Bab 1

“Hello, boleh Cik tunjukkan arah ke cafetaria?” pemuda itu bersuara. Suara garau itu memang padan dengan wajahnya yang kacukan Inggeris dan Korea. Tetapi kulit sawo matang miliknya itu jelas menunjukkan bahawa pemuda ini mempunyai darah Melayu yang mengalir di badannya.

“Wei you ni buat–buat bodoh ke? Jangan nak buat lawaklah Azran. You ingat I dah lupa ke apa yang you dah buat pada I hari tu? Mesti you nak kenakan I lagikan?” leterku bertalu-talu langsung tidak memberi kesempatan untuknya bersuara. Belum sempatpun pemuda itu membuka mulut, aku di kejutkan dengan kehadiran pemuda berwajah sama yang tersenyum lebar di sisinya. “Hai Alia, macamana suka tak hadiah I hari tu? Hahahahahh kelakar betul I tengok you terjerit–jerit dan terlompat-lompat masa lipas tu keluar dari kotak,” sapanya sambil mengajuk suara seperti Saiful Apek dan tergelak-gelak nakal. Sertamerta wajahku berubah.

‘Bencinya aku tengok muka dia, tapi errr Azran ni ada kembar ke?’ bisik hatiku. ‘Kenapa Azran tidak pernah memberitahuku? Alamak aku sudah tersilap marah oranglah nampaknya. Malunya …..’

‘Oh! you two know each other, mesti Azran buat halkan? Dia kenakan you ya? Sorrylah my bro ni memang nakal. By the way my name is Zafran, Carl Zafran Min Hyuk beza sikit je, Zafran dan Azran yang lain tu sama, rupa kamipun samakan, kembar seiraslah katakan. Tapi perangai tak sama. I tak suka mainkan orang macam Azran ni” Terangnya dengan panjang lebar.

Azran terus mencelah “Bila sampai?”

“Baru je,” jawab Zafran sambil tersenyum memandangku.

“Azran you tak penah bagitau pun kat I yang you ni kembar, buat malu I je termarah salah orang tau! Sorry ye Zafran I marah kat you tadi. I betul–betul ingat yang you ni Azran” ucapku malu-malu.

“Aaaa…. tulah I dah banyak kali beritahu, tapi you yang tak pernah nak percaya. Hah, sekarang janganlah nak salahkan I pula. Tapi best juga mesti you malukan? Yelah dah tersalah marah orang? Hahahah padanlah muka you. Kalau I jadi Zafran mesti I denda you.” Jawab Azran dengan gaya selambanya kepadaku.

“You nikan tak habis–habislah nak kenakan I! You tu yang tak minta maafpun kat I pasal lipas tu! Jadi Zafran, kalau you nak denda, dendalah Azran ni ya,” kataku dengan nada marah.

“April Foollah Cik Alia Natasha yang cantik manis. Tak payahlah I nak minta maaf. Kalau you nak marahpun tak apa sebab makin you marah makin cute! Anyway jomlah kita pergi makan pizza nak? Kita dating bertiga, ok jugakan! Pujuk Azran. “Zafran ni nak belanja kitakan? Yalah orang belajar kat U.S. mestilah kaya dari kita sebab biasiswa dalam U.S. Dollar. I ni Cuma ada RM Malaysia je.” Sambungnya sambil menyiku Zafran. “Zafran kalau you nak tahu, Cik Alia ni garang tau, sebab tulah kena dating bertiga. Takut Azran nak dating berdua apa lagi nak jadikan teman wanita” lancar aje mulut Azran berbicara.

Aku hanya tersenyum mendengar katanya, kerana ini bukan kali pertama Azran memanggilku sebagai perempuan garang. Pantas aku menyambung “Alah, orang garang nilah yang you selalu minta tolong buat assignmentkan? You pergilah cari orang lain yang tidak garang tolong you. Lagi satu I pun tak ingin tau nak jadi buah hati you. Pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak hendak, Alia lagi tak ingin!”

“Amboi … siap berpantun lagi. Oh! ya, tadi Liana cari Alia, dia kata you dah janji nak jumpa die kat cafeteria,” kata Azran kepadaku.

“Ya Allah, Alia terlupalah! Oklah I pergi dulu ya, bye Azran dan Zafran”.

Bab 2

“Hai Liana, maaf sangat–sangat sebab terlewat. I terserempak dengan Azran dan kembar dia sebab tulah terlambat,” aku menjelaskan pada Liana.

“Iyelah tu, dah berjam I tunggu you tau. Nasib mood I hari ni baik,” balas Liana. “Emmm Alia I nak bagi tahu you sesuatu ni,” sambung Liana tersenyum ceria. “Sebenarnya I baru saja berpasangan dengan Azran, I nak you jadi orang pertama yang tahu berita gembira ni. Yalah youkan rapat dengan I dan Azran.”

Tersentak aku mendengar berita itu. Aku kecewa sebenarnya, Azran adalah orang pertama yang berjaya mencuri hatiku. Sifatnya yang agak nakal itulah yang membuat mencuit hatiku. Azranlah yang menyebabkan aku memohon di Universiti yang sama dengannya walaupun aku boleh memohon universiti yang hampir dengan kampungku. Aku mula menyukainya sejak dari matrikulasi lagi. Azran yang membuatkan hari–hari yang aku lalui sentiasa ceria. ‘Oh! Tuhan bagaimanakah aku perlu menghadapi situasi ini? Orang yang aku suka adalah kekasih kepada rakan baikku sendiri. Sukarnya untuk menerima hakikat ini, pahit rasanya,’ rintih Alia di dalam hati. Ingin sahaja aku berlalu pergi tetapi mengenangkan Liana aku cuba menggembirakannya dengan memberi senyuman. “Tahniah Liana, beruntung Azran!” kataku dengan suara yang dibuat-buat ceria.

Mulai hari itu, aku mula menjauhi diri daripada Liana dan Azran kerana tidak sanggup menghadapi mereka. Aku teramat sedih hinggakan kawan-kawanku menegur sikapku yang semakin pendiam sejak akhir–akhir ini. Apabila Alia bertanya kepadaku, aku menjelaskan padanya bahawa aku tidak mahu mengganggu privisi mereka. Aku berazam untuk berjaya dan mencapai cita–citaku setelah aku pasrah bahawa cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku tidak akan tersungkur setengah jalan hanya kerana seorang lelaki.

Bab 3

Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kakiku ke tempat kerjaku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan susuk tubuh Azran di depanku. ‘Ya Allah, Azran juga bekerja di sini?’ bisikku dalam hati.

“Alia Natasha, ingat lagi, I Zafran kembar Azran kawan you seuniversiti dulu.” Hampir gugur jantungku saat dia memanggilku tadi, sangkaku Azran, rupa–rupanya Zafran. Walaupun sudah tiga tahun berlalu, aku masih boleh mengingati peristiwa hari itu dengan jelas. Lagipun nama mereka hampir sama, jadi tentulah senang untukku ingat.

“Oh Carl Zafran rupanya, ingatkan Carl Azran tadi. Tentulah I ingat, dahlah nama seakan, rupa pula memang sama. Tapi kuat juga ingatan you ya, rasanya hampir tiga tahun berlalu, boleh juga you ingat nama I lagi.” Jawabku lurus. Sambil tersenyum dia menunjukkan ‘resume’ku yang ada ditangannya. Alamak bodohnya aku, mesti dia ingat aku terperasan nanti. Ahh malu, malu gila!

“Perempuan secantik you mana boleh I lupa,” katanya agak terlewat mungkin menyedari mukaku dah berubah menjadi merah padam.

Terus aku menukar topik perbualan, “Encik Zafran dah lama kerja di sini ke? Alia, teman wanita Azran masa kat universiti dulu pernah cerita pada Alia yang kembar Azranpun ambil bidang kejuruteraan juga. Tapi En Zafran belajar di U.S. dan terus buat Degree dalam tempoh empat tahun sahajakan. Yalah tak macam kami yang kena pergi matrikulasi dulu,” celotehku panjang untuk menutup malu. Tebal rasa mukaku.

“Hmm betullah tu, Alia, you akan jadi assistant I. Mari, I tunjukkan meja you dan kenalkan dengan rakan-rakan yang lain. Kalau ada apa–apa yang tidak faham atau perlukan bantuan jangan malu-malu untuk bertanya. Azran tu kawan you, jadi I pun kira kawan you jugalah,” jelasnya tenang sambil berjalan. Aku cuma mengekorinya saja dengan hati yang gundah gelana. Harap-harap aku dapat bekerja dengan baik di sini, dah enam bulan aku mengganggur sebelum mendapat tawaran kerja ini. Aku tidak mahu bayangan Azran mengganggu karierku.

Sepanjang bekerja dengan Zafran dia banyak membantuku, lantaran aku masih baru dan tiada pengalaman. Sebagai pembantunya juga aku dapat mengenali dirinya dengan lebih rapat. Rupa Zafran memang saling tak tumpah seperti Azran, tapi mereka memiliki keperibadian yang sungguh berbeza.

Azran seorang yang amat nakal, ceria dan happy go lucky, malah dia juga seorang yang amat gemar bersosial dan pandai bermain dengan kata–kata. Manakala, Zafran pula begitu pendiam, komited dengan tugas dan serius. Tetapi jika dia sesekali berlawak mampu membuatkan wanita cair dengannya. Tambahan pula dengan sikap gentlemannya. Dia begitu menghormati perempuan waima mak cik cleanerpun dia akan tetap melayan dengan penuh rasa hormat dan ikhlas.

Keperibadian tinggi yang dimiliki oleh Zafran membuat aku kagum dan amat menghormatinya. Terasa bodoh pula aku boleh terpikat dengan Azran yang nakal dan suka mengusikku. Semakin lama aku bekerja di samping Zafran perasaan sayang mulai wujud di dalam hatiku, sukar untuk tidak jatuh cinta dengannya kerana sifatnya yang amat memahami dan berbudi bahasa. Tetapi aku selau berpesan kepada hatiku untuk tidak menaruh harapan, aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali cintaku tidak dibalas Azran, aku tidak mahu kecundang pada Zafran pula. “Ya Allah, cukuplah sekali hambaMu ini kecewa, janganlah diriku dikecewakan lagi,” doaku setiap lepas solat. Aku amat pasrah bahawa keadaan di pejabat amat berbeza dengan universiti, di mana hendak kusembunyikan diri nanti jika terperasan sendiri. Perlahan-lahan aku cuba tidak terlalu rapat dengan Zafran, aku mahu mengajar hatiku untuk melenyapkan perasaan yang mula hadir ini.

Bab 4

Pagi ini aku bangun dari tidur dengan perasaan gembira. Hari ini merupakan hari ulang tahunku yang ke dua puluh lima. Awal pagi lagi ibu dan ayah telah menelefonku untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Kalau boleh mereka mahu aku pulang ke kampung tapi aku tidak boleh saja-saja memohon cuti kerana belum setahun bekerja. Sebagai ganti, aku ingin keluar untuk membeli-belah sebagai hadiah untuk diriku setelah penat belajar dan bekerja. Inilah hari lahirku yang pertama selepas bekerja dan merasa duit sendiri.

Telefonku menyanyi-nyanikan lagu ‘Full House’, nada dering itu menandakan panggilan dari Zafran. Aku sengaja memilih lagu Korea kegemaranku itu kerana ibu Zafran orang Korea. “Apa yang dia hendak pagi-pagi Ahad ni,” rungutku seorang diri. “Takkan nak suruh aku kerja kot?” Lama aku mendiamkan diri, serba salah sama ada hendak menjawab panggilan atau tidak. Tetapi telefonku terus berbunyi tanpa henti, walau sudah dua kali panggilannya kubiarkan. ‘Jangan-jangan kecemasan kot’ fikirku lalu pantas aku menekan butang jawab.

“Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To Aliya Natasha, Happy Birthday To You” suara garaunya menerpa gegendang telingaku. Aku tergaman tidak terkata. Rasa tak percaya Zafran boleh menyanyikan lagu untukku. Aku tidak perasan sama ada suaranya sedap atau tidak tapi yang pasti aku rasa perbuatannya amat menyentuh hatiku. “Hello! Hello! Alia are you there?” suaranya menerpa kembali setelah tiada apa reaksi dariku. Mungkin dia ingat aku tiada, tapi hanya Allah yang tahu bertapa kencangnya degupan jantungku hingga tidak dapat berkata-kata buat seketika.

“Terima kasih Zafran. How sweet of you to remember my birthday,” aku bersuara perlahan takut dia mendengar degupan jantungku di talian.

“Boleh I ajak you keluar hari ini? I still owe you pizza remember? Lagipun today your birthdaykan, jadi I nak tunaikan janji I dulu,” ujarnya.

Suaranya kedengaran amat romantik sekali, ataupun perasaanku sahajakah? Hendak atau tidak, hendak atau tidak, aku sendiri tidak pasti, hatiku berbelah bagi. Ikutkan hati tentulah nak tapi kalau ikutkan akal …. ‘Ahhh, today is my birthday, I deserve some fun,’ kata hatiku nakal. “You salahlah I rasa, you tak janjipun nak belanja I pizza cuma Azran aje yang memandai tapi why not kan I pun memang dah bersiap nak keluar ni. Pizzapun alright juga, I pun belum breakfast lagi” kataku pantas takut Zafran berubah fikiran.

Aku berkira-kira di depan cermin, aku ingin mempamerkan penampilan yang berbeza dari pejabat. Aku menukar jeans lusuh dan menggantikannya dengan jeans hitam Guess kesayanganku. Aku membuka t-shirt lantas mengenakan tiub merah paras paha dan jaket hitam kegemaranku. Selepas mengenakan mekap yang lebih daring dari biasa aku megenakan tudung merah dan menggayakannya ala Wardina. Aku tersenyum sendiri memandang diriku. ‘Not bad, cun juga,’ aku memuji diri sendiri. Manalah tahu ada rezeki, tiba-tiba Allah bukakan pintu hati Zafran untukku. ‘Ha ha forget it. Just have some fun and enjoy the day, tak lebih dari itu,’ aku mengingatkan diriku sendiri.

Bab 5

Aku termangu-mangu di hadapan restoran mewah berdekatan KLCC. Aku melihat sekali lagi sms yang dihantar Zafran. ‘Betullah alamat ni, tak adapun Pizza Hut, Shakey atau Domino kat sini,’ hatiku tertanya-tanya. Tiba-tiba telefonku menyanyikan lagu ‘Full House’ lagi. Segera aku menjawab, sebelum sempat aku berkata-kata terdengar suara Zafran di talian, “Alia I nampak you dari sini, you masuk aje nanti you akan nampak I.”

Aku melangkah masuk ke restoran dengan hati-hati, belum pernah aku menjejakkan kaki ke restoran semewah ini. Suasana agak suram serta sunyi dan dari susun aturnya dapat kuagak bahawa restoran ini tentunya mahal. Walaupun baru pukul 11 pagi namun lampu-lampu kecil di pasang di sudut-sudut menjadikan suasana kelihatan romantik sekali. Aku mengalihkan pandangan mataku ke arah Zafran, dia sedang berdiri sambil memandang ke arahku. Mejanya agak jauh dari meja lain. Perlahan-lahan aku melangkah ke arahnya.

Zafran menghulurkan sejambak bunga ros merah jambu apabila aku mendekatinya. Patutlah tangannya disorokkan ke belakang, rupanya dia memegang bunga. ‘Romantik juga Zafran ni’ bisik hatiku. “Terima kasih Zafran, terima kasih banyak-banyak. Tak sangka you sanggup bersusah-payah untuk I” ujarku ikhlas.

“Don’t mention. Kita makan dulu ya” ucapanya malu-malu.

Kami makan sambil bersembang-sembang kosong. Ikhlas kukatakan, jika ada orang bertanya apa yang kumakan aku sendiripun tidak tahu, yang jelas hatiku di buai oleh perasaan yang aku sendiri tidak dapat tafsirkan. ‘Sudah jatuh cintakah aku padanya?’ bisikku pada diri sendiri. Aku tahu itu tidak mustahil, tapi apa yang aku ingin tahu apakah perasaan Zafran padaku? ‘Tingkah lakunya macam aku tidak bertepuk sebelah tangan’ hatiku berbisik lagi mengharap. Kalau boleh aku tidak mahu saat ini berlalu, tapi walau macammana perlahanpun aku mengunyah makananku namun akhirnya habis jua.

Aku merasa sedih apabila pelayan membersihkan meja kami tanda berakhirnya saat indah ini. Tiba-tiba dari arah kananku kedengaran lagu ‘Happy Birthday’. Aku menoleh ke sisi, seorang gadis sedang memengang kek kecil dua tingkat sambil berjalan ke arah meja kami. Di kiri kanannya dua penggesek biola sedang memainkan lagu ‘Happy Birthday’. Gadis itu meletakkan kek di depanku. Aku memandang Zafran dengan rasa yang amat terperanjat.

“Happy 25th Birthday, Alia. Moga you berbahagia selalu hendaknya,” bisiknya perlahan.

“Zafran, terima kasih. I sungguh terharu sekali. I tak tahu nak cakap apa, tapi this is my best birthday ever,” ucapku sambil mengalirkan airmata gembira.

“You tidak perlu cakap apa-apa Alia. Melihat you gembira suduh cukup buat I. Emm makanlah kek tu,” ucapnya tergetar-getar.

“Eh! kek kecil yang atas ni kotaklah Zafran, bukan kek” spontan aku bersuara bila tidak boleh memotongnya.

“Ya ke? Kalau kotak mesti boleh buka, cuba you tengok” suaranya kedengaran ragu-ragu.

“Zafran!” Aku terjerit kecil. Sungguh aku tidak sangka, di dalam kotak itu terletak sebentuk cincin berlian bermata satu. Sinarannya membuatkanku tidak berupaya untuk bersuara. ‘Mimpikah aku?’ Perlahan-lahan aku mencubit pehaku. ‘Aduh! Sakit’ pasti aku tidak bermimpi.

“Alia, I tidak pandai bermain kata-kata macam kebanyakan lelaki. I juga tidak pandai memikat perempuan macam Azran. Hari inipun, Azran yang tolong sama rancangkan. I memang hendak sangat berikan sesuatu yang amat istimewa untuk you, tapi I buntu. Cuma yang pasti, hati I ada perasaan yang sama macam lelaki lain, dan I dah lama pendamkan perasaan ini. Pertama kali jumpa, I dah suka pada you. I suka perempuan yang tidak hipokrit dan berterus terang macam you. Bila lama kenal hati budi you, perasaan suka menjadi sayang. I tidak pasti apa perasaan you pada I, tapi yang pasti – I love you Alia Natasha. I tidak sanggup pendamkan lagi perasaan ini dan berdepan dengan you setiap hari. Lega hati I bila dapat meluahkannya” tutur Zafran satu-satu, jelas dan terang kedengaran di telingaku. Hatiku menjerit-jerit kegembiraan tapi mulutku terkunci, tiada satu patah perkataanpun yang keluar dari bibirku. “Alia, I harap you dapat terima cinta I. Tapi I tidak boleh memaksa you mencintai I. Andai kata you tidak sudi, I faham dan menghormati perasaan you. Tapi I nak you tahu, yang niat I suci, I cintakan you dan ingin mengahwini you.” tambahnya perlahan namun jelas kudengar walaupun bisikan biola di sisiku sedang memainkan lagu yang amat indah sekali. “Alia?” lembut suara Zafran memanggilku apabila aku masih membisu.

“Zafran, I pun tidak pandai menyusun kata-kata. Cuma apa yang boleh I katakana selama ini I ingat I cuma berperasaan seorang, bertepuk sebelah tangan. I love you too, Zafran,” ucapku lembut.

“Will you marry me, Alia?”

Inginku jeritkan ‘ya’ sekuat hatiku, tapi aku cuma mampu memandangnya dengan perasaan cinta yang mendalam. Bibirku tergetar-getar ingin bersuara namun cuma senyuman yang terukir. Pandanglah mataku Zafran, akan kau lihat di sana betapa dalamnuya cintaku padamu. Andai kau bisa menyelam lubuk hatiku akan kau lihat betapa dalamnya keinginanku untuk menjadi isterimu. Perlahan-lahan aku menghulurkan jari manisku pada Zafran. Aku tahu kau memahami hatiku, perasaan kita sama – tidak perlu kata-kata untukku ucapkan.


Written By - Ida