BAB 17
Sudah seminggu selepas insiden pergaduhan kecil antara Akeel dan Aira membuatkan hubungan mereka kembali dingin seperti dahulu. Akeel kecewa dengan reaksi Aira dan Aira pula terkilan dengan Akeel kerana merasakan dirinya hanya dipergunakan untuk Akeel melupakan kakaknya Aisyah.
‘ah..aku tahu siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan Aisyah. Ya daripada dulu lagi semua akan lagi menyanyagi kakaknya berbanding dirinya. Hmnp..sakitnya hati bila aku fikirkan hal ni. Arghhh…kenapa pula aku nak sakit hati ni? Dah stop ..stop…aku perlu berhenti berfikir tentang dia!’ Bebel Aira dalam hati sambil tangannya laju mengemaskan barang kerana dia baru sahaja menerima panggilan dari ibu mertuanya untuk menguruskan cawangan mereka di Johor Bahru yang mengalami masaalah.
‘hmm..bagus juga untuk aku pergi jauh-jauh ni. Bolehlah aku berhenti fikir pasal dia. Duduk serumah dengan dia boleh buat aku jadi gila !.’ Kata Aira dalam hati.
‘Ish kenapa dia tak balik-balik lagi ni ? dah hampir pukul 1 pagi ni. Takkan banyak sangat kerja sampai pukul 1 pun tak balik lagi. Selalunya paling lambat dia balik pun pukul 12 malam. Paling tidakpun pukul 12.30 malam!.’ Bebel Akeel sambil mundar- mandir di ruang tamunya.
Akeel menonton tv untuk menghilangkan resahnya sambil menunggu kehadiran Aira. Malam ini ingin sekali dia berbaik dengan Aira dan meminta maaf darinya, andainya dia ada berbuat salah padanya. Akeel tabah menunggu kelibat Aira walaupun matanya kian kelam tanda mengantuk yang sudah tidak tertahan. Tanpa dia sedar dia tertidur di sofa miliknya hingga ke pagi.
Akeel terbangun apabila ringtone telefon bimbitnya berbunyi. Akel bangun melihat telefonnya. ‘Eh dah pukul 6 pagi ni, nasib aku ada buat alarm kalau tak mesti tak bangun-bangun!. Ish mana pula Aira ni. Hmm..mungkin dia di biliknya kot.’ Kata Akeel kepada dirinya sambil berjalan menuju ke bilik Aira.
Akeel mengetuk pintu bilik milik Aira, ketukan tidak dijawab. Lantas Akeel memulas tombol pintu bilik Aira. ‘ Aneh…selalunya berkunci. Kenapa tak berkunci pula ni?’’ bisiknya sambil berjalan masuk ke bilik Aira.
Haruman lavender boleh dibau kuat apabila dia mula masuk ke bilik Aira. Tentu Aira sukakan wangian bauan lavender. Kelihatan katil milik Aira kemas tidak terusik. ‘Eh..Aira tak tidur sini ke malam tadi?.’ Lantas dia segera menelefon Aira.
‘ish…kenapa pula Akeel telefon pagi-pagi ni ?. hmm…kacau aku nak bersiap je. Biarlah baik aku segera siap ni’ Bebel Aira di bilik hotelnya.
‘Arghh….tak berhenti pula dia call. Okeylah aku jawab, hmm..mungkin ada hal penting agaknya’
‘Ye Akeel’
‘Aira!!! You tak tidur sini ke malam tadi?, you kat mana??? Takkan you tidur kat pejabat kot? ’ Tanya Akeel lantang.
Aira menjawab tenang ‘ laa..kalau I tidur kat pejabat pun apa salahnya? Bukannya i tidur dengan orang lain. Hahahaha…gurau Aira yang berasakan soalan Akeel itu lucu.
‘Ish you ni, boleh pula dia jawab macam tu!. I tanya ni you dekat mana?’
‘I dekat JB lah Akeel.’
‘ha? JB? You buat apa kat sana? Kenapa you tak bagi tahu I pun you nak pergi JB?’
‘ermm…I pergi pun sebab mama yang suruh. I ingat mama dah beritahu you dah, sebab tulah i tak beritahu you. Sorry.’
‘Taklah, mama tak bagitahu I pun!. Airaaa….kan I dah cakap sebelum ni kalau hendak pergi mana-mana pun beritahulah I dulu. I risau tau tunggu you malam tadi, bila I fikir you tak balik malam tadi macam-macam perkara buruk I fikir tau!. You nak I kena sakit jantung ke Aira?’
‘hahahahahahahaha…macam mak cik- mak cik lah cara you cakap ni!. Ooo..sakit jantung ke? Don’t worrylah you ka nada abang doctor, ha jumpa ajelah dia free of charge je tau!. By the way sekarang you dah tahukan I dekat JB tak perlulah you risau lagi.’ Balas Aira sambil tak henti ketawa menjawab pada Akeel. Dalam hati Aira berbunga riang apabila merasakan Akeel risau akan keadaan dirinya.
Akeel tersenyum apabila gelak ketawa Aira jelas menampar telinganya. Sungguh dia begitu merindui akan suara itu. Kerinduannya pada Aira makin mencengkam, dalam hati ingin sahaja dia bertolak dan pergi ke JB.
15 comments:
nak lagi nak lagi.
=)
uih..igt kesengalan terserlah dh lupe ktorng dh :)
hahaa. mana ada lupa.
tp kadang2 jadi silent reader.
chayok2 korang.
=)
jgn2 akeel nk surprise si aira. manalah tau waktu diorg di JB hubungan akeel n aira akan bertambah baik. cpt smbung ye. x sbr ni
teman dh lama ikuti sume citer dlm blog ni..tp teman lbh suka jd silent reader heheheh...teruskn usaha...kito bakor kito bakor hehehe
teman suke citer dlm blog ni tp teman lbh suka jd silent reader...kito bakor kito bakor hehehe
kesengalan teserlah - thx kamu..insyallah x lame lg update ;)
diahperi - haha..surprised? keke
teman - maseh krn mmbaca ^^
best tu memanglah best.. but why arhh setiap novel awak heronya 2 heroinnya pun 2.... langsung tak ada watak anatagonist... u ada cuba untuk membuat seseorang itu berperwatakan antagonist but u failed to do so.. sorry to say...
u cerita setiap seorang watak tu sama banyak.. pembaca pun keliru.. which one heroinnya.. mana satu heronya...
confused i!!!
be my follower .. tq ,, ;) http://yuyuiii.blogspot.com/
dalam neh ada dua cerita dua hero n dua heroin..hehehe..
hmmm... baik2... bagos. hebat.
wahh nice story boleh jadikan skrip drama :)
best laa :)
Best la x kan x ada sambung lg.
Bestnya.....
Post a Comment