Epilog
Matahari  cerah memancar di langit.  Segala persiapan telah tersedia.  Anak-anaknya melarang keras apabila Aleesya atau suaminya ingin membantu.  Isaac anak lelakinya telah menghantar ayahnya ke kolam memancing berdekatan kerana tidak mahu ayahnya risau membantu.  Zach, kembar Isaac pula mengugut untuk menghantar Aleesya ke rumah Elsa teman karib Aleesya jika dia sibuk ingin membantu lagi.  Untuk membuang masa Aleesya menyelak helaian album lama di atas ribanya.  “Siapa tu mak tok?  Wahh handsomenya!” kata Adrinna cucu perempuan Aleeysa, anak kepada satu-satunya anak perempuan Aleesya, Arianna.  “ Ohh..Itu ex boyfriend mak tok!” tawa Aleesya.  “wahhh Mak tok pun ada ex boyfriend?” kata remaja itu sambil menutup mulut comelnya.  Aleesya hanya tertawa “ mestilah ada!  As hard for you to imagine I was once a teenager too.  Mak tok pun sama macam Dina juga, ada kawan, ada peminat” Aleesya mengusik cucunya “tapi mestilah Mak tok paling sayang atok kan? If tak, you wouldn’t marry him right?” Adrianna bertanya serius.  Mungkin risau neneknya berkahwin dengan datuknya atas dasar terpaksa.  “Mestilah sayang..I knew he was the only one for me and I was right.  Even after 50 years of marriage, I still love him more than I did the day before” kata Aleesya sambil tersenyum.
“ But how did u know that he was the one Mak tok? Dina penat lah date around macam sekarang. Dari sorang, sorang lelaki tak boleh pakai.  Buang masa,tenaga and air mata je.  Kenapa kita tak boleh je terus jumpa the guy that you’re gonna spend the rest of your life with huh?” Adrianna mengeluh sambil menyandar kepalanya ke bahu Aleesya.  “ You know what sayang?  Kawan Mak tok dulu pernah bagi satu nasihat yang sampai sekarang Mak tok ingat.” “Nasihat apa?” Adrianna terus menghalakan mukanya ke arah neneknya  “ God make us meet the wrong persons first before we meet the right one so that when we finally meet the one for us, we’d be so thankful and appreciate him the way he should be appreciated”  Aleeysa berkata dengan tersenyum.  “Mak tok, how did you know that Atok was the one?” Tanya Adrianna.  “Well sayang it’s a really long story….”