BAB 2
Maafkan aku, desis hati kecilnya. Lamunannya terhenti apabila suaminya kini memecahkan lamunan apabila menepuk belakang badannya dan mengatakan kunci bilik mereka sudah berada di dalam genggamannya. Dapat dilihat sepasang mata milik suaminya memandangnya sayu menandakan hatinya yang jelas sengsara.
‘I rasa sungguh gembira kerana you sudi jadi isteri I. Dan sugguh I harap adik I juga gembira dengan pasangan pilihannya’. Kata Ashriq kepada Aisyah. Dan Aisyah juga membalas kata-kata yang sama yang dikatakan oleh suaminya. Sungguh dia reda dengan perkahwinan ini, walaupun jauh di sudut hatinya terseksa dengan kebaikan hatinya yang dicipta sendiri olehnya.
‘Jom kita solat berjemaah bersama buat kali pertamanya sebagai suami isteri dan memohon kebahagian dan keredhaan darinya.’ Kata suaminya sopan.
‘Tapi I nak mandi dulu, you tak kisahkan kalau I yang mandi dulu? ‘ balas Aisyah tenang menjawab ajakan murni suaminya itu.
Sambil tersenyum kecil suaminya mengangguk perlahan tanda faham dan mengizinkannya. Sungguh hatinya terpana melihat seraut wajah yang tenang dan kelihatan begitu lembut sekali bagaikan angin yang menyapa lembut. Dan kelembutan itulah yang mencuri hatinya meresap terus masuk kedalam hatinya dan sudah tertulis sepasang nama milik Aisyah terukir kukuh di hatinya. Sungguh dia bersyukur.
Aisyah sedia menunggu hingga suaminya sedia untuk bersolat dan selesai membersihkan diri. Terasa masa begitu cepat berlalu apabila terasa bisikan yang halus menyapa lembut telinganya mengajaknya untuk berjemaah bersama. Dan boleh terbau haruman badan Lux pada badan suaminya sedikit sebanyak meresahkan hatinya. Bagaikan air yang tenang kian berkocak.
Setelah mereka selesai solat berjemaah, sepasang milik tangan yang sasa menadahkan tangan untuk bersalaman dan memandang tepat pada wajahnya tanda huluran salam untuk disambut. Saat dia menyambut huluran terasa dahinya dikucup lembut bagaikan saat dia dinikahkan oleh suaminya Ashriq.
Dapat dirasakannya sepasang mata itu jelas merenung seraut milik wajahnya dan dirasakan mata itu memandangnya dengan penuh mendalam bagaikan seorang perenang yang ingin menerokai seluas keindahan alam lautan yang tak berpenghujung.
Berbeza pula situasi yang dialami oleh adiknya Aira dan Akeel dimana situasi yang dingin jelas kelihatan apabila tiada satupun kata-kata yang terluah dari mulut oleh pasangan masing-masing. Kelihatan suami Aira merebahkan diri dan baring di sofa setelah selesai membersihkan diri dan dapat dilihat dan diagak apabila sudah tersarung selimut dibadan milik suaminya. Sikitpun hatinya tidak terusik akan kelakuan oleh suaminya sebaliknya dia berasa bersyukur. Jika hati tak cinta mengapa perlu diusik bunga ditaman. Katanya dalam hati dan menyetujui perbuatan yang dilakukan oleh suaminya itu.
0 comments:
Post a Comment