Arisz
Sebenarnya aku menelefon Aleesya hanya kerana cemburu yang teramat sangat pada Aliff kerana menghantar Aleesya pulang ke rumah dan diundang makan bersama pulak tu. Mesti dia hendak berlagak dengan kereta barunya itu. Disekolah tadi semua orang terpegun apabila sebuah BMW dengan riben besar diatasnya diberikan kepada Aliff. Mentang-mentanglah aku belum boleh memandu. Bukannya aku tak pernah minta papa ajarkan, tapi jawapannya sama. Tunggu sehingga aku cukup umur untuk belajar memandu. Mama pula melarang keras aku cuba-cuba menggunakan kereta-kereta dirumah.
Entah kenapa perasaan cemburu yang meluap-luap membuatkan aku perlu mendengar suara Aleesya. Tapi apabila dia menjawab panggilan tadi, aku mati akal pula. Tak tahu nak cakap apa! Aleesya pula tiba-tiba menyebut nama Melissa, terus aku teringat tentang apa yang papa baru beritahu tadi. Jadi aku gunakan alas an itu. Jangan dia ingat aku menelefonnya hanya untuk bercakap dengan Melissa dah la. Nanti dia ingat aku sukakan Melissa pula.
Sakit telinga aku bila mendengar gossip-gossip tentang Aliff dan Aleesya disekolah sejak semalam. Semua orang berkata yang mereka memang pasangan merpati dua sejoli. Argh persetanlah. Aleesya sudah pun menerangkan tentang itu. Tapi aku agak pasti yang Aliff menyimpan perasaan pada Aleesya. Jika tidak, masakan dia mahu menghantar Aleesya dari Sg Buloh hingga ke Bangsar. Aku perlu melakukan sesuatu, dan aku perlu melakukanya cepat. Aku tak mahu dia pergi ke Debutante Ball dengan lelaki lain.
“Arisz call siapa tadi? Mama tengok Arisz tersengih-sengih. Lepas tu berangan pulak. Who’s the lucky girl?’ mama menyapa aku sambil duduk di sofa sebelah “Haha, mana ada lah mama.” Aku berdalih. Rasa canggung pula hendak bercerita tentang hal ini dengan mama. “Alah, Arisz tak payah tipu mama. Tengok pun mama tahu” mama berkata sambil tersenyum. Aku risau dengan reaksi mama. Manalah tahu kalau mama marah dan melarang aku bercinta dibangku sekolah ini. Aku pura-pura menguap dan meminta diri  untuk masuk kedalam bilik.
Sebenarnya aku terasa handphone ku bergetar tadi, mesti mesej dari Aleesya. Aku membalas mesej Aleesya dan mencapai gitar disisi katil. Entah kenapa, tapi Aleesya memberi aku ilham untuk mencipta sebuah lagu.
Sedang asyik aku membuai paerasaan melayan gitar, pintu bilikku terbuka. Mama menjengulkan kepalanya kedalam bilik. “Apa yang Arisz bising-bising malam-malam buta macam ni? Dah-dah la tu melayan gitar. Bukan ada faedahnya pun. Baik Arisz belajar lagi bagus. Arisz main gitar tak ke mana pun, bukannya belajar disekolah muzik” bebelan mama ibarat belati yang menghiris hatiku, bukan aku tak pernah meminta dihantar ke kelas muzik, tapi mama dan papa yang tak benarkan. Membazir masa dan duit katanya. Dia lebih senang aku duduk dirumah belajar. Aku meletakkan gitar disisi meja dan baring diatas katil diam sahaja membiarkan mama pergi. Sewaktu aku membesar, jarang aku dan kakak dibenarkan keluar bermain bersama anak-anak jiran. Mama bergaduh dengan jiran belakang rumah kerana pembantu rumah mereka suka menjaga tepi kain orang katanya.  Sekali sekala baru kami dapat bermain dengan sepupu-sepupu yang datang melawat. Disekolah pun mama dan papa kurang menggalakkan kami menyertai aktiviti kokurikulum. Aku pandai bermain tennis pun kerana selalu mengikut Ayah Su ke Country Club. Dan tahun ini buat pertama kali nya aku mencatatkan sejarah  mewakli sekolah untuk sesuatu pertandingan.
Oleh kerana sejak kecil aku sudah biasa bermain bersendirian, aku kurang pandai hendak mencari kawan disekolah. Aku lebih betah duduk berseorangan melayan gitar dari bersosial bersama teman –teman sekelas. Walau di MCKL ini pun, aku hanya rapat dengan band mates ku sahaja. Bukan aku tak cuba untuk bergaul dengan mereka yang lain. Namun aku rasa kekok dan canggung. Kalau lelaki pun aku sudah merasa begitu, apatah lagi perempuan. Selain Melissa, aku tak mempunyai rakan-rakan perempuan yang lain. Maklumlah sejak sekolah rendah aku bersekolah disekolah semua lelaki. Tiba-tiba handphone ku bergetar lagi, Aleesya membalas mesej. Aku tersenyum, esok aku akan memulakan rancanganku. Tapi malam ini aku perlu menghubungi Melissa.