Tengku Aliff
Gadis yang berdiri dihadapanku ini tersenyum malu. Mungkin kerana malu perbualanya didengari tadi pipinya sudah kemerah-merahan. Cantiknya dia ni, macam bidadari dari kayangan! Isyh jiwang betul. Tapi dia betul-betul buat aku terpaku seketika. Matanya yang berwarna hazel cukup menawan, menambah keayuan seraut wajah pan asian dengan kulit putih gebu yang mengingatkan aku pada susu dan krim. Alamak berpuisi pulak dah. Nasib diorang tak taw apa aku fikir.
Tanganku terasa gatal hendak menarik riben pink yang mengikat rambutnya. It’s a sin to tie up such beautiful hair! Bibirnya yang mungil basah kemerahan buatku geram. Aduhh cantik betul. Umi was right. Padanlah umi dan Ika beriya mahu aku berjumpa dengan Aleesya. Sejak aku sampai tadi hanya nama Aleesya yang disebut. Rupa-rupanya inilah kawan Ika yang abang cakap cun gila tu. Rugi aku selalu tak ada dekat rumah bila dia datang. Hmm sedap nama, secantik tuan punya badan. Sekali pandang macam mat salleh. Tapi tengok dua kali nampak unsur kemelayuan disebalik mata hazel dan rambut keperangan itu.
Aleesya tinggi jika hendak dibezakan dengan perempuan lain disitu. Dress cotton putih paras lutut menyerlahkan sepasang kaki panjang yang putih melepak. “Aii Aliff apa pandang lama-lama tu juling kang mata!” umi tiba-tiba menyindir. Alamak umi ni buat malu je! Kan dah kantoi tengah usya. Aleesya yang sedang berbual dengan beberapa guru tentang hiasan untuk malam debutante itu terpinga-pinga. Fuhh nasib dia tak dengar!Kalau dengar buat malu je. Tanganku berpeluh-peluh dek kemuruh. Chill lah Aliff, kenalah maintain cool depan perempuan cun macam ni!
“Aliff boleh kita start ice breaking session? We’re running out of time ni” Aleesya mematikan angan-angan nakalku. Isyh harap-harap tak ada orang nampak aku berangan macam orang bodoh tadi. Aku mengekori langkah Aleesya ke hadapan dewan didepan semua pelajar yang sedang duduk menanti briefing dari aku dan Aleesya. “Hi everyone my name is Aleesya but you can call me Sya. I’m the President of the Interact Club for TKC and on behalf of my school I would like to welcome the boys from MCKL and convey our warmest appreciation for participating in our debutante ball and continuing our years of tradition.” Hmm confident betul dia ni. Very attractive. Tapi bukan aku sahaja yang perasan, semua mata juniors MCKL terarah pada Aleesya. Maklumlah sekolah lelaki, pantang nampak perempuan cantik. If you guys want her you would just have to compete with me!
Mataku terpandang kearah Arisz, pelajar junior dari sekolahku. Arisz dari tadi tak lepas memandang Aleesya, macam tak berkedip langsung. Alamak, kalau Arisz yang mintak menjadi partner Aleesya untuk debutante ball nanti susahla. Mamat tu boleh tahan rupa. Kira antara paling hot among juniors lah. Plus he can sing and play the guitar for his own band. Band diorang perform pulak tu. Dah la dia yang akan gantikan aku jadi tennis captain nanti. Girls memang cair kalau bab lelaki pandai nyanyi macam tu. Melepas lah macam ni! Oh no Aliff you are not a quitter. You won’t give up.
Aleesya menyerahkan microfon kepadaku “Hi people, I’m Aliff and I’m the President for Interact Club MCKL and on behalf of my school I would like to convey our appreciation for your warm hospitality. Girls have fun and boys behave!” aku melawak disambut tawa dari bawah pentas. Aleesya menyambung tugasnya sebgai hos dengan bersahaja. Pelajar-pelajar dijemput makan tengah hari untuk bersuai kenal. Macamlah mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini. Kebanyakan pelajar-pelajar yang gemar bersosial di clubs or country houses pasti mengenali satu sama lain. Tapi Ika bukan jenis yang melepak dikelab atau bebas bersosial tentu Aleesya juga lebih kurang sama. Kerana dia tidak kelihatan seperti kenal ramai orang disitu. Aleesya menerangkan acara mixer hari itu. Basically it’s the same thing they do every year. Jamuan makan-makan, live band and old fashion dancing. Dan tak kiralah apa jadi aku pasti akan menari dengan Aleesya. Haiii sebut je nama pun boleh buat hatiku berhenti sekejap.
Umi memangil aku untuk duduk disisinya di meja penganjur. Kulihat place card dengan nama Aleesya terletak bersebelahan dengan namaku. Hmm pandai umi ni! “Umi dengar Aliff akan wakili KL untuk MSSM tennis open nanti? Congratulations sayang I’m so proud of you!” kata umi. Sebelum aku sempat berkata apa-apa Aleesya tiba-tiba bersuara dari belakang “Eh?Umi? Aliff ni anak auntie ke?” kata Aleesya sambil duduk di tempatnya disisiku. “Hak ah. Saja auntie and Ika tak cakap. Kelakar tengok Sya nervous nak jumpa Aliff!” umi ketawa sambil menepuk bahuku. Wahh dia nervous nak jumpa akulah! Ada chance ni..hmm “Mana adalah auntie. Merepek je” Aleesya tersipu malu dan pipinya kemerahan lagi. Alahai comelnya! “Sya, hye I’m Daniel and I just wanna ask if its okay for me to ask you to be your partner for today?” Danial, salah seorang dari juniorku tiba-tiba mencelah. Aii potong stim betul lah. Awal-awal dah ada orang booking. “Oh well sure. I pun belum ada partner lagi” kata Aleesya lembut. Hmm baik dia ni. Though Danial tu bukanlah handsome atau cute tapi dia still layan dengan sopan. “So Aliff you play tennis? I pun main tennis juga” Aleesya memulakan bicara. Dari ekor mataku aku nampak mata umi meleret memandang aku dan Aleesya. Aisyh umi ni nak curi dengar pula, tak comfortable lah macamni. “Yeah, I do. I heard you dapat masuk KL team jugakan? Singles or double?” tanyaku sambil berlagak cool. Cool lah sangat bila tangan tengah berpeluh-peluh! Aku tahu Aleesya masuk team pun sebab Ika yang beriya telefon semalam. Banyak benda aku dah tahu thanks to umi dan ika. Tapi orangnya saja yang aku tak kenal lagi. Kalau kenal awal-awal lagi aku dah minta Ika nombor telefonya. “ I play singles. You?” Tanya Aleesya “Doubles. My partner is that guy over there, Syed Arisz Arfan Syed Ramli.” Kataku menunding jari kearah Arisz yang sedang duduk berseorangan ditepi stage membega guitarnya. “Oh so his name is Arisz. You rapat dengan dia ke?” Tanya Aleesya penuh minat. Oh no! Don’t tell me dia minat Arisz. “Tak la juga, dia tu new student. Baru masuk last year. But since we’re partners for tennis and he’s the vice president for Interact we communicate often.” Kataku acuh tak acuh. “Mesti guys like him ramai peminat kan? I bet half of this girls here wants him to be their partner” keluh Aleesya “Kenapa? You’re one of them ke?” kataku memancing jawapan. Please say no! “Hmm tak adala minat. But I think he’s kindda cute. But please don’t tell him I said that!” kata Aleesya dengan pipi kemerahan dan tersipu malu “Well Sya, half if not all the guys here would want to be your partner. Buat apa nak malu?” kataku mengusik sedangkan hati sendiri rasa macam kena heart attack. Apa lebihnya si Arisz tu? Sedih betul macam ni.
0 comments:
Post a Comment