Bab 1

Erina terus menghempas pintu biliknya sejurus pulang dari sekolah. Dia menangis teresak-esak. ‘Tidak! Kali ini aku tak boleh biarkan benda ini terus berlarutan, sampai bila aku nak biarkan orang terus mengejek aku!’ getus hati Erina. Kejadian petang tadi terbayang-bayang di depan matanya seperti pemain video rosak yang asyik di ulang tayang.

“Eh! Tengok super duper sumo girl dah datanglah!!!” jerit salah seorang budak lelaki di dalam kelasnya. Budak -budak lain turut menokok tambah mengusiknya, rata-rata budak lelaki di dalam kelasnya suka sangat mengejeknya. Salah dirinyakah kalau dilahirkan gemuk, tidak cantik serta muka yang penuh dengan jerawat. “Benci! Benci! Aku benci semua budak-budak lelaki tu” jeritnya perlahan. Air matanya semakin laju merembes keluar.

Tiba-tiba wajah seorang rakan kelas lelaki terbayang di ruang matanya. Hatinya terusik, senyum kecil terhasil di bibir mungilnya. Aneh sekali, tiap kali dia menjadi bahan ejekan mereka yang lain, hanya rakannya yang seorang ini tidak pernah masuk campur. Tidak pernah sekalipun dia mengejeknya, malah dia kerap kali tersenyum jika aku melihatnya, pandangan matanya seolah-olah meberikanku perangsang supaya tabah menghadapi dugaan ini. Padaku hanya dialah seorang lelaki yang paling ‘hot’ di sekolah. Sudahlah kacak, penuh pula dengan budi pekerti yang tinggi. Pendek kata dirinya sungguh menarik dengan wajah kacukannya yang sungguh tampan Manakan tidak, sudahlah ibunya kacukan Melayu-Inggeris, ayahnya pula kacukan Melayu-Cina. Sebab itulah dia menjadi igauan setiap pelajar perempuan tapi ‘pakej lengkap’ itu jugalah membuat dia tidak disenangi oleh pelajar lelaki.

Minatnya yang mendalam dalam sukan dan rajin bersenam di gym tidak sia-sia, bukan sahaja badanuya menjadi sihat malahan hasilnya dapat di lihat dari badannya yang tegap dan sasa. Rambutnya coklat pekat keperang–perangan. Asli bukannya celup macam kebanyakan orang sekarang. Mata kecilnya pula mengingatkan aku pada Dennis Oh, pelakon Korea dalam cerita ‘Yu Hee The Witch’. Pandangan dari sepasang mata itulah yang buat aku jatuh hati padanya. ‘Bukan aku saja sebenarnya, hampir satu sekolah budak perempuan cair dengan pandangan matanuya,’ keluhku sedih. Senarai panjang peminatnya itulah yang membuatku sedih, tidak akan ada peluang gadis seperti aku untuk mendekatinya. Tapi manalah tahu, Allah Maha Besar, semuanya mungkin kalau Dia mengkehendakiNya. ‘Ahhhh ….’ Getus hatinya lagi. Memanglah sebegitu, tapi siapalah dirinya untuk menerima takdir sebaik itu. Dia sedar dirnya yang tidak cantik dan gemuk. ‘Aku reda, Ya Allah akan apa jua takdirMu,’ bisiknya perlahan. Airmata yang tadinya sudah berhenti mengalir semula.

Tuk! Tuk! Tuk! kendengaran bunyi pintu diketuk bertalu-talu. Bunyi ketukan itu terus melenyapkan lamunanya panjangnya. Cepat-cepat aku mencapai tuala di sisi dan menggesat airmata sebelum membuka pintu untuk melihat siapa di pintu walaupun pada dasarnya aku boleh mengagak siapa yang mengetuk. Siapa lagi kalau bukan mama. Mama tercegat berdiri di hadapan pintu dan terus masuk tanpa sempat aku mempelawanya. “Kenapa ni?” Tanya mama lembut, setelah terlihat mataku yang bengkak kemerah-merahan akibat menangis sebentar tadi. “Tak ada apa yang baru, ma. Macam biasalah, Rina menangis sebab tak tahan dengan ejekan budak-budak kat sekolah tu. Rina tak fahamlah ma, berdosakah Rina jika tidak cantik?” tanya Rina kembali menangis teresak-esak. Mama terus memeluknya kejap, tanda memberi semangat. “Tidak apa sayang, pedulikan aje budak–budak jahat tu, mulut orang kita tidak boleh nak control. Kamu bersabarlah, kuatkan semangat. Mama sedih tengok Rina macam ini. Sudahlah, SPM cuma lima bulan je lagi. Itu yang lebih penting buat masa ini, Buktikan pada budak-budak tu yang Rina lebih baik dari mereka.” kata-kata mama memberi semangat. Kata-kata keramat itu walaupun sering kudengar tapi amatku senangi.

Bab 2

Aku tergesa-gesa berjalan ke kelas. “Alamak , lambatlah aku masuk kelas hari ni. Lama sangat kat tandas tadi,” getusku di dalam hati. Aku mengerling jam tangan. ‘Ya Allah, lagi dua minit je.’ Tanpa mempedulikan sekeliling, aku terus berlari sekuat hati. Buuuk! “Opppsss! Sorry, tak sengaja terlanggar awak.” Spontan aku berkata sebelum sempat menoleh. ‘Wah! Dialah! Tampannya!” jeritku didalam hati. Dalam banyak-banyak orang di sekolah ini, kenapa jejaka idaman ini yang aku langgar. “It’s ok. I Tak ada apa, Erina Eriqa. U ok ke?” katanya tenang sambil mengambil dompetku yang terjatuh. “Minta maaf ya dan terima kasih Zachary Wilson” kataku sambil mengambil dompetku yang dihulurkannya. Aku tercegat terpegun menghayati senyumannya dari dekat. Tidak pernah aku berada sehampir ini dengannya. “Ehmm … cepatlah, nanti saya terpaksa catit nama awak”, ujarnya menunjukkan buku catitan pengawas sambil tergelak kecil. Aduh cutenya, berat rasa kakiku hendak melangkah pergi ke kelas!

“Ok murid-murid cikgu nak kamu buat persediaan untuk SPM yang semakin dekat. Cikgu cadangkan kamu semua buat study group untuk meningkatkan skill pengetahuan kamu, insyaalah kamu semua akan dapat keputusan yang cemerlang,” pesan Cikgu Arni sebelum loceng rehat berbunyi.

Perlahan-lahan Eriqa melangkah keluar, Tiba-tiba dia merasa bahunya dicuit. Aku menoleh dan ternampak wajah tampan Zachary. “Assalamualaikum, saya nak join study group awak, boleh ke? Awak pandai biologi, Kimia dan Fizikkan. Hmm cuma Mathematik awak lemah sikit. Jadi saya boleh ajar awak Matematik moden dan tambahan dan awak ajar saya subjek sains,” katanya sambil tersenyum “No problem cuma masalahnya Zack saya tidak ada study group. Saya belajar seorang.,” jawabku. “Kalau macam tu kita belajar dua orang jelah di pusat sumber lepas waktu sekolah,” sambung Zack. “Awak tak malu ke berkawan dengan saya?” kataku ragu-ragu. “Tidaklah buat apa saya nak malu lagipun saya tahu menilai yang mana kaca yang mana permata,” katanya lancar. Kami meneruskan langkah bersama-sama menuju ke kantin sambil berbual-bual. Aku perasan ada mata-mata yang memandang dengan kehairanan dan meluat.

Mulai dari hari itu aku dan Zack semakin rapat. Tiga hari dalam seminggu kami akan belajar bersama di pusat sumber selepas waktu sekolah. Aku amat bersyukur sekali pada rahmatMu ya Allah bukan saja pelajaranku makin meningkat tapi kerana kehadiran Zack disisi menjadikan pelajar-pelajar lelaki lain tidak lagi mengusikku. Aku tidak tahu apa Zack beritahu pada mereka semua tapi ejekan mereka terhenti apabila aku dikaitkan sebagai teman Zack.

Pelajaran kami semakin meningkat. Melihatkan perubahan ini ibu Zack mempelawaku untuk belajar tuition persendirian di rumah Zack pada hari Sabtu dan Ahad. “Ilmu yang dikongsi akan lebih berkat,” kata ibu Zack. Aku tentu saja tidak menolak peluang ini. Peperiksaan semakin dekat dan kami semakin akrab. Di sekolah aku terdengar bisikan pelajar yang menggelar kami “Handsome And The Beast” dan pastinya yang ‘beast’ tentunya aku! Tapi ejekan mereka tidak sedikitpun menggangguku. Aku anggap mereka cemburu dengan aku, manakan tidak kami bagaikan pasangan kekasih yang asyik bersama walaupun kemana-mana saja. Sikap Zack pula amat melindungiku, dia berlagak seolah-olah aku adalah kekasihnya pada pandanganku, tapi apa sebenarnya di hati Zack hanya Allah maha mengetahui.

Bab 3

8 tahun kemudian ….

Aku melabuhkan punggungku di kerusi sambil memandang keliling. Tas tangan Guess aku letakkan di sisi. Suasana di Starbucks Coffee amat tenang sekali waktu walau di luar sana nampak agak sibuk. Maklumlah budak-budak baru pulang dari sekolah. Seorang pelajar perempuan menarik perhatianku. Badannya yang gempal mengingatkanku pada diriku sewaktu sekolah menengah.

Kini dalam usia 25 tahun dan bergelar seorang arkitek aku amat jauh berbeza dengan dulu. Walau duit gaji habis aku belanjakan untuk mencantikkan diri tapi aku amat berpuas hati. Wajahku yang dulu dipenuhi jerawat kini halus mulus dan putih berseri. Jika dulu ramai yang mengejekku kini ramai pula yang memuji kulit mukaku. Aku sudah tentunya tidak gemuk seperti dulu.

Sejak dari universiti aku mula menjaga badanku. Aku tidak mahu Zack malu berdamping denganku walau dia acap kali menyakinkan aku bahawa bukan rupa paras yang dicari. Zack, ya Zack yang dulunya hanya rakan belajar tapi telah menjadi kekasihku sejak dari tahun pertama di universiti. Dialah sumber inspirasiku untuk mementingkan kesihatan dan sekali gus memperbaiki penampilan diri. Mengikut Zack berjogging dan ke gym setiap petang selepas kelas membuatkan lemak-lemak di badan hilang perlahan-lahan. Tambahan pula dengan rawatan di Slimworld seminggu sekali semenjak gaji pertama menjadikan badanku impian setiap wanita dan igauan setiap lelaki!

Dari cermin tingkap sisi Starbucks Coffee aku melihat Zack berlari-lari anak sambil melambai-lambai. Wajah tampannya masih seperti dulu tidak lengkang dari senyuman manis, “Senyum itu sedekah” ujar Zack kalau setiap kali aku bertanya kenapa dia asyik tersenyum.

“Assalamualaikum” ucapnya sambil menarik kerusi di hadapanku.

“Waalaikumsalam. Kenapa lambat” kataku sambil menarik muka masam. Tidaklah marah sebenarnya sebab akupun baru saja sampai, cuma saja nak bermanja.

“Janganlah marah sayang. Nanti berkedut muka tu nak naik pelamin bulan depan! I lambat sebab singgah di kedai printing ambil kad kita ni” usiknya.

Aku tersenyum sambil mengambil sekeping kad yang dihulurkan Zack. Senyumanku semakin melebar apabila membaca nama Zackary Wilson dan Erina Eriqa terpampang di kad. ‘Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah. Kau makbulkan doaku ini. Aku amat bersyukur dan gembira sekali’ bisikku di hati. Perlahan-lahan aku mengalih pandangan dari kad ke wajah Zack. Wajah tenang yang amatku cntaiku tatap, airmata gembira mengalir perlahan-lahan.

“I love Erina Eriqa. Always love you. Dari dulu lagi, sejak kita bersekolah. I sayangkan you bukan kerana you dah cantik sekarang tapi kerana keperibadian dan hati you yang sentiasa cantik. I janji insyaAllah akan sentiasa sayangkan you, dari seorang kenalan, kekasih dan bila you jadi isteri I.” ujarnya perlahan.

“Terima kasih, Zackary. I love you too. Today. tomorrow and forever.” balasku perlahan.


written by - ina