BAB 5
‘Weyh, kau apa cerita sekarang? Aku hairanlah dengan kau ni. Setiap hari balik lewat je…kau tak heran ke bini kat rumah? Bukan selalunya pasangan baru kahwin ni darah manis ke? Tak sabar-sabar nak pulang kerumah? Ini tak, aku tengok selagi tak habis semua kerja kau tu alamatnya kau tidur teruslah kat ofis ni. ‘ Kata kawannya memecahkan suasana sepi ketika mereka makan tengah hari bersama.
‘Dahtu kan..aku lagi hairan dengan kau, makan pagi, tengah hari dan malam pun kau makan dengan aku. Isteri kau tak bebel ke kau asyik hadap muka aku 24 jam?’ Tanya Amal kepada Akeel yang sibuk diam menjamah makanan di hadapannya.
‘Tengok tu, orang tanya bukan nak jawab!, heeesh…tak faham betullah aku dengan kau ni. Bini kemain lawa kat rumah dengan aku juga kau nak lepak 24 jam!’ Luah Amal kepada Akeel.
Akeel hanya ternsyum kecil dan menjawab ‘ untuk pengetahuan kau, isteri akupun sama aje macam aku. KItaorang pun tak pernah ambil peduli hal masing-masing. Dia dengan hal dia dan akupun dengan hal aku. Kenapa kau dah tak suka ke lepak dengan aku?, ke kau dah berpunya sampai merungut je bila keluar dengan aku?. Kalau kau tak nak lepak dengan aku, aku boleh keluar sendirilah!. Tak luak pun!’ Balasnya sinis.
‘ek eleh…rilekslah bro..janganlah marah. Aku cuma tanya je, iyelah siapa tak pelik pengantin baru tak balik-balik rumah macam pengantin baru selalu buat. Rupanya begitu kisahnya. Kiranya korang berdua ni memang tak sehati sejiwa lah ni?. Alahai orang kacak macam kau ni pun ada masalah macam ni ke?. Lainlah aku, kacak pun tak poket pun tak tebal. Kalau aku yang ada masalah macam kau tak heranlah. Ini lain pula yang jadi eh ? pelik-pelik’ Bebel Amal tanpa henti.
‘habis kau ingat orang kacak hidup dia senang jelah ye? Kalau senang tak perlulah aku kerja separuh mati macam ni. Hai…nak poket tebalpun usaha perlu bro. Tak ada apa yang datang bergolek’ Katanya ringkas.
‘Haaaa…pandai pun jawab, macamana bini kau nak layan makan minum kau kalau kau pun macam dia?, kau kata tak ada apa yang datang bergolek kan? Kau tak nak ke alami kebahagian rumah tangga macam abang kau?. Orang kata kan alam rumah tangga lebih manis dari gula tau, kau tak rasa rugi ke?’
‘Tak kot’ jawab Akeel pendek tidak berperasaan. Kawannya hanya menggelengkan kepalanya berulang kali tanda tidak memahami fikiran Akeel. Kalau dialah yang menjadi Akeel tentu sekali dia tidak akan sesekali melakukan perkara yang sama. Manakan tidak, isteri Akeel begitu cantik standing dengan kebijaksanaan yang dimilikinya. Kekagumannya pada isteri Akeel tidak sesiapapun ketahui sungguh die begitu memujai isteri Akeel. Dia begitu suka akan perempuan yang pandai berdikari dan bijak berkata-kata dalam percakapannya. Bukan hanya cantik pada luarannya malah kebijaksanaan itu mampu membuatkannya kagum dan terus memujai kecantikan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Aira. Malah kecantikan Aira itu semakin terserlah apabila setiap kali berpakaian dia begitu bijak sekali bergaya dan sentiasa up to date pada fashion semasa, baginya keseksian Aira bukan hanya terletak pada wajahnya tetapi amat jelas sekali terpamer apabila bercakap dengannya. Gerak bahasa tubuhnya dan percakapannya yang sentiasa yakin membuatkan jantung hatinya berdegup pantas setiap kali dia bertemu dengan Aira atas urusan bisnes yang direncanakan oleh Datin Asiah milik ibu Akeel. Semua ini direncanakan atas rancangan Datin Asiah yang mengesyaki kedinginan rumah tangga milik Aira dan Akeel. Kerana tiap kali Datin Asiah ingin bertanyakan perihal rumah tangga mereka Aira begitu bijak sekali mengalihkan topic perbualan serta menepis setiap persoalan yang diajukan olehnya. Dan dia hanyalah orang tengah yang diupah oleh Datin Asiah untuk mengetahui apa yang berlaku antara mereka.
0 comments:
Post a Comment