BAB 3
Dia turut merebahkan diri di katil tanpa berfikir panjang setelah penat seharian melayan tetamu dan memakai kasut tumit tinggi, sungguh dia lega kini kerana tiada lagi perkara yang perlu dirisaukan, kerana apa yang ingin dijauhi tidak akan terjadi. Jauh di sudut hatinya dia mengerti mengapa kakaknya begitu mencintai lelaki yang kini itu, ini kerana jelas sekali terpamer kekacakan milik seraut wajah bernama Akeel apabila dia memiliki sepasang mata yang berwarna biru laut dan mempunya lesung pipit yang dalam menyerlahkan lagi aura keseksiaaan yang dimiliki oleh lelaki itu. Apatah lagi dia mempunyai sepasang badan yang tegap apabila dapat dia melihat sekilas pandang apabila dia menyalin baju tidurnya. Tahu dia kini kenapa kakaknya begitu angau bercerita tentang kekacakan dan kebaikan yang dimiliki oleh Akeel. Tahulah dia akan keistimewaan yang dimiliki oleh suaminya itu. Malah kebaikannya boleh diakui apabila dia langsung tidak di usik olehnya.
Kedengaran jam loceng berbunyi menandakan malam sudah bertukar siang. Aisyah bangun membersihkan dirinya dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang isteri apabila mengejutkan suaminya yang lena diulit mimpi untuk bangun menunaikan solat subuh bersamanya.
Lingkaran sasa tangan milik Ashriq lembut memeluk erat belakang isterinya Aisyah dan mengucapkan kata-kata cinta. Sungguh hati milik suaminya bahagia dapat melayari rumah tangga bersama perempuan yang dicintainya. Dan dia berharap adiknya merasai yang sama. Aisyah hanya diam tanda merelakan dan redha akan ketentuan yang telah Allah ciptakan untuknya. Dia yakin kebahagian itu pasti akan tiba apabila perkahwinan itu berlandaskan Islam dan bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Dan dia yakin pilihan kedua ibu bapanya itu tidak akan silap kerana dia yakin ibu bapanya tahu apa terbaik untuk anak-anaknya. Kematangan yang dimiliki oleh Aisyah begitu berbeza sekali dengan Aira yang tidak menerima takdir yang telah tercipta untuknya. Dia tahu mengapa perkahwinan ini terjadi dan dia tahu mengapa dia dikahwinkan dengan Akeel dan sungguh dia tahu Akeel hanya ingin mengalah pada abangnya iaitu Ashriq yang jelas begitu menyukai kakaknya dan begitu memuja kecantikan yang dimiliki oleh kakaknya itu. Semua ini dilakukan atas pengorbanan dan kasih sayang Akeel terhadap abangnya, apabila dia sedar diri ini hanyalah anak angkat, dan sudah banyak terhutang budi dengan abangnya apabila abangnya pernah mendermakan buah pinggang kepadanya semasa suatu ketika dulu dia tenat sakit dan memerlukan penderma buah pinggang.
Aira mengambil sikap berdiam diri dan tidak peduli apabila menyedari Akeel langsung tidak ingin bercakap dengannya apatah lagi untuk berbual dengannya. Dia tidak memaksa dan sedikit sebanyak menyukai keadaan dingin ini. Kerana baginya perkahwinan ini hanya menuggu masa untuk berakhir. Kerana dia tahu akan perbandingan yang nyata antara dia dan kakaknya itu. Dia bukanlah seorang yang lembut seperti kakaknya, dan bukanlah seorang penenang yang sering dipuji oleh sesiapapun yang mengenali kakaknya. Kesopanan kakaknya itu tidak boleh disangkal apabila orang tua kerap memuji dan begitu menyukai kakaknya. Dia jelas tahu yang mana kaca dan mana permata, lantas dia tidak meletakkan sebarang harapan atas perkahwinan yang telah terjadi. Dan dia sedar sejak dahulu lagi kesopanan kakaknya itu boleh menambat hati sesiapapun mahu yang tua, muda ataupun lelaki. Ketenangan itu jugalah yang mampu meresahkan setiap jiwa lelaki yang memandangnya apatah lagi kakaknya memilik seraut wajah yang begitu cantik. Cantik luarannya cantik juga dalamannya, dia tidak akan sesekali menyangkal kebaikan dan kecantikan hati kakaknya itu apatah lagi kerana kakaknya itulah tempat dia selalu mengadu dan bermanja. Ketenangan kakaknya mampu menenangkan hari yang muram menjadi ceria. Apatah lagi kakaknya itu begitu memanjakannya dan mengalah dengannya serta sentiasa berada disisinya dan menyokong setiap apa yang dilakukan. Sungguh kini sukar untuknya menerima apabila dia sendiri telah merampas kebahagian milik kakaknya itu. Ya dia tahu bukan kesalahannya perkahwinan ini terjadi, tetapi dia tahu sepasang milik hati kakaknya terletak pada seraut wajah tampan milik Akeel.
0 comments:
Post a Comment