BAB 25
Perlahan – lahan Tina tersedar lantaran disimbah air sejuk pada mukanya. Kedengaran jeritan mengerang kesakitan menerpa telinganya. Tina cuak, takut akan kemungkinan yang akan berlaku padanya selepas ini apabila mendengar jeritan yang mengerang kesakitan itu.
‘Arghh….apa Dato Dahlan tu nak lagi?, arghh..apa yang berlaku sebenarnya ni?. Kenapa aku disini?. Arghh….kalau tak salah aku…aku bersama dengan Dato Dahlan tadi? apa yang berlaku ni?’. Aku lantas tersedar dari lamunanku apabila aku ditengking oleh seorang lelaki bengis yang tepat berada di hadapanku ini. Mukanya itu begitu menakutkan, badannya sungguh tinggi dan berkepala botak. Sudahlah badannya tegap penuh pula dengan parut di kedua belah tangannya. ‘arghh…musibah apakah yang akan menimpa aku ni!, lain yang aku rancang lain pula yang jadi!’. Bisik Tina dalam hati.
‘Hoi betina!, kau tahu kenapa kau ada kat sini? Muka aja cantik tapi perangai macam haiwan!’. Tengking lelaki bengis yang berada dihadapanku.
‘Kau kenapa nak marah-marah aku?, lelaki jongos macam kau tak berhak cakap macam tu dekat aku tahu!. Apa salah aku kau nak marah-marah aku macam ni?’. Marah Tina, perasaan marahnya membuak-buak apabila dia dihina sebegitu. Hilang sudah rasa takutnya apabila melihat tubuh kekar lelaki di hadapannya itu.
‘Apa salah kau?. Hahahahahaha…pura-pura innocent pula!’
‘Apa maksud kau?’. Tanya Tina, tetapi persoalalannya tidak dijawab lantaran pekikan-pekikan yang mengatakan bos sudah datang.
‘bos dah datang….. Bos dah datang!!!’. Kata salah seorang lelaki lain kepada lelaki bengis hadapanku ini.
‘Hurm…habislah kau hari ini.’ Kata lelaki bengis itu sambil tersenyum sinis dan berlalu pergi.
‘Argh……siapa pula ketua mereka ni?.’ Degupan jantungku makin laju apabila derapan tapak kaki semakin dekat kedengaran.
‘Puas tidur?’ perilnya.
‘U????, Akil??!!. Apa u buat kat sini?, sejak bila u jadi taiko samseng ni?. Huh…I sepatutya tak perlu rasa terkejut dengan semua ni. Yelah u kan lelak jahat yang suka bertopengkan kebaikan. Bukan begitu?. Nampaknya I tak silap dalam meminta cerai dari u.’ Balas Tina.
‘Oh really?, u bukan orang yang sepatutnya bercakap begitu. Mengata orang dia yang lebih, untuk perempuan murahan seperti itu tak layak untuk bercakap seperti itu!. Hahahaha…cerai?, uh dalam mimpi u la Tina!, I tak akan sesekali ceraikan u!. I akan gantung u tak bertali!!!. Tahu kenapa? sebab I nak u rasa kesakitan yang I rasa sekarang ni!’
Tina tersenyum sinis dengan jawapan yang diberikan Akil. ‘ Sakit???, siapa yang sakit hati ni?. U atau i?. Huh….u sendiri yang cari penyakit nak salahkan I pula!. Berfoya-foya tak sedar diri, ada hati nak cakap macam itu.’ Balas Tina sinis.
‘At least I tak tidur dengan perempuan lain!, bukan macam u. Perempuan murahan yang sanggup buat apa aja untuk capai matlamat u!. Ye I mengaku I berfoya-foya dengan perempuan, tapi itu semua sebab u!. U nak tahu kenapa?, sebab I tak pernah dapatkan kasih sayang dan perhatian ikhlas dari u!.’
‘Hey….bila pula I tidur dengan lelaki lain!, I tak curang ok!. U yang curang!!!!.
Enough!!! Cukuplah..i dah muak dengar kata-kata u!..ada saja alasan u nak utarakan! Tak nak mengaku salah sendiri…jadi hari ni I akan I matikan segalanya disini!
First, I akan hapuskan kekasih gelap u, kemudian I akan buat u mederita, sehingga u merayu kat I, meminta belas kasihan dari I, I akan buat u menderita sehingga I rasa puas. Tengking Akil.
‘Apa maksud u?. siapa kekasih gelap I yang u maksudkan itu?’
Akil tidak membalas pertanyaan Tina, sebaliknya memetikan jarinya memanggil anak buahnya dan memberi mereka beberapa arahan. Selang beberapa minit kemudian sebuah Tv di tarik untuk diletakkan dihadapannya. I nak u saksikan hadiah I buat u. Tengoklah, semoga bergembira melihatnya.
Tak lama kemudian terpapar paparan skrin yang menyaksikan aksi Tan dibelasah oleh sekumpulan lelaki. Darah meleleh tak henti-henti dari hidung dan mulutnya. Sayu aku melihatnya dalam keadaannya begini. Aku terus menangis tanpa henti. Tanpaku sedar, aku berlari kearah Akil dan memukul-mukul dadanya sambil menangis dan menjerit memintanya berhenti memukul Tan. Tidakku sanggup rasanya aku melihat satu-satunya sahabat baikku yang aku ada dalam keadaan sebegitu.
‘HAHAHAHHA…..i seronok melihat u mengalirkan air mata. Baguslah sekarang u mesti tahu bagaimana rasa sakitnya kan?. Orang macam u memang tak layak untuk hidup!.’
2 comments:
hohohho...
x sngka akil blh brtndak mcm 2...
tp mmg ptut tina dpt balasan hehheheh
pe pun best2..
isk2..
rse cm kejam lak akil nieh..
kalo dye pukul orng yg btol tape..
nieh yg tak bersalah..
hurmm..smbng2..
Post a Comment