BAB 11
Di rumah…
‘You dah siap kemas barang-barang you ke?’ Tanya Akeel kepada Aira
‘Sudah,oh I tak sabar – sabar nak bekerja balik. I rasa macam lama aja kita honeymoon. Dah tak sabar lagi nak mulakan balik kerja-kerja I’
‘oh ya lupa pula i.You kan hantu kerja, mana fikir lain kerja aja yang you tahu kan?’
‘eleh..cakap orang, you pun sama apa. Gila kerja kan?, kalau bukan sebab kita baru balik dari honeymoon hari ni takdenya I nak Nampak kelibat you kat ruang tamu menonton tv malam-malam ni’
Akeel tersenyum mengaku akan kata-kata yang di ucapkan oleh Aira. Dalam hati dia senang akan perbualan ini. Kemesraan dan persabahatan yang baru terjalin tidak membuatkan mereka kekok untuk berbual.
‘Oh yaa..kalau I tanya u marah tak? Tanya Aira pada Akeel yang leka menonton tv.
‘Marah?, depends lah you. Kenapa? You nak tanya I apa?
‘Kenapa you setuju nak kahwin dengan i? dan kenapa you biarkan abang you kahwin dengan kakak i? sedangkan you dan Aisyah saling suka satu sama lain?. You tak sedih ke?’
Sambil tersenyum tawar Akeel menjawab ‘ berani pula you Tanya I soalan ni ya? I ingatkan sampai bila-bila pun you tak akan tanya. Okay frankly I cakap, memang I sedih. Tipulah kalau I cakap I tak sedih. Tapi I terlalu sayangkan abang i. You kan tahu I ni hanya anak angkat keluarga Datin Asiah dan Dato Jamal. Dorang amik I jadi anak angkat bila mak I dekat luar Negara mati semasa melahirkan i. Time tu I baby lagi, I terhasil dari perkahwinan adik mama I sekarang. Ayah I pula orang putih dan telah bercerai dengan ibu kandung i. Tentang I dia langsung tak mahu ambil tahu. Hasilnya Datin Asiah mama I sekarang nilah yang jaga i. Sebab tulah I sanggup berkorban untuk abang i. Dan bukan tu je, abang I juga selalu beralah untuk i. Abang I tak pernah anggap I sebagai anak angkat. Dulu I pernah jatuh cinta dengan seorang perempuan semasa I di Universiti dan perempuan itu cintakan abang I, tapi abang I tak terima cinta perempuan tu sebab dia tahu I cintakan permpuan tu. Dan akhirnya seminggu kemudian perempuan yang kami sama-sama cinta tu meninggal sebab kemalangan jalan raya. Dan sejak tu abang I tak lagi jatuh cinta kerana dia tak dapat lupakan perempuan tu. Sebabkan itu, I mahu dia bahagia. I tak mahu lagi dia berkorban untuk i. Cukuplah sekali, biarlah kali ni I pula yang berkorban.’ Ujarnya dengan panjang lebar.
‘Oh..macam tu. Jadi lepas tu you pula jatuh cinta dengan kakak I tapi u beralah you berikan kakak I pada abang you?. Hmm..baik betul you dengan abang you ya. Tetapi kalau I lah yang jadi kakak I atau you I takkan berkorban. Kerana bagi I kebahagiaan itu tidak boleh dipaksa dan dikorbankan. Bukan senang tau hendak dapat kebahagiaan dalam hidup ni’ Balasnya.
Akeel tersenyum dengan jawapan Aira, dia tidak terkejut dengan jawapan yang diberikan. Kerana memang sejak dulu Aira bergitu berlainan dengan Aisyah yang begitu tabah dan matang dalam menghadapi sesuatu perkara.
‘Memanglah susah untuk kita dapat suatu kebahagian tu Aira, tetapi you kena faham suatu perkara. I dengan Aisyah mempunyai fikiran yang sama. Kami sanggup berkorban untuk yang kami sayang. Dan bagi kami, kalau kita buat sesuatu tu ikhlas demi Allah insyallah kebahagiaan itu akan datang juga untuk kita. Yang penting kita perlu percaya padanya.’
1 comments:
buat novel ke?
:) sweet name watak tu~
keep it upp
Post a Comment