BAB 14
Wirda tersenyum dengan pertannya Aira ‘ Err..sebenarnyakan Aira, aku tak pernah lagi..err..dengan dia. Kau fahamkan maksud aku?’
‘eh..biar betul? Kenapa Wirda?’ Tanya Aira pelik.
‘ermm..sebab seperti yang aku cakap tadi, aku kan tak ready untuk kahwin. Jadi aku rasa macam semacamlah bila Irman tu duduk sebilik dengan aku !. Aku rasa macam privasi dah tak ada tau !. Dulu kalau aku nak stay up lewat macamana dengan kerja pun tak ada orang yang nak peduli. And baju apa yang aku nak pakai pun tak ada orang yang nak ambil pusing. Dan dari kecil lagi aku dah biasa tidur seorang tau. Jadi bila aku kena share benda dengan orang aku rasa tak betah !. Yelah aku kan anak tunggal. Selalunya semua benda hanya untuk aku sendiri. Sekarang lain pula situasinya. Lagipun aku dengan Irman tu banyak bezanya. Iyelah aku muda dia tua, dan dia jenis home person tak macam aku. Outgoing. So its hard living in the same roof with him’ Luahnya jujur.
‘oh..macam tu. Habis tu reaksi Irman macamana?. Dia okey ke ?. Dia boleh terima ?
‘Hmm..nak tak nak dia kenalah terima. Iyelah sebab aku dah cakap awal-awal yang aku memang tak sedia lagi nak kahwin. Tapi dia dan mak akulah yang beriya-iya nak kahwin cepat!. Jadi mana boleh dia salahkan aku’ luah Wirda tanpa rasa bersalah.
‘eh mana boleh macam tu Wirda. Nak atau tak nak kau perlu terima dia seadanya. Kau kan dah jadi isteri dia, jadi kau kenalah galas tanggungjawab sebagai isteri dia. Lagipun anggaplah ni semua sebagai ujian Allah dan kita sebagai hambanya kenalah terima akan ujian yang diberi.’ Balas Aira panjang lebar.
‘eleh..kau nasihat aku macam ni. Kau pula macamana ?. Hmm..jangan ingat aku tak tahu yang kau pun tak boleh terima Akeel lagi kan ?. Ingat nasihat tu memang senang tapi nak buat tu susah ?. Aku rasa kau perlu praktikkan nasihat tu kat diri kau dulu sebelum cakap dekat aku. Hamm..sorrylah dear aku bukan nak menyinggung perasaan kau. Tapi macam kau cakap, dah jadi isteri jadi kenalah tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Tak gitu ?’ luah Wirda sambil tersenyum nipis.
Aira terkedu dengan balasan jawapan yang diterima dari Wirda. Sungguh dia terlupa akan kekhilafan dirinya. Sesungguhnya dia juga telah banyak melakukan kesilapan. Tetapi hatinya membentak dengan mengatakan dia tidak bersalah dengan alasan bahawa Akeel juga seperti dia tidak mencintai satu sama lain. Dan dia yakin Akeel tidak ingin pun meminta dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.
0 comments:
Post a Comment