BAB 15

Tina menunggu kedatangan Akil dengan penuh sabar, rasanya Tina boleh mengagak bawaha Akil akan balik lewat lagi seperti kebiasaanya akhir-akhir ini. Dia perlu berbincang tentang perkara ini, perkara yang menganggu fikirannya sejak Akil memberikannya amaraAn untuk berhenti kerja sebagai model.

‘arghhh…Akil….u serius ke dengan kata-kata u Akil?, kalau betullah benar bermakna u telahpun mengotakan apa yang u telah katakan sebelum ini. Masih aku teringat panggilan tadi dari managerku yang sememangnya membawa berita buruk yang mampu membuatkan aku berasa jantungku seperti terhenti. Tak sangka bahawa karierku telahpun berakhir setelah amaran yang diberikan oleh Akil. Tak siapapun yang berani mengambil aku bekerja atas pengaruh kuat Akil dalam dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi bidang macam ini memang dibawah kekuasaan Akil!. Manakan aku mampu melawannya. Tapi ini Tina, Tina yang tak mudah mengalah. Jangan sesekali menjolok sarang tebuan kalau tak berani kena sengat!. Ok kita tengok siapa yang akan menang. Tapi mengapa aku merasa terluka akan perubahan Akil sekarang?. Kenapa hati merasa sakit apabila melihat kemesraan Akil bersama perempuam lain? Dan aku sememangnya tak boleh menerima dia melayan aku begini. Kini layanan mesranya semakin pudar, dan ia membuatkan aku merindui segala layanan manis darinya. Dia selalu membuatkan aku merasa seperti seorang puteri. Selalu cuba membahagiakan aku, selalu cuba memenuhi setiap keinginan yang ku inginkan. Tapi kenapa sekarang dia berubah? Adakah dia telah tertawan kembali dengan Qis?. Sejak dia rapat kembali dengan Qis aku kini seperti tidak dipedulikan lagi. Adakah kau telah jatuh cinta dengan Qis?. Arggh..ini semua salah kau Qis!, kau yang menyebabkan aku menderita dan aku tak akan sesekali membiarkan kau melukai aku!. Sudah terlalu lama aku menderita atas perbuatan ayah kau Qis dan mak kaulah juga kenapa aku dan mama menderita. Masih aku ingat hembusan mama yang perlahan, matanya yang bergerak perlahan. Mama menderita akibat kanser. Mama cuba bercakap denganku. Tapi keadaannya terlalu tenat. Selama mama hidup bersama dengannku, mama hidup seperti dalam buangan. Masih kuingat penderitaan mama yang berlaku didepan mataku. Dengan menggunakan kau Qis, satu-satunya permata hati mereka aku mampu membuatkan kau menderita. Aku mahu mereka merasai kehilangan dan kesakitan atas apa yang telah ku rasakan.’ Lamunannya terhenti apabila terdengar pintu dibuka dari luar. Kelihatan Akil memasuki bilik mereka dengan wajah yang penat.

‘Akil, we need to talk.’

‘Later la dear, I penat.’

‘Oh..penat layan perempuan ke?, sampai isteri nak bercakap pun tak layan!’. Masih dia teringat panggilan telefon kawannya yang memberitahu terlihat Akil makan malam bersama perempuan lain dan kelihatannya mereka begitu mesra.

‘Kalau ye pun kenapa?, bukan u nak layan I pun kan?’. Bidas Akil.

‘u dah melampaulah Akil!, kenapa u buat I macam ini?. Dahlah u layan I endah tak endah, sekarang u nak hancurkan karier I pula!. U melampauuuuuuuuuuuuuu tahu tak!’ Tengking Tina.

Akil hanya tersenyum sinis dengan tengkingan Tina itu tadi. ‘ I nak mandi, malas nak layan u’.

Belum sempat Akil berlalu pergi, tangannya ditahan oleh Tina. ‘ I belum habis cakap lagi’

‘oh ye? Cakaplah apa u nak cakap sekarang. Lepas u dah habis cakap I nak mandi. Balas Akil sambil bersiap-siap untuk mandi.

Tina yang melihatnya dengan perasaan marah. Perasaan marahnya semakin membara apabila melihat kelakuan Akil itu tadi.

‘I nak tahu kenapa u nak hancurkan kerjaya i?, I nak tahu kenapa u layan I macam ini?. U tahu tak kerja I tu ibaratkan hidup i. Macam mana I nak hidup tanpa modeling?, u pun tahu kerjaya I sedang naik sekarang?. Kenapa u mahu hentikannya? I tak faham!. Dan I nak penjelasan dari u sekarang juga!’ Kata Tina.

‘Oh…u nak tahu kenapa? sebab I tak mahu isteri I disentuh oleh mana-mana lelaki lain. Dan u pula macam suka je bila model-model lelaki itu sentuh u kan?, kemain mesra lagi. Pegang sana, pegang sini. I tak suka tahu!.’

‘ Hei itu satu kerja ok?, I bukan rasa apa-apa pun. Plus bukan u ke yang selalu pegang-pegang dengan betina lain. Tah betina mana u syok pun I tak tahu.’

‘ Sebab sikap u yang macam inilah I layan u macam ini. Sekarang u dah tahukan sebabnyakan?.’

‘BOHONG!!!!!!!, I tahu tu bukan sebabnyakan!. U dah jatuh cinta semula dengan Qis kan?. Sebab tulah u buat I macam ini.’

Akil cuba menyorokkan senyumannya apabila melihat reaksi Tina yang cemburu terhadap kerapatannya dengan Qis akhir-akhir ini. Ternyata Tina menyayangngiku seperti mana aku juga.

‘Kalau ya pun kenapa?’

‘oh…jadi betullah u suka Qis kan?. So u nak curang dengan I lah?. Ingat Akil ni Tinalah!, kalau u boleh buat kenapa I tak boleh buat macam u?. I benci u, dan I benci Qissssssssssssssssssss!. I hate the both of u!. Tengking Tina dengan perasaan marah yang meluap-luap. Lalu dia berlalu pergi dengan perasaan marah.

‘Qis aku akan hancurkan hidup kau mulai sekarang, jangan sesekali mencabar aku!’