BAB 17

Di panggung wayang……………………

Qis tidak menyangka bahawa Mal akan memilih cerita romantik untuk ditonton bersamanya. Sangkanya Mal akan memilih cerita mengikut seleranya. Selalunya cerita kegemaran lelakilah yang akan dipilih oleh kaum lelaki jikalau diberi peluang untuk memilih menonton bersama teman mereka. Tetapi berlainan pula dengan Mal, dia memilih cerita romantic yang memang kegemaranku menonton cerita jenis begini.

Sedang leka ku menonton aku dapat merasakan Mal sedang memandang wajahku sedari tadi. Aku memandang Mal dan bertanya ‘ kenapa?’ dan dia hanya memandang lain dan menggeleng dan berkata ‘ tak ada apalah Qis’ , lalu dia kembali menonton movie.

Dan baru aku sedar adegan yang kulihat ini agak ‘mesra’ luar biasanya, hmm...mungkin dia mahu melihat reaksi ku tadi. Aku agak malu untuk teruskan menonton bersamanya, lebih-lebih lagi apabila adegannya semakin ‘panas’. Aku berasa tidak selesa untuk menonton bersamanya, tiba-tiba Mal menyapaku dan berkata ‘ tak perlulah u malu-malu untuk tonton cerita ni bersama dengan I, tak payahlah u nak blushing-blushing kita dah pernah lakukan lebih dari itu’. Serta – merta wajah Qis berubah merona merah apabila mendengarkan bisikan Mal itu tadi.

‘what?, apa u kata?’ Balas Qis dengan nada yang terkejut.

‘Shh…..nothinglah…jangan cakap kuat-kuat nanti orang marah. Kita kat dalam wayang ni.’ Kata Mal sambil mengenyitkan matanya kearah Qis.

Mendengarkan kata-kata Mal, membuatkan dia berasa ingin keluar dari panggung wayang itu. Tak sanggup rasanya untuk menonton bersamanya. Tetapi jikalau aku keluar pada waktu belum tamat ceritanya sudah pastilah Mal akan mengusikku tanpa henti. Lalu aku mengambil keputusan untuk meneruskan tontontan cerita itu. Dalam hati aku berdoa supaya cerita ini segera ditamatkan.

Setelah menonton movie bersama dengan Mal, aku mengajak Mal untuk menemankan aku bershopping di sekitar KLCC.

Sedang ralit aku memilih pakaian untuk dibeli, Mal memberitahu dia mahu ke tandas. ‘Hmm…kenapalah lama sangat Mal pergi tandas ni?. Dah dekat hampir 30 minit aku menuggunya.’ Tiba-tiba aku disapa oleh seorang budak kecil perempuan yang sangat comel. Matanya yang bulat memandangku sambil berkata dengan nada yang pelat ‘ autie nama auntie ni Balqis ke?’.

‘Ya…nama auntie Balqis, kenapa?’ balasku sopan. Sambil mengusap lembut kepalanya. Comel sungguh budak kecil yang menegurku ini. Ditambahkan lagi dengan wajah yang putih kemerah-merahan, dapat dilihat budak kecil ini berwajah campuran. Matanya yang berwarna coklat dan bulat itu mampu membuatkan sesiapa geram untuk memeluknya.

‘Oh..jadi bear ni untuk auntielah, uncle kata suruh bagi kat auntie’ katanya dengan nada yang bersungguh-sungguh sambil memberi bear itu kepadaku.

Belum sempat aku berkata apa-apa budak kecil itu sudah berlari pergi sambil melambaikan tangannya kepadaku.

Tiba-tiba datang lagi seorang budak lelaki menegurku dari belakang. Budak itu menyapaku dan berkata ‘ auntie, auntie ni tinggilah, boleh tunduk sikit tak? Nak cakap dengan auntielah.’ Katanya. Lantas aku menundukku badanku sama tinggi dengan ketinggiannya, tiba-tiba dia mencium pipiku. Aku terkejut dengan tindakannnya. Kelihatan budak itu malu-malu sambil berkata ‘uncle yang suruh….dia kata kiss tu dari dia untuk auntie….’

Aku tertanya-tanya uncle manakah yang budak ini maksudkan? Kemudian aku bertanya ‘ uncle mana yang suruh ni?’ tanyaku kepada budak tu.

‘TU….yang kat belakang auntie tu’ katanya.

Aku memusingkan badan dan terjengul susuk tubuh seorang lelaki sambil mukanya dilindungi dengan sejambak bunga ros yang besar.

Qis mendekatkan dirinya kea rah lelaki tersebut.

‘Mal…is u kan?, Tanya Qis perlahan’ sambil cuba untuk melihat wajah disebalik bunga ros itu.

Perlahan-lahan bunga ros itu dialihkan dari mukanya dan dia menghulurkan sejambak bunga ros itu kepadaku. Ternyata tekaan aku itu tepat sekali. Aku terharu dengan tindakan Mal itu.

‘TQ for the flowers, I luv it oh..and the bear too..tq so much…’ kataku kepadanya.

Mal tersenyum sambil berkata ‘ your welcome dear, anything for u’.

‘Jom kita makan malam, I ada kejutan lagi untuk u’

‘Yeke?, kejutan ape tu?’ tanyaku dengan nada yang teruja.

‘Adalah sayang, kalau I beritahu tu dah bukan surprised la namanya’ katanya dengan senyuman yang sukar ku tafsirkan.

‘Kita nak makan kat mana?’ Tanya Qis.

‘Adalah…tapi bukan kat sini, jom…’ katanya sambil menghulurkan tangannya kepadaku.