BAB 7
Akeel hanya tersenyum tawar akan gurauan abangnya. Dan Aira tahu senyuman itu tidak ikhlas, dan dia bukan bodoh untuk tidak menyedari apa yang dirasai oleh Akeel. Kelihatan jelas mata Akeel tidak mampu menipu apabila dia menyedari mata Akeel tidak henti memandang sayu seraut wajah milik kakaknya Aisyah. Lantas dia ingin menceriakan suasana dengan mengajak mereka minum petang bersama-sama Datin Asiah.
Sedang mereka leka berbual, Datin Asiah sibuk memerhati suasana minum petang mereka. Sungguh dia boleh mengesan kedinginan rumah tangga Aira dan Akeel apabila panggilan mesra tidak diucapakan oleh mereka sebagaimana Aisyah menbahasakan Ashriq sebagai abang dan Ashriq membahasakan Aisyah sebagai sayang. Malah apabila ditegur akan bilakah bulan madu untuk Aira dan Akeel kelihatan mereka tidak teruja dan gembira dengan cadangan yang diberikan emaknya tentang tempat-tempat yang menarik. Wajah mereka hanyalah biasa dan kelihatan selamba tidak berperasaan. Malah bulan madu itu juga sengaja ditangguh-tangguh sejak dari hari perkahwinan mereka lagi. Dan Datin Asiah tahu, dia perlu berbuat sesuatu untuk menyelamatkan perkahwinan anaknya kerana dia begitu menyukai Aira kerana Aira begitu pandai menyelesaikan setiap masalah bisnes yang diajukan olehnya. Sungguh dia banyak belajar dari Aira dan tidak akan sesekali melepaskan menantu kesayangannya itu.
Keesokannnya ( Di rumah Aisyah & Ashriq)
Kelihatan beraneka juadah terletak enak dan tersusun di atas meja moden dan mewah pada sudut rumah milik Aisyah dan Ashriq. Boleh dilihat sudut pemadangan luar bertentangan yang bertentangan dengan sudut makan. Dimana sesiapapun yang sedang menjamu selera boleh menikmati pemandangan luar yang cantik pada sudut cermin yang lutsinar mempamerkan lagi kecantikan dan kindahan taman yang penuh dengan bunga-bungaan. Kelihatan air terjun kecil yang boleh didengari tenang mengalir dan di sisi air terjun itu boleh dilihat kolam renang yang kebiru-biruan dihias cantik sekali dengan lampu-lampu pelita kayu yang dihias berukis kemas dan cantik. Pemandangan itu begitu mendamaikan bagi sesiapapun yang melihatnya.
Sedang dia leka memakan juadah yang dihidangkan, dia dikejutkan dengan panggilan Datin Asiah dan Dato Jamal untuk ramai-ramai menghampiri ruang tamu. Kata mereka ada pengumuman hendak dibuat. ‘Entah apalah kali ni mama Akeel ni hendak buat. Jangan hendak buka kedai baru lagi satu lagi sudahlah. Cawangan dia sekarangpun sudah tidak terjaga’ Bisik hati kecilnya.
Dia dan Akeel menghampiri ruang tamu dengan wajah yang tertanda tanya. Kelihatan seolah-olah semua yang hadir pada malam ini tersenyum memandang mereka. ‘Eh…kenapa semua orang pandang aku semacam je ni? Tersenyum-senyum. Jangan-jangan ada apa-apa tak ? ke hanya aku je yang fikir macam ni ?’ bisik hati kecil Akeel kepada dirinya apabila dia sedar dirinya dan Aira menjadi perhatian. Aira sedar akan suasana itu, namun dia hanya diam menenangkan diri. Di dalam hati dia berdoa tiada perkara buruk yang bakal terjadi.
0 comments:
Post a Comment