Aleesya
“would you agree to go to the ball with me?’
Aku masuk kedapur dan terus ditarik nenek dan Cik Dah, pembantu rumah kami yang sudah berkhidmat untuk keluarga kami sejak aku belum lahir lagi. Dia sudah seperti ibu ketigaku selepas mak tok. “Syasya siapa si Aliff tu? Boyfriend Syasya ya?” mereka bertanya serentak membuatkan aku tergelak “Bukanlah mak tok, Cik Dah. Dia tu kawan syasya je. Langsung tak ada kena mengena dengan boyfriend. Lainlah Arisz” aku berkata sambil tersenyum “Hah Arisz mana ni?” Mak tok ertanya dengan muka curious. Aku memang memberitahu semuanya pada Mak tok yang akan memebritahu semuanya pada CIk Dah. Jadi sama sahaja kalau aku bercerita pada mereka berdua. “Nantilah Syasya cerita. Kita ada tetamu ni” aku mengingatkan mereka. “Sayang kamu tak suka si Aliff tu. Cik Dah suka betul dia. Hormat orang tua, dah la tu muka macam hero cerita Korea!” Ck Dah berkata dengan bersungguh “Tu la, Mak tok pun suka dia Syasya. Sopan aja Mak tok tengok. Macam budak baik-baik”  Mak tok pula bersuara membuatkan aku tergelak. Teringat pula tadi Tengku Aliff mengajak mereka berhenti sembahyang di surau Petronas kerana telah masuk waktu Maghrib. Selain abang, inilah pertama kalinya Aleesya berjumpa lelaki yang menjaga solatnya. “Memanglah baik Mak tok. Pasal tu la Syasya suka berkawan dengan dia. Kawan aja taw tak ada yang lebih dari tu” aku berkata sambil membawa hidangan ikan sweet sour yang dimasak Mak tok ke meja makan. Aliff sedang berdiri sambil melihat potret keluarga yang tergantung di dalam dining room rumah Mak tok. “That’s my grandpa and my grandma. And that’s my dad and my mum and this is my big brother and me” aku menunjukkan dia ahli keluargaku “Wow no wonder you tinggi. Tengoklah your dad and your grandpa.” Alif berkata sambil ketawa. Dalam gambar itu jelas sekali nenek dan mummy nampak kecil jika hendak dibandingkan dengan atuk dan daddy. “You tak tengok my brother lagi. He’s just as tall or even taller than you are” Aleesya berkata sambil ketawa “Kejap lagi bolehlah Aliff jumpa dia. Adam cakap dia balik minggu ni” Mak tok mencelah “Abang balik?Yeay! Dah lama Syasya tak jumpa abang” Aleesya melompat gembira “Syasya ni mengada aje Aliff. Baru minggu lepas dia jumpa Adam. Abang tu belajar dekat Sunway je belum pergi UK lagi Syasya” Cik Dah pula mencelah “Aaaww adik you miss me?”  Abang tiba-tiba muncul di pintu dining room samabil meletakkan beg galasnya di meja kecil. Aku terus meluru pada abang dan memaut lehernya “Abang! Abang tak cakap dengan adik pun abang balik minggu ni!” aku memeluk abang erat. Sememangnya abang sangat memanjakan aku, tiba-tiba aku termalu bila terasa diri diperhatikan Aliff. Terlupa pulak yang dia ada disini. “Abang this is my friend Aliff, Aliff this is my big brother Adam” aku memperkenalkan mereka. Tiba-tiba abang menyekeh kepalaku dan memusingkan aku kebelakang dan berbisik “Ohh kecik-kecik dah pandai bawak balik boyfriend ya!” aku menolak tangan abang tapi peganganya pada leherku cukup kuat “Sakitlah abang. Dia tu cousin Ika lah. He’s just a friend, seriously!” sebaik sahaja aku berkata begitu abang terus melepaskan aku dan berpusing sambil tersenyum pada Aliff “Hye nice to meet you, im Adam” abang berkata penuh sopan. Cis hipokrit punya abang. Dah tahu yang Aliff tu kawan dan bukan boyfriend baru dia hendak berbaik-baik. Aku menggosok leherku yang masih sakit kerana disekeh tadi.
Selesai makan Cik Dah menghidangkan kopi dan kek buah untuk pencuci mulut. “Hah ALiff cuba rasa kek buah ni. Aleesya yang buat. Kek buah ni memang specialty dia taw” Mak tok berkata sambil memotong sekeping kek untuk Aliff “Oh ni kek yang buat dua minggu lepas kan? Mesti rasanya dah sebati” aku berkata. Aku menggantikan brandy dengan malt tonic untuk mematangkan rasa kek buah tersebut.  Itulah sebab ia perlu dibiarkan matang untuk satu atau dua minggu supaya rasanya lebih sedap. “Wahh sedapnya kek ni. Umi paling suka kek buah taw” Aliff berkata pada aku “Oh kalau macam tu nanti I bungkuskan sikit untuk auntie.” Aku berkata sambil bangkit untuk membungkuskan kek buah “Eh tak payah susah-susah la.” Aliff berkata risau “No it’s the leastI can do after you hantar I balik and help me with the sponsors” aku berkata sambil tersenyum. Dari dapur aku terdengar abang berbual dengan ALiff kemudian mereka ketawa besar. Wahh nampaknya abang boleh ngam dengan ALiff. Agak-agaknya abang boleh ngam dengan Arisz ke tak? Aku membungkus kek buah dalam kotak cantik yang aku ambil dari atas rak dapur. Mak tok memang suka memasak untuk tman-temannya, oleh itu banyak” kotak dan bekas cantik yang ada didapur untuk digunakan sebagai bekal makanan.
“Nah ni keknya. Kirim salam pada auntie and uncle ya. Terima kasih again” aku berkata pada Aliff sewaktu dia hendak pulang “Thank you for having me over Mak tok. Sedap betul dinner tadi” ALiff berkata sambil menyalam tangan Mak tok. “Thank you la Aliff hantar Syasya balik ni. Kalau tak mesti lambat dia nak tunggu Mak tok sampai. Lain kali bila senang datanglah lagi ya?” Mak tok berkata mesra “Okay Aliff, I’ll call you about the thing we talked earlier” abang berkata sambil menyalam tangan Aliff. Kereta Aliff meluncur laju ditenggelami kegelapan malam.
“Apa yang abang cakap dengan Aliff tadi sampai abang nak call dia?” aku bertanya curious. Entah apa yang dibualkan mereka. Macam konspirasi dunia pulak nampaknya “Aii ada la. Sibuk je adik ni  nak tahu buat apa?” abang menjawab sambil tergelak. Aku memukul lengannya dengan bantal “Apa yang abang nak rahsiakan dengan adik ni?” aku bertanya lagi. Aku baru saja hendak bersuara lagi tapi tiba-tiba handphone ku bordering dengan panggilan dari Tengku Sabrina “Sya, thank you for the fruit cake. Sedap betul lah, pandai Sya buat!” Tengku Sabrina memuji. Kami berbual seketika sebelum mengucapkan selamat malam. Semasa hendak memutuskan talian, baru aku perasan ada 3 mesej dari Arisz. Salah satunya untuk bertanya sama ada telefon Melissa sudah boleh digunakan. Jangan-jangan Arisz ada hati pada Melissa tak? Aku membalas mesej Arisz meminta maaf kerana tidak membalas mesejnya tadi. Tiba-tiba Arisz menelefon aku. Hatiku berhenti berdegup dan jantungku meloncat ke anak tekak. Alamak apa aku nak cakap dengan dia? Aku bingkas bangun dan masuk ke dalam bilik mengunci pintu “Hello?” suara Arisz kedengaran dari corong telefon. Aduhh seksinya suara dia walau dalam telefon pun! “Err hello. Hye Arisz..you nak cakap dengan Melissa ke?” aku terus bertanya. Kenapalah aku sebut nama Melissa pada waktu begini. “Err..dia ada dekat situ ke?” Arisz bertanya lagi. Sedihnya, memang betullah dia nak cakap dengan Melissa! “Umm tak ada. Kan I cakap dengan you tadi yang Aliff hantar I balik rumah” aku menjawab “Oh, Aliff masih ada dekat situ ke?” Arisz bertanya lagi. Kenapalah dia asyik tanya pasal semua orang except me? “Aliff dah balik lepas dinner tadi” akumenjawab ringkas “wahh baik betul you dengan Aliff ye sampai ajak dinner dekat rumah you. You guys ada apa-apa ke?” Arisz mengusik walaupun suaranya agak keras sedikit “Eh, mana ada! I ajak dia dinner sebab dia tolong hantar I balik and helped me with the sponsors. Tu je, tak ada apa-apa pun. Biasalah ajak kawan datang rumah dinner kan. Bukannya dating pun” aku menjelaskan risau jika Arisz ingat aku ada apa-apa dengan Aliff “haha I saja je kacau you. Tapi dekat sini memang dah tersebar gossip pasal you dengan si Aliff tu taw” Arsz berkata sambil tertawa “Eh, betul ke? Aliff tak cerita pun! Mungkin dia segan kot. Well, you can never trust gossips kan. We’re just friends, and lagipun sepupu Aliff, Irika tu is my bestfriend and I pun rapat dengan Aliff’s mum.” Aku menjelaskan panjang lebar “Oh macam tu. Nanti kalau you jumpa Melissa tolong beritahu dia yang ada satu stable kosong kalau dia nak transfer kudanya ke Mont Kiara. I tak tahu macam mana nak reach her.” Arisz berkata membuatkan aku sedih, memang sah la dia memang telefon sebab mahu bercakap dengan Melissa. “Okay, I will. Is there anything else?” aku bertanya sedih “Umm tak ada. Tu saja kot” Arisz berkata “Okay then, I will pass the message to Melissa. Goodnight Arisz, bye” aku berkata dengan hati yang sebal “You dah nak tidur ke Aleesya?” aku cukup suka cara Arisz menyebut namaku. Hanya dia seorang yang memanggil aku Aleesya. Rasa macam istimewa pulak “Tak lah, I jenis tidur lambat” aku menjawab lembut, terpujuk dengan cara dia memanggil namaku. Aduh, baru sebut nama je pun dah boleh buat aku hilang marah. Bahaya ni! “Oh, kalau macam tu boleh la kita sambung mesej lahi?” Arisz bertanya mengundang senyuman dibibirku “Boleh la, kenapa tak pula. I pun tengah tak tahu nak buat apa” aku berkata sambil tersenyum lebar “Oh, baguslah kalau macam tu. Ok la, sambung mesej ye. Bye” Arisz berkata “okay, sure. Bye” aku berkata sambil memutuskan talian. Oh happynya! Airsz please please please ask me to go to the ball with you! Aku berkata sambil berguling-guling diatas katil.
“Hah ni apa berangan ni. Cakap dengan siapalah tu sampai tersengih-sengih macam kerang busuk” abang berkata sambil duduk masuk kebilikku. Aku memukul abang dengn bantal “Teruk la abang ni! Masuk bilik anak dara mana boleh tak ketuk dulu” aku merengek “Alah, adik ni boleh dikira anak dara ke? Perangai macam budak tadika aje abang tengok” abang sengaja mengusik. Tiba-tiba abang mencapai handphoneku yang sedang bordering. “Hah mesej siapa ni?Arisz?Wahh banyak betul smiley pada nama siArisz ni. Siapa dia?Boyfriend?” abang bertanya penuh curiga. Hah mulalah tu. Aku bukan tak tahu abang protective semacam bila masuk bab boyfriend ni. “Bukanlah bang. Eh, kelmarin mummy ada kirim baju adik pada abang kan? Mana baju-baju tu?” aku menukar topic “Ada dekat bawah. By the way adik. Daddy suruh beritahu yang lepas debutante ball tu nanti dia ajak balik Singapore. Adik cuti midterm kan? Adik tahu kan yang rumah di Coral Island tu dah siap?” abang berkata sambil menuju ke bilik laundry untuk menunjukkan gaun-gaun yang ditempah mummy. “Ye ke? Bestnya! Tak sabar pula nak balik. Adik nak ajak Ika balik sekali lah” aku berkata gembira. Aku sangat sukakan Sentosa Island. Puas aku memujuk daddy untuk berpindah kesana tapi daddy kata ia jauh dari tempat kerjanya. Sejak syarikat daddy makin besar, dia memindahkan HQ nya ke Pulau Sentosa. Nak cari ketenangan katanya.
Aku mencuba gaun pertama yang ditempah oleh mama. Gaun merah menyala itu agak cantik juga dengan neckline berbentuk hati dan potongan klasik. Kain satin sutera itu jatuh cantik mengikut potongan badan membuatkan tubuhku nampak lebih langsing. Warna merah itu pula menyerlahkan lagi kulitku yang putih. Mummy sediakan sekali sarung tangan panjang berwarna putih. Warna merah memang warna kegemaran mummy, sampaikan dua dari tiga gaun yang dihantar berwarna merahu. Gaun kedua berwarna merah hati. Gaun potongan halter itu ketat mengikut bentuk badan. Walaupun cantik sekali namun belahan hingga ke atas lutut membuatkan aku kurang selesa memakainya. Tambahan lagi, belakang baju itu mendedahkan tubuhku hingga keparas pinggang. Abang hamper tercekik melihat aku memakai baju itu “Adik jangan nak buat gila pakai baju tu. Seksi bukan main! Mummy ni biar benar. Kalaulah daddy tahu, memang adik tak boleh keluar rumah seumur hiduplah jawabnya.” Abang berkata membuatkan aku tergelak “Alah abang, adik memang takkan pakai pun lah. Gila apa nak pakai depan cikgu macam ni. Mummy tersalah pilih kot” aku ketawa lagi. Gaun ketiga berwarna hitam. Gaun avant garde itu cukup cantik dengan top yang terlipat ala-ala origami. Kilauan batu Swarovski mengelilingi pinggang sebelum jatuh lembut diatas skirt chiffon berlapis-lapis pendek paras lutut didepan tetapi mempunyai trail yang panjang dibelakang. Aku sangat suka gaun itu. Namun ia agak kurang sesuai dengan majlis debutante ball yang formal itu. Aku tersenyum sambil berpusing-pusing meggayakan baju itu depan cermin “Cantik tak yang ini? Yang ini abang yang belikan. Masa ikut mummy ambil baju adik, abang ternampak baju ni. Abang rasa adik mesti suka jadi abang terus beritahu daddy.” Abang berkata sambil tersenyum. Nampak sangat abang terlampau selalu diheret bersama pergi shopping dengan aku sampai dia begitu arif dengan taste dan stail aku. “Adik suka sangat! Tapi tak berapa sesuai untuk pergi debutante ball tu. But no worries, adik akan pakai gaun ini untuk majlis MAKNA tu nanti. Terima Kasih abang!” aku berkata sambil menepuk-nepuk bahu abang.