BAB 13

‘Mal… I rasa tak sedap hatilah, u rasa u tahu tak kenapa?’ soal Tina secara tiba-tiba kepada Mal.

‘I tak tahu dan I tak minat nak tahu Tina’ balas Mal tanpa memandangnya.

‘Oh really?, tapi…kalau ini melibatkan Akil dan Qis macamana?’ soal Tina sambil keningnya terangkat.

‘Apa maksud u?, kalau niat u hanya untuk memburukkan Qis I tak berminat nak tahu.’ Jawab Mal sambil berlalu pergi, belumpun sempat Mal pergi tangannya disambar oleh Tina.

‘Akil dah berubah dan Qis pun dah berubah, u tak perasan ke?. Terpulang kepada u sama ada u nak siasat atau tak, tentang hubungan mesra diorang akhir-akhir ni. Yelah kononnya u kan percaya sangat yang Qis tu mempunyai hati yang murni, jujur ikhlas la sangat. Tapi before u make any decision I want u to remember one thing, Qis hanya ingat memori lama dia bersama Akil je…tak mustahil untuk Qis berpaling arah dari u Mal. I tahu Mal….., betapa seksanya u bila Qis pergi dari u. Atau….. u nak sejarah lama berulang kembali?’ Katanya dengan nada sinis.

‘Oh…jadi ni semua bukan sahaja tentang I, Qis serta Akil je kan?’

‘Apa maksud u dengan kata-kata u tu?’

‘hai….sudah gerahu cendana pula, dah tahu takkan nak Tanya pula?’

‘Huh?, I didn’t get it….apa yang u nak maksudkan sebenarnya ni?’

‘Wait..wait…bukankah u mahu Qis tinggalkan I?, jadi..u tak rasa pelik ke kenapa u dengan baik hatinya datang jumpa I dan berikan I amaran dan..wooo..siap nasihat I lagi?. I ingatkan perasaan u terhadap Akil tu semua palsu, tapi tak sangka pula ye…yang u pun tahu cemburu. Yelah kalau tak, masakan u nak datang jumpa dan beritahu semua ni?. Atau motif u untuk buat I cemburu?, tapikan apa yang I dapat lihat..bukan I yang cemburu Tina…tapi u la…Haha..kelakarlah bila I tengok muka u macam ni. Hm…seumur hidup I, I tak pernah tengok u cemburu.’ Kata Mal sambil tergelak kecil dan berlalu pergi.

‘Ugh…cemburu?, uh…pleaselah! Tak mungkin aku akan cemburu dengan perempuan selekeh tu!. Ni akulah Tina, yang tak akan sesekali cemburu dan tercabar dengan perempuan yang semamanganya bukan saingan aku!. Apa-apalah Mal….aku tahu jauh di sudut hati kau, mesti kau risau tentang hubungan Qis dan Akil kan?. Hm…takpe..kita tengok sejauh mana kau boleh bertahan. Aku pasti kau tentunya akan curiga tak lama lagi tentang hubungan mereka. Oh dan kau Qis?, aku tak akan sesekali kalah pada kau!. Aku tahu kau saja berpura-pura untuk menyakitkan hati aku kan?, atau ini pelan kau untuk cemburukan aku dan Mal?. Ini aku Tina..kau takkan boleh menjadikan aku bahan boneka untuk melaksanakan drama kau. Aku takkan sesekali melakonkan watak si kalah. Dan kau jangan sesekali cuba merampas apa yang telah menjadi milik aku!, milik aku adalah hak aku. Tengoklah apa yang aku akan buat nanti. Kau mesti tak sabar menantikannya Qis’ Kata Tina dalam hati apabila kata-katanya tidak dipedulikan oleh Mal.

Lantas Tina tersenyum dan berlalu pergi kebiliknya kerana dia sudahpun mempunyai rancangan untuk meraih kembali perhatian yang selalu diberikan Akil.

Tak lama kemudian pintu biliknya dibuka dari luar, terjengul wajah Akil yang kepenatan sambil menjinjit beberapa beg kertas.

‘Ingatkan u dah tak ingat nak balik dah, best bershopping dengan Qis semenjak akhir-akhir ni, sampai balik pun selalu lewat. Dah syok bershopping berdua dengan Qis ke?. Cakap Tina dengan nada yang sinis.

‘Sorrylah sayang, I seronok sangat shopping dengan Qis. Tu yang tak sedar dah lewat malam ni. Lagipun u dengan Mal kan asyik busy je. Mal kan always busy with his business and u always busy almost all d time with ur shooting. so apa salahnya kalau I enjoy berdua dengan Qis’. Balas Akil selamba sambil berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

‘OH…jadi sebab I busy u ambil kesempatan ni nak berdua dengan Qis la?, ke nak imbas kembali kenangan memori lama u dengan Qis?.’ Balas Tina kasar.

Sebelum Akil menutup pintu tandas sempat lagi dia membalas ‘ relax la sayang, bukan u pun bershopping dengan Mal ke hari tu?. ‘

‘I pergi dengan Mal pun Qis ada tau, bukannya berdua macam u dengan Qis!’ balas Tina sambil menjeling tajam kearah Akil.

‘ whatever la dear, I nak mandi ni. Talk later la sayang’ balas Akil sambil mengenyitkan matanya dan tersenyum suka.

‘Uh…happynye dia?, siap nyanyi-nyanyi dalam bilik air lagi. Sebelum ni jarang dia nyanyi, dan Akil yang kukenal adalah orang yang bencikan karaoke dan dia paling benci apabila disuruh menyanyi. Tapi sejak akhir-akhir ni gemar pula dia bernyanyi. Sejak berdua dengan Qis langsung dia tak endahkan aku!. Selalunya dia yang selalu terhegeh-hegeh meminta perhatian berlebihan dari aku. Arghh..kusut aku jadinya!, aku tak mahu Akil berada di luar kawalan aku dan aku tak mahu Qis memenangi perlawanan ini. Ah…tapi kenapa aku sakit hati akan apa yang ku lihat ini?, bukankah aku yang mahukan Qis bersama semula dengan Akil? Dan bukankah ini adalah separuh dari rancanganku?, bukankah aku mahu mempergunakan dia untuk bersama dengan Mal?. Tapi kenapa aku tak gembira?, dan yang paling menyakitkan hati ialah…apabila Mal begitu gembira bersama dengan Qis. Seolah-olah hanya aku yang terasa sakitnya dan mereka semua nampaknya gembira dengan perubahan ini. Qis seakan-akan memegang remote control dalam permainan yang aku ciptakan ini. Dan Mal serta Akil hanya mengikut arahan yang diberi oleh Qis. Arghh…aku tak faham kenapa semua ini boleh terjadi?. Lain yang aku rancang, lain pula yang jadi!’ Monolog Tina dalam hati.