BAB 12

‘Hai Akil, sihat?. Tengah buat apa tu?. Dari tadi I tengok u asyik renung ikan kat kolam tu je?. Ada masalahke Akil?’. Beritahulah, manalah tau I boleh tolong. Tanya Qis

‘Oh…nothing, I Cuma pelik je. Tak ada apalah Qis, don’t worry.’ Balas Akil.

Qis tak puas hati dengan jawapan yang diberi Akil, dapat dia lihat wajah keruh Akil sewaktu dia membalas pertanyaan Qis. Lalu Qis cuba sekali lagi untuk bertanya.

‘Akil….u tak percayakan I ke?, I tengok u macam ada masalah je.. Janganlah macam ni, if u have problem tell me ok?, I will try my best to help u’ Balas Qis sambil duduk sebelah Akil sambil tersenyum simpul.

‘Ermm…bukan macam itu Qis. Bukan I tak percayakan u, Cuma…Cuma I tak pasti ini masalah ataupun ini hanya khayalan I je?. I rasa perangai Tina tu macam berubah, berubah macam angin yang tak menentu.’

‘Apa maksud u Akil?’ Tanya Qis dengan penuh tanda Tanya.

‘Maksud I, Tina tu kekadang mesra dan kekadang tu macam dingin. Bila berdua I rasa macam jauh sangat dari dia. Sukar untuk I gambarkan dengan kata-kata. Hanya hati I yang faham akan apa yang I rasakan sekarang Qis.’ Kata Akil sambil mengeluh.

‘OH…macam itu..maksud u, Tina tu dingin bila berdua dengan u?. Macam tu ke yang u maksudkan?’

‘Ya, lebih kurang begitulah yang I maksudkan. Kenapa? U ada cara untuk selesaikan masalah I ?, u kata u will try my best kan untuk selesaikan masalah I ?. Kata Akil sambil tersenyum nakal, berniat mahu menyakat Qis.

Sambil tersenyum Qis menjawab ‘ oh..ofcourse I do. Don’t worry, masaalah u ni senang je untuk I settlekan. I percaya Tina juga sayang u. Yelah u berdua kan mesti dah lama bersama?, agak mustahil untuk seorang wanita untuk tidak jatuh cinta dengan lelaki seperti u Akil. Macam nilah, apa kata kita buat Tina jelous?, sambil tu I bolehlah kenekan Mal balik. Dah Mal pun asyik kenekan I je semenjak akhir-akhir ini. So..macamana? setuju tak?’ Tanya Qis dengan suara yang ceria.

‘Hmm…cadangan u tu bagus juga, Tapi…u sure ke Tina tu akan jelous. Diakan seorang yang sangat confident dengan diri dia. Boleh ke kita buat dia jelous Qis?’ Tanya Akil sambil menunjukkan wajahnya yang ragu-ragu itu.

‘Relax la, ni Cuma rancangan je….Kalau tak menjadi, kita cubalah cara lain. So u dah setujulah ni?’ Kata Qis sambil mengangkatkan keningnya.

Akil hanya mengangukan kepalanya tanda setuju dan melemparkan senyuman yang lebar kearah Qis.

‘Good, lesson 1. u kenelah tunjukkan yang u tak hairan sangat dengan dia. Dan u kenelah naikkan saham u. Plus u kan Akil, the most popular guy during our college time remember?, Akil yang jual mahal, Akil yang sentiasa gentleman dan Akil yang pandai bermain kata. Mana pergi semua skill tu?. Takkan sebab skill Tina dah lagi terror dari u, skill u pula dah…luntur?’ Kata Qis.

‘Entahlah Qis, bersama dengannya kadangkala membuat I rasa tergugat. U tahulah sajalah Qis, masih ramai lelaki di luar sana yang menunggu keretakan rumah tangga kami. Semata-mata untuk menggantikan status yang I sandang sekarang. Berjalan seiringan dengannnya membuatkan I resah dengan mata-mata lelaki yang ligat memandang dia. Walaupun satu Malaysia sudah tahu I adalah suami kepada model popular bernama Tina, namun itu tak menjamin apa-apa Qis. Mereka menunggu di luar sana untuk mendapatkan Tina bagaikan singa lapar yang menuggu mangsanya. U fahamkan maksud I Qis?. Kata Akil sambil memandang ke tanah.

‘Akil…..sebanyak mana yang u fkirkan, dan seresah manapaun yang u rasakan, jadilah Akil yang sentiasa confident. Akil yang I kenal dulu. Percayalah dengan Tina, u kena sentiasa yakin dengan diri u. Tahukah u masih ramai perempuan yang menuggu untuk menggantikan tempat Tina?. Tidakkah itu mencukupi untuk u tidak rasa tergugat?. U dengan Tina sama saje, selalunya peribahasa selalu mengatakan enggang dengan pipit untuk orang yang kurang sesuai tarafnya, tapi untuk kes u pula I boleh katakan u dengan Tina bagaikan enggang dengan enggang. Sama cantik sama padan, mengapa perlu u rasa rendah diri Akil?’.

Akil tersenyum dan terharu dengan kata-kata Qis sebentar tadi. Sungguh dia tak menyangka Qis boleh bercakap sematang itu. Qis yang dia kenali dulu, berbeza dengan Qis yang berada didepannya sekarang.