Bab 4,
5 Februari 2005
Aleesya bangun awal pagi untuk menolong Pn Rodziah didapur. Walaupun mempunyai dua orang pembantu rumah, Pn Rodziah lebih suka memasak sendiri. Cucu perempuannya itu pula suka menolongnya didapur. Walaupun baru memcecah usia 16 tahun Aleesya sudah mampu masak standing kedua-dua pembantunya itu. Pn Rodziah tersenyum bangga melihat cucunya dengan cekap menyiang ikan dan memotong sayur. Walaupun dilahirkan serba mewah, Pn Rodziah diajar untuk membuat kerja-kerja dapur oleh ibunya. Dia siap dihantar kekelas memasak dan menjahit. Oleh sebab itu, dia mendidik Aleesya untuk tidak bergantung pada pembantu rumah sahaja.
Mereka sekeluarga sedang enak menjamu sarapan pagi didapur bila tiba-tiba loceng dihadapan rumah ditekan. Seorang budak lelaki India tercegat dihadapan pintu sambil memegang tali dengan belon berwarna merah jambu dan berbentuk hati. Adam keluar dan bercakap dengan budak lelaki tersebut dan kemudianya masuk kedalam rumah dengan membawa belon itu bersama. Semua yang berada didalam rumah kehairanan. “Abang ni dah buang tabiat ke tiba-tiba nak main belon?”Aleesya mengusik abangnya. Tiba-tiba Adam menyerahkan belon itu pada Aleesya dengan muka ketat “It’s for you. Bak kata budak itu tadi, ada abang handsome bagi dia rm10 untuk bagi belon ni pada adik” Aleesya kelu. Apabila dipusingkan, belon itu tertulis dengan perkatan “would you” Aleesya semakin hairan “Would you?Would I what? Tak faham lah. Scarynyeh abang, macam ada stalker pula” Aleesya mendengus. Pn Rondziah dan Cik Dah sudah tergelak-gelak melihat reaksi Aleesya. Itulah Aleesya, cepat gelabah dan paranoid. Tapi hanya ditunjukkan pada orang yang rapat padanya saja. Dengan orang lain, Aleesyalah paling pandai berlakon selamba. “Alah Syasya, dah ada orang yang minat tu terima aja lah” Cik Dah mengusik Aleesya. “Jangan-jangan would you be my girlfriend kot adik?” Adam meneka “Jangan merepek la abang. Dah la malas adik nak layan abang ni” kata Aleesya sambil berjalan ke arah bilknya.
“Adik abang nak pegi tengok-tengok gitar dengan Aliff. Ada nak ikut tak?” tanya Adam pada Aleesya yang sedang berlatih beberapa gerakan ballet didalam bilik yang diubah suai untuk membolehkan Aleesya berlatih dirumah. “Aliff? As in my friend Aliff?” Aleesya bertanya hairan. Sejak bilalah abangnya itu baik dengan Aliff sedangkan mereka baru berjumpa semalam. “Ye la, siapa lagi. Ho told me he played electric guitar and I told him I’ve been wanting to buy a new Fender but I don’t know any good shops here” terang Adam. “Abang ni memang. Mengada-ngada, dah duduk KL nak dekat 2 tahun pun still tak tahu semua tempat. Tu lah, sikit-sikit asyik balik Singapore je” Aleesya mencemik muka pada Adam “Salah ke kalau sayang Negara sendiri? Anyway adik kena ikut jugak sebab Mak Tok ada mesyuarat persatuan sampai malam. Cik Dah keluar pergi jenguk adik dia. Bibik pun cuti hari ini dan esok. Nanti adik sorang-sorang dengan stalker baru tak takut?” Adam menakut-nakutkan Aleesya “Abangku sayang, kalau nak adik ikut cakap je lah. Tak payah nak takut-takutkan orang. Abang tahu adik bukan penakut kan?” Aleesya berkata sambil mencampakkan sebelah kasut balletnya pada Adam “Eh betullah orang cakap apa. Cepat sikit siap. Aliff kata dia dah nak sampai tu” kata Adam sambil tergelak-gelak.
2 comments:
Oh God! tolong la ckp adam suka arisz lebih drpd die suka kt aliff! n please2..tell me yg arisz yg bg belon tu!
arisz kan loner..aliff is the opposite of him..belon tu kne la tunggu ye;)
xoxo,
miss anonymous
Post a Comment