BAB 12
‘Habis tu, you bahagia ke sekarang?’ soal Aira.
‘Aira, kenapa you Tanya I soalan tu? You mahu ke hubungan kita berubah?’ soalnya sambil mengangkatkan sebelah keningnya.
‘EH..eh..tak tak tak! Bukan itu maksud i, I Cuma mahu you mengaku yang you tak bahagia sekarang. So admit jelah dekat I, dekat parents kita. Jadi you bolehlah cari kebahagiaan you dan lepaskan I’
‘Aira..Aira..siapa kata I tak bahagia?’ katanya sambil tersenyum tepat memandang Aira.
‘Maksud you?’
‘I dah mula rasa kebahagiaan tu makin hampir. Macam sekarang, I rasa bahagia bila dekat dengan you entah kenapa. Mungkin Allah dah mula buka hati i?’ katanya sambil tersenyum menggoda kepada Aira.
Aira kaget dengan reaksi kepada jawapan yang diberikan Akeel. Lain yang di sangkakannya lain pula yang terjadi.
‘Eh..mustahil you boleh rasa bahagia secepat tu? Takkan secepat tu you boleh melupakan Aisyah?’
‘I tak kata I dah melupakan dia, I Cuma mengatakan I dah mula rasa bahagia seperti yang I rasakan sekarang. Dan waktu kita honeymoon tu kita banyak berbual dan menghabiskan masa di dalam bilik, kita bermain permainan kanak-kanak seperti Sudoku,teka silang kata, bingo, monopoly membuatkan I terasa dekat dengan you. Dan I tidak lagi rasa janggal dan kaku apabila bersama dengan you, sebaliknya I rasa selesa dengan you. Dan you tahu suatu perkara tak?, you jenis seoramg yang spontan dan tidak dibuat-buat dan you juga bukan jenis yang mengawal tingkah laku you. Dan tu membuatkan I rasa selesa dengan you. Terutama sekali I suka bila I tengok rupa I semasa melukis rekaan baju terbaru you untuk bulan ni. You tahu rupa you amat tenang dan cantik semasa melukis. Baru I sedar rupanya you mempunyai bakat melukis yang begitu hebat apabila I lihat you lukis lukisan Channing Tatum dengan begitu teliti!. Hmm..kalau you boleh lukis wajah I macam tu lagi baik tau. Dari lukis wajah laki lain, tak dapat pahala pun tau!’ usik Akeel mesra kepada Aira.
‘hahaha….nak lukis wajah you I tak lalu lah. Lainlah Channing Tatum tu dia hensem tau! Badan dia pun hot! Dia ada six pack tau. You jangan main-main, dan untuk pengetahuan you dia pandai menari tau. I suka tengok dia menari dalam movie step up one. Sangat hot!’ Balas Aira teruja bercerita tentang actor kegemarannya.
‘eleh..takat six pack tu I tak heranlah!. I pun ada tau? Nak tengok?’ katanya sambil buat-buat untuk menarik baju t-shirt yang tersarung di badan sasanya.
‘eleh gedik! Tak hinginlah!’
‘eh..ni bukan gediklah sayang, ni nak tunjukkan bukti. Apa you ingat Channing Tatum you tu je ke yang ada six pack? I pun ada tau?. Tak caya meh pegang perut I meh’ balasnya nakal sambil cuba mencapai tangan halus Aira.
‘eh..taknaklah! gilalah you ni. Gedik!’ balas Aira sambil mengambil bantal sofa ke muka Akeel. Dan dia cepat-cepat berlari ke arah bilik. Takut pula jika Akeel betul-betul cuba melakukan itu. Entah kenapa hatinya berdebar-debar apabila Akeel cuba mendekatkan diri kepadanya.
0 comments:
Post a Comment