Bab3
3 Februari 2005,
“You guys..Arisz langsung tak tegur I pun semalam!” Aleesya mengeluh sambil melabuhkan punggungnya dibawah pohon besar tempat dia dan teman-teman sekelasnya selalu menghabiskan masa makan tengah hari bersama. Walaupun Aleesya baik dengan semua pelajar sama tingkatan dengan mereka, namun dia dan Ika paling rapat dengan Nadia, Melissa dan Batrisya. “Oh my god, Sya! Mystery guy yang you kecohkan dari semalam tu Syed Arisz Arfan ke?” Melissa tiba-tiba bertanya. Dia baru sahaja sampai disitu kerana kelas physicnya habis lambat. “Eh Lisa mana you tahu nama penuh dia?” tanyaku hairan “Kami kawan lama. Dia sekelas dengan I masa sekolah rendah dulu. Tapi sekarang kami selalu contact sebab his dad ada kuda dekat Mont Kiara” jelas Lisa sambil memakan sandwich yang dibeli di cafeteria tadi “Girls!!!I have an idea!!” tiba-tiba Batrisya menjerit sambil melompat. Lisa yang sedang makan terbatuk-batuk kerana terkejut “Isyh you ni Bat tak payah la sampai nak bunuh orang. Excited melampau! Kesian Lisa” kata Ika sambil tergelak-gelak. Aleesya menepuk belakan Melissa yang masih terbatuk-batuk “Hah, apa idea you yang bernas sangat tu? Let’s hear it” Nadia berkata selamba. Antara mereka berlima Nadialah yang paling selamba sekali. Tidak banyak benda yang boleh membuatkan dia excited,marah,sedih atau takut.
“Apa kata you text Arisz and Tanya dia apa-apa pasal kuda. Then keep the convo going. Tapi lepas tu you buat-buat tak reply. That’s when Sya comes in the pic. Biar Sya yang reply untuk cakap yang konon-kononya Lisa suruh dia reply sebab she’s away and tertinggal phone. After that pandai-pandailah you Sya keep him interested to talk to you.” Jelas Batrisya dengan mata yang bersinar-sinar “Tapi Sya what if nothing significant happens?What if dia tak minta pun nombor I?” Tanya Aleesya risau rancangan itu tak menjadi “Oh itu senang saja. The next day suruh Lisa text Arisz guna your number and cakap yang konon-konon dia tak ada kredit nak reply” Batrisya menjawab sambil tersenyum mencekak pinggang “Wow Bat, you’re a genius!” Ika tersenyum sambil menepuk tangan “Oh Bat I saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang you!” Aleesya melompat dan memeluk Batrisya “Hmm I taw” Bat pura-pura mencebik. Yang lain Cuma ketawa tapi Nadia hanya tersenyum.
“Okay Sya. Ready? I text dia sekarang eh?” Melissa bertanya pada Aleesya yang sedang menggengam tangan Irika. Mereka telah berpindah tempat dari kawasan ditepi tasik kedalam bilik Melissa yang bersebelahan dengan bilik Aleesya dan Irika. Nadia dan Batrisya tiada disitu kerana mereka terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum. “Okay, I’m ready. First time I ponteng ballet practice. This better works” Aleesya mengeluh. Sebenarnya dia rasa bersalah kerana tidak menghadiri kelas ballet tetapi tiada masa lain lagi yang boleh digunakan kerana mereka akan menduduki ujian pertengahan tahun lusa. Melissa menghantar mesej bertanyakan cara untuk membawa kudanya dari Pahang ke Mont Kiara. Arisz membalas mesej Melissa tak lama selepas itu. Aleesya kian resah, 2,3 mesej selepas itu Melissa menyerahkan telefonya pada Aleesya “Okay Sya do your thing!” Aleesya gamma. Tiba-tiba jantung Aleesya berdegup kencang “Sya you’re just gonna text him ok. Dia tak nampak pun you. Just be yourself” Ika berkata sambil tergelak. Dia sedang berbaring diatas katil Melissa sambil menyelak majalah Vogue.
‘Im sry bt Lisa went out fr netball practice. She asked me to ask you whn cn she transfer the horse?”
“Oh tell her my dad said its ok fr her to send it nx tues. Btw who am I talking to?”
“Aleesya. Her room is next door so she askd fr a favor. Nway I’ll tell hr tht”
“Oh Aleesya as in the Interact Club president?”
“Yup dats meJ. U’re the guy who sang d other day ryt?”
“Yup thats me. We weren’t that good. Sorry. It’s not really our kindda music”
“You guys were gr8!N no im not saying it out of courtesy. Ikhlas ni:p wt kindda music do u guys usually play?”
“haha thanks I guess. Well we usually play jazz. That’s y we had to invite Aliff to play with us”
“Owh I thot Aliff band mate u”
“Well he’s not. His band is Crux. Orang famous mcm dia tak kan la masuk band mcm kitaorang:p”
“Owh..I never knew Aliff until now taw. I x pernah npk dia kt any interact meetings pun”
“Oh its because he was in student exchange program for a yr. Dia pergi UK”
“No wonder. How come Ive never seen u around before?”
“How would a girl like you notice a guy like me kanL”
“Eh mana ada lah. If I’ve met u bfore mesti I ingatJ”
“I baru je transfer ke MCKL last year. I tak pernah involve in interact activities before this one”
“Owh dat explains ethngJ Interact is fun. u should join in the activities more often”
“Now that I know you would be there, maybe I will;)”
“I hope u wouldJ ok la guilty plak gne cred Lisa. Nice talking to u ariszJ”
“it was my pleasureJ”
Aleesya tersenyum sendiri sambil menghulurkan telefon itu semula pada Melissa. Dia sengaja mematikan perbualan itu ditengah-tengah jalan untuk membuat Arisz mahukan lebih lagi. “Wow that was quick. You do know I tak kesah kalau you guna credit I kan?” Melissa tertanya-tanya “Yeah, I do. But tak nak la membazir credit you, besides I want to leave him wanting more” jawab Aleesya sambil mengenyitkan matanya pada Melissa. Irika yang sedang tersenyum-senyum sambil membaca mesej di handphone nya dicubit oleh Aleesya “Hah yang you ni tergsengih-sengih pula kenapa?” Aleesya bertanya dengan muka ‘konspirasinya’ “haha tak ada la. Ever since mixer hari tu ada this guy yang mesej I hari-hari. I tak reply sebab I tanya siapa dia tak jawab. But he keeps giving me cute and funny poems everyday” Irika menunjukkan mesej yang diterima kepada Aleesya dan Melissa ‘I lost my head,my mind is like a zoo,I dreamt and fell of my bed,And its all because of u’mereka berdua tergelak bersama “Aww comelnya dia ni! You tak taw siapa dia ke?” Melissa bertanya “Tak dia tak mahu cakap. So I malas nak reply. Padan muka dia. Besides, striker I still belum mesej I taw” Irika memuncung. Irika memang begitu, comel dan manja. Walaupun bersedih dia susah untuk betul-betul sedih. Orang yang tidak rapat dengan Irika pasti menyangka bahawa dia adalah gadis yang dimanjakan dan sentiasa ceria walaupu hakikatnya sangat jauh dari sangkaan itu. Cuma mereka yang rapat denganya sahaja yang mengetahui kisah sedih gadis comel itu.
Malam itu selepas sesi ulang kaji atau dikenali sebagai prep, Melissa pergi ke bilik Aleesya untuk melaksanakan fasa kedua rancangan mereka. Aleesya yang sedang berbaring diatas katil menututp kepalanya dengan bantal dan menghulurkan telefonya pada Melissa “Lisa this better works if tak buat malu I je!” dia berkata separuh jelas “Relax la Sya. Kalau ye pun, manalah dia tahu ini semua rancangan kita. Dia Cuma akan ingat I mintak tolong kawan I nak reply mesej dia je pun kan” Melissa berkata sambil tergelak. Irika yang baru keluar dari tandas terus duduk di katil Aleesya “Uuuuu korang dah mesej dia ke?” Tanya Irika. Sebenarnya dia baru sahaja habis bercakap dengan Tengku Aliff. Dia berbelah bahagi sama ada hendak menolong sepupunya itu atau menyokong rakannya yang sedang mabuk kepayang dengan ‘ mystery guy’ nya itu. Tengku Aliff betul-betul sukakan Aleesya, tapi dia tak mampu untuk menolong apa-apa kerana Aleesya tak henti-henti bercakap tentang Arisz. Baru sahaja dia hendak membuka cerita tentang Tengku Aliff, Aleesya akan berkata bahawa dia suka dengan sifat Tengku Aliff yang friendly dan ikhlas berkawan, tidak seperti lelaki lain yang gatal mahukan sesuatu lebih dari persahabatan.
“Ika how come I tak pernah tahu yang Tengku Aliff tu cousin you hah?” Melissa bertanya tiba-tiba membuatkan Irika tersentap. “Err sebab buat apa I nak kecoh-kecohkan. Besides I pernah mention yang I ada sepupu di MCKL apa. Lagipun I selalu bercerita tentang cousin I, Aliff” jelas Irika. Memang benar dia selalu bercerita tentang sepupunya Aliff tetapi mereka tidak menyangka yang sepupu itu ialah Tengku Aliff, pelajar lelaki paling popular di MCKL. Bila diingatkan kembali, Aleesya pernah ternampak gambar-gambar Tengku ALiff sewaktu dia pergi ke rumah Tengku Sabrina. Dan ada beberapa gambar Tengku Aliff bersama Irika di atas rak buku Irika tetapi dia terlupa. “Sya! I dah mesej Arisz and dia dah reply!!” Melissa mencucuk pinggang Aleesya yang masih menyorokkan kepalanya dibawah bantal. “Apa dia cakap Lisa?” Aleesya bertanya sambil menarik kembali bantal yang ditarik oleh Irika. Dia betul-betul risau jika Arisz tidak akan member respons yang diharapkan. “Nah you bacalah sendiri.”
‘Oh u guna phone Aleesya as in Aleesya yang I mesej semalam?’
‘Ye lah. That Aleesya. Kenapa?’
‘Tak ada apa-apaJ thank youJ’
‘thank you?why?’
‘Tak ada apa-apa. Just thank youJ Nanti I belanja u ya?;p’
‘u ni memang pelik. Taka pa la. I need to go. Apa-apa u mesej Sya sebab battery phone I rosak.’
‘okay. I willJ’
Aleesya tersenyum sambil membaca mesej-mesej Arisz. Berbunga harapan dihatinya supaya rancangan mereka akan berjaya. “Lisa you dah pilih baju untuk Debutanta Ball nanti?” Irika bertanya sambil menyelak majalah Cosmopolitan. Sejak dua menjak ini mereka obsess membelek majalah fesyen untuk mencari ilham bagi mencari aksesori untuk gaun yang akan dipakai ke Debutante Ball itu nanti. “Obviously! I dah tempah since last year lagi. I minta Jovian Mandagie yang design. Tengok lah nanti” kata Melissa tersenyum “I pun! My aunt dah tempahkan dua baju untuk I pilih. Tapi I still belum decide yang mana I akan pakai ke debutante ball dan yang mana akan I pakai untuk fundraiser MAKNA nanti” Irika berkata penuh semangat “Sya, how bout you? I tak pernah dengar you cakap pasal baju apa you nak pakai pun” Melissa menegur Aleesya. “My mum dah ada tempahkan. I pun tak tengok lagi sebab baru hari ini sampai di rumah my grandma. Tapi sebenarnya I nak sangatsangat baju ni. Cuba tengok, cantik kan?” Aleesya menunjukkan sehelai keratan majalah kepada mereka. Mereka kagum melihat gambar seorang model yang berdiri disebelah Bernard Chandran memakai sehelai gaun berwarna hijau kebiruan mengikut bentuk badan dengan korset bersulam manik Swarovski biru dan hijau dilengkapi dengan skirt potongan duyung yang dijahit bersama bulu-bulu ekor merak. “Wow cantiknya. Kenapa you tak beli saja atau ikut rekaan ni?” tanya Melissa “I dah puas cari boutique yang boleh buat dress macam ni di Singapura dan Malaysia. Tapi tak ada. I dah pergi butik Bernard Chandran tapi mereka kata dress itu adalah salah satu dari masterpiece Bernard and its not for sale. Sedih kan?” keluh ALeesya. Kerana dia tak dapat gaun yang diimpikan itu, dia seperti putus asa tidak mahu mencari gaun lain dan tugas itu bulat-bulat diserahkan pada ibunya.
Malam itu selesai Aleesya solat hajat untuk ujian kimia yang akan didukuniya esok dan bersiap untuk tidur, tiba-tiba telefonya berbunyi menandakan mesej masuk. ‘I’m sorry Aleesya. Are u still awake?’ mesej dari orang yang dinanti-nantikan itu membuatkan mata Aleesya yang tadinya sewaktu mengulang kaji cukup berat dan mengantuk, terus segar bugar. Dia melompat gembira dan terus pergi ke katil Irika untuk berkongsi berita gembira itu namun temannya itu telah pun nyenyak tidur
‘yup I am. Y?Nk I panggil Lisa?’
‘Eh, tak la. Rasanya dia tengah tidur kot. Rajinya u study. I ganggu ke?’
‘no lah. Mana ada. I pun tengah boring tadi’
‘Samalah kita. Tiba-tiba tergerak nak text u pulak. Boleh ke?:)’
‘kenapa tak boleh pulaJ u tengah buat apa?’
‘baguslah kalau macam tuJ I tengah baring-baring sambil mesej u. Hey apa nama penuh u huh?’
‘Aleesya Idreena Stephens bt Mohd Kamal Stephens. U?’
‘Wahh sedapnya nama! Sesuai dengan uJ Syed Arisz Arfan Syed Ramli.U mix ke Aleesya? Sebab kalau tengok muka u tak nampak muka melayu pun’
‘Yup. Atuk I sebelah my dad is British. You Syed rupanya. Padanlah muka u mcm Pak Arab!hehe;p’
Aleesya tersedar pagi itu dan teringat yang dia tertidur sebelum sempat mengucap selamt malam kepada Arisz. Di skrin telefonya tertera 2 mesej diterima dari Arisz. Salah satunya ialah mesej selamat malam dan good luck untuk ujian kimianya hari ini. Aleesya tersenyum gembira. Dia segera memberi mesej meminta maaf kerana tertidur tanpa membalas mesej dan selamat pagi. Dia dapat rasakan yang hari ini akan jadi ceria sekali. “Hah Sya, apa yang you tersengih-sengih ni? Ada chemisry test preun happy? Oh lupa, you kan genius” sapa Irika yang sedang mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Kimia dan biologi memang mata pelajaran yang paling digemari oleh Aleesya dan dia selalu mendapat markah tertinggi untuk mata pelajaran itu didalam batch mereka. “Mana ada I genius! Ikaaaaa Arisz mesej I malam tadi!!” Aleesya menjerit gembira “Oh my god! Yeay! I’m so happy for you! Apa korang cakap?” Irika bertanya. “Nanti I cerita time breakfast. I kena mandi ni” dengan itu Aleesya bergegas kedalam tandas supaya mereka tidak lambat ke dewan makan untuk sarapan pagi itu.
Aleesya menyarung leg warmers dan pointe shoes. Sewaktu melakukan regangan dan warm ups, dia teringat betapa peritnya dia berlatih untuk memakai pointe shoes itu. Pointe shoes are not a right, it is to be earned. Terngiang-ngiang lagi suara Mrs Schnovy memekik pada mereka. Hanya pelajar yang sudah cukup mahir dengan kebanyakan teknik ballet sahaja yang boleh menukar ballet flats ke pointe shoes. Aleesya jatuh hati melihat pointe shoes berwarna merah jambu yang dipegang Mrs Schnovy untuk diberikan kepada pelajar pertama yang layak memakai pointe shoes. Dia berlatih setiap hari hingga hamper tercedera buku lali untuk mendapatkan kasut itu. Aleesya mencipta sejarah diakademi ballet itu apabila dia menjadi pelajar termuda yang layak memakai pointe shoes. Hinggakan tiada pointe shoes yang muat dikaki kecilnya di Singapura hinggakan gurunya itu perlu menempahnya dari London. Aleesya cukup ingat betapa gembiranya Mrs Schnovy apabila Aleesya ditawarkan ke TKC kerana ia mempunyai akademi ballet yang terbaik di Asia Tenggara. Malah ada pelajar dari Australia yang masuk ke sekolah itu semata-mata untuk memasuki akademi ballet yang tersohor itu. Bukan calang-calang orang yang akan diterima masuk, setiap pelajar haruslah menghadiri sesi temu duga dan uji bakat. Hanya pelajar yang benar-benar berbakat akan dibenarkan belajar disitu. Aleesya masih ingat lagi tahun lepas apabila dia mengikut kontijen ballet Malaysia ke
Selepas ujian kimia yang sangat stressful kerana semua soalanya sangat mencabar, Aleesya perlu menari seketika untuk menghilangkan tekanan. Lagipun neneknya baru sahaja telefon untuk memberitahu Aleesya yang dia akan lambat sedikit kerana melawat rakannya yang sakit di hospital. Aleesya menekan butang play pada alat kawalan jauh system audio studio ballet itu dan mula menari. Entah kenapa tapi bila dia menari dia boleh rasa yang segala tekanan yang dialami mencair mengikut rentak muzik yang dimainkan. Ballet membuat dia tenang sekali. Alunan muzik klassikal yang lembut seperti membuai Aleesya untuk menari. Tanpa sedar dia telah menari tanpa henti sehingga semua 10 lagu di dalam cd itu telah dimainkan. Dia tercungap-cungap sambil tunduk mengambil nafas bila dia terdengar tepukan dari arah pintu studio. Tengku Aliff sedang bersandar pada rangka pintu oak besar itu sambil bertepuk tangan. “Wow that was amazing. I’m speechless. You dance very very well” Tengku Aliff memuji. Aleesya termalu kerana dia tidak sedar dalam keasyikanya menari rupa-rupanya dia diperhatikan “You ni buat I terkejut je. Dah lama ke you berdiri dekat situ?” tanya Aleesya sambil mengambil tuala untuk mengelap peluh yang mericik didahi. Dari cermin-cermin studio itu dia dapat melihat mukanya yang merah seperti ketam dibakar. “Lama jugalah. You asyik sangat menari sampai tak sedar I ada dekat sini. I tak sampai hati nak stop u” jelas Tengku Aliff “Oh, but err..what are you doing here exactly?” Aleesya bertanya “I just got my license today. Ingat nak pick up Ika and my mum and drive them around. Rasmikan lesen baru I la katakan. Ingat nak surprisekan diorang sekali rupa-rupanya Umi dah ambil Ika tengah hari tadi. So I cari you sebab I nak bagi list of sponsors yang you minta hari tu and kawan you cakap you might be here” Tengku Aliff menghulurkan sampul surat A4 yang tebal pada Aleesya yang sedang bersila diatas lantai. “Duduklah dulu sementara I tengok. I tak larat nak berdiri”Aleesya menepuk tempat kosong dihadapanya, tetapi Tengku Aliff melabuhkan punggung ditepi Aleesya.
“Kenapa you tak balik lagi? You tak balik this weekend?” Tengku Aliff bertanya pada Aleesya yang sedang khusyuk membaca senarai syarikat yang boleh digunakan sebagai sponsor untuk majlis sebutante itu nanti. “I tengah tunggu my granma ambil I. Dia lambat sikit sebab pergi hospital melawat orang sakit” jelas Aleesya sambil matanya tidak lekang dari membaca senarai yang diberi Tengku Aliff. “How bout I hantar you balik. Tak payah you susahkan your granma datang all the way here. Where do you live?” Cadang Tengku Aliff. Walaupun Irika memberitahunya malam tadi yang Aleesya sangat meminati Arisz, dia rasa tak salah untuk mencuba. “Eh tak payah susah-susah la. My granma’s house is in Bangsar” kata Aleesya. Walaupun dia tahu kata Tengku Aliff ada benarnya, namun dia tak mahu mengambil kesempatan diatas kebaikan Tengku Aliff. “Eh tak susah la. Besides, I tak ada orang nak celebrate dapat license and kereta baru ni. Jom lah, please? Sedih betul if celebrate sorang-sorang” pinta Tengku Aliff. Kalau Aleesya lah yang merasmikan kereta barunya dan menjadi penumpang pertama keretanya itu, pasti kereta itu akan menjadi kereta paling bertuah di dunia! “Okay. Tapi I kena call my granma and ambil barang I dulu” jawab Aleesya, mengundang senyuman lebar dibibir Tengku Aliff.
“Wow! First car and you dah dapat BMW Beemer?” Aleesya berkata, agak terkejut dengan kereta Tengku Aliff. Selalunya ibu bapa akan memberikan kereta biasa dulu untuk dipandu oleh anak mereka yang baru dapat lesen memandu seperti Tengku Aliff. “Sebelum you ingat I anak manja yang dapat apa saja I nak, biar I terangkan dulu. Ni sebenarnya kereta my brother. Dia baru beli kereta baru and he gave me his old car ni as birthday gift untuk I.” jelas Tengku Aliff “Old car la sangat! Haha..Bila birthday you? Awal betul you dapat lesen” Tengku Aleesya berkata sambil berjalan untuk mebuka pintu depan tapi dibuka oleh Tengku Aliff dahulu “4th Januari. On the day birthday I tu, I terus persi kursus untuk belajr memandu. Kawan my dad owns a driving school, so hari-hari I belajar non stop. Lepa tu dia yang handle process license untuk I. Tu yang cepat tu.” kata Tengku Aliff sambil memasukkan bagasi Aleesya ke but kereta. Dia memandu keluar dari kawasan kolej itu dengan cukup tenang sekali sehingga membuat Aleesya hairan “Wow, you’re quite a good driver. My brother dulu lepas baru dapat lessen dia drive sampai macam nak tercabut jantung I” puji Aleesya, impressed dengan pemanduan Tengku Aliff yang cekap “I ada rahsia. Sebenarnya, I dah drive since I form 3 lagi. Mula-mula I curi guna kereta my dad, tapi lepas tu kantoi dengan my brother. Nasib dia sporting, jadi dia ajar I. Tapi dia ajar I guna kereta my dad lah. Jangan harap dia nak bagi I sentuh kereta ni. Dia jaga betul kereta ni, tu yang nampak macam baru.” Jelas Tengku Aliff “Hmm since you baik hati sangat hantar I balik, apa kata I treat you to dinner” pelawa Aleesya mengundang senyum kambing dari Tengku Aliff “Okay, dinner sounds great. I pun lapar ni!” Tengku Aliff berkata sambil tersenyum lebar. “Great! My granma is the best cook in the world. You’re going to love her cooking. I dah bagitahu dia I’m bringing a friend home for dinner” kata Aleesya. Hati Tengku Aliff yang tadinya terawang-awang di langit kesembilan jatuh terhempas pecah berderai di atas lantai. ‘Alamak! Dinner dekat rumah dengan nenek dia ke? Aku mati-mati ingat romantic dinner for two. Sedih betul laa’ desus hati Tengku Aliff, namun bibirnya masid terukir senyuman terpaksa “great that sounds awesome”
0 comments:
Post a Comment