang sesuka hati dan berfoya sana sini. Oh…mana tak begitukan? ,dah dia dengar nasihat dari Qis ni…Qis kan lahir perut manusia perempuan yang tak berhati perut dan dari benih yang tak tahu menghargai perempuan macamanalah Akil tak jadi macam tukan?, dan u pun Qis.....sama je macam mama yang rampas daddy dari emak i!. 


U dah dapat Mal u nak pula si Akil tu ye..memang betina tak tahu untung!’ Bidasnya sinis dan bersuara penuh lantang. Puas dia kini kerana sudah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.


‘Stop it…I tak ada apa-apa dengan Akil…dan u Mal..i kecewa dengan u…u tak jujur dengan i. Apa yang u buat ni sungguh mengecewakan. Memanglah I sudah hilang ingatan tapi I mempunyai banyak masa bersama u, u sepatutnya boleh saje beritahu I perkara sebenar ni sebelum semuanya terbongkar macam ni. 


I kecewa dan  kecewa dengan u….. Bukan je I kecewa sebab ketidakjujuran u malah I kecewa dengan perangai u. U sebabkan Tina menderita dan u tak beritahu pun I kenapa punca dia benci i. Sejahat-jahat Tina dia mempunyai sebab kenapa dia begini. Dan u? apa sebab u Mal?’ kata Qis sambil menangis teresak-esak.

‘sebab..sebab I cintakan u Qis..’ balas Mal perlahan.

‘Cinta? Jika cinta u sepatutnya tahu bagaimana untuk menghargai cinta dan bagaimana untuk kita jujur dengan orang yangk kita cinta dan untuk menjadikan cinta itu satu cinta yang bermakna untuk kita. ‘Ujar Qis perlahan.