Aleesya
Daniel mengatur langkahnya dengan cermat sekali. Menari mengikut rentak muzik yang dimainkan kumpulan quartet yang dijemput. Untuk malam debutante nanti aku telah pun membuat tempahan untuk Malaysia Philaharmonic Orchestra datang dan memainkan lagu buat kami.  Menari bukanlah susah bagiku. Entah mengapa sejak kecil lagi aku tertarik dengan tarian, seperti lebah mahukan bunga.  Selain ballet aku juga mencuba ballroom dancing dan salsa, tapi Cuma untuk suka-suka sahaja. Passionku masih pada ballet.
 Kakiku automatic melangkah mengikut rentak lagu tetapi mataku mencuri pandang kearah Arisz setiap kali dia rapat denganku. Hanya sekali sahaja aku nampak dia  memandang kearahku. Itupun mungkin kerana hairan mengapa aku dari tadi asyik merenungnya. Haisyh aku ni macam stalker pula! Selalunya lelaki yang akan mencuri pandang dan gila bayang begini. Namun hari ini Tuhan telah memutuskan untuk aku pula berada ditempat mereka. Aduhh sakitnya angau begini. APa lagi aku seperti hanya bertepuk sebelah tangan! Kurenung Arisz lagi. Langkahnya cukup bergaya dan bersahaja, seperti selalu menari begini. Mungkin dia dari golongan aristocrat yang sering dijemput ke majlis keramain formal begini kot. Dia cukup tinggi, tetapi Aliff masih lebih tinggi darinya. Kenapalah orang kecohkan Aliff sedangkan Arisz kulihat lebih kacak. Arisz mempunyai susuk tubuh yang almost perfect.Dada yang bidang nampak tegap dalam lounge suit yang dipakai. Suit itu cantik terletak pada badannya. Nicee..hehe Well tak adalah mystery sangat since aku dah pun tahu namanya. Tapi yang paling menawan sekali tentang Arisz ialah mata kuyunya yang mysterious sekali. Bulu mata yang lebat dan panjang menghiasi sepasang mata hazel. Alahaiii handsomenya “Ouch!” aku terjerit kesakitan apabila Daniel terpijak kakiku “Oh my god! I’m so sorry are you hurt?” Tanya Daniel concerned “I’m okay. Jangan risau” kataku padanya sedangkan kakiku sedang berdenyut-denyut. Boleh tahan berat juga Daniel. Sakit betul!
Aku duduk dikerusi ditepi dance floor sambil mengurut kaki. Selain Daniel, beberapa pelajar MCKL telah meminta aku menari bersama mereka. Walaupun penat, tak sampai hati pulak nak cakap no. Kulihat Ika sedang menari dengan pelajar lelaki yang tidak habis-habis disebut sejak semalam. Well at least someone is having fun. Malam ni mesti lambat aku tidur nak mendengar cerita sensasi dari Ika. Ika ika.. “Manalah tak sakit kaki. You dance with almost all the guys present here” tiba-tiba suara Aliff mematikan lamunanku. Dia menarik kerusi disebelahku dan duduk smabil tersenyum memandang aku mengurut kaki. “Mana ada laa..I tak sampai hati to say no. Besides, mana ada I menari dengan semua orang” kataku sambil memandang kearah Arisz. Dia langsung tak minta aku untuk menari bersama. Sedangkan sudah 2,3 kali dia bertukar pasangan. Sedih betul. “Memanglah, sebab you tak menari dengan I” kata Aliff berseloroh “I tak larat la hari ni. Mungkin esok ya?” kataku berjenaka “Aliff, Arisz tu memang pemalu ke?” tanyaku tiba-tiba. Entah kenapa aku tak rasa kekok hendak bercerita dengan Aliff. Mungkin kerana dia friendly dan tak nampak seperti he wants more than friendship. “Err..I guess. Sebab di college pun dia tak bercakap banyak sangat. Tak banyak yang I taw pasal dia eventhough kami selalu ada game bersama. Yang I taw dia tak ramai kawan dan suka menyendiri. He’s very reserved.” terang Aliff. Ohh macam tu rupanya. Mungkin dia segan hendak menegur aku. Tapi tak cukupkah hint aku hendak diminta menari bersama? Takkanlah aku yang kena mulakan langkah pertama kot.
Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan mesej diterima ‘Sya!U n Tengku Aliff tu ada apa2 ke?’ Nadia menghantar mesej. Aduhh baru bercakap macam ni pun dah ada gossip! ‘Mana ada laa..Jgn bwt gossip!’ aku menekan butang send. Tak sampai 3 minit Nadia membalas balik mesej aku tadi ‘ If mcm tu mtk kn no dia utk i!=p ‘ aku tergelak. Kelakar betul Nadia ni, takkan lah aku yang kena mintakkan nombor pula! “Apa yang you gelak-gelak ni? Boyfriend ke?” Aliff mengusik “Eh tak la. Mana I ada boyfriend! Ni kawan I ni haa suruh minta nombor you” terangku sambil ketawa. Kusangka Aliff tahu aku bergurau tapi tiba-tiba dia mencapai telefon bimbitku dan menyimpan nombornya “Nahh. You tak payah guna pick up line untuk minta nombor I lah” Aliff ketawa. Hah? Dia ingat aku Cuma menggunakan helah ini untuk minta nombor telefon dia ke? “Ehh tak la! Mana ada! You tak percaya cuba baca mesej ni” kataku sambil menunjukkan mesej Nadia kepada Aliff. Dia Cuma tergelak terbahak-bahak “I tahu laa. Saja I nak kacau you. Gelabah je you ni. Tapi comel lah jugak” kata Aliff. Aku boleh terasa pipiku hangat membakar. Alamak malunya!
Pemuzik-pemuzik quartet itu memainkan crescendo terakhir sebelum berhenti dengan tepukan gemuruh dari semua orang. Aliff bangun untuk membantu band dari MCKL menempatkan drum set dan amplifier untuk gitar elektrik diatas pentas. Kulihat Arisz sedang memasang wayar pada guitar semi accousticnya manakala Aliff sedang memasang guitar elektriknya pada amplifier. Wow this should be interesting. “Aleesya kan? Hi I’m Taufiq” tegur seorang pelajar lelaki yang mematikan lamunanku “ Yes I am. Kenapa?” aku bertanya lembut. Bukan salah dia mengacau aku berangan. Manalah dia tahu aku sedang berfantasi menari bersama Arisz “Can I have your number please?” Taufiq bertanya sambil tersenyum tersipu-sipu “Oh sure. Di belakang muka surat kad atur cara aktiviti itu ada nombor telefon semua urus setia untuk majlis ini. Termasuklah nombor saya sekali” jawabku dengan senyuman. Sebenarnya nombor telefon yang ada dibelakang kad atur cara itu hanyalah nombor telefon keduaku yang digunakan untuk majlis rasmi begini dan bukannya untuk urusan peribadi. Walaupun aku lebih suka untuk tidak memberi nombor telefon peribadiku pada strangers aku tak sampai hati untuk mematahkan hati mereka dan memberi nombor telefon palsu atau kata tak boleh. Ika kata aku ada penyakit tak tahu untuk berkata tidak. Mungkin dia betul. Hmm..
Dadaku berdegup semakin laju pabila lagu dimulakan. Arisz mempunyai suara yang cukup merdu sekali. Dan takala dia menyanyikan chorus lagu Samsons Kenangan yang Terindah itu dia merenung aku dengan cukup tajam sekali hingga membuatku malu dan tunduk memandang lantai. Oh my God! Kalau ada renungan yang boleh membuatkan aku lemah lutut, tentulah renungan itu milik Arisz! Tetapi apabila aku mengangkat muka kembali Arisz telah mengalihkan fokusnya kepada pelajar-pelajar yang sedang menyanyi bersama. Adakah aku angau hingga terbayang dia memandang aku atau adakah dia betul-betul memandang aku tadi? Aku tidak perasan bila lagu habis dimainkan “Sya! Smart betulkan Aliff tadi? Aduhh I rasa I dah jatuh cintalah” kata Lisa salah seorang dari teman rapatku. Aku hanya tersenyum. Sebenarnya aku tak dengar pun Aliff bermain gitar tadi. Yang aku dengar hanyalah suara Arisz yang cukup mengasyikkan.