BAB 18

Sejurus aku memasuki ke dalam kereta Mal meminta aku memakai penutup mata. Kerana katanya dia tidak mahu kejutan untuk aku diketahui sebelum tiba masanya. Aku berdebar dan agak teruja untuk mengetahui kejutan yang akan diberikan oleh Mal untukku.

‘Ok…kita dah sampai, tapi jangan buka dulu penutup mata tu. I akan pimpin u. Don’t worry, I tak akan bagi sesekali u jatuh. Kalau u jatuh pun I akan sambut punya. ‘ Gurau Mal apabila dia melihat reaksiku yang agak kerisauan. Di dalam hati aku berdebar menuggu kejutan yang bakal diberikannya.

Perlahan-lahan Mal memimpinku ke suatu tempat. Dapat kurasakan angin menderu agak kuat menampar-nampar pipiku, membuatkan aku berasa sedikit sejuk. Perlahan-lahan Mal membuka penutup mataku. Terasa perit pula untuk membuka mataku akibat terlalu lama mataku ditutup.

Perlahan-lahan aku membuka mataku, kelihatan cahaya lampu memancar-mancar menyilau pandangan mataku untuk melihat keadaan sekeliling. Suasana malam kelihatan menyerlah dengan kehadiran neon-neon lampu yang begermalapan. Kedengaran alunan muzik yang begitu mengasyikkan jiwa, yang mampu menimbulkan suasana romantic. Aku tidak sedar diriku berada atas kapal tetapi apabila tempat ku berdiri ini telah bergoyang sedikit barulah ku sedar yang ku kini berada di atas kapal serba mewah bewarna putih.

‘Arghhhh…..’ belumpun sempat aku jatuh Mal pantas menyambutku. Aku sedikit gementar berada dalam pelukannya. Matanya beradu dengan mataku, deruan nafasnya dapat kurasai. Tangan kejapnya erat melingkari pinggangku. Jantungku berdegup hebat tika ini. Saat itu aku sedar akan kekacakan yang Mal miliki.

Sinaran bulan menyerlahkan lagi kekacakan Mal yang sedia ada. Aku terkedu dan terpana meihat kekacakannya. Sungguh aku mengerti mengapa kini dia masih digilai oleh ramai perempuan. Tanpa aku sedar aku memegang wajah Mal dan aku mengusap pipinya begitu dan juga dia. Dan boleh kulihat keningnya yang lebat, hidungnya yang mancung dan mulutnya yang kemerah-merahan. Menunjukkan dia tidak merokok. Dan ditambahkan lagi dengan lesung pipitnya menyerlahkan lagi senyumannya yang menawan. Arghh….dan matanya yang bewarna hazel benar-benar membuatkan hati aku nanar dengan panahan matanya. Matanya itulah yang aku tidak berani tatap sewaktu masa dulu. Tetapi kini, aku tidak tahu dari mana semangatku tiba yang membuatkanku berani menatap sepasang mata hazel miliknya.

Tiba-tiba Mal senyum kepadaku dan berkata ‘ dear, u suka tak?’ katanya dengan nada yang sungguh romantik.

‘Yes, I very like it so much. I tak pernah naik boat sebelum ni.’ Kataku membalas persoalannya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis untuknya.

‘Are u sure dear?, actually this is not your first time dear.’ Balasnya.

‘Really?, kenapa u cakap macam tu?’ tanyaku.

‘Because is not your first time, u ingat lagi tak di tempat inilah u melafazkan kata cinta u kat i. Dan hari itulah yang membuatkan I berasa paling bahagia sejak I hidup di bumi ALLAH ini. Dan I namakan kapal ini sempena nama u Qis. Di sinilah tempat kita selalu menghabiskan masa bersama sejak u meluahkan cinta u terhadap I di tempat ini. Dan u ingat lagi tak di hujung sudut itu kita sama-sama duduk menyaksikan matahari terbenam. Dan I masih ingat, kata-kata u yang u ucapkan pada I tika itu. U ada kata bertapa u bersyukur yang I adalah suami u. Dan u berharap cinta I dan u berakhir ke pintu syurga. U kata dekat I, kalau suatu hari u mati….u mahu mati sebagai isteri i. Dan saat itulah I rasa sugguh terharu dengan kata-kata u. Ayat itu tak boleh I lupakan sehingga kini. Dan ayat itulah yang menyebabkan I tak putus asa menanti u. Dan I masih ingat janji I dekat u, bahawa I berjanji kalau I mati I juga mahu mati sebagai suami u. Dan I nak u faham kenapa I masih berdiri di sini sekali lagi adalah untuk menyatakan sekali lagi bawaha I cintakan u. I love u with all my heart, will u be my heart again? And will u start a new life with me from now and being my wife till the end of our life?. Kata Mal sambil melututkan kearahku sambil membuka kotak cincin. Kelihatan sinaran berlian menyilau-menyilau meminta untuk disarungkan.

Aku berasa sungguh terharu dengan kata-katanya. Aku menangis dengan air mata kegembiraan. Dan tanpa ku tahan aku lantas berkata ‘I do , and I love u too Mal’. Dan kami berpelukan seketika meluahkan rasa gembira kami dengan luahan hati kami pada malam ini.

Mal memegang kedua-dua tanganku erat dan mengucup lembut tanganku sambil berkata ‘ thank you very much sayang, jom kita pergi sana. I sudah sediakan makan malam untuk kita.’

Kelihatan sebuah meja bulat yang dihiasi penuh dengan hiasan bunga bewarna ros dan lilin-lilin cantik bewarna putih menghiasi di tengah mejaku. Saat itu aku berasa akulah wanita paling bahagia di muka bumi ini. Dan aku berasa keputusan tadi aku itu adalah tidak silap.

Mal menolakkan kerusi untukku dan mengalaskan napkin pada pahaku. Sungguh aku berasakan diri ini bagaikan puteri kerana dilayan sedemikian rupa. Selalunya aku hanya melihat adegan ini di movie Hollywood. Tidak sangka pula aku kini sendiri mengalaminya. Sungguh aku gembira.

‘Makanlah, sedap lauk. Your favourite, chicken chop. Remember?’ katanya memecahkan lamunanku.

‘yeah….is my favourite, dah jadi kegemaran I sejak kecil lagi.

Seusai makan, Mal mengajakku menari.

‘NO…taknaklah…I tak pandai menarilah. U ni merepeklah pula. Ingat kita ni macam dalam movie ke?’ balasku sambil tergelak kecil.

Mal membalas ‘ u tak ingat ke kitakan pergi kelas menari sebab u yang paksa i?, u cakap u nak sangat menari macam dalam cerita korea tu. Lepas tu u paksa I pergi kelas menari dengan u. ‘ Balas Mal sambil senyum menggoda.

‘EH….yeke? mana ada!, mesti u tipu ni….’ Balasku malu.

‘NOP….im not lying…kalau u tak percaya,. Jom menari dengan I’ cakapnya bersungguh-sungguh.