Bab 2
3 Februari 2005,
“Ika cepatlah siap. Kita dah lambat and I as the chairperson lagilah kena awal. Dah cantik dah dress you tu” Aleesya berkata sambil memegang pintu. Ika masih membelek dirinya didepan cermin. Oleh kerana sekolah mereka dihadiri oleh pelajar-pelajar dari seluruh dunia, pelbagai acara diadakan untuk meraikan tradisi setiap Negara dan kerana terdapat lebih dari 30 murid dari England dan Amerika Syarikat, tradisi majlis debutante yang diadakan di Negara mereka akan turut diadakan disekolah itu dan Aleesya sebagai presiden Interact Club telah diberi tanggungjawab untuk menjayakan malam itu. Majlis debutante adalah untuk meraikan perubahan dari fasa kanak-kanak kealam gadis bagi setiap gadis berumur 16 tahun. Setiap gadis akan dipanggil namanya untuk turun keanak tangga dengan ditemani oleh seorang jejaka yang sebaya umurnya. Kemudian ia akan diikuti dengan acara tari menari. Asalnya majlis itu adalah untuk para hartawan memperkenalkan anak gadis mereka yang telah cukup umur ke society for the “marriage market”.  Tetapi dizaman moden ini, acara ini diadakan untuk tradisi dan adat.  Dan telaengku Kirana College untuk menjemput pelajar-pelajar lelaki dari Male College Kuala Lumpur sebagai pasangan mereka di debutante ball itu nanti. Dan hari ini, acara parti koktel yang dikenali sebagai mixer akan diadakan untuk member peluang pelajar-pelajar mengenali satu sama lain sebelum latihan menari. Setiap peljar akan berlatih menari dengan pelajar berlainan bagi member peluang mereka mengenali setiap satu individu seblum ditetapkan dengan seorang pasangan. Dan telah menjadi tradisi untuk pelajar lelaki yang meminta untuk dipasangkan bersama “ Senang lah you cakap Sya. You tu pakai guni beras pun cantik. I nervouslah. Hari ni budak-budak lelaki dari Male College Kuala Lumpur datang kan? I have to look the best. Hari ni diorang akan assign partner kita taw!” Irika berkata dengan nada excited. Sekali lagi dia menukar baju dan menyarung dress Bebe Aleesya yang diambil dari almarinya “pinjam yee” kata Irika dengan nakal. Aleesya mengangguk salah sambil mencalit lip balm Clinique dibirnya.
Aleesya melihat dirinya dalam cermin. Rambutnya panjang dan ikal dihujung berwarna perang cair diselak kebelakang. Eyeliner dicalit untuk membentuk sepasang mata bundar berwarna hazel. ‘padanlah Ika ingat aku mat salleh dulu. Sebab rambut dan mata aku la kot’ desus Aleesya dalam hati.  Dress lace cotton Miss Selfridge yang putih bersih dirapikan. Die mengikat rambutnya yang panjang dengan riben pink cair. Puas hati dengan penampilanya dia memakai kasut. Kalau dia sudah memakai kasut dan berdiri di luar pasti Ika akan kelam kabut tidak mahu ditinggalkan. Walaupun hanya berkasut ballerina flats warna pink pastel dari Charles and Keith, Aleesya masih diantara yang paling tinggi disekolahnya. Mungkin genetik dari sebelah ayahnya kerana ayah dan abangnya mempunyai ketinggian 6 kaki lebih.  “Bencilah you ni Sya. I pakai 4 inches heels pun you lagi tinggi!” rungut Ika yang sedang mengunci pintu bilik mereka. Dia yang akhirnya memilih untuk memakai dress lace pink Bebe Aleesya menyarung kasut tumit tinggi dengan rona senada. Irika memang comel orangnya dengan rupa persis pelakon Indonesia. Rambutnya yang dahulunya panjang telah dipotong pendek bahu menyerlahkan lagi seraut wajah putih bersih bentuk hati. Matanya yang besar dan bibir yang kecil molek melengkapkan wajahnya yang sentiasa tersenyum.
Mereka melangkah kearah dewan besar yang terletak bersebelahan dengan tasik.  Dewan itu tersergam indah dengan arca roman sepanjang koridornya dan dua tiang roman besar menyerlahkan lagi seni bina Inggeris/ Roman.  Tingkap besar dengan stained glass menyerikan lagi bangunan putih bersih itu. “Ika I nervouslah nak jumpa presiden Interact MCKL tu. Apa nama dia? Tengku Aliff? I heard tradition MCKL presidents semua seniors. And apparently he’s the school stud. Handsome, athlete, kerabat Selangor pulak tu! Eh Ika you kan kerabat juga tak kan you tak kenal dia?” Tanya Aleesya resah “I ni kerabat Pahang cik kak. You lupa ke? Tak kan lah I kenal kerabat seluruh Negara kot!” gelak Irika. Sebenarnya dia cukup kenal dengan Tengku Aliff. Masakan tidak, sejak ibunya meninggal dunia emak saudaranya Tengku Sabrina, iaitu ibu kepada Tengku Aliff lah yang menjaganya ibarat anak sendiri. Ayahnya yang sedih dengan pemergian isteri tercinta menumpukan sepenuh masa yang terluang untuk kerja dan empayar bisnesnya bagi melupakan kesedihan sendiri. Tanggungjawab untuk membesarkan satu-satunya anak perempuanya diserahkan bulat-bulat untuk pihak sekolah dan adiknya Tengku Sabrina yang tidak mempunyai anak perempuan. Tengku Aliff dan abangnya Tengku Johan menganggap Irika sebagai adik mereka sendiri dan hari ini dia akan memadankan Tengku Aliff dan Aleesya. ‘tentu secocok!’ desus Irika dalam hati sambil tersenyum.
“Ika!Sya! Wahh cantiknya. Ni nak berlatih menari ke nak mengorat MCKL boys ni?” seloroh Tengku Sabrina sebaik melihat kedua-dua gadis itu masuk ke dewan. Dia memeluk erat kedua-dua gadis itu selepas mereka menyalam tanganya. “Mana adalah auntie. Sya biasa je, tapi tengoklah Ika ni melaram haa sampai lambat sampai. Sorry Auntie. Tetamu kita tak sampai lagi kan?” kata Aleesya sambil mengenakan Irika. “Mana ada Umi! Sya tu yang siap tanya pasal presiden  Interact Club MCKL” kata Irika sambil mengangkat kening kearah Tengku Sabrina. Dia telah pun memberitahu tentang rancanganya terlebih dahulu kepada ibu saudaranya itu. Tengku Sabrina yang memang menyayangi Aleesya cepat sahaja setuju  dengan rancangan anak saudaranya itu. Kalau boleh dipilih menantu untuk anak bongsunya itu, memang Aleesya pilihan yang cukup sempurna. Sejak dia bertemu Aleesya semasa Irika membawa rakanya itu untuk minum teh bersama denganya, hatinya sudah berkenan. Aleesya lemah lembut, baik, sopan santun, bijak dan cukup cantik sekali. Beauty with brains memang susah dicari! Aleesya juga sangat menjaga solatnya, Irika yang dulu selalu main-main pun sekarang tak pernah meninggalkan solatnya lagi. Pakaiannya pun walau tak bertudung masih sopan dan tak menjolok mata. Tengku Sabrina cukup kenal sekali dengan taste anak bongsunya Tengku Aliff. Gadis seperti Aleesya memang secocok dengan citarasa anaknya itu.
“Sya I dengar Tengku Aliff tu handsome gila! Untunglah you dapat rapat dengan dia nanti. Jealous I taw.” Nadia, teman sekelas Aleesya dan Irika berbisik ditelinga Aleesya tetapi cukup kuat untuk didengari Irika yang sememangnya sedang memasan telinga “Aiii Nadia, Taufiq you nak campak mana?Sibuk je dia pasal si Tengku Aliff tu. Mana korang dengar pasal dia pun? ” kata Tengku Irika menyampuk dalam perbualan mereka. “Alah semua orang dah kenal Tengku Aliff tu. Kan dia datang waktu basketball match dengan Royal Military College. But you guys tak ada kan sebab you ikut Sya balik Singapore masa cuti. Rugi taw korang tak ada sebab dia tu hot betul la! Dah la captain pulak tu! Tapi Ika I dengar you lagi suka striker bola sepak mereka kan?” seloroh Nadia sampil disambut tawa dari rakan sekelas mereka. “Hehe mana korang dengar cerita haa? I harap dia datang laa. Dia tu hot betul! Hmm tapi kan Nadia ok sangatlah tu if Sya dengan Tengku Aliff kan. Dua-dua single lagi. Hehe” Irika mengusik “Yelah tu Ika. Jangan nak mengada. Boys are the last thing on my mind. After debutante ball ni I ada tennis tournament and after that fundraiser untuk MAKNA I kne chair and kene perform. You terlupa ke? To top it all we still have finals to think about. So do I have time to think about boys? I don’t think so Tengku Irika Tengku Idris  Syah!” kata Aleesya sambil mencubit lengan Irika.
Aleesya bergegas ke pintu masuk dewan untuk menyambut pelajar lelaki MCKL yang baru tiba. Dek kerana asyik berbual dengan teman sekelasnya tadi dia telah terlambat menyambut mereka. Bas sekolah yang dinaiki mereka telah pun hampir kosong ‘alamak macam mana nak cari presiden diorang ni?’ cemas Aleesya dalam hati walaupun bibirnya tidak lekang dengan senyuman tenang. Dia cuba untuk mencari ‘mamat handsome gila’ seperti yang dikatakan oleh Nadia. Seorang pelajar lelaki sedang tunduk membelakanginya untuk mengangkat bekas berisi guitar. Aleesya mendekatinya untuk bertanya tentang geragat Tengku Aliff dan apabila pelajar lelaki itu memusingkan badanya Aleesya terkedu. Hatinya dirasakan seperti berhenti seketika. Lelaki itu sangat tinggi, ‘definitely lebih 6 foot’ desus hati kecil Aleesya. Dadanya yang bidang dan lengan yang berotot jelas menunjukkan ‘mystery guy’ ini aktif bersukan atau di gim. Mukanya yang putih bersih dihiasi dengan sepasang mata ‘bedroom eyes’ ala-ala Josh Hartnett. Senyuman yang manis menunjukkan lesung pipit disebelah kiri pipinya. Aleesya gelabah dan tanpa berfikir panjang dia terus pusing kebelakang dan berjalan tanpa henti terus mencari Irika.
“Ika! I rasa I dah jumpa Tengku Aliff!Handsomenya dia Ika..Tapi I dengan bodohnya terus lari bila dia senyum dekat I tadi. Malu betul! Macam mana I nak jumpa dia lagi ni?” keluh Aleesya sebaik bertemu dengan Irika. “Eh you did?hahaha tak pe. Meh sini I introduce korang’” kata Irika sambil mengheret Aleesya kearah seorang pelajar lelaki yang sedang berbual dengan Tengku Sabrina. “Aliff I would like you to meet my bestfriend and the President of Interact Club for our school” kata Irika sambil mencuit lengan Tengku Aliff. Lelaki yang pusing menghadap mereka bukanlah ‘mystery guy’ yang ditemui Aleesya tadi. “Eh ni bukan Tengku Alifflah” bisik Aleesya pada Irika tapi didengari Tengku Aliff yang berdiri betul-betul dihadapan mereka “Err unless there’s another Tengku Aliff dari MCKL which I don’t think there is, I je lah Tengku Aliff kat sini, tapi please panggil I Aliff je. Hye nice to meet you” gurau Tengku Aliff memperkenalkan diri “I’m sorry, that was rude of me. I dah tersilap orang tadi. I’m Aleesya but you can call me Sya. Nice to finally meet you  Aliff” Aleesya memperkenalkan diri dengan senyuman manis sambil menyambut tangan Tengku Aliff yang dihulur.