I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

In:

Bab 20 Kenyataan Mimpi

BAB 20

Qis lantas menyarungkan telekungnya apabila kedengaran tapak kaki Mal yang kian hampir. Qis gugup memikirkan reaksi Mal apabila melihat pakaian tidurnya. Rasa gemuruh dan takut bercampur baur malah degupan jantung Qis kian laju.

Kedengaran buyi pintu dibuka. Degupan jantung Qis kian laju. ‘Arggh…asal aku takut semacam ni…eee…Qis relax…relax..cool okay…nanti dia ingat aku tak betul lak…aduyai…napa lak aku pergi admitted tadi yang aku pun suke kat die? Ha..tak pasal-pasal nanti aku kena bersedia pula jadi isteri dia..’ Qis mengeluh sendiri sambil duduk di atas sejadah menanti Mal untuk berjemaah bersama.

‘u…kenapa termenung tu?, I dah ready nak solat ni. Jom kita solat sama-sama ya’. Tegur Mal secara tiba-tiba memecahkan lamunanku.

Usai solat…….

Belumpum sempat Qis membuka telekungnya, dia diganggu dengan deringan telefon bimbitnya.

‘Fuh..selamat….aku…hehe sapalah penyelamat aku yang telefon ni. Haha..aku memang saje nak lambat-lambat buka telekeung ni. Malu oo pakai baju macam ni. Dahlah dengan Mal!, tak pernah aku pakai seksi-seksi bila ade orang lelaki ni.’. Cakap Qis dalam hati.

‘Helo, assalamualaikum…sapa ni?’

‘Waalaikummussalam, ni daddy la Qis. Tak kenal lagi ke suara daddy?’

‘la….bukan apalah daddy..ni line macam tak betul la. Jadi dengar suara daddy pun macam tersekat-sekat je…Daddy sihat?’

‘OH…daddy sihat je, rindu nak dengar suara Qis. Sebabtu daddy call ni.’

kalau

Qis tidak sedar perbualannya dengan daddynya telah berlarutan selama sejam setengah. Hmm..dalam diam ada sesorang yang memerhatikan gelagatnya. Siapa lagi kalau bukan Mal?.

‘Daddy…daddy? Daddy? Hello…hello….dad? r u still there? Dad….????’ Qis cuba mendengar di talian jika tiba-tiba suara ayahnya kembali ada. Tiba-tiba telefon bimbitnya disambar Mal, Qis terkejut.

‘Apa….’ Belumpum sempat Qis menghabiskan kata-katanya. Mal telahpun mengucup bibirnya lama. Beralih pula keleher gebu Qis. Mal mencium segenap inci lehernya. Qis kaget. Tindakan Mal membuatkan dia terdiam, dan terkaku sebentar.

‘Mal…’

‘Shh….. I love you Qis…I love you so much’ bisik Mal perlahan sambil terus mengucup lehernya.

‘Mal…i….’

‘Qis…I want u back. I want u to be my wife again. I want our life to like before. U fahamkan Qis?’ Soal Mal secara tiba-tiba apabila aku kerap memanggil namanya dan cuba untuk menolak badannya.

Qis hanya diam….dia berfikir sejenak. ‘ Sampai bilakah aku perlu lari dari perasaanku?, lari dari kenytaan ni….lari dari tanggungjawab….dan lari dari situasi yang ingin aku elakkan. Masalahnya sampai bila ia akan bertahan?. Aku tahu ia tidak akan bertahan. Dan aku tahu jalan pernyelesaiannya. Aku perlu berdepan.

Qis kemudian mengganguk menandakan dia faham apa yang diakatakan oleh Mal. Mal tersenyum dengan jawapan yang diberi. Terasa seperti dirinya berada di awangan. Terasa susah untuknya kembali ke realiti. Berada bersama dengan Qis membuatkan dunianya seperti berada dalam khayalan. Arghh..hanya berada bersama dengannya membuatkan aku lupa seketika dengan dunia.

Tiba-tiba lamunanya terhenti apabila tiba-tiba Qis memeluknya dan mencium bibirnya lama. Mal teekejut. Belum pernah selama Qis hilang ingatan Qis memberikan layanan mesra terhadapnya. Mal bahagia. Mal mengucup kembali bibirnya dan memeluk Qis erat.

Mal berbisik perlahan sambil membaca doa. Lalu dia memeluk Qis erat.

بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan daripada apa yang Engkau berikan kepada kami (anak)”.

p/s - sorry sbb lambt masukkan n3 terbaru ni...eer..snanya ktorng pun x tau nak buat macamane...pikir lamalah nk buat bab ni..perghh..bab ni la yg paling ssh takat ni. Sorry kalau tak best >.<". But hope u all enjoy it. Hv a nice day.

In:

Attention!

Hye all..

first of all nk ckp sorry sgt2 sbb ktorng mmg x leh smbung karya KM ni buat sementara waktu..
exam start hr jumaat ni..so hv 2 study first la...aiyok...tula i sibuk berkarya smpai x sedar exam nk dekat >.<"

pape pun nk ckp thx 2 u all sbb sudi bace karya ktorng yg x seberapa ni..
tu ara & princess thx sbb slalu komen karya ktorng kat shoutbox ^^ huhu nampaklah meriah sket shoutbox ktorng tu...lau x kelam je... =[ sob..sob..sob..

haha....dh jd emo lak ktorng ni...oh tu zatie juga thx sbb setia membaca karya ktorng n mengomen karya ktorng dr awl hingga akhir..ktorng appreciate sgt..huhu dh t'haru dh ni...hehe...
n to all new readers we want 2 say to u guys too..sbb sudi bace karya ktorng gak..

n last word frm ktorng, ktorng nk wish slmt b'pose n slmbt menyambut hari raya yg bakal tiba..n kalau rajin komen2 la karya ktorng ni lg ye..nk tau ape yg perlu diubah n ditambah lg..
n kalau korang adew idea2 yg cun2 or gempak2 ...jgn malu2 bgtau ye..

tu je yg ktorng nk ckp ni...bye2.... ^0^V

ja~~~

In:

Kenyataan Mimpi bab 19

BAB 19

Perlahan-lahan Mal menarik tanganku untuk berada dalam dakapan. Dia memegang tanganku secara lembut dan meletakkan tanganku dibahunya. Manakala tangannya melingkari pingganku membuatkan kedudukan kami berada begitu dekat. Sehinggakan aku boleh melihat seraut wajahnya yang tampan itu dari dekat.

Alunan muzik melekakan kami menari hingga terbuai dalam dunia yang dicipta oleh kami. Tiba-tiba Qis tersedar akan kelewatan malam yang kian suram. ‘Aku kena tidur sini ke malam ke ni?’ bisik Qis dalam hatinya kerisauan memikirkan tempat tidurnya pada malam ini.

‘Kenapa dear?, I tengok u macam risau je?.’ Soal Mal memecahkan lamunanku.

‘Takde….i Cuma terfikir…..err…kita tidur sini ke malam ke ni?’ soal Qis naif.

‘Yeah..ofcourse dear…why? Soal Mal lembut.

‘Errr…berapa hari kita kat sini?’

‘hmm….itu terpulang pada u lah..kan u kata u nak pergi bulan?, so its up to u la dear nak honeymoon dengan I berapa hari.’ Bisik Mal romantis.

Mendengarkan kata-kata Mal serta-merta bulu romanya meremang. Malah wajahnya yang serba putih telah bertukar warna.

‘Kenapa u senyap je?’ soal Mal sambil memberikan senyuman menggoda.

‘Eh……takde…I nak pergi tandaslah..’ balas Qis panik dan laju meninggalkan Mal keseorangan terpinga-pinga.

‘EH…wait…Qis…u tahu ke tandas kat mana?’ soal Mal, tapi belumpum sempat kata-katanya habis Qis telah terlebih dahulu meninggalkan dia.

Sedang Qis melangkah laju, Qis terbau haruman bunga yang kuat yang datangnya dari sebuah bilik. Perasaan ingin tahu Qis memuncak, lalu dia membuka pintu bilik yang berbau haruman bunga tersebut.

Qis terpegun dengan kecantikan dan keindahan bilik tersebut. Kelihatan lilin-lilin kecil bewarna merah tersusun kemas dengan ayat terukir I love you. Dan kelihatan juga kelopak-kelopak ros putih bercampur merah indah bertaburan diatas katil. Jambakan-jambakan bunga kemas tersusun di keliling bilik tersebut. Bau haruman bunga rosnya menusuk hidungnya.

Tiba-tiba badanku dipeluk dari belakang oleh Mal. Qis kaget, tidak tahu apa yang perlu dibuat tika ini. ‘ kenapa u senyap je ni….?’ Soal Mal sambil merapat wajahnya di muka Qis.

‘Erkkk…takde….i Cuma cari tandas je dari tadi..tapi tak jumpa-jumpa juga’ balas Qis tergagap-gagap.

‘Kenapa u tergagap pula ni dear?, tandas kat situ jelah.’ Balas Mal sambil tergelak kecil.

‘Hmmm….Qis’ panggil Mal sebelum Qis sempat melangkah masuk ke dalam tandas.

‘What?’ balas Qis laju.

‘Takde…I Cuma nak bagitahu u, hari dah lewat pun ni. Baik u mandi sekali. Tak elok kalau mandi lewat sangat. Baju u ada banyak kat dalam almari tu. U boleh amik kat situ. I keluar dulu ya, I mandi di tandas lain. So bolehlah kita berjemaah isyak bersama nanti.’ Kata Mal sambil tersenyum.

Di dalam tandas…….

‘Urghh…kenapa dengan aku ni?, panic semacam!. Malunya aku!!!!!. Apa aku nak buat ni?’ cakap Qis kepada dirinya sendiri.

‘Eh….lupa pulak aku nak ambil baju tidur…dah sibuk termalu tadi. Sampai terlupa apa yang perlu dibuat.’ Bebel Qis dalam hati.

Qis keluar menuju ke almari untuk memilh pakaian tidurnya. Tidak disangka hampir kesemua pakaian tidurnya singkat-singkat belaka. Malah ada pakaian yang terlebih seksi lagaknya!.

‘Ish…takkanlah aku tidur pakai macam ini dulu?, gilalah!’ kata Qis dalam hati. Secara tiba-tiba Qis teringat akan kata-kata Mal sewaktu mereka di panggung wayang itu.

tak perlulah u malu-malu untuk tonton cerita ni bersama dengan I, dan tak payahlah u nak blushing-blushing kita dah pernah lakukan lebih dari itu’.

Serta-merta wajahnya bertukar warna. ‘Ish….takkanlah apa yang Mal cakap tu….betul?. ya ALLAH malunya aku!’ cakap Qis dalam hati.

‘Macamanalah aku nak pakai kalau seksi macam ini?, eeeee….malu aku. Ni baju sampai nampak paha, ada pulak yang boleh nampak lurah kat depan. Dahtu ada yang labuh tapi jarang pula!. Aiyok….macamana ni….. Mak…tolongggggggggggggggggg……’ jerit Qis dalam hati.

Lantas Qis memlih baju yang paling tertutup antara semua jenis baju disitu. Baginya baju inilah yang paling ‘ok’ dari mana-mana baju tidur yang lain. Baju tidur ini paling kurang seksinya kerana baju ini singkat hanyalah sampai paras paha, tetapi atas bajunya menutup di bahagian dada. Dan terdapat kain jarang pada lengan panjang baju ini. Terdapat juga renda-renda kecil yang jarang pada bahagian hujung bawah baju itu, membuatkan ilusi kaki nampak lebih cantik.

In:

Kenyataan Mimpi bab 18

BAB 18

Sejurus aku memasuki ke dalam kereta Mal meminta aku memakai penutup mata. Kerana katanya dia tidak mahu kejutan untuk aku diketahui sebelum tiba masanya. Aku berdebar dan agak teruja untuk mengetahui kejutan yang akan diberikan oleh Mal untukku.

‘Ok…kita dah sampai, tapi jangan buka dulu penutup mata tu. I akan pimpin u. Don’t worry, I tak akan bagi sesekali u jatuh. Kalau u jatuh pun I akan sambut punya. ‘ Gurau Mal apabila dia melihat reaksiku yang agak kerisauan. Di dalam hati aku berdebar menuggu kejutan yang bakal diberikannya.

Perlahan-lahan Mal memimpinku ke suatu tempat. Dapat kurasakan angin menderu agak kuat menampar-nampar pipiku, membuatkan aku berasa sedikit sejuk. Perlahan-lahan Mal membuka penutup mataku. Terasa perit pula untuk membuka mataku akibat terlalu lama mataku ditutup.

Perlahan-lahan aku membuka mataku, kelihatan cahaya lampu memancar-mancar menyilau pandangan mataku untuk melihat keadaan sekeliling. Suasana malam kelihatan menyerlah dengan kehadiran neon-neon lampu yang begermalapan. Kedengaran alunan muzik yang begitu mengasyikkan jiwa, yang mampu menimbulkan suasana romantic. Aku tidak sedar diriku berada atas kapal tetapi apabila tempat ku berdiri ini telah bergoyang sedikit barulah ku sedar yang ku kini berada di atas kapal serba mewah bewarna putih.

‘Arghhhh…..’ belumpun sempat aku jatuh Mal pantas menyambutku. Aku sedikit gementar berada dalam pelukannya. Matanya beradu dengan mataku, deruan nafasnya dapat kurasai. Tangan kejapnya erat melingkari pinggangku. Jantungku berdegup hebat tika ini. Saat itu aku sedar akan kekacakan yang Mal miliki.

Sinaran bulan menyerlahkan lagi kekacakan Mal yang sedia ada. Aku terkedu dan terpana meihat kekacakannya. Sungguh aku mengerti mengapa kini dia masih digilai oleh ramai perempuan. Tanpa aku sedar aku memegang wajah Mal dan aku mengusap pipinya begitu dan juga dia. Dan boleh kulihat keningnya yang lebat, hidungnya yang mancung dan mulutnya yang kemerah-merahan. Menunjukkan dia tidak merokok. Dan ditambahkan lagi dengan lesung pipitnya menyerlahkan lagi senyumannya yang menawan. Arghh….dan matanya yang bewarna hazel benar-benar membuatkan hati aku nanar dengan panahan matanya. Matanya itulah yang aku tidak berani tatap sewaktu masa dulu. Tetapi kini, aku tidak tahu dari mana semangatku tiba yang membuatkanku berani menatap sepasang mata hazel miliknya.

Tiba-tiba Mal senyum kepadaku dan berkata ‘ dear, u suka tak?’ katanya dengan nada yang sungguh romantik.

‘Yes, I very like it so much. I tak pernah naik boat sebelum ni.’ Kataku membalas persoalannya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis untuknya.

‘Are u sure dear?, actually this is not your first time dear.’ Balasnya.

‘Really?, kenapa u cakap macam tu?’ tanyaku.

‘Because is not your first time, u ingat lagi tak di tempat inilah u melafazkan kata cinta u kat i. Dan hari itulah yang membuatkan I berasa paling bahagia sejak I hidup di bumi ALLAH ini. Dan I namakan kapal ini sempena nama u Qis. Di sinilah tempat kita selalu menghabiskan masa bersama sejak u meluahkan cinta u terhadap I di tempat ini. Dan u ingat lagi tak di hujung sudut itu kita sama-sama duduk menyaksikan matahari terbenam. Dan I masih ingat, kata-kata u yang u ucapkan pada I tika itu. U ada kata bertapa u bersyukur yang I adalah suami u. Dan u berharap cinta I dan u berakhir ke pintu syurga. U kata dekat I, kalau suatu hari u mati….u mahu mati sebagai isteri i. Dan saat itulah I rasa sugguh terharu dengan kata-kata u. Ayat itu tak boleh I lupakan sehingga kini. Dan ayat itulah yang menyebabkan I tak putus asa menanti u. Dan I masih ingat janji I dekat u, bahawa I berjanji kalau I mati I juga mahu mati sebagai suami u. Dan I nak u faham kenapa I masih berdiri di sini sekali lagi adalah untuk menyatakan sekali lagi bawaha I cintakan u. I love u with all my heart, will u be my heart again? And will u start a new life with me from now and being my wife till the end of our life?. Kata Mal sambil melututkan kearahku sambil membuka kotak cincin. Kelihatan sinaran berlian menyilau-menyilau meminta untuk disarungkan.

Aku berasa sungguh terharu dengan kata-katanya. Aku menangis dengan air mata kegembiraan. Dan tanpa ku tahan aku lantas berkata ‘I do , and I love u too Mal’. Dan kami berpelukan seketika meluahkan rasa gembira kami dengan luahan hati kami pada malam ini.

Mal memegang kedua-dua tanganku erat dan mengucup lembut tanganku sambil berkata ‘ thank you very much sayang, jom kita pergi sana. I sudah sediakan makan malam untuk kita.’

Kelihatan sebuah meja bulat yang dihiasi penuh dengan hiasan bunga bewarna ros dan lilin-lilin cantik bewarna putih menghiasi di tengah mejaku. Saat itu aku berasa akulah wanita paling bahagia di muka bumi ini. Dan aku berasa keputusan tadi aku itu adalah tidak silap.

Mal menolakkan kerusi untukku dan mengalaskan napkin pada pahaku. Sungguh aku berasakan diri ini bagaikan puteri kerana dilayan sedemikian rupa. Selalunya aku hanya melihat adegan ini di movie Hollywood. Tidak sangka pula aku kini sendiri mengalaminya. Sungguh aku gembira.

‘Makanlah, sedap lauk. Your favourite, chicken chop. Remember?’ katanya memecahkan lamunanku.

‘yeah….is my favourite, dah jadi kegemaran I sejak kecil lagi.

Seusai makan, Mal mengajakku menari.

‘NO…taknaklah…I tak pandai menarilah. U ni merepeklah pula. Ingat kita ni macam dalam movie ke?’ balasku sambil tergelak kecil.

Mal membalas ‘ u tak ingat ke kitakan pergi kelas menari sebab u yang paksa i?, u cakap u nak sangat menari macam dalam cerita korea tu. Lepas tu u paksa I pergi kelas menari dengan u. ‘ Balas Mal sambil senyum menggoda.

‘EH….yeke? mana ada!, mesti u tipu ni….’ Balasku malu.

‘NOP….im not lying…kalau u tak percaya,. Jom menari dengan I’ cakapnya bersungguh-sungguh.

In:

Kenyataan Mimpi bab 17

BAB 17

Di panggung wayang……………………

Qis tidak menyangka bahawa Mal akan memilih cerita romantik untuk ditonton bersamanya. Sangkanya Mal akan memilih cerita mengikut seleranya. Selalunya cerita kegemaran lelakilah yang akan dipilih oleh kaum lelaki jikalau diberi peluang untuk memilih menonton bersama teman mereka. Tetapi berlainan pula dengan Mal, dia memilih cerita romantic yang memang kegemaranku menonton cerita jenis begini.

Sedang leka ku menonton aku dapat merasakan Mal sedang memandang wajahku sedari tadi. Aku memandang Mal dan bertanya ‘ kenapa?’ dan dia hanya memandang lain dan menggeleng dan berkata ‘ tak ada apalah Qis’ , lalu dia kembali menonton movie.

Dan baru aku sedar adegan yang kulihat ini agak ‘mesra’ luar biasanya, hmm...mungkin dia mahu melihat reaksi ku tadi. Aku agak malu untuk teruskan menonton bersamanya, lebih-lebih lagi apabila adegannya semakin ‘panas’. Aku berasa tidak selesa untuk menonton bersamanya, tiba-tiba Mal menyapaku dan berkata ‘ tak perlulah u malu-malu untuk tonton cerita ni bersama dengan I, tak payahlah u nak blushing-blushing kita dah pernah lakukan lebih dari itu’. Serta – merta wajah Qis berubah merona merah apabila mendengarkan bisikan Mal itu tadi.

‘what?, apa u kata?’ Balas Qis dengan nada yang terkejut.

‘Shh…..nothinglah…jangan cakap kuat-kuat nanti orang marah. Kita kat dalam wayang ni.’ Kata Mal sambil mengenyitkan matanya kearah Qis.

Mendengarkan kata-kata Mal, membuatkan dia berasa ingin keluar dari panggung wayang itu. Tak sanggup rasanya untuk menonton bersamanya. Tetapi jikalau aku keluar pada waktu belum tamat ceritanya sudah pastilah Mal akan mengusikku tanpa henti. Lalu aku mengambil keputusan untuk meneruskan tontontan cerita itu. Dalam hati aku berdoa supaya cerita ini segera ditamatkan.

Setelah menonton movie bersama dengan Mal, aku mengajak Mal untuk menemankan aku bershopping di sekitar KLCC.

Sedang ralit aku memilih pakaian untuk dibeli, Mal memberitahu dia mahu ke tandas. ‘Hmm…kenapalah lama sangat Mal pergi tandas ni?. Dah dekat hampir 30 minit aku menuggunya.’ Tiba-tiba aku disapa oleh seorang budak kecil perempuan yang sangat comel. Matanya yang bulat memandangku sambil berkata dengan nada yang pelat ‘ autie nama auntie ni Balqis ke?’.

‘Ya…nama auntie Balqis, kenapa?’ balasku sopan. Sambil mengusap lembut kepalanya. Comel sungguh budak kecil yang menegurku ini. Ditambahkan lagi dengan wajah yang putih kemerah-merahan, dapat dilihat budak kecil ini berwajah campuran. Matanya yang berwarna coklat dan bulat itu mampu membuatkan sesiapa geram untuk memeluknya.

‘Oh..jadi bear ni untuk auntielah, uncle kata suruh bagi kat auntie’ katanya dengan nada yang bersungguh-sungguh sambil memberi bear itu kepadaku.

Belum sempat aku berkata apa-apa budak kecil itu sudah berlari pergi sambil melambaikan tangannya kepadaku.

Tiba-tiba datang lagi seorang budak lelaki menegurku dari belakang. Budak itu menyapaku dan berkata ‘ auntie, auntie ni tinggilah, boleh tunduk sikit tak? Nak cakap dengan auntielah.’ Katanya. Lantas aku menundukku badanku sama tinggi dengan ketinggiannya, tiba-tiba dia mencium pipiku. Aku terkejut dengan tindakannnya. Kelihatan budak itu malu-malu sambil berkata ‘uncle yang suruh….dia kata kiss tu dari dia untuk auntie….’

Aku tertanya-tanya uncle manakah yang budak ini maksudkan? Kemudian aku bertanya ‘ uncle mana yang suruh ni?’ tanyaku kepada budak tu.

‘TU….yang kat belakang auntie tu’ katanya.

Aku memusingkan badan dan terjengul susuk tubuh seorang lelaki sambil mukanya dilindungi dengan sejambak bunga ros yang besar.

Qis mendekatkan dirinya kea rah lelaki tersebut.

‘Mal…is u kan?, Tanya Qis perlahan’ sambil cuba untuk melihat wajah disebalik bunga ros itu.

Perlahan-lahan bunga ros itu dialihkan dari mukanya dan dia menghulurkan sejambak bunga ros itu kepadaku. Ternyata tekaan aku itu tepat sekali. Aku terharu dengan tindakan Mal itu.

‘TQ for the flowers, I luv it oh..and the bear too..tq so much…’ kataku kepadanya.

Mal tersenyum sambil berkata ‘ your welcome dear, anything for u’.

‘Jom kita makan malam, I ada kejutan lagi untuk u’

‘Yeke?, kejutan ape tu?’ tanyaku dengan nada yang teruja.

‘Adalah sayang, kalau I beritahu tu dah bukan surprised la namanya’ katanya dengan senyuman yang sukar ku tafsirkan.

‘Kita nak makan kat mana?’ Tanya Qis.

‘Adalah…tapi bukan kat sini, jom…’ katanya sambil menghulurkan tangannya kepadaku.

In:

Kenyataan Mimpi bab 16

BAB 16

‘Dear….jom kita keluar sama-sama nak hari ni?, I rindulah nak spend time with u alone....kita pergi tengok wayang sama-sama nak? Or u nak I teman u shopping baju?. U cakap je nak pergi mane, I tunaikan. Just say it…’ Kata Mal kepada Qis sambil senyum menggoda kepadanya.

‘Ermm…mana - mana je ke? , kalau I cakap nak pergi bulan macamana?, boleh ke u tunaikan?’ usik Qis manja kepada Mal.

‘oh..boleh je….kita pergi honeymoon nak? Kat bulan juga tu…’ usik Mal sambil mencium leher Qis yang gebu sambil mengeratkan pelukannya.

Muka Qis merona merah apabila mendengarkan usikan Mal berbaur romantic itu..’ ish orang nak usik die, aku lak yang terkena’ bisik Qis dalam hati.

‘u know what dear? , u look extremely cute when your face is blushing….so cute…it make me smile’ bisik Mal romantic ke telinga Qis.

‘Eh..mana ada!, I tak blushing pun tau. Balas Qis perlahan sambil menundukkan mukanya ke bawah untuk menahan malu dari memandang wajah Mal yang kacak itu.

Mal hanya tersenyum manis apabila melihat reaksi Qis itu. ‘ Hmm..kalau u tak nak mengaku takpelah.. Tapi kenapa u tunduk bawah?, tak berani tengok muka I yang cute ni ke?’ Usik Mal lagi.

Qis mencuibit lengan Mal dengan gaya manja ‘ ish u ni, tak habis-habis nak usik i. Tak naklah keluar dengan u. Baik I keluar dengan Akil’. Saja perkataan Akil ditekankan lagi untuk melihat reaksi Mal.

‘Sudah-sudahlah tu sayang, I tahu u banyak tolong Akil untuk buat Tina cemburu. Tapi takut lain pula yang jadinya nanti, yang susah nanti u. I tak nak Tina lakukan apa-apa dekat u hanya kerana cemburu. U tahu, malam semalam I dengar Akil dengan Tina bergaduh, dan bari pagi tadi Akil cakap kat I yang Tina dah keluar dari rumah kita. So dia pun akan pindah keluar sekali.’ Kata Mal tenang.

‘Really?, I tak sangka sampai macam tu sekali?, tapi macam mana u tahu yang I hanya nak buat Tina cemburu?. U tak takut ke I kembali dengan Akil balik? Atau I berbaik dengan dia bukan sebab Tina?’ Tanya Qis.

‘Dear, I believe in u la dear. Plus Akil already told me bout it. So I taulah’. Balas Mal.

‘Oh….jadi sebab tulah u tak cemburu ea?, patutlah….’ Balas Qis seolah-olah berjauh hati.

‘Qis…u ingat tak kenapa I tak nak bercakap dengan u dulu tu?’

‘Ingat…kenapa?’ Tanya Qis naif.

Mal tersenyum dan berkata ‘because im jelous, jelous dengan Akil.’

‘But for what?, I tak buat apa-apa pun dengan dia masa tu?, rapat pun tak sangat’ Balas Qis.

‘U menggigau malam-malam panggil nama dia, u tak sedarlah tu. Plus u tolak I masa I nak kiss u….so I rasa tersinggung la. Yelah u taukan, dah berapa lama I menuggu u bangun dari koma. Tapi bila u terjaga yang u ingat pula lelaki lain. Lelaki mana yang tak terasa dear’

‘Oh…okay…barulah I faham sekarang. Sorrylah sebab buat u macam tu sebelum ini. I tak berniat pun nak buat u macam tu. Tentang kiss tu….masa tu I tak ready I la. Hehe…jangan marah ek’ kata Qis.

‘Its ok, so jadi tak date ngan I hari ni?’

‘Hmm…ok juga, tunggu I bersiap boleh?’

‘sure dear, I tunggu u kat bawah ok.’

In:

Kenyataan Mimpi bab 15

BAB 15

Tina menunggu kedatangan Akil dengan penuh sabar, rasanya Tina boleh mengagak bawaha Akil akan balik lewat lagi seperti kebiasaanya akhir-akhir ini. Dia perlu berbincang tentang perkara ini, perkara yang menganggu fikirannya sejak Akil memberikannya amaraAn untuk berhenti kerja sebagai model.

‘arghhh…Akil….u serius ke dengan kata-kata u Akil?, kalau betullah benar bermakna u telahpun mengotakan apa yang u telah katakan sebelum ini. Masih aku teringat panggilan tadi dari managerku yang sememangnya membawa berita buruk yang mampu membuatkan aku berasa jantungku seperti terhenti. Tak sangka bahawa karierku telahpun berakhir setelah amaran yang diberikan oleh Akil. Tak siapapun yang berani mengambil aku bekerja atas pengaruh kuat Akil dalam dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi bidang macam ini memang dibawah kekuasaan Akil!. Manakan aku mampu melawannya. Tapi ini Tina, Tina yang tak mudah mengalah. Jangan sesekali menjolok sarang tebuan kalau tak berani kena sengat!. Ok kita tengok siapa yang akan menang. Tapi mengapa aku merasa terluka akan perubahan Akil sekarang?. Kenapa hati merasa sakit apabila melihat kemesraan Akil bersama perempuam lain? Dan aku sememangnya tak boleh menerima dia melayan aku begini. Kini layanan mesranya semakin pudar, dan ia membuatkan aku merindui segala layanan manis darinya. Dia selalu membuatkan aku merasa seperti seorang puteri. Selalu cuba membahagiakan aku, selalu cuba memenuhi setiap keinginan yang ku inginkan. Tapi kenapa sekarang dia berubah? Adakah dia telah tertawan kembali dengan Qis?. Sejak dia rapat kembali dengan Qis aku kini seperti tidak dipedulikan lagi. Adakah kau telah jatuh cinta dengan Qis?. Arggh..ini semua salah kau Qis!, kau yang menyebabkan aku menderita dan aku tak akan sesekali membiarkan kau melukai aku!. Sudah terlalu lama aku menderita atas perbuatan ayah kau Qis dan mak kaulah juga kenapa aku dan mama menderita. Masih aku ingat hembusan mama yang perlahan, matanya yang bergerak perlahan. Mama menderita akibat kanser. Mama cuba bercakap denganku. Tapi keadaannya terlalu tenat. Selama mama hidup bersama dengannku, mama hidup seperti dalam buangan. Masih kuingat penderitaan mama yang berlaku didepan mataku. Dengan menggunakan kau Qis, satu-satunya permata hati mereka aku mampu membuatkan kau menderita. Aku mahu mereka merasai kehilangan dan kesakitan atas apa yang telah ku rasakan.’ Lamunannya terhenti apabila terdengar pintu dibuka dari luar. Kelihatan Akil memasuki bilik mereka dengan wajah yang penat.

‘Akil, we need to talk.’

‘Later la dear, I penat.’

‘Oh..penat layan perempuan ke?, sampai isteri nak bercakap pun tak layan!’. Masih dia teringat panggilan telefon kawannya yang memberitahu terlihat Akil makan malam bersama perempuan lain dan kelihatannya mereka begitu mesra.

‘Kalau ye pun kenapa?, bukan u nak layan I pun kan?’. Bidas Akil.

‘u dah melampaulah Akil!, kenapa u buat I macam ini?. Dahlah u layan I endah tak endah, sekarang u nak hancurkan karier I pula!. U melampauuuuuuuuuuuuuu tahu tak!’ Tengking Tina.

Akil hanya tersenyum sinis dengan tengkingan Tina itu tadi. ‘ I nak mandi, malas nak layan u’.

Belum sempat Akil berlalu pergi, tangannya ditahan oleh Tina. ‘ I belum habis cakap lagi’

‘oh ye? Cakaplah apa u nak cakap sekarang. Lepas u dah habis cakap I nak mandi. Balas Akil sambil bersiap-siap untuk mandi.

Tina yang melihatnya dengan perasaan marah. Perasaan marahnya semakin membara apabila melihat kelakuan Akil itu tadi.

‘I nak tahu kenapa u nak hancurkan kerjaya i?, I nak tahu kenapa u layan I macam ini?. U tahu tak kerja I tu ibaratkan hidup i. Macam mana I nak hidup tanpa modeling?, u pun tahu kerjaya I sedang naik sekarang?. Kenapa u mahu hentikannya? I tak faham!. Dan I nak penjelasan dari u sekarang juga!’ Kata Tina.

‘Oh…u nak tahu kenapa? sebab I tak mahu isteri I disentuh oleh mana-mana lelaki lain. Dan u pula macam suka je bila model-model lelaki itu sentuh u kan?, kemain mesra lagi. Pegang sana, pegang sini. I tak suka tahu!.’

‘ Hei itu satu kerja ok?, I bukan rasa apa-apa pun. Plus bukan u ke yang selalu pegang-pegang dengan betina lain. Tah betina mana u syok pun I tak tahu.’

‘ Sebab sikap u yang macam inilah I layan u macam ini. Sekarang u dah tahukan sebabnyakan?.’

‘BOHONG!!!!!!!, I tahu tu bukan sebabnyakan!. U dah jatuh cinta semula dengan Qis kan?. Sebab tulah u buat I macam ini.’

Akil cuba menyorokkan senyumannya apabila melihat reaksi Tina yang cemburu terhadap kerapatannya dengan Qis akhir-akhir ini. Ternyata Tina menyayangngiku seperti mana aku juga.

‘Kalau ya pun kenapa?’

‘oh…jadi betullah u suka Qis kan?. So u nak curang dengan I lah?. Ingat Akil ni Tinalah!, kalau u boleh buat kenapa I tak boleh buat macam u?. I benci u, dan I benci Qissssssssssssssssssss!. I hate the both of u!. Tengking Tina dengan perasaan marah yang meluap-luap. Lalu dia berlalu pergi dengan perasaan marah.

‘Qis aku akan hancurkan hidup kau mulai sekarang, jangan sesekali mencabar aku!’