Arisz
So her name is Aleesya. Sedap nama, secantik orangnya juga. Jadi dialah mystery girl yang lari tadi. Entah kenapa baru sahaja aku hendak bertanya dimana boleh aku letakkan alat-alat muzik, dia dah lari. Sayang betul kerana dia memang cantik. Mungkin gadis cantik sepertinya hanya bercakap dengan orang yang setaraf sahaja kot. Well I don’t like girls like that. Tapi there is something about Aleesya yang buat aku tak boleh berhenti dari memandangnya. Jika hanya kerana dia cantik, ada ramai pelajar perempuan yang cantik hari ini. Ada sesuatu yang menarik tentang Aleesya. Mungkin confidence yang ada pada dirinya. Dia bercakap dihadapan crowd dengan cukup baik sekali. Tanpa gugup dan penuh dengan adab. Or maybe its her poise. Dia selalu tersenyum dan sentiasa nampak anggun walaupun ditanya soalan-soalan bodoh yang memang sengaja diajukan untuk mengusik. Or maybe its her smile. Senyuman itu cukup manis sekali. Walaupun bibirnya bebas dari lipstick, ia tetap mekar merah membariskan gigi yang putih bersih dan teratur. Ahh kacau! Aku tak tahu apa yang ada pada Aleesya yang membuatkan aku jadi seperti orang bodoh tak henti-henti memandangnya. Walaupun sedang bercakap tentang perkara-perkara bosan seperti acara dan aktiviti majlis, Aleesya berjaya mendapat perhatian semua orang dengan confidence dan lawak spontannya. For a pretty girl she’s very funny.
Sewaktu semua orang sedang makan aku pergi ke tepi pentas dengan alasan untuk tune gitar. Tapi sebenarnya kerana seat aku membelakangi Aleesya dan aku tak betah makan memikirkan yang dia sedang duduk disebelah Tengku Aliff. Well the great Tengku Aliff never fails kan. Semua orang kenal. Orang famouslah katakan. Semua perempuan cair dengan Aliff dan aku tak rasa Aleesya pun akan immune dengannya. Mungkin aku patut ajak dia menjadi pasangan menari aku hari ini. Besides, Aliff tak akan terlibat dengan acara debutante ball yang sebenar. Dia hanya menjayakanya saja. Tapi mahukah perempuan secantik Aleesya menari bersamaku? Siapalah aku ni kan. Virtually unknown. Bukanya seperti Aliff. Tapi kalau tak cuba manalah nak tahu kan? Sedang aku berdebat dengan diri sendiri sama ada hendak mengajak dia menari atau tidak, Daniel  bangkit dan berjalan kearah Aleesya. Alamak dah ada yang potong line!
Aku menari dengan gadis pertama yang aku nampak di dance floor itu, Melissa teman sekelasku sewaktu sekolah rendah dahulu. Cuma dia saja yang aku kenal disini. Walaupun dah agak lama tak berjumpa kami masih selalu berhubung melalui sms ataupun telefon kerana ayahku memeliki beberapa ekor kuda di Mont Kiara dan Melissa mint menunggang kuda Cuma ladang kuda ayahnya berada di Pahang. Hendak mencari someone specific aku tak ada masa kerana satu-satunya pelajar perempuan yang aku hendak menari bersama, sedang menari dengan Daniel. Argh ni lah padah tunggu lama sangat! Belum sempat habis satu lagu kulihat Syafiq meminta untuk bertukar pasangan dengan Danial. Rude betul mereka ni. Kalau ya pun nak menari bersama janganlah sampai nampak desperate begitu. Walaupun aku sangat-sangat mahu menari dengan Aleesya, aku tak mahu menjadi salah seorang pelajar lelaki yang hanya berlagak sivil tapi sebenarnya sangat hampir untuk berebut menunggu giliran menari dengan Aleesya. Masakan tidak, tak habis lagu dimainkan mereka sudah minta bertukar pasangan. Nevermind, I’ll play this cool.
Mungkin kerana penat diseksa menari dengan pelajar-peljar lelaki yang terlebih hormone, Aleesya terduduk sambil mengurut kaki. Hah, inilah peluang yang aku tunggu-tunggu. Tapi belum sempat aku sampai pada Aleesya Aliff sudah pun menarik kerusi untuk duduk disebelahnya. Kenapalah malang betul nasibku hari . Mereka nampak gembira berbual bersama. Nampaknya Aleesya pun akan jadi salah seorang peminat perempuan yang menggilakan “Tengku Aliff the Great”. Ya, itulah gelaran yang diberikan pelajar-pelajar MCKL yang sememangnya menyanjung tinggi kebolehan Tengku Aliff menundukkan mana-mana gadis. Siapa yang tak tahu sikap Tengku Aliff yang begitu ramai ‘kawan-kawan’ perempuan. Namun tak seorang pun yang bertahan lebih dari seminggu. Kalau Aleesya pun jatuh hati pada lelaki macam ni, she’s not so different after all. 
Ziqry drummer bagi bandku memanggil aku untuk mula menyusun alat muzik diatas pentas. Jazz band yang aku tubuhkan sejak tahun lalu tak mempunyai guitarist. Tapi disebabkan ahli jawatan kuasa memilih untuk memainkan lagu Samsons yang memerlukan pemain gitar elektrik, kami terpaksa menjemput Tengku Aliff yang memang dikenali pandai bermain gitar elektrik. Sememangnya ini bukan genre kami, tetapi disebabkan kebanyakan ahli kumpulan band yang dianggotai Tengku Aliff berada di London untuk program pertukaran pelajar, band kami terpaksa membuat persembahan. Mula-mulanya aku memang tak ada masalah untuk berkerjasama dengan Tengku Aliff tapi sejak hari ni..haii entah lah..Geram betul aku tengok dia berborak dengan Aleesya. Siap beri nombor telefon lagi nampak. Cis! “Weyh Arisz! Kau kenapa? Kalau marah pun tak payah la sampai kau kemekkan botol tu.”Ziqry menegur aku yang sedang menggengam botol air mineral sampai kemek. “Eh mana ada marah.” Aku berdalih, aku memang kurang suka berkongsi cerita dengan orang lain. Walaupun Ziqry antara yang agak rapat denganku kerana kami sebilik, aku masih rasa kurang selesa hendak berkongsi cerita begini. “Alah macam aku tak tahu. Kau jealous Tengku Aliff dengan si Aleesya tu kan?” Ziqry meneka dan tergelak apabila nampak muka terkejutku “Eh nampak sangat ke?” aku bertanya risau jika orang ingat aku sama dengan lelaki desperate yang mengerumuni Aleesya “Tak pun. Aku teka je sebab dari tadi aku nampak kau asyik pandang diorang tu” kata Ziqry sambil membetulkan kedudukan drum set. “Kau rasakan kalau aku mintak nak jadi partner dia ada harapan tak?” tanyaku buat-buat tak endah walaupun sebenarnya aku harap sangat Ziqry beri aku harapan.  “hmm entah la. Maybe, if you play your cards right. Tapi aku dengar dah ada dua tiga orang yang Tanya dia tapi dia kata dia tak decide lagi.” Kata Ziqry jujur. Okay takdelah langsung tak ada harapan tapi harapan yang tipis.
Sewaktu aku menyanyi kulihat Aleesya memberikan sepenuh perhatian. Kalaulah aku dapat menjadi pasangan Aleesya untuk debutante ball itu nanti akan aku dedikasikan lagu ini untuknya. Sewaktu menyanyikan chorus lagu itu, I can’t help but to look at her. Dengan simbahan lampu malap, Aleesya nampak manis sekali. Kami berpandangan untuk masa yang lama sekali sampailah Aleesya tunduk mematikan saat yang cukup manis itu. Aku terdengar jeritan nama Aliff dan baru tersedar yang dia sedang berdiri disisiku untuk memainkan solonya. Alamak malunya aku terperasan! Mesti sebenarnya Aleesya memandang Tengku Aliff yang berdiri disebelahku. Arghh sedihnya! Tapi the show must go on jadi kualihkan tumpuanku kearah sekumpulan pelajar perrempuan yang sedang menari dan menyanyi bersama.
Selesai membuat persembahan aku menyimpan semua instrument ke dalam bus. Hatiku sebal dan sememangnya aku memang hanya terus mahu pulang. Tapi, pelajar yang lain sedang sibuk meminta nombor telefon pelajar-pelajar perempuan atau mengucapkan selamat tinggal. Kulihat Aleesya sedang bercakap dengan beberapa pelajar lelaki. Mata kami bertemu lagi dan kali ini aku sumpah yang dia senyum memandangku. Tiba-tiba Tengku Aliff datang dan menarik Aleesya ketepi sambil menunujukkan  beberapa helai dokumen. Aaargh Aliff ni selalu je potong line! Aku bertekad apa pun jadi aku akan dapatkan nombor telefon Aleesya hari ini.
Aku menunggu masa untuk menegur Aleesya, selepas berbincang dengan Tengku Aliff dia terus mencari guru penasihat kami. Lama benar mereka berbincang, apabila akhirnya mereka selesai aku terus melangkah kearah Aleesya namun tiba-tiba telefon bimbitku berdiring. Arghhh kacau betul! Kulihat nombor Mama tertera diskrin lantas aku terus mengangkatnya “Arisz, are you coming back next weekend? You have to, you know. We have the family fundraiser Next Saturday and I need you home by that Thursday. Arisz cuti on Friday kan sebab hari Wilayah? So I’ll send the driver to pick you up on Thursday evening right after class ok?” Mama terus bersuara tanpa menunggu jawapan dari aku “But mama Arisz ada event on Sunday and I need to attend rehearsal. Ingat tak debutante ball yang Arisz cerita pada mama hari tu?” jelas ku dengan suara separuh merayu. Mama kalau dah buat keputusan bukannya boleh disangkal “Arisz bukan ke berapa kali mama dah cakap. Whatever it is, family comes first. You have to remember that” mama bersuara tegas “Tapi ma, even the Prime Minister is coming. And I’m performing ma” aku cuba untuk memujuk walaupun aku tahu apa jawapan mama “Syed Arisz Arfan Syed Ramli, I’m going to send the driver to pick you up on Thursday and I expect you home by dinner. You can ask the driver to send you back after the fundraiser but not before. Do you get me?” mama member kata putus. Aku mengeluh dan cuma berkata ya sebelum mama memutuskan talian. “Weyh Arisz kau nak kena tinggal ke?” Ziqry memekik dari dalam bas. Bas itu telah pun bergerak dan berhenti di lobi semata-mata untuk menunggu aku. Kulihat Aleesya sudah tiada lagi ditempat tadi. Great..Malang betul nasib hari ini.