Bab 1


Seluruh badanku terasa begitu perit sekali ’arghhhh… sakit betul rasanya’, perlahan-lahan aku cuba membuka mataku. Mataku terasa berpinar-pinar dengan silaun cahaya lampu yang membuatkn aku sukar untukku membuka mata.

‘Di manakah aku?, kenapa badanku terase begitu sakit sekali?, kenapa aku dipakaikan dengan alat bantuan pernafasan? , adakah aku di….hospital?, tapi kenapa?’ berbagai persolan yang bermain di fikiranku.

Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki garau yang menyapaku dengan perkataan sayang sambil mengusap-usap pipiku. Matanya seakan–akan bergenang melihat keadannku. Aku bingung dengan sapannya dan kewujudannya di sisiku, ‘siapakah dia?’ getusku didalam hati.

‘Sayang? , kenapa awak panggil saya sayang?, awak siapa?, kenapa saya ada kat sini?’ tanyaku dengan wajah yang bingung.

Lelaki itu menunjukkan wajah terkejut saat ku lontarkan soalam yang bermain difikiranku.

. ‘ Ya Allah Balqis , u finally awake!, ni I , Ikhmal your hubby’, what is going on? Wait I call the doctor ok? don’t worry too much dear’. Katanya sebelum dia pergi meninggalkanku.

Tidak lama kemudian lelaki tadi datang bersama dengan seorang doktor, dan doktor itu melakukan beberapa pemeriksan biasa ke atas diriku. Kemudian dia menanyakan aku beberapa soalan.

‘Puan ingat tak apa yang berlaku sebelum puan terlantar disini?, nama penuh puan?, umur ? dan adakah puan mengenali lelaki ini, dan bahagian manakah yang paling sakit di anggota badan puan?’.

‘Puan, ha? Jadi betullah apa yang dikatakan oleh lelaki tadi yang aku ni isterinya? Tapi kenapa aku tak mengenalinya?, seingat aku, tidak pernah pula aku berkahwin dan bukankah aku ni masih belajar?, bila pula aku berkahwin? Kenapa dia memangilku puan? Adakah betul yang aku sudah berkahwin dan lelaki yang bernama Ikhmal ini suamiku? Adakah aku sedang bermimpi’ getusku didalam hati.

Tiba- tiba doktor itu berkata, ‘ Puan, puan dengar tak apa yang saya cakap tadi’. Tanyanya kepadaku apabila melihat aku berdiam diri dari tadi. Aku kemudian menjawab ‘oh, tak perlu. Tapi kenapa doktor panggil saya puan? Saya tak pernah berkahwinlah doktor, dan umur saya baru 19 tahun, dan sayakan masih belajar lagi. Dan bahagian yang paling sakit ialah kepala. Erm…..boleh doktor jelaskan kenapa saya berada disini? dan saya sakit apa ya doktor?’, tanyaku kepadanya.

Kemudian doktor itu berkata yang lelaki disisiku akan menerangkan segalan-galanya padaku apabila dia sudah siap melihat segala dokumen perubatanku. Katanya padaku sambil memanggil lelaki bernama Ikhmal tadi supaya mengikutinya. Entah kenapa hatiku berasa sakit melihat wajah lelaki bernama Ikhmal, malah seolah-olah ada suatu perasaan benci yang membara dihatiku apabila melihat wajahya. Aku tak tahu kenapa aku berasa demikian, tapi itulah yang kurasakan saat aku memandang wajahya, Aku bingung sendiri dengan perasaanku tika ini.

Tidak lama kemudian lelaki bernama Ikhmal itu datang kembali dan berkata‘ you really don’t know me dear?’ aku terus menggelengkan kepalaku tanda aku tidak mengenainya.

Dia kemudian mengeluh dan menyambungkn percakapannya,‘ I sebenarnya suami you, dan you telah mengalami konkusi yang menyebabkan you telah hilang separuh dari ingatan you, and actually you’re not 19 but 26 dear. Dan semua ni berlaku disebabkan kemalangan semasa you dalam perjalanan balik ke rumah kita. You mesti tak tahu nama penuh I kan,? Now let me tell you my name. My name is Tengku Ikhmal Bin Tengku Hakimi. Dan kita juga dah ada dua orang anak tau’ Katanya sambil tersenyum menanti reaksiku.

‘Ha….biar betul? Awak tak tipu saya? Jadi awak ni memang suami sayalah?’. Aku menunjukkan ekspressi wajah terkejut apabila dia berkata yang aku sudah mempuyai dua orang anak.

‘ish biar betul yang aku dah ada dua orang anak?, takkanlah! Dan biar betul lelaki ni suami aku? gila handsome lelaki ni!’

Dia ketawa apabila melihat reaksiku yang panik dan terkejut itu. ‘Hahahahahahahahahhaha………., Qis……,Qis…..Qis…..u percaya ke yang kita dah ada dua orang anak? Mal saja jelah cakap macam tu. Nak tengok reaksi Qis je, ish tak payahla buat muka macam itik tercekik tulang je. Katanya sambil ketawa’

‘ish, u ni gila ke? , nak main-main pula. Orang tengah sakit pun boleh dia gurau-guraumacam tu, kalau I ade sakit jantung macamana?, dan boleh tak stop pegang-pegang ni. I tak sukalah, jangan ingat yang you ni suami I you boleh pegang, Ingat sikit I tak pernah ingat you tau, Entah-entah I gila mase tu, sebab tu kot I kahwin ngan you. Ha… mane I tau kan? ‘ kataku padanya.

‘Hahahahaha, cutela you ni bile you marah, I miss you soooooo much sayang’ katanya sambil memuncungkan bibir untuk menciumku. ‘ ish gila ke dia ni? , biar betul dia nak cium aku’ getusku dalam hati.

‘ ish you ni tak malu betullah mamat ni, dahlah ni hospital!. En.Ikhmal sedar diri sikit en Ikhmal oooi……kataku sambil menolak tubuh sasanya.

‘hehehehehe, takpe. Tak lama lagi you kan dah boleh balik, Bolehla I bawa u balik rumah kita. Katanya sambil mengeyitkan matanya kepadaku.

Aku terdiam apabila berkata begitu, lidahku kelu. Aku terlupa seketika yang aku ini isterinya. Aku gugup sendiri apabila mengenangkan aku harus bersekedudukan dengannya. ‘ ish tak pernah aku aku duduk satu rumah dengan lelaki, takke gila?, yela walaupun dia ni handsome tapi memangla kerje gila namanya’ kalau duduk satu rumah dengan dia ni.

‘Ish, takut aku, tak pernah seumur hidupku, aku duduk satu rumah dengan lelaki!’. Bisik hati kecilku.

Tiba-tiba pintu bilikku diketuk dan dibuka. Terjengul wajah yang amat ku kenali. Lelaki itu tersenyum dan menanyakan khabarku secara formal. Aku berasa sedikit pelik melihatkan kelakuannya yang agak ganjil pada pengamatanku. Dirinya yang ku kenali adalah seorang yang amat mesra dan ceria. Aku ingin menjawab pertanyaannya tetapi aku segera mematikan niatku apabila wajah Ikhmal merenungku dengan tajam seolah-olah memberi insyarat amaran supaya aku tidak bercakap dengannya. Tetapi aku tak boleh menahan diriku dari bercakap dengannya, lantas aku membalas pertanyaannya, tetapi belumpun sempat aku berkata aku disapa dengan kehadiran seorang wanita yang memanggilku adik malah dia memanggil lelaki itu dengan panggilan sayang. Hatiku berasa amat sakit.

‘ iya hatiku sakit apabila melihatkan perbuatan wanita itu yang terlalu mesra dengannya, manakan tidak lelaki yang dipanggil sayang oleh wanita itu adalah teman lelaki aku sendiri!, dan dia seolah-olah tak kisah melihat kehadiran Ikhmal disisiku yang sambil memegang tanganku.

'Arghh...drama apakah ini?, adakah aku sedang bermimpi?'. Bisik hati kecilku.