BAB 13

‘kring…kring…’ menandakan jam loceng telah berbunyi. Lantas Aira terjaga dari tidurnya dan bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya. Semasa sedang leka Aira mengoles gincu pada bibir mungilnya kenangan malam tadi tadi mengimbau kembali di benak fikirannya.’Ah..kenapa hati aku ni asyik terfikir dia pula?, jantung pula laju je semacam!. Ah perasaan aku je kot’ bebel Aira dalam hati dan meneruskan kembali perlakuannya tadi.

Semasa menuruni tangga milik rumahnya dengan Akeel kedengaran bunyi dentungan pinggan di susun di atas meja mencetuskan naluri ingin tahu Aira. Lalu dia berjalan laju menuju ke ruang makan.

‘wah..Akeel..you siapkan semua ni ke?, siap mee goreng pun ada!. Biar betul ni?’ Tanya Aira tak percaya.

‘Haha kenapa tak percaya?, jangan ingat badan sasa macam I tak boleh memasak tau!’

‘haha nak juga cakap badan you sasa ya?, whateverlah Akeel janji perut I tak kosong pagi ni. Hmm..nak juga I rasa masakan you ni. Entah sedap atau tak’ usik Aira nakal.

‘hmm..sebab tulah you kena rasa masakan I ni. Well walaupun yang I masak ni Cuma mee goreng tapi mee goreng ni I buat sepenuh hati tau. Don’t worrylah I jamin mesti sedap punya!’ Balasnya sambil mendabik dada memberikan jaminan kepada Aira.

Aira Cuma tersenyum dan mengajak Akeel mula makan sarapan pagi bersama. Sambil makan mereka berborak ringkas sebelum masing-masing bergegas menuju ke destinasi masing-masing.

‘Wirda….kau rasa kan? Normal tak kalau lelaki tu masakkan untuk kita?’
‘eh kenapa kau Tanya macam tu?’
‘ha…ni mesti Akeel masakkan something untuk kau kan?, wah bahagianya kau!. Ceh kalau laki akulah takde maknanya dia nak ke dapur tau!. Balik-balik aku juga yang kena tau. Bosan aku, but nak buat macamana dah terkahwin.’ Bebel kawannya sambil menyambung kembali makanan tengah harinya bersama Aira.

Aira tersenyum kecil ‘ haha apalah kau ni. Boleh pula macam tu ya ?. Mana ada istilah terkahwin puan Wirda ooi !’  Balas Aira

‘Eh..dalam situasi aku memang terkahwin tau!. Patutnya perkahwinan aku dengan dia memang bertahun lambat tau!. Tapi tulah gara-gara perkahwinan kakak aku yang tak jadi tiba-tiba aku dengan dia pula yang jadi mangsa. Dah sudahnya aku dengan dia pula yang kahwin !’ bebel Wirda tak puas hati kepada kawannya Aira.

‘Wirda…kalau terkahwin pun apa salahnya ?, lagipun kau memang sayangkan dia kan ?. Jadi tak salah pun kalau kau kahwin dengan Irman tu ?. Hmm..aku tengok dia pun okey apa. Kerja pun bagus. Kereta dan rumah pun dah ada. Buat apa kau nak tangguh-tangguh ?. Lagipun dah lama kan Irman ajak kau kahwin ?. Ha sekarang dah kahwin bolehlah kau berdua je dengan dia. Tak ada lagi dah mak kau bebel bila keluar berdua kan ?’

‘hmm..senanglah kau cakap. Memanglah aku sayangkan dia, tapi aku memang tak ready lagi untuk kahwin tau!. Kaupun tahu aku macamanakan?. Kita kan sama gila kerja. Mana ada fikir pasal kahwin-kahwin ni. Hai…orang tua kita je yang dok bebel suruh kahwin!. Entah apa yang menarik sangat dengan kahwin pun aku tak tahu!.’ Luahnya.

‘laa…bukan kau dah kahwin ke? Takkan apa yang menarik dengan perkahwinan pun kau tak tahu?. Lagi-lagi kan kau yang kahwin dulu dari aku?’ Gelak Aira bersahaja.