BAB 8
‘Apa????, mama dan papa nak suruh kami pergi honeymoon?’ Tanya Akeel dan Aira serentak.
‘laa…kan kami dah kata, kami busy tak ada masa nak pergi honeymoon kenapa mama dan papa susah payah belikan kami tiket dan tempah bilik hotel?.’ Luah Akeel tidak puas hati kepada ibunya.
Dato Jamal ayah kepada Akeel dan Ashriq menyampuk ‘ laaa…orang hendak suruh pergi honeymoon bukannnya hendak suruh berkebun. Patutnya kau bersyukur mama dan papa buat ni semua tau. Pasal busy dengan bisnes tu kau jangan risaulah, tahulah papa uruskan bisnes syarikat kita tu. Dan kamu Aira tak perlulah hendak risau dengan bisnes butik-butik kamu tu. Tahulah mama kamu tu jaga bisnes kamu tu. Ha…kan kamu dan mama ni sama-sama partner dalam bisnes kamu tu. Sudah tak perlu hendak dibimbangkan soal kerja. Sekarang kamu cume perlu bersiap-siap pergi honeymoon je’ Balas bapanya tegas kepada Akeel.
Aisyah pula menambah ‘ Betul tu Akeel dan Aira, tak perlulah kamu berdua risau. Tahulah mama dan papa jagakan bisnes kamu berdua tu. Kalau kamu risau juga boleh aja kakak hulurkan tangan membantu. Macamana, kamu setuju ?’ Sampuk kakak iparnya.
Akeel memandang terkejut dengan kata-kata yang diluahkan oleh Aisyah, tahulah dia kini tiada lagi untuknya tempat di hati Aisyah. ‘ Ah..baik..kau yang suruh aku pergi kan ?, ok aku pergi !. ‘ Bisik hati Akeel membuat keputusan terburu-buru tanpa bertanyakan pada Aira.
‘Okey, Akeel setuju. Jadi bila honeymoon itu? Akeel dah tak sabar nak pergi ni.’ Katanya sinis sambil memandang tepat pada Aisyah. Aira pula tersentap dengan persetujuan Akeel, sungguh dia tidak menyangka bahawa Akeel akan menyetujui dengan rancangan mama dan papa mertuanya itu. Tahulah dia akan sebabnya kenapa Akeel bersetuju hendak pergi apabila dia melihat Akeel memandang kakaknya tanpa henti. Dalam hati dia mengeluh panjang.
Dalam perjalanan balik kerumah mereka, Aira memecahkan suasana sepi dengan bertanyakan soalan. ‘ Kenapa you setuju nak pergi honeymoon tu? Bukan kita berdua dah sepakat ke nak tolak mentah-mentah kalau kedua ibu bapa kita suruh kita honeymoon?’ bentak Aira tidak puas hati.
Akeel hanya tersenyum tenang, ‘ alah..anggap jelah kita pergi bercuti dan bukannya honeymoon.’ Balasnya pendek.
‘Ah..senanglah you cakap, I tak sukalah pergi bercuti ni. Lagi-lagi dengan you, Rasa janggal tahu tak’ Luah Aira.
‘Habis tu you hendak buat apa?, kita sudah setuju kan?.’
‘eh..correction! you yang setuju bukan i!!’ Bentak Aira.
‘I tahu you setuju hendak pergi ni pun sebab you nak buat kakak I cemburu kan?. You pun tahu kan antara you dan dia sudah tak ada apa-apa pun lagi. Kenapa hendak buat dia cemburu pula? U kene sedar kakak I tu dah tak sayangkan you lagi.’ Bebel Aira tidak puas hati.
Akeel memberhentikan keretanya secara tiba-tiba, membuatkan Aira terkejut. ‘you senyap boleh tak!, bisinglah. I nak pandu pun susah. Whether u like it or now, I dah decide kita akan pergi honeymoon tu. So you have to go with me no matter what.’ Balas Akeel tegas.
‘I takkan pergi’ balas Aira pendek saja hendak menyakitkan hati Akeel.
‘ok, kalau you tak nak pergi you kena tunaikan tanggungjawab you sebagai isteri i. Macamana setuju?’ saja Akeel menggugut Aira walaupun hakikatnya dia tidak sedikitpun mahukan layanan mesra Aira.
‘ah..jangan haraplah. Apa you ingat I Aisyah yang boleh ikut je cakap you?’
‘ Ya I tau you bukan Aisyahlah I ugut you dengan cara ni. Kalau you tak suka then u just shut up dan ikut I pergi honeymoon ok?. Jangan cabar I, I takkan sesekali tarik balik apa yang I cakap.’ Katanya tegas.
0 comments:
Post a Comment