ANDAINYA  INI  TAKDIRKU

Happy birthday to u min, happy birthday to u….happy birthday to u…...happy birthday to u…..nyanyi kawan-kawanya, sambil tepuk tangan beramai-ramai..
Yasmin hanya senyum, sebaik sahaja nyanyian kawan-kawanya berakhir, dia lantas meniup lilin kek yang berwarna coklat yang dihiasi deretan strawberry diatasnya, kek yang yang dihidang di depannya itu kelihatan sungguh mennyelarakan, tapi dia sedikit pun tidak terasa ingin menjamahnya, entah kenapa saat ini dia terasa seperti  seleranya mati ,walhal perutnya sudah begitu lapar saat ini, dia hanya termenung memikirkan dirinya kini, berfikir tentang usianya, yang makin hari makin tua. Kelihatan kekawannya sedang bergembira sambil leka berbual sesama sendiri, sugguh dia rindu akan suasana ini, tertalu lama masa sudah berlalu, sambutan birthday kali ini sungguh tidak menggembirakan, siapa yang gembira kalau usia sudah menginjak ke angka 28?

Tiba - tiba dia dikejutkan dengan deringan telefon, yang pasti deringan itu bukan dari handphonennya, dia kenal benar ringtone itu, pastinya deringan itu, dari handphone Risya.
Risya, handphone kau berbunyi, jawablah, kataku kepadanya, lantas dia terus menyahut panggilan itu, aku hanya memerhati tingkah lakunya itu, dapat kuagak pangilan itu semestinya dari husbandnya, usai dia menjawab panggilan itu, dia terus berkata padaku, meminta izin ingin pulang dari partyku, alasan nya dapat kuterima, apabila dia berkata, anaknya lapar dan meminta dia terus pelung dan membelikan makanan untuk meraka, aku hanya menganggukkan kepala ku, tanda aku mengerti tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Tiba-tiba aku ditegur pula oleh kawanku yang lain, juga meminta izin ingin pulang, alasanya, husbandnya outstation terpaksa dia pulang awal, risau jika pulang tertalu lewat, anaknya masih kecil lagi, tentu memerlukan penjagaanya, walaupan dia mempunya pengasuh yang cekap, tetapi aku tahu sangat dengan sikapnya yang amat prihatin akan keluarganya, lalu aku mengizinkannya pergi, walaupan dari hatiku cukup berat untuku melepaskan dia pergi, kawanku yang terakhir juga  meminta izin pulang, katanya dia perlu berlepas pergi ke Dubai esok, katanya dia belum pun mengemas barangnya, jadi dia meminta izin untuk pulang segera, aku faham dan melepaskan dia pergi, aku sangat sedih akan pemergian semua kawanku, aku rindu melepak bersama mereka, masing- masing sudah punyai kerjaya sekarang,usia pula dah makin menginjak kearah yang makin berusia tentunya tanggungjawab sudah makin besar ,zaman muda ku sudah berlalu, perlu kuterima kenyataan ini, sungguh sukar sekali hendak kuterima tapi aku terpaksa jua redha dalam keterpaksaan, sungguh aku benci sekali minginjak ke usia ini.

Aku pulang dan membawa kek yang belum sempat dijamah oleh ku, apatah lagi kawan-kawanku yag lain,Ini semua disebabkan alasan-alasan yang diberikan mereka, semuanya pulang awal gara-gara hal yang tak dapat dielakkan. Sungguh aku sedih akan keadaan ini, aku berseorang lagi tika ini.
Sebaik aku tiba dari rumah, telingaku terus diterpa dengan denga kata-kata perlian, dari mak ku., sungguh aku sedih apabila dia berkata, ‘anak dara tua masih merayau- rayau hingga lewat malam, bukan tahu nak ambil peduli hal orang tua meraka, asyik berseronok tak kira masa.’, kata emakku sambil mengjelingkan matanya kepadaku. Aku tahu dia marah padaku, semuanya gara-gara aku berkeras menolak pinangan dari Dr.syukri.
Kata makku, apa lagi yang aku inginkan, sudah lah doktor , baik orangnya, usia pula sudah tua, buat apa lagi nak single, nak jadi andartu ker?ker nak di cop anak dara tak laku?tak senang diuntung, katanya kepada ku, makin menyala marahnya apabila aku menjawab, kataku, peduli apa orang kata, nak kata anak dara tak laku ke, andartu ke, min perduli apa? Min nak hidup dengan cara Min, Min tan nak Mak paksa Min, doktor ke jurutera ker, cikgu ker, Min tak peduli semau itu, impian mim masih tak tercapai, min taknak ada suami selagi impian Min tak tercapai, kataku kepadanya.
Impian apa lagi Min?soal mak.
Impian Min mak, Min nak ada rumah sendiri, Min nak pergi ke macam- macam Negara, Min nak beli beg Prada, Min nak mampu beli apa sahaja dengan duit Min, Min nak ada kereta sendiri, Min dah bosan berulang-alik dari tempat kerja dengan naik Lrt, Min dah bosan dengan istilah berjimat mak, min bosan!,asyik kena berjimat, Min tak nak hidup berserdahana Mak, Min bosan, Min penat dengan life Min sekarag, sudah lah penat balik dari kerja, baliknya Min kena kemas rumah, sudah kemas rumah, kena pula siapkan kerja yang berlambak kat office, asyik tak cukup tidur mengadap kertas kerja, semuanya sebab nak sara hidup mak. Kalau Min dah merasa semua itu sekarang, buat apa lagi Min nak merasa lagi lepas kahwin?Min tak sanggup memikirkan tanggung jawab yang makin besar!, Min tak nak jadi surirumah, Min tak snggup Mak, kataku dengan bersungguh- sungguh.Aku memadang tepat pada matanya, air mata ku sudah mengalir, sungguh aku berharap dia mengerti, tetapi sangkaan ku meleset sama sekali, apabila dia berkata, oh, jadi kau nak jadi orang kayalah, rupa-rupa nak nak jadi orang kaya,kalo kau nak sangat kaya biar mak pergi cari orang kaya, macam itu baru kau puas? Sedarlah sikit, kau dilahirkan dalam keluarga yang bukan berada, tak boleh ker, kau terima semua ituh?usia dah tua, nak lagi macam-macam! Kau tak nak anak ke?seseorang yang boleh jaga kau bila tua? Tak nak ker?seseorang yang boleh doaakan kau bila kau dah mati nanti? Tak takut ke, mati sorang-sorang nanti?, kau satu-satunya anak perempuan mak, semua anak mak yang lain dah kahwin, tinggal kau seorang je……mak nak merasa dukung anak pertama kau, nak merasa belikan baju anak pertama kau, nak merasa menjaga kau bila mengandung dan bila kau berpantang dan mak nak pastikan kehidupan kau terjaga nak, nak melihat kau bahagia, nak melihat kau bersanding, depan mata mak sendiri, mak nak merasa semua itu nak…..Tidak kah kau paham Min?katanya sambil terduduk di atas lantai, sambil cuba mengelapkan airmatanya yang kian deras mengalir.
Makkk……aku mendakap tubuh makku, yang kian menjamah usia, dapat kurasa hembusan nafasnya yang tidak menentu, dapat kudengar esakan tangisan yang kuat, dapat kurasa airmatanya yang jatuh di bahuku, dia memeluku erat, hangatnya pelukannya itu, dapat kurasai. Aku juga turu menangis, mendengar pengakuanya itu, Mak memandangku, diusap kedua belah pipiku, dikucupnya dahklu penuh shadu, bisiknya ketelingaku, terima nak, terimalah pinagan itu, tolonglah….katanya perlahan.
Tidak mak!...tidak….Min tak boleh!,impian Min tak tercapai lagi mak…kalau mati, kat mana-mana pun boleh mati mak, tiap manusia itu tidak ditentukan matinya dimana mak....kaya, miskin bukan itu yang Min cari dari seorang lelaki Mak…Mak..Min tak sekali-kali kahwin dengan orang yang Min tak cinta mak…tolonglah faham mak..tolonglah..buat kali ini Min merayu Mak…tolonglah….kataku sambil berlutut didepanya, tangisanku dibiar sepi, tiba- tiba badanku ditolak kuat oleh Mak, hingga aku tersungkur tepat ke lantai, air mataku mengalir lagi, untuk kali ini, ia makin deras lagi mengalir, Mak memandang ku dengan wajah yang sayu, dapat kulihat raut wajahnya yang kecewa itu, dapat kulihat dia memandang ku dengan pandangan yang sukar ku mengertikan, mungkin kerana aku bukan seorang ibu.
Paginya aku menyapa Mak, dengan ucapan selamat pagi, malangnya sapaanku tidak dibalas, aku cuba untuk memandangnya, dia lantas mengalihkan wajahnya apabila aku cuba menatap wajahnya, marahnya padaku tidak surut lagi, lantas aku terus keluar sambil sempat berkata pada emakku, bahawa aku ingi pergi kerja.
Tiba-tiba aku mendapat idea, untuk memujuk ibuku, aku mendapat idea ini, sewaktu aku membaca keratan akhbar tentang sebuah kolum yang menawarkan harga yang memberangsangkan untuk pergi menunaikan haji , akanku pujuk abang-abangku untuk turut serta pasal soal bayaran, semuanya hanya untuk mak, ku tahu emak ingin sekali menunaikan haji, tambahan lagi musim haji makin dekat.
Bila aku membuka cerita perihal ideaku, pada mak, mak hanya memandang ku, dan berkata, nak….mana boleh bayarkan haji untuk mak, kalau Min tak pergi lagi, Min yang kena pergi dulu, baru boleh bayarkan untuk mak.
Tapi mak…Bukan Min yang bayar, abang yang bayar, abangkan dah pernah pergi haji, Min hanya cadangkan idea aje, kan ini impian mak?
Terima yah?kataku sambil mengurut bahunya perlahan-lahan.Berharap dia tidak marah lagi padaku.
Hurm….bagus juga mak pergi, mak kat sana nanti boleh mak doakan kau dapat jodoh, selalunya doa kat sana mudah termakbul, katanya sambil memandangku, dan menepuk-nepuk bahuku.
Hurm…aku hanya terdiam apabila mak berkata begitu, takut juga kalau kata-katanya menjadi kenyataan.
1 bulan sudah berlalu, aku meneruskan hidup seperti biasa, tiba - tiba deringan telefonku berbunyi, entah kenapa tiba-tiba hatiku berdengup kencang., tanpa sebab,  tetapi aku menjawab jua panggilan itu.

Hello mak.
Mana tahu mak yang call ni?soalnya.
Alah…Min nampak nombor handphone mak tentera kat skrin handphone Min mak…sebab tuh Min tahu.
Ada apa call ni?
Hurm…balik awal malam nih, ada hal mak nak bincang.
Apa dia mak?soalku cuak.
Ikut je…apa mak kata, jangan banyak soal ok, katanya mematikan panggilan telefon.
Aku terdiam memikirkan apa yang dikatakan mak…jangan-jangan sebab doa mak itu? Entah-entah ada lagi orang hantar pinangan lagi? adoiii….pening kepalaku kalau betul…Ya Allah…..berilah aku kekuatan kalau ia benar..tidak tahu lagi apa alasan yang perlu ku utarakan pada mak…Ya Allah…kau tabahkanlah hatiku ini.
Tiba di rumah, aku dijemput makan bersama mak dan ayah, Susana senyap sahaja, raut wajah mak dah ayahku bersahaja, tapi masih terpamer raut keseriusan pada wajah masing-masing.
Aku menyuapkan nasi kedalam mulutku, tiba- tiba mak memecahkan suasan yang sunyi itu, dengan berkata, Min…Mak nak bagitau kau ini….kau dapat 2 pinangan dari orang yang berbeza, dua-dua kaya orangya, elok pula paras wajahnya, terdiri pula dari orang berpelajaran, mak harap benar, kau paham apa mak dan ayah cuba sampaikan, katanya sambil meneruskan suapan makanannya.
Aku terkedu disitu..suapanku terhenti, aku mengeluh berat, aku tahu ini akan terjadi juga, aku diam buat seketika, cuba mengumpul kekuatan.
Mak…Ayah..tolak aje kedua-duanya mak....Min tak nak…keputusan Min muktamad.kataku sambil megemas pinggan mangkuku tanpa melihat wajah kedua orang tuaku.
Mak dah agak kau cakap macam itu.Min…Mak nak Tanya kau sesuatu…
Min percaya tak pada takdir?percaya tak?soalnya?
Aku terdiam apabila ditembak dengan soalan sebegitu.
Min percaya mak, kataku perlahan sambil membasuh pinggan mangkuku.
Min percaya tak pada Allah Min?soal mak dengan wajahnya bersahaja.
Tentulah Min percaya mak, kenapa Tanya soalan macam itu.kataku hairan.
Bagus….mak tahu kau percaya, malam ini buat solat istikarah.katanya ringkas.
Mak….Min tak punya kekuatan nak buat solat istikarah mak…Min takut mak.Kataku dengan nada sedikit cemas.
Buat aja…., kan Min cakap percaya pada takdir dah Allah. Balas emakku.
Mak…sebelum Min buat, Min nak jumpa kedua-kedua orang itu mak…. Boleh?
Boleh aje Min…mak akan aturkan.
Aku diam dan berlalu pergi, berat rasanya kakiku hendak melangkah ke biliku.
Perbincangan aku dan makku, tadi masih bermain di minda ku, sungguh aku tidak boleh tidur tika ini, walaupun hari sudah larut malam, mataku tidak boleh lelap jua, aku baring sambil menghadap siling, aku diam dan mengeluh memikirkan nasibku yang terlalu kabur ini.
Hurmm……takdir?Ya Allah…inikah takdirku?aku tidak bersedia lagi Ya Allah impianku tidak tercapai lagi, tidak aku dapat membeli rumah lagi, semaunya gara-gara aku perlu membayar hutang ptptn.Kereta pun aku tidak dapat beli lagi.huh…aku megeluh lagi.
Andainya ku tahu apakah takdir yang bakal menantiku kan bagus. Tidaklah perlu aku resah begini.
Keesokkan paginya aku disoal dengan soalan yang dapat kujangka dari ayahku mahupun ibuku.
Dah buat solat istikarah nak?soal ayah?
Belum yah, kataku malas.
Min…..kalau takdir itu bukan seperti yang Min sangkakan dan kalaulah takdir itu boleh kita pilih, sememangnya senanglah kehidupan semua manusia ni kan Min?. Katanya sambil menarik tanganku dan menyuruhku duduk, Min….bukan semua apa yang kita rancangkan akan terjadi dan walau berpuluh kali pun Min cuba merancang segalanya supaya ianya terjadi macam yang Min mahu itu semua tetap tak akan terjadi jika itu bukan yang Allah rancangkan untuk Min. Allah lah yang merancang segala takdir manusia Min. Min kena redha tahu, redha jika takdir yang ditentukannya tidak seperti yang dirancangkan oleh Min. Mana mungkin insan sekerdil kita boleh melawan takdir yang telah ditentukannya?,  walau sekuat mana pun Min, takdir Allah Min tak boleh lawan, katanya sambil memandangku, dan memegang kedua-kedua tanganku erat.Min pikirlah, Min dah dewasa, sudah sampai masanya Min menjadi diantara orang yang berfikir.
Seminggu berlalu, perasaanku masih keliru, solat istikarah tidak kubuat, aku mendapat tahu bahawa malam semalam sekali lagi ada orang yang meminangku. Aku kira peminanganku yang selalu ku terima ini adalah berdasarkan tarikan fizikal semata-mata, bukan untukku membangga diri tetapi sudah terlalu ramai yang kata wajahku seperti iras-iras wajah Rozita che wan. Oh..dan kebanyakan kawan-kawanku berkata meskipun aku mempunyai seraut wajah yang lawa tetapi sayang….aku bukanlah seorang yang mudah didekati. 

Sekali lelaki cuba mendekati, pantas aku melarikan diri  dan kata mereka  aku terlalu amat mlindungi diri dan terlalu tegas dengan pendirianku. Entahlah…aku tidak peduli apa yang orang sekeliling fikirkan. Aku hanyalah aku, yang bergerak dengan caraku sendiri.  Aku hairan, kenapa ketiga-tiga lelaki yang meminangku terdiri dalam keluarga berada….adakah semuanya  hanya kebetulan semata-mata bahawa ibu kata aku mahu kahwin dengan orang kaya? Adakah ini adalah doa ibuku dari tanah suci tempoh hari? Entah….mungkin ini hanya kebetulan…fikirku. Lantas aku tekad , tidak ingin lagi aku membiarkan keadaan ini berlarutan, perlu kujumpa ketiga-tiga jejaka ini.
Lelaki pertama akan kujumpa di restoran Subway, di Times Square tempat yang aku aturkan.
Kulihat seseorang yang memakai kot hitam, di dalamnya  kelihatan kemeja hitam berjalur  putih. Ku amati wajahnya makin dekat. Dan alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat seraut wajah yang cukup kukenali. Membuatlkan aku sendiri terkejut dan terkedu.  Manakan tidak dia adalah antara rakan baikkuku sewaktu di kolej dulu!.
U Imran?soal ku?
Yes I am. Katanya sambil duduk di hadapannya. kelihatan senyumannya melebar apabila aku menegurnya.
I gembira u masih ingat I.
Hurm….i rasa pelik.kataku sambil memandang tepat kearahnya.
Dia hanya tergelak kecil, sambil melemparkan senyuman yang sangat manis.
U rasa  pelik?I tak terkejut u cakap macam tu. So I nak Tanya u nih, u terima tak pinangan i?katanya penuh berharap.
Aku hanya berdiam diri diam dengan soalannya itu…..
Imran, imran….….i peliklah dalam banyak-banyak lelaki kat dunia nih, kenapa u yang pinang I?Sudah bertahun kita tak jumpa, macam mana u tahu alamat rumah I?
Min…..u tak jawab lagi soalam I?
I  tak tahu Im!…I…keliru. Untuk pengetahuan u, bukan u sorang yang pinang I.
I tahu Min, mak u ada kata, I orang kedua yang Pinang u….siapa yang lain itu, I tak nak tahu, yang I ingin tahu hanya jawapan u. Dan oh ya tentang alamat rumah u tu..tak perlulah u tahu. Katanya serius.
Hurm…Im…I tak cintakan u…u betul-betul serius ke nak I sebagai isteri u?I tak pernah bercintapun dengan U.
Kalau I tak serius, takdelah I pinang u, katanya ringkas.
I need time to think about ur proposal. I kena jumpa pula laki pertama dan ketiga hari ini. Lepas itu baru I buat keputusan.I harap u Faham. So….i nak mintak diri dulu, kataku ringkas tidak mahu memanjangkan perbualan.
Lelaki pertama yang aku jumpa kali ini ialah bertempat di Klcc,  Aku pilih meja yang sedikit tersorok, aku tidak mahu tempat yang banyak tumpuan, aku sememangnya suka tempat yang sedikit tersorok, ia sudah sememangnya tabiat ku setiap kali aku pergi ke restoran.
Tiba-tiba bahuku dicuit oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas dan seraut wajah yang sungguh familiar aku rasa.
Aku kenal benar wajah itu, wajah yang kerap sekali terpapar di dada-dada akhbar. ‘Arghh…aku bingung…takkanlah lelaki ini yang melamarku?. Sungguh aku tak mengjangka lelaki sehebat dia akan melamar perempuan seperti aku..
U….U kan anak tan sri? Err…anak….menteri  kan? Tanyaku gelabah.
Dia hanya tergelak kecil, dan berkata, kenapa tak percaya ker?yelar anak menteri tak boleh ker melamar perempuan macam U?. Kenapa I tak cukup layakkah?. Katanya bergurau.
‘Eh…bukan…bukan..I tak maksudkan macam tu.. Cuma…..i peliklah…takkanlah orang macam u nak pinang orang biasa macam I?.
Hurm…..Soalan u tuh..i tak boleh jawab….sememang I tak memandang darjat Cik Yasmin.katanya yakin.
Hurmm…ok…by the way u boleh panggil I Min jer…I selesa begitu kataku tenang.
Oh, ok…Min….umur I dah 30….memang I tak terpikir lagi untuk berumah tangga Min.,,jujur I kata, I pun tak terpikr pada mula-mulanya. Tapi…..segala-galanya berubah bila…I pergi ke mekah, di situ I terlihat sepasang suami isteri yang sudah tua, kelihatan mereka berpimpin tangan  dan I kira suasana itu kelihatan sungguh romantik sekali. Entah kenapa tiba-tiba hati  I terusik bila I lihat pasangan  yu..isterinya itu cuba menyuapkan perlahan-lahan air untuk  suaminya minum. Memangdangkan suaminya sudah uzur dan mempunyai kepayahan untuk minum dengan sempurna jadi isterinya menyuap perlahan-lahan dan begitu teliti. Betapa I lihat Isterinya itu sungguh mengambil berat akan keadaan suaminya.
Dalam diam…I berfikir alangkanh bahagianya I kalau I mempunyai isteri yang begitu mengambil berat akan I, meyayangi I seperti itu. Dan ketika itulah hati I  tiba - tiba terusik untuk berdoa  kepada Allah.
‘Ya Allah, andai kau temukan aku jodoh, tunjukkanlah dia padaku, dekatlah hatinya kepadaku, siapapun dia, bagaimanapun rupanya, sifatnya, latar belakangnya, akan ku redha akan segala yang kau tentukan, tentu kau lebih tahu, apa yang terbaik untukku Ya Allah. Aku pasrah siapa pun jodohku, akan ku terima sepenuh hati,  andai dia tercipta untukku.
Seminggu selepas itu, Mak I panggil I, dan dia cakap dekat I sesuatu yang I dah lama fikirkan. Iaitu tentang jodo I. Mak I cakap…
‘ mak nak Zarieal bahagia macam mak nak’.
Maksud mak?soalku?
Mak hanya senyum, dan berkata, bahagia macam mak dan papa.ni Mak ada 4 keping gambar perempuan yang mak nak jodohkan untuk Riel.
I time tuh terkejut…yela.. tiba-tiba mak I buka  cerita tentang soal jodoh.
Hurmm…habis tuh apa kaitan semua itu dengan encik….???maaf I tak ingat nama u..mak ada bagitau nama u….err..tapi I tak ingat…kata ku perlahan.
Nama penuh I Zarieal Zaquan bin Tsn sri murshid, katanya sambil tersenyum simpul.
Soalan u tadi….memang ada kaitan dengan u tuh.
Nak tahu kenapa?
Yer..kenapa?
Sebab gambar u ada dekat salah satu yang Mak I tunjukkan kat I…entah kenapa saat I tengok gambar U…hati I kuat .mengatakan u lah I jodoh I.  Entah kenapa hati I merasa sesuatu tentang u..arghh….i tak tau macamana hendak terangkan. Tapi..yelah..i tak tahu kenapa hati I kuat mengatakan yang u adalah jodoh I.
 Hurmm….tah tahulah begitu rupanya kisah u….macam mana u boleh pasti I lah jodoh u?
Hurm…soalan u tuh, sukar I nak jawab. Tengtang perasaan I  tu..memang sukar I  nak ungkapkan.dengan kata-kata. Itu je yang I boleh jawab sekarang, Mungkin Allah lebih tahu mengapa I rasa begitu. Katanya perlahan dan tenang.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon, aku lantas menjawab panggilan itu, dan aku tersedar aku sudah terlambat untuk berjumpa dengan lelaki ketiga, lantas aku meminta izin ingin untuk pergi.
I pergil dulu yer, I perlu berjumpa lelaki ketiga pula, I harap u faham.
Oh, Cepatnya masa berlalu, kalaulah masa masih panjang ingin I lebih lagi megenali u dengan lebih dekat.So..biarlah I mengiringi u pergi hingga ke kerata…setiap adam perlu melindungi hawanya kan?katanya sambil tersenyum manis.
Aku hanya menganggukkan kepalaku, tanda ku bersetuju akan kata-katanya.
Aku jumpa pula dengan lelaki Ketiga ini, tidak ku sangka dia mahu mengajakku berkelah. Aku menolak lembut akan ajakannya, alasanku adalah kerana tidak mahu berjumpa ditempat yang tersorok..yela..ia takut mengundang fitnah nanti.
Dia senyum dan berkata, siapa kata kita akan jumpa di tempat yang tersorok?
Habis tuh di mana? soalku binggung.
Di tempat yang terdapat banyak kegembiraan.,hurmmm maksud I tempat yang banyak kanak-kanak. I suka betul akan kanak-kanak.katanya sambil membukakan pintu untukku masuk ke dalam kereta.
Lelaki kali ini, Ku lihat amat menarik pada padangan mataku, pakainya sungguh kemas sekali, gayanya sungguh bersahaja, badanya yang bidang sungguh menambahkan lagi daya tarikannya.
30 minit selepas itu, kami sampai ditempat yang dituju, sememanganya tempat ini terdapat begitu ramai sekali kanak-kanak. Dapat kulihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang kejar-mengejar antara satu sama lain,  dapat kulihat juga dedaun berguguran di merata tempat ia kelihatan begitu indah sekali dari pengamatan mataku. Mungkin kerana di taman ini terdapat banyak bunga yang menghiasi deretan sekililing taman ini. Haruman bunga begitu kuat menusuk hidung ku, sungguh aku suka akan bau yang harum ini.
Dia menyuruh ku duduk setelah usai dia membentangkan karpet dan menyusuan buah-buahan yang ada didepan ku.
Lantas ku mengambil buah strawberry yang dihulurkan padaku darinya, aku senyum dan lantas memulakan bicara, tidak ingin memanjang masa ku dengannya, sungguh aku letih dengan pertemuan dari ketiga-tiga orang jejaka itu hari ini..
So….I nak tahu sangat…kenapa u nak lamar I? U kenal I ker  ?I tak pernah jumpa U pun ,kataku sambil memandang tepat kearahnya.
U silap kalau u fikir u tak pernah jumpa I, U tak ingat I lagi ker?soalnya.
Tak..pun..yeker…I pernah jumpa u?kalau betul dimana yer?soalku.
Hurmm….tak apalah..U sememangnya tak ingat… apa nak buat, I bukan sesiapa bagi U kan..katanya dengan nada yang sedikit lirih.
Alah..u jangan kecil hati…im sorry ok…I betul-betul tak ingat…cakap lah…bila I pernah jumpa u?nak juga I tahu.
Ok…hurmm…kat tempat makan, I jumpa u..time tuh, I makan dengan kawan U…U pun ada sekali time tuh..I cuba bercakap dengan u…u jawab macam acuh tak acuh jer, time tuh…nampak sangat u tak nak layan I. katanya..
Lah…u janganlah kecil hati ok..i memang macam itu, kalau I tak kenal,I memang jenis tak mesra orangnya, I bukan peramah, kataku, berharap benar dia faham.
Tak apa..i faham..kawan u ada cakap.Tap u tahu tak, sejak tukan.. I selalu melawat kawan u kat office, sebab I nak tengok u…tengok dari jauh pun I dah puas hati dah…
Hurmm…boleh I tanya satu soalan tak? tanyanku dengan rasa ingin tahu yang meluap-luap.
Hurmm..apa dia?
U ker yang selalu hantar bunga kat office I?
Yup…memang I orangnya.
Tapi I tahu u tak pernah bawa balik bunga tuh kan?
Mana u tahu?tanyaku.
Kawan u yang cakap.
I Memang  tak nak bawa balik, sebab I tak nak terima pemberian dari sesiapa yang I tak kenal dari orang yang  I tak cinta. Itu memang prinsip I dari dulu lagi. Kataku tegas.
Eh…cuba u tengok jam….dah asarkan?katanya tiba-tiba sambil berdiri megeliat kecil, tentu sebab lama sangat duduk tadi.
Jom solat sama-sama, dekat situ ada masjid.tunjuknya padaku.
Hurmm…ok.
Sebelum aku memasuki perkarangan pintu masjid, dia sempat lagi berkata, dekat dalam nanti jangan lupa doa tentang jodoh U ya.., siapa pun yang U pilih akan I terima dengan redha, andai u bukan jodohkan I, akan I lupakan kan u dan kalaulah  U sememangnya bukan diciptakan untuk I I akan memahami dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Kerana I percaya hanya Allah lebih megerti apa yang terbaik untuk hambanya, katanya sambil berlalu pergi untuk mengambil air wuduk.
Malam itu aku tidak dapat tidur, sungguh aku rasa keputusan ini begitu sukar untuk kubuat. Padaku ketiga-tiga lelaki ini amat matang malah perwatakan pun manarik, tetapi tiada satu pun yang ku cinta atau tertarik..
Aku bingung, aku takut untuk membuat solat istikarah.kerana aku tahu apabila aku membuat keputusan ini, ia akan megubah seluruh kehidupanku.
Aku takut memikirkan yang aku perlu berkongsi seluruh hidup ku dengan seseorang bergelar suami! Bukan sahaja berkongsi seluruh kehidupanku, malah diriku sendiri!...…Ya Allah kau kuatkanlah semangatku ini.

Aku tidak boleh tidur hingga pukul 4 pagi, sudah banyak novel ku baca tapi tiada satu pun yang mampu menutup resah dihatiku. Lantas aku mengumpulkan seluruh kekuatan yang ada padaku da ku pulas tombol pintu bilik air untuk air wuduk.
Habis solat, aku lantas berdoa.
‘Ya Allah berikanlah aku petujuk, siapa yang harus aku pilih? Siapapun yang kau tentukan akan aku terima dengan redha apa. Akan ku cuba untuk menerima takdir yang kau telah tentukan untukku. Akanku pasrah akan apa sahaja rintagan dan halangan yang kau berikan sepanjang aku  bergelar isteri. Amin.
Genap 4 bulan berlalu, majlis perkahwinan ku kini, meriah sekali.
Kelihatan emakku dan ayahku kelihatan germbira. Sesekali dapat ku lihat mereka keletihan letih   melayan tetamu.Namun senyuman di bibir mereka tidak berhenti terukir..
Aku penat melayan kerenah tetamu, yang tidak habis-habis mahu bergambar denganku bersama suamiku.  Segan pula rasanya apabila dia dengan selambanya memeluk erat pinggangku, sambil bergambar.
Tanganya tidak lepas memegang  tanggaku, dibawanya aku kemana sahaja dia pergi.Aku sedikit segan dan tak selesa apabila dia memangil ku dengan pangilan ‘hunn,’ tahu sangat akan maksud panggilan itu. Dia mencium pipiku, terkejut benar aku, apabila dia dengan selambanya mencium pipiku! sungguh aku tak selesa diperlakukan begini.. Dia hanya mengenyitkan matanya apabila aku cuba menepis lagi ciumanya sekali lagi. Aku tahu dia hanya berniat untuk mengusikku, saja ingin bergurau barangkali. Manakan tidak aku hanya senyum dan berdiam diri sepanjang hari ini.
Pukul 12.00 malam mak menegur aku, apabila melihat aku memundar-mandir di depan bilik tidurku..’arghh.. tentu dia tahu aku resah!’.
Min kenapa tak masuk lagi bilik tuh?
Dari tadi mak lihat asyik memundar-mandir depan pintu jer. Min takut yer?
Min…mak tahu Min masih tak boleh terima semua ini, Mak tahu, tapi Min… tak semua apa yang dirancang akan terjad dan Min terimalah dengan redha ya? jadilah orang yang tabah dan beriman Min. Kata emakku cuba mengingatkan akan tanggunjawab yang tergalas di bahuku kini.
Aku hanya berdiam diri mendengar kata-kata nasihat yang keluar dari mulut ibuku. Reaksi berdiam diri membuatkan dia menyambungkan lagi kata-kata nasihatnya apabila aku hanya berdiam tidak memberikan sebrang reaksi..
‘ Min ingat lagi tak? Yang Min ada kata selagi impian min tak tercapai Min tak mahu kahwin kan? tengoklah sekarang min?tengok sekeliling Min ni. Semua impian Min telah tertunai.
Min tahukan rumah banglo ini suami tuliskan atas nama Min? dan yah…hantaran  untuk Min dia bagi Min kerata? Dia ada kata kata mak tau..yang bila time  honeymoon nanti dia nak bawa Min honeymoon kat beberapa negara tau.
Kiranyalakan Min semua impian Min dah tercapailah kan?. Dulu punyalah  susah Min nak capai impiam Min. Tapi Min tengok sekarang ni….. semua yang Min impikan dah tercapai Ini semua takdir Min..Min kena redha akan apa jua perkara yang telah ditentukan olehnya. Pasrah  saja ok?
Masuklah bilik itu Min, usah diragu lagi, dia husband Min  sekarang. kata mak sambil memeluk tubuhku erat, di usap-suapnya belakang tubuhku lembut. Di ciumnya dahiku sebelum mengucapkan selamat malam.dan ku turut juga membalas ucapan selamat malam padanya.
Dari jauh aku melihat bayangan mak makin mehilang, aku masih didepan pintu. Aku cuba megumpul kekuatan untuk berdepan dengannya, takut aku memikirkan malam pertamaku.
Zariel zaquan akan ku kucuba untuk membuka pinta hatiku, akan kucuba untuk menjadi isteri yang terbaik untukmu.
Lantas pintu kubuka dengan perlahan - lahan., dan  terjengnul seraut wajah yang bersih itu. Baru ku perasan kini dia memiliki raut wajah yang amat menarik dan sewaktu aku mengenali keluarganya aku baru tahu dia Ayahnya adalah seorang berdarah campuran  arab, tak heranlah dia memilikan sepasang mata hazel yang cantik!.
Dia datang kepadaku, aku kaget… takut sekali melihatkan tubuhnya yang kian hampir denganku.
Ku cuba menjarakkan diriku darinya. Tetapi dia pantas menarikku ke dalam pelukannya, enggan melepaskanku. Pelukanya erat sekali, dapat kurasai hangatnya pelukanya.
Aku memejamkan mata, untuk mengumpulkan segala sisa kekuatan untuk berhadapan dengan situasi seperti ini.
Dalam hati aku berdoa.
‘Ya allah berikan aku kekuatan, tabahkanlah hatiku ini. Aku pasrah dalam redha..’ Kini bermulalah episod kehidupanku bergelar isteri. Semoga aku dapat mengharungi situasi ini dengan tabah.

-Tamat-
Ditulis oleh Iena D twinnie ^^