I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

In:

bab 17

BAB 17

Sudah seminggu selepas insiden pergaduhan kecil antara Akeel dan Aira membuatkan hubungan mereka kembali dingin seperti dahulu. Akeel kecewa dengan reaksi Aira dan Aira pula terkilan dengan Akeel kerana merasakan dirinya hanya dipergunakan untuk Akeel melupakan kakaknya Aisyah.

‘ah..aku tahu siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan Aisyah. Ya daripada dulu lagi semua akan lagi menyanyagi kakaknya berbanding dirinya. Hmnp..sakitnya hati bila aku fikirkan hal ni. Arghhh…kenapa pula aku nak sakit hati ni? Dah stop ..stop…aku perlu berhenti berfikir tentang dia!’ Bebel Aira dalam hati sambil tangannya laju mengemaskan barang kerana dia baru sahaja menerima panggilan dari ibu mertuanya untuk menguruskan cawangan mereka di Johor Bahru yang mengalami masaalah.

‘hmm..bagus juga untuk aku pergi jauh-jauh ni. Bolehlah aku berhenti fikir pasal dia. Duduk serumah dengan dia boleh buat aku jadi gila !.’ Kata Aira dalam hati.

‘Ish kenapa dia tak balik-balik lagi ni ? dah hampir pukul 1 pagi ni. Takkan banyak sangat kerja sampai pukul 1 pun tak balik lagi. Selalunya paling lambat dia balik pun pukul 12 malam. Paling tidakpun pukul 12.30 malam!.’ Bebel Akeel sambil mundar- mandir di ruang tamunya.
Akeel menonton tv untuk menghilangkan resahnya sambil menunggu kehadiran Aira. Malam ini ingin sekali dia berbaik dengan Aira dan meminta maaf darinya, andainya dia ada berbuat salah padanya. Akeel tabah menunggu kelibat Aira walaupun matanya kian kelam tanda mengantuk yang sudah tidak tertahan. Tanpa dia sedar dia tertidur di sofa miliknya hingga ke pagi.

Akeel terbangun apabila ringtone telefon bimbitnya berbunyi. Akel bangun melihat telefonnya. ‘Eh dah pukul 6 pagi ni, nasib aku ada buat alarm kalau tak mesti tak bangun-bangun!. Ish mana pula Aira ni. Hmm..mungkin dia di biliknya kot.’ Kata Akeel kepada dirinya sambil berjalan menuju ke bilik Aira.

Akeel mengetuk pintu bilik milik Aira, ketukan tidak dijawab. Lantas Akeel memulas tombol pintu bilik Aira. ‘ Aneh…selalunya berkunci. Kenapa tak berkunci pula ni?’’ bisiknya sambil berjalan masuk ke bilik Aira.

Haruman lavender boleh dibau kuat apabila dia mula masuk ke bilik Aira. Tentu Aira sukakan wangian bauan lavender. Kelihatan katil milik Aira kemas tidak terusik. ‘Eh..Aira tak tidur sini ke malam tadi?.’ Lantas dia segera menelefon Aira.

‘ish…kenapa pula Akeel telefon pagi-pagi ni ?. hmm…kacau aku nak bersiap je. Biarlah baik aku segera siap ni’ Bebel Aira di bilik hotelnya.
‘Arghh….tak berhenti pula dia call. Okeylah aku jawab, hmm..mungkin ada hal penting agaknya’

‘Ye Akeel’

‘Aira!!! You tak tidur sini ke malam tadi?, you kat mana??? Takkan you tidur kat pejabat kot? ’ Tanya Akeel lantang.

Aira menjawab tenang ‘ laa..kalau I tidur kat pejabat pun apa salahnya? Bukannya i tidur dengan orang lain. Hahahaha…gurau Aira yang berasakan soalan Akeel itu lucu.

‘Ish you ni, boleh pula dia jawab macam tu!. I tanya ni you dekat mana?’

‘I dekat JB lah Akeel.’

‘ha? JB? You buat apa kat sana? Kenapa you tak bagi tahu I pun you nak pergi JB?’

‘ermm…I pergi pun sebab mama yang suruh. I ingat mama dah beritahu you dah, sebab tulah i tak beritahu you. Sorry.’

‘Taklah, mama tak bagitahu I pun!. Airaaa….kan I dah cakap sebelum ni kalau hendak pergi mana-mana pun beritahulah I dulu. I risau tau tunggu you malam tadi, bila I fikir you tak balik malam tadi macam-macam perkara buruk I fikir tau!. You nak I kena sakit jantung ke Aira?’

‘hahahahahahahaha…macam mak cik- mak cik lah cara you cakap ni!. Ooo..sakit jantung ke? Don’t worrylah you ka nada abang doctor, ha jumpa ajelah dia free of charge je tau!. By the way sekarang you dah tahukan I dekat JB  tak perlulah you risau lagi.’ Balas Aira sambil tak henti ketawa menjawab pada Akeel. Dalam hati Aira berbunga riang apabila merasakan Akeel risau akan keadaan dirinya.

Akeel tersenyum apabila gelak ketawa Aira jelas menampar telinganya. Sungguh dia begitu merindui akan suara itu. Kerinduannya pada Aira makin mencengkam, dalam hati ingin sahaja dia bertolak dan pergi ke JB.

In:

bab 16

BAB 16
Aira membuka pesanan telefon bimbitnya sejurus mendengar lagu Baby Baby yang dinyayikan oleh Justin Bieber kedengaran dari telefon bimbitnya.

‘Hai Aira, dah terima bunga yang I bagi tu?. You suka?’

Aira membaca pesanan sms yang baru diterima dari Akeel. Perasannya bercampur baur. Kekok dan tidak tahu mahu membalas pertanyaan sms yang baru diterimanya tadi.

Belum sempat dia meneruskan kerjanya sms baru masuk lagi di telefon Blackberry miliknya.

Senyap je?, you tak suka ke?’

Aira ligat berfikir jawapan apa yang patut diberi. Bukan dia tak suka dengan jambangan yang baru diterima Cuma dia berasa janggal menerima pemberian dari Akeel. Malah kad yang disertakan Akeel membuatkan hatinya resah memikirkan perubahan Akeel yang baginya terlalu tiba-tiba.

Lantas dia membuat keputusan untuk membalas sms tu dengan mengatakan

‘Oh thx for the flower sorry for the late reply’

Balas Aira pendek. Dalam diam dia resah memikirkan kelakuan Akeel yang tiba-tiba sahaja seperti ingin mencipta suasana mesra antara mereka. Ditambah dengan sarapan pagi tadi, membuatkan Aira kian resah reaksi apakah yang patut diberi apabila dia balik kerumah nanti?’  Risau Aira dalam hati. Dia membaca kembali kad kecil pada jambangan bunga, kata-kata yang tertulis membuatkan dia seakan tidak percaya Akeel yang menulisnya itu.

‘You tahu kenapa I letak bunga putih di tengah-tengahnya?. Sebab  orang selalu Nampak bunga ros merah di mana-mana je... Tapi di mata I hanya Nampak ros putih je. Kenapa? Sebab I rasa ros putih tu macam you.

FRM :
Akeel

Aira tersedar dari lamunannya dia lantas meneruskan kerjaya yang terhenti seberntar tadi. Cuba untuk menyibukkan diri dan enggan berfikir tentang Akeel. Yang pasti dia tidak akan balik awal, pada malam ini Bisik hati kecil Aira.
Di Rumah

Kedengaran deruan enjin kereta menghampiri perkarangan rumah Akeel dan Aira . Akeel terbangan dari tidurnya apabila enjin kereta kian menghampiri rumahnya. Langsir tingkap di selak. Kelihatan Aira baru keluar dari kereta. Akeel cepat-cepat duduk kembali di sofa ruang tamu milik mereka berdua.

‘Lambat you balik’ luah Akeel pada Aira sebaik sahaja Aira masuk ke rumah.
‘hmm…I kan memang selalu balik lambat. Macam tak biasa pula?’ Balas Aira acuh tak acuh.

‘Yelah, tapi I rasa you dah tak patut balik lambat sekarang.’

‘kenapa?’

‘Iyelah sekarangkan you dah ada tanggungjawab. Lagipun I naklah spend time with you lepas kita sama-sama dah penat dari kerja. Nak jumpa you siang-siang kan susah. So I haraplah kita dapat kerap luangkan masa bersama pada waktu malam. Kalau tak, takkanlah kita nak begini selamanya?’ Jawabnya.

‘Tapi sebelum ni hal ni tak jadi isu pun?, lagipun sebelum ni you yang tak peduli. Kenapa tiba-tiba sekarang you ambil peduli pula?. Hai..takkanlah sebab kita rapat masa honeymoon tu you dah nak amik peduli pasal I pula? Cepatnya you lupakan Aisyah ya?’ perli Aira.

Akeel menjawab tenang ‘ Kalau ya pun tak salah kan?, sedangkan mengingati Aisyah itupun suatu dosa dan melupakannya tentulah suatu pahala. Ya malam tadi I tak cakap I dah lupakan dia. Tapi I ada cakap kan yang I rasa bahagia bila dekat dengan you. Dan I naklah perasaan tu kekal selamanya kalau itu yang terbaik untuk kita berdua. Dan I memang perlu melupakan Aisyah, dia adalah kisah silam dan you adalah masa hadapan. Takkan itupun you masih tak mengerti?’

‘oh jadi you nak rapat dengan I sebab you nak lupakan Aisyah lah? Jadi sebab tulah you hantar bunga ya? Apa, you ingat hati I ni mudah dibeli?. Dah stop lah Akeel I penat I nak tidur.’ Balas Aira pantas dan laju menaiki tangga menuju ke biliknya.

Aira menutup dan mengunci biliknya, dalam hati dia berasa terkilan akan kata-kata Akeel. Barulah dia tahu kini Akeel memang tak melupakan lagi kakaknya dan dia hanya menggunakan dirinya untuk melupakan kakaknya Aisyah. 

In:

bab 15

BAB 15

‘eerr…tapi aku lain. Akeel dan aku kan tak cinta satu sama lain. Dan aku yakin Akeel mesti tak peduli pun dengan aku. Dia pun tak pernah minta aku jadi isteri dia yang sebenarnya tau. Aku tengok dia okey je’ Luah Aira membela diri. ‘ lagipun dia pun tak pernah menunaikan tanggungjawab dia juga.’ Balasnya selamba.

Wirda tergelak kecil ‘ mana kau tahu dia tak cintakan kau?. Hmm..kalau tak..takkanlah dia sanggup masakkkan untuk kau?’

‘hey itu Cuma mee gorenglah! Hahahahahahaha takkanlah dengan bila masakkan mee goreng tandanya dia dah suka kat aku?’ gelak Aira.

‘Aira…lelaki ni selalunya bila dia berbuat baik tandanya dia nak something dari kita tau. Hmm..mana ada lelaki yang sanggup bagi macam-macam atau buat baik dekat kita tanpa minta balasan. Okey katakanlah dia betul-betul nak buat baik just untuk saja-saja, dan kau rasa benefit apa dia dapat bila dia just ‘saje-saje’ nak buat baik dengan kau?. Lelaki Aira mana ada melakukan suatu tanpa mengharapkan hasil’ Luah Wirda dengan senyuman mendalam.

‘Jadi..kau rasa Akeel tu dah suka kat akulah ya?, ah mustahillah. Aku yakin dia memang saja nak buat baik.’

‘okey..itu kata kau. Kita tengok nanti, aku yakin mesti Akeel akan buat something nanti.’ Dahlah jom kita gerak balik ke office. Dah lama pula kita borak kat sini.

Sesampai di office Aira dikejutkan dengan sebuah jambangan bunga yang besar di mana bunga kesukaannya iaitu ros merah menghiasi indah bersama dengan satu ros putih di tengah-tengahnya. Aira hairan dengan kehadiran jambangan bunga yang tiba-tiba kelihatan pada atas meja setiausahanya.

‘wah…Alisya cantik bunga. Boyfriend bagi ya?’ usik Aira pada setiausahanya sambil diperhatikan oleh Wirda yang baru sahaja pulang bersamanya.

‘eh bukanlah puan, bunga ni untuk puan. Baru sahaja terima tadi semasa puan keluar untuk makan tengah hari. Hmm..suami puan yang hantar, Alisya rasa dia datang nak ajak puan makan tengah hari sama-sama kot. Cantikkan bunga ni puan?. Untung puan dapat suami romantik macam tu. Hensem lagi!. Bila dia datang tadi kan ramai je pekerja perempuan tak berhenti berkelip pandang dia tau!.’ Usik setiausahanya mesra padanya.

Aira terkedu dengan kejutan jawapan yang baru diterima dari setiausahanya. Tiba-tiba dia teringatkan kembali kata-kata suaminya malam tadi dimana dia mula rasa bahagia apabila bersama dekat dengannya. Ditambah pula dengan kata-kata Wirda kawannya tadi. Dia mula menyakini kata-kata yang baru diucapkan Wirda sebentar tadi.

Wirda tersenyum dan berbisik di telinga Aira ‘ kan aku dah kata, fikir-fikirkannya ya’ katanya sambil tersenyum dan berlalu pergi.

Aira diam, tidak tahu untuk berkata-kata. Lidahnya kelu gara-gara akan kejutan yang baru diterimanya tadi. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi menandakan mesej baru telah masuk.

In:

bab 14

BAB 14

Wirda tersenyum dengan pertannya Aira ‘ Err..sebenarnyakan Aira, aku tak pernah lagi..err..dengan dia. Kau fahamkan maksud aku?’

‘eh..biar betul? Kenapa Wirda?’ Tanya Aira pelik.

‘ermm..sebab seperti yang aku cakap tadi, aku kan tak ready untuk kahwin. Jadi aku rasa macam semacamlah bila Irman tu duduk sebilik dengan aku !. Aku rasa macam privasi dah tak ada tau !. Dulu kalau aku nak stay up lewat macamana dengan kerja pun tak ada orang yang nak peduli. And baju apa yang aku nak pakai pun tak ada orang yang nak ambil pusing. Dan dari kecil lagi aku dah biasa tidur seorang tau. Jadi bila aku kena share benda dengan orang aku rasa tak betah !. Yelah aku kan anak tunggal. Selalunya semua benda hanya untuk aku sendiri. Sekarang lain pula situasinya. Lagipun aku dengan Irman tu banyak bezanya. Iyelah aku muda dia tua, dan dia jenis home person tak macam aku. Outgoing. So its hard living in the same roof with him’ Luahnya jujur.

‘oh..macam tu. Habis tu reaksi Irman macamana?. Dia okey ke ?. Dia boleh terima ?
‘Hmm..nak tak nak dia kenalah terima. Iyelah sebab aku dah cakap awal-awal yang aku memang tak sedia lagi nak kahwin. Tapi dia dan mak akulah yang beriya-iya nak kahwin cepat!. Jadi mana boleh dia salahkan aku’ luah Wirda tanpa rasa bersalah.

‘eh mana boleh macam tu Wirda. Nak atau tak nak kau perlu terima dia seadanya. Kau kan dah jadi isteri dia, jadi kau kenalah galas tanggungjawab sebagai isteri dia. Lagipun anggaplah ni semua sebagai ujian Allah dan kita sebagai hambanya kenalah terima akan ujian yang diberi.’ Balas Aira panjang lebar.

‘eleh..kau nasihat aku macam ni. Kau pula macamana ?. Hmm..jangan ingat aku tak tahu yang kau pun tak boleh terima Akeel lagi kan ?. Ingat nasihat tu memang senang tapi nak buat tu susah ?. Aku rasa kau perlu praktikkan nasihat tu kat diri kau dulu sebelum cakap dekat aku. Hamm..sorrylah dear aku bukan nak menyinggung perasaan kau. Tapi macam kau cakap, dah jadi isteri jadi kenalah tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Tak gitu ?’ luah Wirda sambil tersenyum nipis.

Aira terkedu dengan balasan jawapan yang diterima dari Wirda. Sungguh dia terlupa akan kekhilafan dirinya. Sesungguhnya dia juga telah banyak melakukan kesilapan. Tetapi hatinya membentak dengan mengatakan dia tidak bersalah dengan alasan bahawa Akeel juga seperti dia tidak mencintai satu sama lain. Dan dia yakin Akeel tidak ingin pun meminta dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

In:

bab 13

BAB 13

‘kring…kring…’ menandakan jam loceng telah berbunyi. Lantas Aira terjaga dari tidurnya dan bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya. Semasa sedang leka Aira mengoles gincu pada bibir mungilnya kenangan malam tadi tadi mengimbau kembali di benak fikirannya.’Ah..kenapa hati aku ni asyik terfikir dia pula?, jantung pula laju je semacam!. Ah perasaan aku je kot’ bebel Aira dalam hati dan meneruskan kembali perlakuannya tadi.

Semasa menuruni tangga milik rumahnya dengan Akeel kedengaran bunyi dentungan pinggan di susun di atas meja mencetuskan naluri ingin tahu Aira. Lalu dia berjalan laju menuju ke ruang makan.

‘wah..Akeel..you siapkan semua ni ke?, siap mee goreng pun ada!. Biar betul ni?’ Tanya Aira tak percaya.

‘Haha kenapa tak percaya?, jangan ingat badan sasa macam I tak boleh memasak tau!’

‘haha nak juga cakap badan you sasa ya?, whateverlah Akeel janji perut I tak kosong pagi ni. Hmm..nak juga I rasa masakan you ni. Entah sedap atau tak’ usik Aira nakal.

‘hmm..sebab tulah you kena rasa masakan I ni. Well walaupun yang I masak ni Cuma mee goreng tapi mee goreng ni I buat sepenuh hati tau. Don’t worrylah I jamin mesti sedap punya!’ Balasnya sambil mendabik dada memberikan jaminan kepada Aira.

Aira Cuma tersenyum dan mengajak Akeel mula makan sarapan pagi bersama. Sambil makan mereka berborak ringkas sebelum masing-masing bergegas menuju ke destinasi masing-masing.

‘Wirda….kau rasa kan? Normal tak kalau lelaki tu masakkan untuk kita?’
‘eh kenapa kau Tanya macam tu?’
‘ha…ni mesti Akeel masakkan something untuk kau kan?, wah bahagianya kau!. Ceh kalau laki akulah takde maknanya dia nak ke dapur tau!. Balik-balik aku juga yang kena tau. Bosan aku, but nak buat macamana dah terkahwin.’ Bebel kawannya sambil menyambung kembali makanan tengah harinya bersama Aira.

Aira tersenyum kecil ‘ haha apalah kau ni. Boleh pula macam tu ya ?. Mana ada istilah terkahwin puan Wirda ooi !’  Balas Aira

‘Eh..dalam situasi aku memang terkahwin tau!. Patutnya perkahwinan aku dengan dia memang bertahun lambat tau!. Tapi tulah gara-gara perkahwinan kakak aku yang tak jadi tiba-tiba aku dengan dia pula yang jadi mangsa. Dah sudahnya aku dengan dia pula yang kahwin !’ bebel Wirda tak puas hati kepada kawannya Aira.

‘Wirda…kalau terkahwin pun apa salahnya ?, lagipun kau memang sayangkan dia kan ?. Jadi tak salah pun kalau kau kahwin dengan Irman tu ?. Hmm..aku tengok dia pun okey apa. Kerja pun bagus. Kereta dan rumah pun dah ada. Buat apa kau nak tangguh-tangguh ?. Lagipun dah lama kan Irman ajak kau kahwin ?. Ha sekarang dah kahwin bolehlah kau berdua je dengan dia. Tak ada lagi dah mak kau bebel bila keluar berdua kan ?’

‘hmm..senanglah kau cakap. Memanglah aku sayangkan dia, tapi aku memang tak ready lagi untuk kahwin tau!. Kaupun tahu aku macamanakan?. Kita kan sama gila kerja. Mana ada fikir pasal kahwin-kahwin ni. Hai…orang tua kita je yang dok bebel suruh kahwin!. Entah apa yang menarik sangat dengan kahwin pun aku tak tahu!.’ Luahnya.

‘laa…bukan kau dah kahwin ke? Takkan apa yang menarik dengan perkahwinan pun kau tak tahu?. Lagi-lagi kan kau yang kahwin dulu dari aku?’ Gelak Aira bersahaja.

In:

bab 12

BAB 12

‘Habis tu, you bahagia ke sekarang?’ soal Aira.

‘Aira, kenapa you Tanya I soalan tu? You mahu ke hubungan kita berubah?’ soalnya sambil mengangkatkan sebelah keningnya.

‘EH..eh..tak tak tak! Bukan itu maksud i, I Cuma mahu you mengaku yang you tak bahagia sekarang. So admit jelah dekat I, dekat parents kita. Jadi you bolehlah cari kebahagiaan you dan lepaskan I’

‘Aira..Aira..siapa kata I tak bahagia?’ katanya sambil tersenyum tepat memandang Aira.

‘Maksud you?’

‘I dah mula rasa kebahagiaan tu makin hampir. Macam sekarang, I rasa bahagia bila dekat dengan you entah kenapa. Mungkin Allah dah mula buka hati i?’ katanya sambil tersenyum menggoda kepada Aira.
Aira kaget dengan reaksi kepada jawapan yang diberikan Akeel. Lain yang di sangkakannya lain pula yang terjadi.

‘Eh..mustahil you boleh rasa bahagia secepat tu? Takkan secepat tu you boleh melupakan Aisyah?’

‘I tak kata I dah melupakan dia, I Cuma mengatakan I dah mula rasa bahagia seperti yang I rasakan sekarang. Dan waktu kita honeymoon tu kita banyak berbual dan menghabiskan masa di dalam bilik, kita bermain permainan kanak-kanak seperti Sudoku,teka silang kata, bingo, monopoly membuatkan I terasa dekat dengan you. Dan I tidak lagi rasa janggal dan kaku apabila bersama dengan you, sebaliknya I rasa selesa dengan you. Dan you tahu suatu perkara tak?, you jenis seoramg yang spontan dan tidak dibuat-buat dan you juga bukan jenis yang mengawal tingkah laku you. Dan tu membuatkan I rasa selesa dengan you. Terutama sekali I suka bila I tengok rupa I semasa melukis rekaan baju terbaru you untuk bulan ni. You tahu rupa you amat tenang dan cantik semasa melukis. Baru I sedar rupanya you mempunyai bakat melukis yang begitu hebat apabila I lihat you lukis lukisan Channing Tatum dengan begitu teliti!. Hmm..kalau you boleh lukis wajah I macam tu lagi baik tau. Dari lukis wajah laki lain, tak dapat pahala pun tau!’ usik Akeel mesra kepada Aira.

‘hahaha….nak lukis wajah you I tak lalu lah. Lainlah Channing Tatum tu dia hensem tau! Badan dia pun hot! Dia ada six pack tau. You jangan main-main, dan untuk pengetahuan you dia pandai menari tau. I suka tengok dia menari dalam movie step up one. Sangat hot!’ Balas Aira teruja bercerita tentang actor kegemarannya.

‘eleh..takat six pack tu I tak heranlah!. I pun ada tau? Nak tengok?’ katanya sambil buat-buat untuk menarik baju t-shirt yang tersarung di badan sasanya.

‘eleh gedik! Tak hinginlah!’

‘eh..ni bukan gediklah sayang, ni nak tunjukkan bukti. Apa you ingat Channing Tatum you tu je ke yang ada six pack? I pun ada tau?. Tak caya meh pegang perut I meh’  balasnya nakal sambil cuba mencapai tangan halus Aira.

‘eh..taknaklah! gilalah you ni. Gedik!’ balas Aira sambil mengambil bantal sofa ke muka Akeel. Dan dia cepat-cepat berlari ke arah bilik. Takut pula jika Akeel betul-betul cuba melakukan itu. Entah kenapa hatinya berdebar-debar apabila Akeel cuba mendekatkan diri kepadanya.

In:

bab 11

BAB 11

Di rumah…

‘You dah siap kemas barang-barang you ke?’ Tanya Akeel kepada Aira

‘Sudah,oh I tak sabar – sabar nak bekerja balik. I rasa macam lama aja kita honeymoon. Dah tak sabar lagi nak mulakan balik kerja-kerja I’

‘oh ya lupa pula i.You kan hantu kerja, mana fikir lain kerja aja yang you tahu kan?’

‘eleh..cakap orang, you pun sama apa. Gila kerja kan?, kalau bukan sebab kita baru balik dari honeymoon hari ni takdenya I nak Nampak kelibat you kat ruang tamu menonton tv malam-malam ni’
Akeel tersenyum mengaku akan kata-kata yang di ucapkan oleh Aira. Dalam hati dia senang akan perbualan ini. Kemesraan dan persabahatan yang baru terjalin tidak membuatkan mereka kekok untuk berbual.

‘Oh yaa..kalau I tanya u marah tak? Tanya Aira pada Akeel yang leka menonton tv.

‘Marah?, depends lah you. Kenapa? You nak tanya I apa?

‘Kenapa you setuju nak kahwin dengan i? dan kenapa you biarkan abang you kahwin dengan kakak i? sedangkan you dan Aisyah saling suka satu sama lain?. You tak sedih ke?’

Sambil tersenyum tawar Akeel menjawab ‘ berani pula you Tanya I soalan ni ya? I ingatkan sampai bila-bila pun you tak akan tanya. Okay frankly I cakap, memang I sedih. Tipulah kalau I cakap I tak sedih. Tapi I terlalu sayangkan abang i. You kan tahu I ni hanya anak angkat keluarga Datin Asiah dan Dato Jamal. Dorang amik I jadi anak angkat bila mak I dekat luar Negara mati semasa melahirkan i. Time tu I baby lagi, I terhasil dari perkahwinan adik mama I sekarang. Ayah I pula orang putih dan telah bercerai dengan ibu kandung i. Tentang I dia langsung tak mahu ambil tahu. Hasilnya Datin Asiah mama I sekarang nilah yang jaga i. Sebab tulah I sanggup berkorban untuk abang i. Dan bukan tu je, abang I juga selalu beralah untuk i.  Abang I tak pernah anggap I sebagai anak angkat. Dulu I pernah jatuh cinta dengan seorang perempuan semasa I di Universiti dan perempuan itu cintakan abang I, tapi abang I tak terima cinta perempuan tu sebab dia tahu I cintakan permpuan tu. Dan akhirnya seminggu kemudian perempuan yang kami sama-sama cinta tu meninggal sebab kemalangan jalan raya. Dan sejak tu abang I tak lagi jatuh cinta kerana dia tak dapat lupakan perempuan tu. Sebabkan itu, I mahu dia bahagia. I tak mahu lagi dia berkorban untuk i. Cukuplah sekali, biarlah kali ni I pula yang berkorban.’ Ujarnya dengan panjang lebar.

‘Oh..macam tu. Jadi lepas tu you pula jatuh cinta dengan kakak I tapi u beralah you berikan kakak I pada abang you?. Hmm..baik betul you dengan abang you ya. Tetapi kalau I lah yang jadi kakak I atau you I takkan berkorban. Kerana bagi I kebahagiaan itu tidak boleh dipaksa dan dikorbankan. Bukan senang tau hendak dapat kebahagiaan dalam hidup ni’ Balasnya.

Akeel tersenyum dengan jawapan Aira, dia tidak terkejut dengan jawapan yang diberikan. Kerana memang sejak dulu Aira bergitu berlainan dengan Aisyah yang begitu tabah dan matang dalam menghadapi sesuatu perkara.

‘Memanglah susah untuk kita dapat suatu kebahagian tu Aira, tetapi you kena faham suatu perkara. I dengan Aisyah mempunyai fikiran yang sama. Kami sanggup berkorban untuk yang kami sayang. Dan bagi kami, kalau kita buat sesuatu tu ikhlas demi Allah insyallah kebahagiaan itu akan datang juga untuk kita. Yang penting kita perlu percaya padanya.’ 

In:

bab 10

BAB 10

Sementara menunggu Akeel membeli makanan diluar Aira cepat keluar dari bilik air untuk mengambil pakainya. Dia terlupa untuk membawa sekali pakainnya seperti yang sering dilakukannya.

‘aish baik aku cepat ambil baju sebelum Akeel balik ni. Kalau dia balik nanti habislah aku!’ Bisiknya dalam hati cemas.

Belumpun sempat dia mengambil bajunya, kelihatan Akel telah muncul di hadapannya sambil memegang bungkusan makanan mereka sambil tersenyum. Membuatkan Aira terkocoh-kocoh hendak mengambil bajunya dan membuatkan dia terjatuh terkena bucu katil. Lalu Akeel segera menghampiri untuk menolongnya. Tetapi di tepis perlahan oleh Aira, segera Aira mengutip bajunya yang bertaburan akibat kecuaiannya tadi. Kelihatan Aira begitu seksi dengan pemakaian tuala yang singkat separas paha membuatkan naluri lelaki Akeel berkocak hebat. Lebih-lebih lagi apabila Aira sedang menunduk mengutip bajunya yang bertaburan.

‘eh Aira, you lupa something’ kata Akeel cepat sebelum Aira pantas masuk ke bilik air.

Aira berpaling ‘ apa dia?’

‘ Ni..you lupa anak-anak you’ katanya sambil tergelak nakal.

Lantas Aira merentap kasar dan memberikan jelingan yang tajam. Tanda tidak suka dengan apa yang terjadi.

Akeel cuba berpura-pura membaca majalah yang terpamer kemas di depan mejanya. Tetapi dia tahu di dalam hatinya berkocak hebat dengan situasi yang baru di alaminya tadi. ‘phew..nasib baik esok adalah masa untuk balik ke Malaysia. Kalau lama-lama kat sini takut lain pula yang jadi’. Bisik hati kecilnya.

Aira keluar dengan muka yang selamba untuk menutup malu dengan kejadian yang baru menimpanya tadi. ‘Mana makanan yang you beli tadi?’ soalnya.

‘Tu kat atas meja, ha jangan lupa amik kopi yang i beli tu sekali. Jangan lupa macam tadi sudahlah’ Usik Akeel pada Aira.

Aira hanya diam tidak memberikan reaksi, dia tahu kalau dia melayan karenah Akeel pasti usikannya itu tidak akan habis. Tanpa melengahkan masa laju dia mengambil bungukusan makanan untuknya berserta air kopi yang dibeli Akeel. Tanpa banyak soal dia mula menjamah makanan masih panas terhidang di depannya.

In:

bab 9

BAB 9

Di honeymoon..

‘ish..sejuknya kat sini, Tebal gila salji dia…mama dan papa ni saje je pilih tempat sejuk-sejuk. Nak aku mati kesejukan ke kat sini?’ Bebelnya dalam hati sambil mengusap berulang kali lengannya dek kesejukan yang melampau.
‘you sejuk ke?, nak pakai jaket I?’ Tanya Akeel pada Aira.

‘Eh tak perlulah. Tak sejuk mana pun ni.’ Tipu Aira

Akeel hanya tersenyum, tahu dia akan  kedegilan dan keegoan Aira lantas dia membuka jaketnya dan menyarungkan ke tubuh kecil milik Aira.

Selang 40 minit kemudian, Aira melihat Akeel menggigil menahan kesejukan. Lantas dia bercakap ‘ nah ambiklah balik jaket you ni. I bukanlah kejam nak mendera orang. Tak perlulah nak jadi gentleman this time. Kita sama-sama sejuk I faham’ Katanya sambil tergelak kecil.

Akeel menyambut huluran jaket  itu dengan muka yang masam. Walaupun malu untuk mengaku dia kesejukan namum dia mengambil juga huluran jaket itu. Dalam hati dia boleh mengetahui kenapa tempat ini yang dipilih oleh ibunya.
‘haish..ibu-ibu..tak ada tempat lagi menarik ke nak suruh pergi honeymoon, tempat sejuk-sejuk macam ni jugalah dia suruh pergi. Haish…tahu sangat aku dengan motif mama ni. Ni mesti dia nak suruh aku dan Aira duduk dekat kat hotel je ni. Heii..kalau dah sejuk macam ni sIapa yang nak keluar jalan lama-lama’ Bebelnya dalam hati.

‘Dah jomlah Aira, sini sejuklah jomlah kita balik hotel. Kalau you tak puas shopping nanti kita datang sini bila musim bunga mahu ?’ Tanya Akeel pada Aira.

‘kenapa cepat sangat nak balik?, hahahahahha…you ni tak macholah. Sejuk sikit dah nak balik.’ Balasnya sambil tergelak dan berjalan laju.

‘heshm, apa you kata? Apa ingat I tak tahan sejuk ke? Cuma I dah bosan sangat tau teman you jalan dekat luar ni. Eleh..sejuk tu saja alas an I bagilah!’ Balasnya.

‘haha yeke? I tengok you dah macam budak kecik menggigil kesejukan je. Badan je besar tapi tak tahan sejuk pun!’ Usik Aira.

‘eh..badan besar? Hehe u pernah ke tengok badan i?’ usiknya nakal.

‘alah tengok you dari sini pun boleh agak tau!, u kan besar dahlah tinggI dah macam gergasi pun ada.’

‘apa? Gergasi? I hensem-hensem macam ni you kata I gergasi?, ish sungguh tak patut.’
‘Ceh perasan! Hensem ke? I tengok biasa je?. Katanya sambil memandang tepat ke arak Akeel. Tetapi jauh di sudutnya mengatakan sebaliknya.

‘Alah..i tahu you tipu je tu. Kat hati you tu dah terang-terang cakap i hensem tau!’

‘eh..perasanlah you. Mat saleh kat sini lagi hensem tau’

‘Yeke?, tapi I tengok minah-minah saleh kat sini tak henti-henti pandang I pun?. Mat saleh pun kalah dengan I tau!

Dalam hati Aira mengakui kata-kata yang baru di ucapkan oleh Akeel, tetapi saja dia menyangkal dengan mengatakan ‘ alah tu dorang pandang you sebab you tak tahan sejuk! Bukannya sebab you hensem!

‘apa u kata???’ Tanya Akeel geram sambil berlari mengejar Aira. Sedikit sebanyak kemesraan mula terjalin antara mereka tanpa mereka sedari.

In:

bab 8

BAB 8

‘Apa????, mama dan papa nak suruh kami pergi honeymoon?’ Tanya Akeel dan Aira serentak.

‘laa…kan kami dah kata, kami busy tak ada masa nak pergi honeymoon kenapa mama dan papa susah payah belikan kami tiket dan tempah bilik hotel?.’ Luah Akeel tidak puas hati kepada ibunya.

Dato Jamal ayah kepada Akeel dan Ashriq menyampuk ‘ laaa…orang hendak suruh pergi honeymoon bukannnya hendak suruh berkebun. Patutnya kau bersyukur mama dan papa buat ni semua tau. Pasal busy dengan bisnes tu kau jangan risaulah, tahulah papa uruskan bisnes syarikat kita tu. Dan kamu Aira tak perlulah hendak risau dengan bisnes butik-butik kamu tu. Tahulah mama kamu tu jaga bisnes kamu tu. Ha…kan kamu dan mama ni sama-sama partner dalam bisnes kamu tu. Sudah tak perlu hendak dibimbangkan soal kerja. Sekarang kamu cume perlu bersiap-siap pergi honeymoon je’ Balas bapanya tegas kepada Akeel.

Aisyah pula menambah ‘ Betul tu Akeel dan Aira, tak perlulah kamu berdua risau. Tahulah mama dan papa jagakan bisnes kamu berdua tu. Kalau kamu risau juga boleh aja kakak hulurkan tangan membantu. Macamana, kamu setuju ?’ Sampuk kakak iparnya.

Akeel memandang terkejut dengan kata-kata yang diluahkan oleh Aisyah, tahulah dia kini tiada lagi untuknya tempat di hati Aisyah. ‘ Ah..baik..kau yang suruh aku pergi kan ?, ok aku pergi !. ‘ Bisik hati Akeel membuat keputusan terburu-buru tanpa bertanyakan pada Aira.

‘Okey, Akeel setuju. Jadi bila honeymoon itu? Akeel dah tak sabar nak pergi ni.’ Katanya sinis sambil memandang tepat pada Aisyah. Aira pula tersentap dengan persetujuan Akeel, sungguh dia tidak menyangka bahawa Akeel akan menyetujui dengan rancangan mama dan papa mertuanya itu. Tahulah dia akan sebabnya kenapa Akeel bersetuju hendak pergi apabila dia melihat Akeel memandang kakaknya tanpa henti. Dalam hati dia mengeluh panjang.

Dalam perjalanan balik kerumah mereka, Aira memecahkan suasana sepi dengan bertanyakan soalan. ‘ Kenapa you setuju nak pergi honeymoon tu? Bukan kita berdua dah sepakat ke nak tolak mentah-mentah kalau kedua ibu bapa kita suruh kita honeymoon?’ bentak Aira tidak puas hati.

Akeel hanya tersenyum tenang, ‘ alah..anggap jelah kita pergi bercuti dan bukannya honeymoon.’ Balasnya pendek.

‘Ah..senanglah you cakap, I tak sukalah pergi bercuti ni. Lagi-lagi dengan you, Rasa janggal tahu tak’ Luah Aira.

‘Habis tu you hendak buat apa?, kita sudah setuju kan?.’

‘eh..correction! you yang setuju bukan i!!’ Bentak Aira.

‘I tahu you setuju hendak pergi ni pun sebab you nak buat kakak I cemburu kan?. You pun tahu kan antara you dan dia sudah tak ada apa-apa pun lagi. Kenapa hendak buat dia cemburu pula? U kene sedar kakak I tu dah tak sayangkan you lagi.’ Bebel Aira tidak puas hati.

Akeel memberhentikan keretanya secara tiba-tiba, membuatkan Aira terkejut. ‘you senyap boleh tak!, bisinglah. I nak pandu pun susah. Whether u like it or now, I dah decide kita akan pergi honeymoon tu. So you have to go with me no matter what.’ Balas Akeel tegas.

‘I takkan pergi’ balas Aira pendek saja hendak menyakitkan hati Akeel.

‘ok, kalau you tak nak pergi you kena tunaikan tanggungjawab you sebagai isteri i. Macamana setuju?’ saja Akeel menggugut Aira walaupun hakikatnya dia tidak sedikitpun mahukan layanan mesra Aira.

‘ah..jangan haraplah. Apa you ingat I Aisyah yang boleh ikut je cakap you?’

‘ Ya I tau you bukan Aisyahlah I ugut you dengan cara ni. Kalau you tak suka then u just shut up dan ikut I pergi honeymoon ok?. Jangan cabar I, I takkan sesekali tarik balik apa yang I cakap.’ Katanya tegas.

In:

bab 7

BAB 7

Akeel hanya tersenyum tawar akan gurauan abangnya. Dan Aira tahu senyuman itu tidak ikhlas, dan dia bukan bodoh untuk tidak menyedari apa yang dirasai oleh Akeel. Kelihatan jelas mata Akeel tidak mampu menipu apabila dia menyedari mata Akeel tidak henti memandang sayu seraut wajah milik kakaknya Aisyah. Lantas dia ingin menceriakan suasana dengan mengajak mereka minum petang bersama-sama Datin Asiah.

Sedang mereka leka berbual, Datin Asiah sibuk memerhati suasana minum petang mereka. Sungguh dia boleh mengesan kedinginan rumah tangga Aira dan Akeel apabila panggilan mesra tidak diucapakan oleh mereka sebagaimana Aisyah menbahasakan Ashriq sebagai abang dan Ashriq membahasakan Aisyah sebagai sayang. Malah apabila ditegur akan bilakah bulan madu untuk Aira dan Akeel kelihatan mereka tidak teruja dan gembira dengan cadangan yang diberikan emaknya tentang tempat-tempat yang menarik. Wajah mereka hanyalah biasa dan kelihatan selamba tidak berperasaan. Malah bulan madu itu juga sengaja ditangguh-tangguh sejak dari hari perkahwinan mereka lagi. Dan Datin Asiah tahu, dia perlu berbuat sesuatu untuk menyelamatkan perkahwinan anaknya kerana dia  begitu menyukai Aira kerana Aira begitu pandai menyelesaikan setiap masalah bisnes yang diajukan olehnya. Sungguh dia banyak belajar dari Aira dan tidak akan sesekali melepaskan menantu kesayangannya itu.
Keesokannnya ( Di rumah Aisyah & Ashriq)

Kelihatan beraneka juadah terletak enak dan tersusun di atas meja moden dan mewah pada sudut rumah milik Aisyah dan Ashriq. Boleh dilihat sudut pemadangan luar bertentangan  yang bertentangan dengan sudut makan. Dimana sesiapapun yang sedang menjamu selera boleh menikmati pemandangan luar yang cantik pada sudut cermin yang lutsinar mempamerkan lagi kecantikan dan kindahan taman yang penuh dengan bunga-bungaan. Kelihatan air terjun kecil yang boleh didengari tenang mengalir dan di sisi air terjun itu boleh dilihat kolam renang yang kebiru-biruan dihias cantik sekali dengan lampu-lampu pelita kayu yang dihias berukis kemas dan cantik. Pemandangan itu begitu mendamaikan bagi sesiapapun yang melihatnya.
Sedang dia leka memakan juadah yang dihidangkan, dia dikejutkan dengan panggilan Datin Asiah dan Dato Jamal untuk  ramai-ramai menghampiri ruang tamu. Kata mereka ada pengumuman hendak dibuat. ‘Entah apalah kali ni mama Akeel ni hendak buat. Jangan hendak buka kedai baru lagi satu lagi sudahlah. Cawangan dia sekarangpun sudah tidak terjaga’ Bisik hati kecilnya.

Dia dan Akeel menghampiri ruang tamu dengan wajah yang tertanda tanya. Kelihatan seolah-olah semua yang hadir pada malam ini tersenyum memandang mereka. ‘Eh…kenapa semua orang pandang aku semacam je ni? Tersenyum-senyum. Jangan-jangan ada apa-apa tak ? ke hanya aku je yang fikir macam ni ?’ bisik hati kecil Akeel kepada dirinya apabila dia sedar dirinya dan Aira menjadi perhatian. Aira sedar akan suasana itu, namun dia hanya diam menenangkan diri. Di dalam hati dia berdoa tiada perkara buruk yang bakal terjadi.

In:

bab 6

BAB 6

Sedang Aira leka melakukan tugas kerjanya, dia didatangi tetamu yang tidak di duga sama sekali. Dia terjerit gembira dan terus memeluk kakaknya yang datang secara tiba-tiba dan tambah terkejut apabila kakaknya datang bersama suaminya dan kelihatan mereka berdua begitu mesra dan gembira. Ini dapat dilihat apabila tangan halus milik kakaknya erat melingkari tangan sasa milik abang iparnya dan senyuman mereka bertaut satu memandangnya bahagia. Malah jambangan bunga yang erat dipegang sebelah kiri kakaknya itu begitu cantik sekali, boleh diagak pasti jambangan bunga itu diberikan abang iparnya untuk kakaknya.

‘wah..kakak..datang jauh-jauh bawa bunga. Untuk Aira ke?’ Tanya Aira nakal walaupun dia mengetahui jambangan itu bukan untuknya kerana jelas kelihatan nama Aisyah pada kad yang kelihatan pada jambangan bunga itu.

‘oh..bukanlah Aira ini Ashriq yang bagi, kebetulan kitaorang lalu kat sini tu yang singgah sekejap dekat ofis Aira ni. Oh yah hadiah untuk Aira dan Akeel ade akak simpan dekat rumah. Tujuan kitaorang datang ni, untuk jemput korang makan dekat rumah baru kitaorang. Papa dan mama kita dan kedua mentua kita pun ada sekali. Ha..kalau nak hadiah pastikan datang tau!’ Kata Aisyah bergurau nakal kepada adiknya.

‘amboi-amboi..datang dengan tangan kosong boleh pula mengugut ya? Yelah-yelah Aira  akan datang esok!. Hehe make sure my present tu mesti yang best-best tau kalau tak Aira nak merajuk dengan kakak!. Dah berbulan tak jumpa contact pun tak. Sekali masa pagi perkahwinan kita jelah akak call tau.’ Katanya dengan nada merajuk persis seperti kanak-kanak yang minta diberi perhatian.

Kakaknya tersenyum manja dan berkata ‘ Aira ni…masih manja macam dulu! Sekarang mana boleh manja dengan akak tau. Aira kan dah jadi isteri orang’ Balas kakaknya mengingati Aira akan status yang telah dipegangnya kini.

Sedang rancak perbualan mereka, mereka dikejutkan dengan kehadiran Datin Asiah bersama Akeel di ofis milik Aira. Kelihatan wajah Akeel sedikit keruh melihat kemesraan yang tercipta antara abangnya dengan Aisyah.  ‘Senangnya kau melupakan aku’ bisik hati kecilnnya marah, walaupun dia tahu dia yang menyuruh Aisyah menerima lamaran abangnya.
‘Oh hey…Akeel…I miss you bro. Perghh…dah lama aku tak Nampak kau . Kenapa kau kelihatan makin kurus ni? Ceh aku pula makin berisi ni. Habislah aku Nampak gemuklah bila jalan dengan kau ni. Hahahaha’ usik abangnya Ashriq kepada adiknya Akeel.

In:

bab 5

BAB 5

‘Weyh, kau apa cerita sekarang? Aku hairanlah dengan kau ni. Setiap hari balik lewat je…kau tak heran ke bini kat rumah? Bukan selalunya pasangan baru kahwin ni darah manis ke? Tak sabar-sabar nak pulang kerumah? Ini tak, aku tengok selagi tak habis semua kerja kau tu alamatnya kau tidur teruslah kat ofis ni. ‘ Kata kawannya memecahkan suasana sepi ketika mereka makan tengah hari bersama.

‘Dahtu kan..aku lagi hairan dengan kau, makan pagi, tengah hari dan malam pun kau makan dengan aku. Isteri kau tak bebel ke kau asyik hadap muka aku 24 jam?’ Tanya Amal kepada Akeel yang sibuk diam menjamah makanan di hadapannya.

‘Tengok tu, orang tanya bukan nak jawab!, heeesh…tak faham betullah aku dengan kau ni. Bini kemain lawa kat rumah dengan aku juga kau nak lepak 24 jam!’ Luah Amal kepada Akeel.

Akeel hanya ternsyum kecil dan menjawab ‘ untuk pengetahuan kau, isteri akupun sama aje macam aku. KItaorang pun tak pernah ambil peduli hal masing-masing. Dia dengan hal dia dan akupun dengan hal aku. Kenapa kau dah tak suka ke lepak dengan aku?, ke kau dah berpunya sampai merungut je bila keluar dengan aku?. Kalau kau tak nak lepak dengan aku, aku boleh keluar sendirilah!. Tak luak pun!’ Balasnya sinis.

‘ek eleh…rilekslah bro..janganlah marah. Aku cuma tanya je, iyelah siapa tak pelik pengantin baru tak balik-balik rumah macam pengantin baru selalu buat. Rupanya begitu kisahnya. Kiranya korang berdua ni memang tak sehati sejiwa lah ni?. Alahai orang kacak macam kau ni pun ada masalah macam ni ke?. Lainlah aku, kacak pun tak poket pun tak tebal. Kalau aku yang ada masalah macam kau tak heranlah. Ini lain pula yang jadi eh ? pelik-pelik’ Bebel Amal tanpa henti.
‘habis kau ingat orang kacak hidup dia senang jelah ye? Kalau senang tak perlulah aku kerja separuh mati macam ni. Hai…nak poket tebalpun usaha perlu bro. Tak ada apa yang datang bergolek’ Katanya ringkas.

‘Haaaa…pandai pun jawab, macamana bini kau nak layan makan minum kau kalau kau pun macam dia?, kau kata tak ada apa yang datang bergolek kan? Kau tak nak ke alami kebahagian rumah tangga macam abang kau?. Orang kata kan  alam rumah tangga lebih manis dari gula tau, kau tak rasa rugi ke?’

‘Tak kot’ jawab Akeel pendek tidak berperasaan. Kawannya hanya menggelengkan kepalanya berulang kali tanda tidak memahami fikiran Akeel. Kalau dialah yang menjadi  Akeel tentu sekali dia tidak akan sesekali melakukan perkara yang sama. Manakan tidak, isteri Akeel begitu cantik standing dengan kebijaksanaan yang dimilikinya. Kekagumannya pada isteri Akeel tidak sesiapapun ketahui sungguh die begitu memujai isteri Akeel. Dia begitu suka akan perempuan yang pandai berdikari dan bijak berkata-kata dalam percakapannya. Bukan hanya cantik pada luarannya malah kebijaksanaan itu mampu membuatkannya kagum dan terus memujai kecantikan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Aira. Malah kecantikan Aira itu semakin terserlah apabila setiap kali berpakaian dia begitu bijak sekali bergaya dan sentiasa up to date pada fashion semasa, baginya keseksian Aira bukan hanya terletak pada wajahnya tetapi amat jelas sekali terpamer apabila bercakap dengannya. Gerak bahasa tubuhnya dan percakapannya yang sentiasa yakin membuatkan jantung hatinya berdegup pantas setiap kali dia bertemu dengan Aira atas urusan bisnes yang direncanakan oleh Datin Asiah milik ibu Akeel.  Semua ini direncanakan atas rancangan Datin Asiah yang mengesyaki kedinginan rumah tangga milik Aira dan Akeel. Kerana tiap kali Datin Asiah ingin bertanyakan perihal rumah tangga mereka Aira begitu bijak sekali mengalihkan topic perbualan serta menepis setiap persoalan yang diajukan olehnya.  Dan dia hanyalah orang tengah yang diupah oleh Datin Asiah untuk mengetahui apa yang berlaku antara mereka. 

In:

bab 4

BAB 4

‘Kita gerak sekarang’  Kata Akeel ringkas kepadanya. Dan dia segera mengangguk tanda faham dan segera membawa apa yang perlu. Dalam perjalanan ke rumah Akeel hanya sepi peneman sepanjang perjalanan mereka berdua. Suasana mesra tidak terjadi lantaran perkahwinan ini tidak direstui oleh mereka berdua, tetapi perkahwinan mereka ini didesak oleh kedua belah ibu bapa mereka apabila kebijaksanaan Aira di dalam bisnes apabila kerap membantu ibu Akeel apabila ibunya itu meminta pertolongan untuk mengembangkan bisnes mereka. Hasil kebijaksanaan Aira butik yang dahulunya kecik kini sudah mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Dan jenama butik ibunya begitu terkenal sekali. Hasil pertolongan dan kebijaksanaan Aira tidak hairanlah mengapa ibu Akeel begitu menyukai Aira. Dan Aira tidak menyangka akibat kebaikannya itulah dia dipinang oleh ibu Akeel. Ibu bapa Aira pula tidak membantah akan pinangan itu apabila calon menantunya itu adalah Akeel, kerana sejak dahulu lagi ibu bapanya suka sekali melihat adik beradik Ashriq dan Akeel kerana Ashriq adalah seorang doctor dan mempunyai dua klinik miliknya. Dan manakala pula Akeel mewarisi syarikat gah milik bapanya lantaran akademik dan kredibiliti yang dimiliki mereka berdua itulah yang memikat hati kedua ibu bapanya. Penolakan pinangan itu adalah mustahil apabila kedua ibu bapanya tegas mengatakan calon menantu mereka adalah yang terbaik untuk mereka.

‘Oh yah biar I yang angkatkan beg you, tak perlulah you susah payah angkat beg you. Mari biar I tunjukkan bilik you. I harap you faham akan situasi kita sekarang’ Kata Akeel tenang kepada Aira sejurus mereka tiba di rumah milik Akeel.

‘OK, thank you Akeel. Its ok I faham akan situasi kita sekarang. Don’t worry about me, im big enough to understand what is going in now. You boleh jalani hidup you macam biasa dan I juga boleh jalani hidup kita macam biasa. Your secret is safe with me’ Balasnya bersahaja tanpa rasa bersalah. Akeel mengganguk tanda faham. Kelihatan senyuman lega jelas terpamer pada seraut wajah kacak milik Akeel.

Sedang dia leka mengemas kediaman kamar barunya itu, dia terfikirkan akan kehidupan baru yang dijalani oleh kakaknya itu. Baru tadi kakaknya menelefon bertanya khabarnya dan mengatakan dia sihat dan jelas sekali tiada kekesalan pada suaranya apabila kakaknya tenang mengatakan dia akan berbulan madu di France dan akan menjadi suri rumah sejurus habis bulan madunya. Dia hairan akan ketenenangan dan sikap yang dimiliki oleh kakaknya itu. Dia tahu kakaknya itu mempunyai otak yang begitu geliga apabila tiap kali periksa kakaknya itu akan mendapat keputusan yang cemerlang. Dan dia juga ligat berfikir mengapa kakaknya begitu tenang menghadi alam rumah tangga bersama insan yang tidak dicintaiinya itu. Sungguh dia tidak akan boleh mencontohi sikap yang dimiliki oleh kakaknya itu. Lalu dia kembali menyibukkan diri mengemas kamar barunya itu.

Situasi dingin antara Aira dan Akeel berlarutan saban hari apabila setiap aktiviti antara mereka tidak diambil endah oleh pasangan masing-masing. 

In:

Novel Baru ( kalau dh jodoh )

Salam ni novel baru kami, dan mungkin novel terakhir dari kami. Novel ni buat pembaca setia yg selalu baca karya kami walaupun bilangan pengikut pembaca kami tak ramai tp alhamdullilah masih ade yg sudi bace terima kasih banyak-banyak. Buat peminat KM jgn risau sambungan utk KM kami akan publishkn x lame lg. Buat mase ni kami x publish dulu sebab nk siapkn semua bab nyer, xnk korang tertunggu-tunggu bace apa yg jd seterusnya. Sebab bg pembace KM mesti korang sedia maklum hampir setiap bab nya buatkn korang tertanya-tanya apa yg jd kn? jd sebab tulah ktorng xnk publish dulu. Dh siap semua br publish. Tu saja selamat membace :)


KALAU DAH JODOH

BAB 1

Kelompang bertalu-talu menandakan majlis perkahwinan sudah bermula, suasana riuh dari para tetamu dan sanak saudara memeriahkan majlis perkahwinan.  Ucapan tahniah yang tak putus-putus tidak mampu menenangkan hatinya yang gundah. Majlis perkahwinan sudah kian ke penghujugnya apabila tetamu sudah banyak yang pulang dan para pekerja hotel dan catering sudah mula berkemas. Kelihatan saudara mara yang terdekat berbual kosong dengan ibu bapa pengantin sebelum pergi membawa diri.

Penat kian terasa apabila kaki tumitnya terasa begitu menyakitkan akibat dari pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama. Badan terasa berpeluh dan melekit akibat dari pemakaian baju pengantin yang sarat dan berlapis. Muka terasa berminyak apabila terasa mekap kian cair. Membuatkan dia terasa tidak selesa dan tidak sabar untuk membersihkan diri dan merehatkan badanyna yang sedia letih.

Majlis sudah benar berakhir apabila ibu bapanya adalah orang terakhir yang pergi meninggalkan dewan perkahwinan. Pesan mereka kepada kedua-dua mempelai perkahwinan agar pandai menjaga diri dan tabah dalam menghadapi ujian dalam perkahwinan dalam memulakan suatu kehidupan yang baru.

Pasangannya meminta diri untuk mengambil kunci bilik tidur mereka dari pihak hotel, dia hanya memandang sepi apabila lelaki itu meminta diri. Sepatah pun kata tidak di ucapkan olehnya, menandakan hatinya yang kosong bagaikan balang yang tidak berisi. Sepasang mata milik kakaknya memandang sayu padanya, pandangan mereka bertaut menandakan kegundahan hati yang sama-sama merasakanya. Dan sepasang raut wajah yang cantik milik kakaknya yang disolek rapi oleh mak andam yang terkenal denganm kehandalannya tidak dapat sekalipun menyorokkan kesedihan yang jelas terpamer oleh sepasang mata milik hazel kakaknya itu.

Kini giliran kakaknya pula pergi meninggalkannya bersama pasangan pengantin lelakinya, dapat dilihat kakaknya pergi oleh abang iparnya yang juga abang kepada suaminya. Dia melihat kakaknya hanya berjalan menunduk kebawah tanda tiada keberanian di situ untuknya dan mengelakkan air mata yang akan jatuh yang jelas bertakung di sepasang miliknya sambil tangan mungil itu cuba menahan air mata daripada jatuh. Sungguh dia merasa bersalah akan perkahwinan yang telah terjadi pada hari ini.

In:

bab 3

BAB 3

Dia turut merebahkan diri di katil tanpa berfikir panjang setelah penat seharian melayan tetamu dan memakai kasut tumit tinggi, sungguh dia lega kini kerana tiada lagi perkara yang perlu dirisaukan, kerana apa yang ingin dijauhi tidak akan terjadi.  Jauh di sudut hatinya dia mengerti mengapa kakaknya begitu mencintai lelaki yang kini itu, ini kerana jelas sekali terpamer kekacakan milik seraut wajah bernama Akeel apabila dia memiliki sepasang mata yang berwarna biru laut dan mempunya lesung pipit yang dalam menyerlahkan lagi aura keseksiaaan yang dimiliki oleh lelaki itu. Apatah lagi dia mempunyai sepasang badan yang tegap apabila dapat dia melihat sekilas pandang apabila dia menyalin baju tidurnya. Tahu dia kini kenapa kakaknya begitu angau bercerita tentang kekacakan dan kebaikan yang dimiliki oleh Akeel. Tahulah dia akan keistimewaan yang dimiliki oleh suaminya itu. Malah kebaikannya boleh diakui apabila dia langsung tidak di usik olehnya.

Kedengaran jam loceng berbunyi menandakan malam sudah bertukar siang. Aisyah bangun membersihkan dirinya dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang isteri apabila mengejutkan suaminya yang lena diulit mimpi untuk bangun menunaikan solat subuh bersamanya.

Lingkaran sasa tangan milik Ashriq lembut memeluk erat belakang isterinya Aisyah dan mengucapkan kata-kata cinta. Sungguh hati milik suaminya bahagia dapat melayari rumah tangga bersama perempuan yang dicintainya. Dan dia berharap adiknya merasai yang sama. Aisyah hanya diam tanda merelakan dan redha akan ketentuan yang telah Allah ciptakan untuknya. Dia yakin kebahagian itu pasti akan tiba apabila perkahwinan itu berlandaskan Islam dan bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Dan dia yakin pilihan kedua ibu bapanya itu tidak akan silap kerana dia yakin ibu bapanya tahu apa terbaik untuk anak-anaknya.  Kematangan yang dimiliki oleh Aisyah begitu berbeza sekali dengan Aira yang tidak menerima takdir yang telah tercipta untuknya. Dia tahu mengapa perkahwinan ini terjadi dan dia tahu mengapa dia dikahwinkan dengan Akeel dan sungguh dia tahu Akeel hanya ingin mengalah pada abangnya iaitu Ashriq yang jelas begitu menyukai kakaknya dan begitu memuja kecantikan yang dimiliki oleh kakaknya itu. Semua ini dilakukan atas pengorbanan dan kasih sayang Akeel terhadap abangnya, apabila dia sedar diri ini hanyalah anak angkat, dan sudah banyak terhutang budi dengan abangnya apabila abangnya pernah mendermakan buah pinggang kepadanya semasa suatu ketika dulu dia tenat sakit dan memerlukan penderma buah pinggang.

Aira mengambil sikap berdiam diri dan tidak peduli apabila menyedari Akeel langsung tidak ingin bercakap dengannya apatah lagi untuk berbual dengannya. Dia tidak memaksa dan sedikit sebanyak menyukai keadaan dingin ini. Kerana baginya perkahwinan ini hanya menuggu masa untuk berakhir. Kerana dia tahu akan perbandingan yang nyata antara dia dan kakaknya itu. Dia bukanlah seorang yang lembut seperti kakaknya, dan bukanlah seorang penenang yang sering dipuji oleh sesiapapun yang mengenali kakaknya. Kesopanan kakaknya itu tidak boleh disangkal apabila orang tua kerap memuji dan begitu menyukai kakaknya. Dia jelas tahu yang mana kaca dan mana permata, lantas dia tidak meletakkan sebarang harapan atas perkahwinan yang telah terjadi. Dan dia sedar sejak dahulu lagi kesopanan kakaknya itu boleh menambat hati sesiapapun mahu yang tua, muda ataupun lelaki. Ketenangan itu jugalah yang mampu meresahkan setiap jiwa lelaki yang memandangnya apatah lagi kakaknya memilik seraut wajah yang begitu cantik. Cantik luarannya cantik juga dalamannya, dia tidak akan sesekali menyangkal kebaikan dan kecantikan hati kakaknya itu apatah lagi kerana kakaknya itulah tempat dia selalu mengadu dan bermanja. Ketenangan kakaknya mampu menenangkan hari yang muram menjadi ceria.  Apatah lagi kakaknya itu begitu memanjakannya dan mengalah dengannya serta sentiasa berada disisinya dan menyokong setiap apa yang dilakukan. Sungguh kini sukar untuknya menerima apabila dia sendiri telah merampas kebahagian milik kakaknya itu. Ya dia tahu bukan kesalahannya perkahwinan ini terjadi, tetapi dia tahu sepasang milik hati kakaknya terletak pada seraut wajah tampan milik Akeel.

In:

bab 2

BAB 2
Maafkan aku, desis hati kecilnya. Lamunannya terhenti apabila suaminya kini memecahkan lamunan apabila menepuk belakang badannya dan mengatakan kunci bilik mereka sudah berada di dalam genggamannya. Dapat dilihat sepasang mata milik suaminya memandangnya sayu menandakan hatinya yang jelas sengsara.
‘I rasa sungguh gembira kerana you sudi jadi isteri I. Dan sugguh I harap adik I juga gembira dengan pasangan pilihannya’. Kata Ashriq kepada Aisyah.  Dan Aisyah juga membalas kata-kata yang sama yang dikatakan oleh suaminya. Sungguh dia reda dengan perkahwinan ini, walaupun jauh di sudut hatinya terseksa dengan kebaikan hatinya yang dicipta sendiri olehnya.

‘Jom kita solat berjemaah bersama buat kali pertamanya sebagai suami isteri dan memohon kebahagian dan keredhaan darinya.’ Kata suaminya sopan.

‘Tapi I nak mandi dulu, you tak kisahkan kalau I yang mandi dulu? ‘ balas Aisyah tenang menjawab ajakan murni suaminya itu.

Sambil tersenyum kecil suaminya mengangguk perlahan tanda faham dan mengizinkannya. Sungguh hatinya terpana melihat seraut wajah yang tenang dan kelihatan begitu lembut sekali bagaikan angin yang menyapa lembut. Dan kelembutan itulah yang mencuri hatinya meresap terus masuk kedalam hatinya dan sudah tertulis sepasang nama milik Aisyah terukir kukuh di hatinya. Sungguh dia bersyukur.

Aisyah sedia menunggu hingga suaminya sedia untuk bersolat dan selesai membersihkan diri. Terasa masa begitu cepat berlalu apabila terasa bisikan yang halus menyapa lembut telinganya mengajaknya untuk berjemaah bersama. Dan boleh terbau haruman badan Lux pada badan suaminya sedikit sebanyak meresahkan hatinya. Bagaikan air yang tenang kian berkocak.

Setelah mereka selesai solat berjemaah, sepasang milik tangan yang sasa menadahkan tangan untuk bersalaman dan memandang tepat pada wajahnya tanda huluran salam untuk disambut. Saat dia menyambut huluran terasa dahinya dikucup lembut bagaikan saat dia dinikahkan oleh suaminya Ashriq.

Dapat dirasakannya sepasang mata itu jelas merenung seraut milik wajahnya dan dirasakan mata itu memandangnya dengan penuh mendalam bagaikan seorang perenang yang ingin menerokai seluas keindahan alam lautan yang tak berpenghujung.

Berbeza pula situasi yang dialami oleh adiknya Aira dan Akeel dimana situasi yang dingin jelas kelihatan apabila tiada satupun kata-kata yang terluah dari mulut oleh pasangan masing-masing. Kelihatan suami Aira merebahkan diri dan baring di sofa setelah selesai membersihkan diri dan dapat dilihat dan diagak apabila sudah tersarung selimut dibadan milik suaminya.  Sikitpun hatinya tidak terusik akan kelakuan oleh suaminya sebaliknya dia berasa bersyukur. Jika hati tak cinta mengapa perlu diusik bunga ditaman. Katanya dalam hati dan menyetujui perbuatan yang dilakukan oleh suaminya itu.