BAB 15
‘eerr…tapi aku lain. Akeel dan aku kan tak cinta satu sama lain. Dan aku yakin Akeel mesti tak peduli pun dengan aku. Dia pun tak pernah minta aku jadi isteri dia yang sebenarnya tau. Aku tengok dia okey je’ Luah Aira membela diri. ‘ lagipun dia pun tak pernah menunaikan tanggungjawab dia juga.’ Balasnya selamba.
Wirda tergelak kecil ‘ mana kau tahu dia tak cintakan kau?. Hmm..kalau tak..takkanlah dia sanggup masakkkan untuk kau?’
‘hey itu Cuma mee gorenglah! Hahahahahahaha takkanlah dengan bila masakkan mee goreng tandanya dia dah suka kat aku?’ gelak Aira.
‘Aira…lelaki ni selalunya bila dia berbuat baik tandanya dia nak something dari kita tau. Hmm..mana ada lelaki yang sanggup bagi macam-macam atau buat baik dekat kita tanpa minta balasan. Okey katakanlah dia betul-betul nak buat baik just untuk saja-saja, dan kau rasa benefit apa dia dapat bila dia just ‘saje-saje’ nak buat baik dengan kau?. Lelaki Aira mana ada melakukan suatu tanpa mengharapkan hasil’ Luah Wirda dengan senyuman mendalam.
‘Jadi..kau rasa Akeel tu dah suka kat akulah ya?, ah mustahillah. Aku yakin dia memang saja nak buat baik.’
‘okey..itu kata kau. Kita tengok nanti, aku yakin mesti Akeel akan buat something nanti.’ Dahlah jom kita gerak balik ke office. Dah lama pula kita borak kat sini.
Sesampai di office Aira dikejutkan dengan sebuah jambangan bunga yang besar di mana bunga kesukaannya iaitu ros merah menghiasi indah bersama dengan satu ros putih di tengah-tengahnya. Aira hairan dengan kehadiran jambangan bunga yang tiba-tiba kelihatan pada atas meja setiausahanya.
‘wah…Alisya cantik bunga. Boyfriend bagi ya?’ usik Aira pada setiausahanya sambil diperhatikan oleh Wirda yang baru sahaja pulang bersamanya.
‘eh bukanlah puan, bunga ni untuk puan. Baru sahaja terima tadi semasa puan keluar untuk makan tengah hari. Hmm..suami puan yang hantar, Alisya rasa dia datang nak ajak puan makan tengah hari sama-sama kot. Cantikkan bunga ni puan?. Untung puan dapat suami romantik macam tu. Hensem lagi!. Bila dia datang tadi kan ramai je pekerja perempuan tak berhenti berkelip pandang dia tau!.’ Usik setiausahanya mesra padanya.
Aira terkedu dengan kejutan jawapan yang baru diterima dari setiausahanya. Tiba-tiba dia teringatkan kembali kata-kata suaminya malam tadi dimana dia mula rasa bahagia apabila bersama dekat dengannya. Ditambah pula dengan kata-kata Wirda kawannya tadi. Dia mula menyakini kata-kata yang baru diucapkan Wirda sebentar tadi.
Wirda tersenyum dan berbisik di telinga Aira ‘ kan aku dah kata, fikir-fikirkannya ya’ katanya sambil tersenyum dan berlalu pergi.
Aira diam, tidak tahu untuk berkata-kata. Lidahnya kelu gara-gara akan kejutan yang baru diterimanya tadi. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi menandakan mesej baru telah masuk.
0 comments:
Post a Comment