Kenyataan Mimpi 2
Bab 2
Balqis menangis teresak-esak apabila teringatkan perbualannya dengan wanita itu di hospital pada beberapa hari yang lalu.. Ya wanita itu, yang kini sudah menjadi isteri kepada bekas kekasihku. Malah yang tidak kuduga ialah apabila dia mengatakan yang dirinya adalah sebenarnya kakak tiriku yang selama ini ayahku cari tanpa henti.
‘Arghh…dugaan apakah ini? ,terlalu banyak dugaan dan kenyataan yang aku kena hadapi, dan aku berharap yang ianya hanya mimpi….,tetapi ternyata tidak. Aku tidak berharap bahawa memoriku kembali, aku takut memikirkan dengan apa yang telah berlaku sebelum ini. Aku takut untuk mengingatkan memori-memori lalu, dan tentang Akil yang kini sudah menjadi abang iparku dan kemunculan kakak tiriku yang telah berkahwin dengan Akil, serta kemunculan suamiku kini yang tak kukenali dan tidak ku cintai.
Aku kemudian terdiam apabila memikirkan tentang semua ini. Berbagai persoalan yang sedang bermain fikiranku. Aku pelik memikirkan bagaimanakah hubunganku dengan Akil berakhir dan bagaimanakah aku boleh berkahwin dengan Ikhmal sedangkan hatiku telah dimiliki oleh Akil, malah sejak bilakah kakak tiriku itu kini berjaya dijumpai oleh ayahku?, atau adakah kakak tiriku yang mengaturkan semua ini? Aku membuat andaian sendiri apabila teringatkan perbualanku bersamanya sewaktu dia melawat aku di hospital sebulan yang lalu.
Kini aku keliru memikirkan persoalan-persoalan yang bermain difikiraku. Yang pasti, semua ini amat melukakanku apabila melihat kekasihku sendiri besmesra dengan kakak tiriku sendiri. Malah aku tidak ingat langsung memori aku bersama suamiku, dan itu membuatkan aku lebih sukar untuk menerima lelaki bernama Ikhmal ini. Aku mengeluh sendiri apabila mengenangkan nasibku
Sebulan yang lalu……
‘ Kenapa ni Qis, bingung ya?’ Katanya sambil tersenyum sinis dan tergelak kecil apabila melihatkan wajahku yang tertanya-tanya dengan kehadirannya. ‘Ok, biar I jelaskan pada you Qis, tentang satu perkara yang sememangnya menggembirakan bagi I tetapi tidak bagi you Qis.’ Katanya dengan nada penuh sinis,
Dia menyambung kembali percakapannya itu, ‘I kasihan melihat you Qis, iyalah memori sendiri tak ingatkan?, malah kekasih sendiri telah berkahwin dengan kakak kandung sendiri, iaitu I, tentu you mengharapkan yang ianya hanya mimpikan? Tertapi nyata sekali tidak, dan ini tentu bukan mimpi tapi kenyataan Qis. You mesti tahu bezakan kenyataan dengan mimpi bukan?, dan sekarang I amat gembira yang ianya bukan lagi mimpi bagi I, tapi kenyataan yang sebenar -benarnya bagi kita’. Katanya padaku.
Aku kemudian mencelah ‘Apa?, kakak kandung?, setahu Qis, Qis tidak pula mempunyai kakak kandung. Yang ada hanyalah kakak tiri, itupun Qis dan papa masih mencarinya. Atau….adakah you orang yang kami cari selama ini?’, kataku kepadanya dengan wajah yang bingung.
‘Uh…tolonglah, cari?, hahaha so funny la Qis. You ingat I percaya?, dan ya I adalah orang yang you dan papa cari selama ini, itupun kalau betullah la kan?, Hai…bongkaknya bercakap, tak ada kakak kandung ya Qis?, hmm… kini I akan menjadi kakak kandung you mulai hari ini, dan I bukan lagi kakak tiri. You tahu kenapa?, Sebab…. kata papa, I adalah anak kandungya, dan tak ada istilah anak tiri ni Qis. Dan sekarang I gembira melihat orang yang you cinta menjadi milik I. Tapi I masih tak cukup gembira lagi, you tahu kenapa?. Sebab you masih belum mati lagi, sayangnya…. .I ingat you akan mati dalam kemalangan haritu. Tapi you ni kira bertuahlah ya sebab masih tak mati. Tapi you jangan risau sangatlah I akan buang tuah you tu jauh-jauh. Sesungguhnya I ingin sangat melihat you sekeluarga hidup dalam derita yang selama ni I dan ibu rasakan. Akhirinya dengan pandangan yang penuh benci, lalu dia mencapai tombol pintu untuk berlalu pergi.
Tetapi belum pun sempat dia pergi, dia kembali kepadaku dengan berkata ‘ I ada permainan untuk you Qis , tapi I tak rasa you nak bermain. Tapi I yakin yang you terpaksa bermain dalam permainan yang I cipta. You tahu kenapa? , sebab you adalah buah catur untuk I musnahkan kebahagian you sekeluarga.’ . Katanya sambil berlalu pergi dengan pandangan yang tajam dan menjelingkan matanya padaku sebelum dia berlalu pergi.
Aku kemudian terjaga dari lamunanku apabila terdengar ketukan bertalu-talu di pintu bilikku. ‘Tok,tok,tok, kedengaran pintuku diketuk dari luar. Aku kemudian membuka pintu dan terjengul wajah suamiku. ‘ Qis…jom makan sayang, dah time dinner ni, I masak lauk special untuk you tau. You suka spaghetti
Aku kemudian mengikutinya dari belakang menuju ke meja makan yang telah dihias indah dengan pinggan yang cantik serta lilin yang berbau harum dengan haruman lavender. Aku duduk dikerusi apabila dia telah menarik kerusi untukku duduk. Sungguhpun lauk kegemaranku telah terhidang panas di atas meja namum ianya langsung tidak mambangkitkan seleraku. Fikiranku ralit dengan duniaku sendiri.
Aku senyap dan menguis-menguis mee pingganku untuk memberi insyarat padanya bahawa aku tidak berselera dan tidak selesa berduaan denganannya.
‘Sayang, kenapa ni?, makanlah sikit, susah-susah I masak untuk you tau. Meh I suapkan untuk you nak?, katanya ambil mengacukan garfu yang berisi spaghetti di mulutku. ‘ I tak naklah Mal, please stop it ok. I bad mood ni.’Balasku dengan nada yang sengaja kutiggikan.
Aku kemudian menolak kerusi meja dan meningglkankan dia bersendirian di meja makan. Tapi belumpun sempat aku berlalu pergi dia lantas memelukku dari belakang secara tiba-tiba. Aku sedikit terkejut dengan tindakannya itu. Manakan tidak, selama kami hidup serumah belum pernah dia menyentuh aku walaupun seinci.
Aku kemudian bersuara ‘Apa you buat ni Mal?, lepaskan I Mal. I tak ada mood nak bertekak ok. Stop it now!’. Kataku dengan sedikit kasar. Dia tak mempedulikan bentakkanku. Dia terus memelukku dengan erat sekali tanda tidak mahu melepaskan aku. Aku meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Tapi kudratku tidak mampu melawan dengan kudratnya yang jauh lebih kuat dariku. Aku diam tanda mengalah, kerana rontaanku tidak langsung membuatkan dia berhenti dari tindakannya itu.
Kemudian dia berkata’ Qis…I sayang you sangat-sangat, please forget him Qis, I know is hard for you, but you have to move on your life. He’s already have a wife Qis, malah isteri dia sendiri kakak u. Sedarlah Qis, I berada di sini hanya untuk you. I tau yang you tak mampu mengingat kembali memori kita dulu. Tapi percayalah yang I sangat sayangkan you. Tolonglah jangan keruhkan keadaan yang dah sedia keruh. Dah lama kita berdua begini, kurang bertegur sapa dan bila I ajak you keluar berdua, u tolak. Bila I masakkan untuk u, u tak nak makan pula. Malah bila I cuba untuk berbaik dengan you pun, you tolak. Dahlah Qis, tolonglah hentikan semua ni Qis. You hanya menyeksa diri you dan I.I rindukan Qis yang dulu, Qis yang sentiasa tersenyum, Qis yang sentiasa disisi I, Qis yang yang selalu berfikiran positif, dan Qis yang selalu sabar dengan segala dugaan. Malah I rindukan saat-saat indah kita bersama. I rindukan semua tu Qis. You tahukan kenapa I beritahu you semua ni? , sebab I nak you sedar yang I sangat sayangkan you dan I adalah orang tak sanggup kehilangan you, dan I lah orang yang tak akan sekali-kali meninggalkan you’. Katanya dengan nada yang sayu.
Aku tidak sedar sejak bila air matanya mengalir di bahu bajuku. Aku terpaku apabila terasa titisan air matanya yang masih hangat mengalir. Aku berasa serba-salah dengan perbuatanku yang selama ini tidak mengendahkannya, sejak aku pulang dari hospital tidak pernah sekalipun aku melayaninya dengan baik.
Sejak aku pulang dari hospital aku melayaninya hanya acuh tak acuh. Apabila dia mengajakku makan bersama dengannya aku sering mengelak dan mencipta berbagai alasan untuk tidak makan bersamanya. Malah ada suatu masa aku mengherdiknya apabila dia
Aku tersentak dari lamunanku apabila dia telah merenggangkan pelukannya dari belakangku dan sudah berada di depanku. Aku mengelap pipinya dengan jari halusku apabila melihat titisan air matanya yang masih mengalir. Dia
Aku kemudian berkata ’Its ok if you ‘ure crying Mal…., I faham dengan apa yang u rasakan sekarang Mal….. Im really sorry, I tak boleh beri you kebahagiaan buat masa sekarang. Dan I mintak maaf sangat-sangat dengan perbuatan I pada you sejak I balik dari hospital. Berdasarkan apa yang you kata tentang I, I benar-benar menghargai dengan apa yang you
Berilah I masa untuk
Dia tersenyum comel apabila mendengar kata-kataku dan dia berkata ‘Jika memori yang lepas tak kembali, biarlah kita sama-sama mencipta memori yang baru. Menjalani memori yang baru dan dengan azam yang baru agar rumah tangga kita kekal dan bahagia. Dan tentang masa yang you pinta, I tak kisah. I akan beri you masa untuk you
Aku tersenyum dengan usikannya itu, aku membalas dengan berkata ‘ Jangan beranganlah Mal, baik you tolong I basuh pinggan nanti lagi bagus. Dari tadi asyik bercakap je, sampaikan makanan pun dah sejuk. Jom makan, kita
Dia hanya tergelak kecil dengan reaksiku dan berkata ‘ I berangan ya Qis?, hehehehe…...you bolehlah you cakap macam tu sekarang, jangan satu masa nanti you muntah-muntah pregnantkan anak I sudah. Ha…..time tu you tak bolehlah kata I berangan lagi tau.. dah jom makan’ Katanya sambil mengenyitkan mata dan menyambut huluran tanganku.
Aku hanya tersenyum dan berkata ‘Malas I nak layan you, you kalau dilayan makin menjadi-jadi nanti’ Kataku dengan nada yang bersahaja sambil kembali menuju ke meja makan bersamanya
This entry was posted on 10:13 PM
and is filed under
Novel [Kenyataan Mimpi 2]
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment