Bab 1

2 Januari 2002,
 Aleesya terbangun dengan peluh mericik di dahinya.  Dia bermimpi mimpi yang sama, dia melihat seorang wanita yang jelita sedang menari ballet dan tersenyum manis kearahnya.  Wanita itu mengajak Aleesya menari bersama dan dia tidak pernah rasa lebih gembira dari itu.  Mereka berpusing dan berpusing tetapi semakin lama wanita itu semakin hilang.  Puas dia berlari mengejar wanita itu namun hanya tinggal sepasang kasut ballet di tengah-tengah pentas besar itu. 
“Kenapa wajah perempuan itu sangat familiar?” gumam Aleesya seorang diri.  Selesai mandi dia menyarung pakaian ballet untuk sesi latihan pagi itu.  Sedang dia menuruni anak tangga dia terdengar suara ibunya bercakap dari ruang makan dan langkahnya terhenti “abang hantar je lah dia dekat sekolah itu.  Itu pun sekolah asrama terkenal kan.  Besides its an international school.  Macam-macam dia boleh belajar disana” kata ibunya selamba.  Hati Aleesya terhenti.  Dia tidak mahu berpisah dengan keluarganya dan dihantar ke asrama! “Kau ni Mai. Sukalah kau kan kalau Kamal hantar dia ke asrama kan? Senang hidup kau kan” sindir neneknya Rodziah.  “Mai bukan apa mak. Memang bagus pun sekolah tu.  Isteri perdana menteri  Malaysia pun dari situ juga kan?” ibunya membalas “Kalau kau hantar si Syasya dekat asrama tu Kamal, aku ikut dia sekali.  Jangan harap aku nak biar kau hantar cucu perempuan aku sorang-sorang di Malaysia” kata neneknya jelas marah “Tapi mak, asrama tu memang sekolah bagus.  Lagipun Singapura dan Malaysia tak lah jauh sangat.  Syarikat kita pun dah beli helicopter baru, lusa sampai.   Tak susah pun kalau mak nak melawat dia dekat sana” ayahnya bersuara. “Aku tak kesah Kamal, kalau dia dah tak ada, tak ada maknanya aku duduk sini.  Biar aku ikut balik Malaysia.  Dekat sini pun bukanya orang suka aku menumpang” sindir neneknya “Mak janganlah cakap macam tu..” kata-kata ayahnya tidak didengari lagi kerana air mata telah mengalir dipipi Aleeysa. Dia berlari ke kamar satu-satunya orang yang pernah melihat dia menangis selain dari neneknya.
“Abang..daddy nak hantar Adik pergi boarding school dekat Malaysia” tangis Aleesya.  Abangya yang baru bangkit dari tidur terpinga-pinga. “Hah? Apa adik merepek pagi-pagi ni? Kenapa menangis ni? Ya Allah..Adik salah dengar kot?” abangnya berkata sambil menggosok rambut adiknya yang manja itu. “Betul..Adik terdengar tadi. Apa salah adik sampai kena hantar pergi asrama?” tangisan Aleesya makin teresak-esak.
 Dia sedar ibunya tidak menyayanginya.  Entah kenapa tapi, Aleesya selalu dimarahi.  Setiap kali abangya mendapat markah penuh dalam ujian pasti dicium dan dipuji, tetapi bila Aleesya mendapat markah penuh ibunya pasti hanya berkata “biasalah tu” tanpa pujian dan ciuman.  Sewaktu umurnya 9 tahun nenek  Aleesya pergi ke Mekah untuk menunaikan haji.  Dilapangan terbang selepas neneknya masuk ke balai perlepasan ibunya berbisik pada Aleesya “Habis la Syasya sekarang.  Mak tok dah tak de nak protect Syasya” .  Dan kerana kesedaran itulah dia cuba sedaya upaya untuk buat ibunya bangga akan dirinya. Dengan harapan satu hari nanti dia akan disayangi seperti ibunya menyayangi abangnya itu. Aleesya mempelajari piano kerana ayanhnya cukup gemar mendengar muzik klasikal. Dia berlatih setiap hari supaya dia cukup bagus dan dipuji olah ibunya. Walaupun hanya berusia 13 tahun Aleesya telah pun mencapai gred 7, satu pencapaian yang amat membanggakan. Namun ibunya hanya tersenyum kelat apabila diberitahu bahawa dia lulus ujian muzik itu. Oleh kerana ibunya gemar bermain tenis, Aleesya berlatih bersungguh-sungguh hingga Berjaya mewakili Singapura untuk acara bawah 12 tahun. Namun ibunya hanya menyindir bahawa pelajaranya akan terabai jika dia terlalu leka bermain tenis dan menari ballet.  Entah kenapa, ibunya cukup benci dengan minat Aleesya terhadap tarian ballet.  Jika bukan kerana dorongan dari neneknya pasti Aleesya tidak akan dibenarkan untuk belajar tarian itu. Hatinya telah tertarik dengan tarian itu sejak menonton musical The Nutcracker di Broadway New York sewaktu melawat Amerika Syarikat diusia 7 tahun.  Pulang sahaja di Singapura Aleesya bertegas untuk dimasukkan ke kelas ballet. Walau dibantah keras ibunya, ayahnya mengalah jua apabila dipujuk Aleesya dan neneknya. Untuk membuktikan yang ballet dan tennis tidak menganggu pembelajranya, Aleesya belajar bersungguh-sungguh hingga dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang disekolahnya.  Namun, kerana pencapaian itu dia akan dihantar ke sekolah asrama yang beradan nun jauh di Malaysia.
“Adik, dah jangan menangis lagi. Nanti abang cakap dengan daddy ok?” pujuk abangnya. Aleesya tersenyum. Tidak bolah dibayangkan bertapa sepi hidupnya tanpa abang dan neneknya setiap hari. “Please don’t let daddy send me there abang. I don’t want to go..please..” Aleesya menangis dibahu abangnya.
                “Syasya, we know what is best for you. Tengku Kirana College is the best girls school in Malaysia. You should be proud that you were chosen to go there. Daddy  dah tengok kokurikulum  list dia, and they have the best dance school there. So Syasya boleh teruskan ballet disana. It’s a great opportunity. Daddy and mummy akan datang visit Syasya every weekend.  Mak tok kata dia akan pindah balik ke Bangsar bila Syasya start sekolah. She can see you everyday if you want. We’re leaving for Malaysia next week.   You can start shopping for your things today.  I know you love shopping sweetheart. Pick anything you like” pujuk ayahnya. Aleesya hanya mampu memandang abang dan neneknya dengan mata berkaca. Nampaknya ayahnya telah pun membuat keputusan baginya dan dia hanya mampu menurut tanpa membantah.

                Hari yang diharap tidak kunjung tiba akhirnya sampai jua.  Aleesya merenung di luar tingkap BMW ayahnya.  Kereta mewah itu meluncur masuk ke perkarangan sekolah barunya dengan tenang sedangkan hati Aleesya memberontak untuk pulang ke Singapura.  Landskap sekolah itu amat mengasyikkan.  Sebuah tasik besar yang jernih airnya dikelilingi pohonan pokok Rhu yang rendang menyambut para pelajar baru yang datang.  Bunga Petunia digantung di setiap lampu jalan yang diukir cantik.  Bunga-bunga berwarna-warni mewarnai taman besar yang mengelilingi sekolah itu.  Rimbunan bunga melengkari jalan menghala kearah bangunan besar berkonsep British Kolonial.  Namun, landskap yang indah dan bunga yang mekar tidak mampu untuk menceriakan wajah Aleesya yang muram sejak berlepas dari lapangan terbang Singapura pagi tadi. “ Sayang jangan sedih. Rumah Mak tok kan dekat saja dari sini. Lagipun daddy dah upahkan driver untuk bawa Mak tok pergi melawat Syasya nanti. Jangan sedih lagi okay sayang?” neneknya cuba memujuk “ Syasya tak sedih pun mak tok” tipu Aleesya dengan senyuman palsu.  Dia tak mahu ayah atau neneknya risau tentangnya. Biarlah kesedihanya hanya dibelai hati sendiri.  Adam  yang duduk disisi Aleesya hanya tersenyum kelat. Dia tahu adiknya itu sedang dibalut kesedihan dan hanya berlagak tabah untuk menenangkan hati semua orang. Walaupun dia sudah membantah keras keputusan ayahnya untuk menghantar Aleesya ke asrama di Malaysia, ayahnya tetap tekad dengan keputusan yang dibuat dan tiada siapa-siapa termasuk dia dan neneknya mampu mengubah keputusan keras ayahnya itu.
                Aleesya meletakkan bag tangan Guess nya di atas meja dan menekan suis penghawa dingin.  Neneknya telah berkeras untuk mengemaskan pakaian dan katilnya walaupun ditegah Aleesya.  Walaupun dilahirkan dalam keluarga berada, die lebih suka mengemas barang peribadinya sendiri. Neneknya telah mengajarnya untuk mengemas bilik dan menyusun baju sejak kecil lagi.  Aleesya merebahkan dirinya diatas katil dan air matanya mengalir.  Tak sampai sejam keluarganya pulang, namun dia telah “homesick”.
Tiba-tiba pintu terbuka dan seorang gadis bersaiz kecil dengan rambut lurus hitam berkilat masuk ke bilik itu. Dengan skirt Burberry pendek dan baju Polo pink, dia nampak comel sekali. Aleesya berhenti menangis, segan dengan kehadiran gadis tersebut. Tanpa diundang gadis itu duduk diatas katil Aleesya “Hey my name is Irika but you can call me Ika! Are you Malaysian? Can you speak Malay?” gadis itu bertanya mengundang tawa dibibir Aleesya “ I ni Nampak macam bukan Melayu ke?haha I’m Malay but I’m Singaporean” jelas Aleesya. “Laaaa Melayu ke? Muka awak macam mat salleh saya ingat orang putih tadi.  Anyway I’m going to be your roommate stranger” ika melawak “oh I’m sorry my name is Aleesya but you can call me Sya” Aleesya menghulur tangan kearah Ika. ‘hmm boleh tahan dia ni. Maybe this place is not so bad after all’ desus Aleesya dalam hati. “You sedih sebab homesick ke? Tak payah la sedih. At least dekat sini kita boleh guna handphone. Asrama lain semua tak boleh tau” kata Ika memujuk dengan senyuman “ My family semua dekat Singapore. Mestilah I sedih. Tempat ni asing untuk I.” keluh Aleesya   “ well my aunt is the matron of honour here. Every year dia bawa I pegi sini sebelum I dapat tawaran belajar. So I boleh dikira expert lah dengan tempat ni. Let me show you around. Nanti tak de lah rasa asing lagikan?” kata Ika seraya berdiri dengan senyum “ you memang sentiasa happy go lucky macam ni ke?” kata Aleesya sambil tergelak “ Memang..better u biasakan!” kata ika sambil tertawa.
“Umi! Meet my new room mate Sya.” Ika menyapa seorang wanita yang sedang duduk meneliti beberapa borang yang perlu diisi oleh semua ibu bapa pelajar. Wanita itu tersenyum sambil menghulurkan tangan kearah Aleesya. “Assalammualaikum auntie, I’m Aleesya” sapa Aleesya sopan. Tengku Sabrina tertawan dengan kesopanan gadis itu.  ‘Rupa pun cantik, perilaku manis. Sopan sekali, baguslah jika Ika berkawan dengan dia ni’ desus hati Tengku Sabrina. “Sya nil ah auntie yang I cerita tadi. I panggil dia umi sebab she’s been taking care of me since as long as I can remember. We live next door to each other” jelas Ika ceria. Aleesya tersenyum “You look familiar Aleesya. Does your mum go to school here?” Tanya Tengku Sabrina. Entah kenapa dia rasa seperti pernah berjumpa dengan Aleesya sebelum ini. “Eh tak lah auntie. I’m a Singaporean and mummy pun from Singapore.” Terang Aleesya. “Sya homesick tadi umi tu yang Ika ajak dia jalan-jalan” gelak Ika. “Biasalah tu Sya. Auntie dulu setiap hari menangis nak balik. Jom la duduk dulu kita minum teh sama-sama. Nanti Ika boleh sambung tunjuk tempat ni” ajak Tengku Sabrina mesra. Hati Aleesya berbunga. Sekurang-kurangnya tidaklah dia keseorangan di bumi asing ini lagi.