Tengku Aliff
Aku memandu dengan tenang walaupn hakikatnya aku sebenarnya kecewa sangat sangat. Kalau hari tu rasa macam nak kena heart attack, hari ini rasa macam kena strok. Strok lebih sakit dari heart attack ke eh? Apa-apa je lah. Yang pasti sememangnya Aleesya tak berminat langsung to be more than friends with me. Sedih? Tentulah. Kecewa? Tak payah cakap. Kalau ada perkataan yang lebih teruk dari kecewa mngkin itulah situasi aku sekarang. Tapi sekurang-kurangnya aku masih rapat dengannya. Walaupun hanya sebagai kawan. Aku dapat rasakan yang Aleesya mempercayai aku sebagai kawan.
Sebenarnya aku tahu yang Mama mengambil Irika dari kolejnya hari ini untuk pergi ke Damansara untuk fitting gaun debutante Irika. Mereka juga tahu aku akan ke sana untuk memberi Aleesya senarai sponsor. Hakikatnya, ia hanya alasan untuk bertemu Aleesya dan meminta dia merasmikan kereta baru ku. Entah kenapa aku mahu dia yang menjadi penumpang pertamaku. Aku tertarik padanya bukan hanya kerana rupanya yang sememangnya cantik. Tapi ada sesuatu tentang Aleesya yang buat aku tertarik. Mungkin ianya confidence dan elegance yang ada padanya. Atau mungkin ianya strength yang dimiliki Aleesya. Walaupun kelihatan lembut tetapi sebaik dia bersuara atau menyuarakan pendapat, dia berpendirian teguh dan cukup persistent sekali. Aku masih tak dapat mengeluarkan bayangan Aleesya menari dari fikiranku, dia cukup graceful sekali. Apabila menari, aku seolah-olah dapat melihat a whole new side of her. Irika pernah menceritakan padaku yang Aleesya gemar menari ballet dan dia pernah ditawarkan untuk pergi ke Hartford School of Ballet, antara akademi ballet yang paling terkenal didunia. Antara sekolah ballet yang paling terkenal didunia, tapi dia menolak kerana cita-citanya untuk menjadi doctor. At least that’s one thing we have in common. We both wants to be doctors.
“Aliff, you ni memang lain dari lelaki lain kan?” Aleesya bersuara mematikan perbualan dalam mindaku “What do you mean by different?” tanyaku penuh hairan “Ye lah, selalunya lelaki kalau buat baik begini mesti ada motif tertentu. Tapi you dah tolong I without asking for anything else in return. I taw bukan senang nak dapat list of sponsors ni, I dah try dapatkan for a whole month. Lepas tu you dengan baik hatinya hantar I balik pula” jelas Aleesya sambil tersenyum manis padaku. Kalaulah dia tahu apa yang aku rasa untuknya, mesti dia tak akan berfikiran begitu “Its no big deal. Kitaorang pernah mintak sponsors untuk fundraiser MCKL dulu, I taw macam mana susahnya nak dapatkan list ni. Tapi you still have to woo them and make them give a donation” aku menerangkan. Sebenarnya aku rasa bersalah kerana Aleesya tak tahu yang aku menyimpan perasaan ini untuknya. Tapi salahkah aku? Bukannya aku mengambil kesempatan terhadap dia pun. “Ye lah, selalunya kalau ada orang yang dah dapat list macam ni mesti diorang tak akan bagi pada orang lain. Tapi you tolong I. Kalau lelaki lain yang buat, mesti mereka dah at least ajak I keluar atau minta nombor telefon atau benda menggatal yang lain” Aleesya tergelak “Mana you tahu I bukannya nak menggatal?” kataku sambil tersenyum, muka Aleesya berubah “err…” dia gumam membuatkan aku tergelak “You ni cepat gelabahkan? Relax la Sya. I was just kidding. Mestilah I tolong you, that is what friends are for right?” kataku membuatkan Aleesya mencubit lenganku, walaupun kurus cubitan Alessya berbisa sekali! “Eeee you ni jahatlah! I dah risau dah tadi” kata Aleesya, tiba-tiba handphone Alleesya berbunyi, dia tunduk membaca mesej yang diterima sambil tersenyum. “Wahh happynya. Siapalah yang mesej you tu kan?” aku menegur “Hehe Arisz yang mesej. We’ve been texting since yesterday” Aleesya menjawab, masih tersenyum sambil membalas mesej Arisz. Aduhh sakitnya. Kalau tadi aku kena strok sekarang kena apa agaknya. “Oh, so you akan ke debutante ball itu dengan Arisz?” tanya aku dengan cemburu “I hope so, tapi dia tak tanya I lagi pun” Aleesya mencebik. “He will, believe me. Bodoh la lelaki yang tak mahu jadi pasangan you untuk debutante ball itu nanti.” Aku berkata sambil tersenyum “You’re just saying that because you’re my friend. Okay take the first turning on the left” Aleesya menunujukkan aku jalan ke rumah neneknya di Bangsar Hills. Deretan rumah bunglo lama yang masih tersergam indah menghiasi jalan yang gelap.
Kami berhenti dihadapan sebuah bunglo lama yang sederhana besarnya tapi mempunyai taman yang agak luas dan cukup cantik. Nenek Aleesya pasti suka berkebun kerana bunga-bunga yang menghiasi taman dan kolam ikan koi itu cukup sihat dan berbunga lebat sekali. Pintu gate automatic terbuka sendiri mengundang kali masuk terus ke garaj kereta. Walaupun ia sebuah bunglo lama, namun keindahan seni bina kolonial yang masih terjaga dan dicat semula membuatkan bungle itu kelihatan cukup menarik sekai. Nenek Aleesya menyambut kami dengan senyuman besar “Masuklah, maaflah rumah Mak Tok ni kecik aja” dia bersuara sambil menghulurkan tangan untuk bersalam “Eh tak ada lah, cantik rumah auntie ni. Siapa landscaper auntie? Umi saya kalau tengok taman auntie mesti dia suka” aku memuji ikhlas “Eh jangan panggil auntie. Mak tok ni dah tua. Panggil Mak tok aja. Taman ni arwah suami Mak Tok yang reka, dia dulu arkitek. Bila dia meninggal Mak Tok lah yang jaga” mak tok menjawab sambil tersenyum “Mak tok nil ah sepupu Ika yang Syasya bagitahu mak tok tu.” Aleesya menjawab sambil memeluk pinggang neneknya. Wow, manjanya! Aku tak sangka Aleesya yang confident,tegas,poise dan charismathic rupa-rupanya sangat manja dengan keluarganya.
“Syasya?” aku bertanya hairan dengan nama yang digunakan oleh Aleesya “Yes, family I panggil I Syasya.” Aleesya berkata sambil mengikut aku untuk mengangkat bagasinya kelar dari but. Neneknya telah pun masuk kedalam rumah untuk menghidangkan makan malam “Kenapa orang lain tak panggil you Syasya juga?” aku bertanya curious “Sebab you tak rasa nama Syasya tu macam manja ke? Tak sukalah i. I imagine perempuan comel yang manja dan gelitis kalau namanya Syasya. Sangatlah tak sesuai dengan I” Aleesya berkata sambil tergelak “Ok lah I nak panggil you Syasya from now on” aku berkata sengaja mengusik Aleesya “Tak nak lah! I tak sukaa” Aleeysa menjawab sambil memukul lenganku. Adoi dia ni boleh tahan kuat juga “Syasya janganlah marah, nanti kena jual” aku mengambil ayat dari cerita 3 Abdul membuat Aleesya tergelak.
0 comments:
Post a Comment