I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

In: ,

Cerpen - Andai Ini Takdirku

ANDAINYA  INI  TAKDIRKU

Happy birthday to u min, happy birthday to u….happy birthday to u…...happy birthday to u…..nyanyi kawan-kawanya, sambil tepuk tangan beramai-ramai..
Yasmin hanya senyum, sebaik sahaja nyanyian kawan-kawanya berakhir, dia lantas meniup lilin kek yang berwarna coklat yang dihiasi deretan strawberry diatasnya, kek yang yang dihidang di depannya itu kelihatan sungguh mennyelarakan, tapi dia sedikit pun tidak terasa ingin menjamahnya, entah kenapa saat ini dia terasa seperti  seleranya mati ,walhal perutnya sudah begitu lapar saat ini, dia hanya termenung memikirkan dirinya kini, berfikir tentang usianya, yang makin hari makin tua. Kelihatan kekawannya sedang bergembira sambil leka berbual sesama sendiri, sugguh dia rindu akan suasana ini, tertalu lama masa sudah berlalu, sambutan birthday kali ini sungguh tidak menggembirakan, siapa yang gembira kalau usia sudah menginjak ke angka 28?

Tiba - tiba dia dikejutkan dengan deringan telefon, yang pasti deringan itu bukan dari handphonennya, dia kenal benar ringtone itu, pastinya deringan itu, dari handphone Risya.
Risya, handphone kau berbunyi, jawablah, kataku kepadanya, lantas dia terus menyahut panggilan itu, aku hanya memerhati tingkah lakunya itu, dapat kuagak pangilan itu semestinya dari husbandnya, usai dia menjawab panggilan itu, dia terus berkata padaku, meminta izin ingin pulang dari partyku, alasan nya dapat kuterima, apabila dia berkata, anaknya lapar dan meminta dia terus pelung dan membelikan makanan untuk meraka, aku hanya menganggukkan kepala ku, tanda aku mengerti tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Tiba-tiba aku ditegur pula oleh kawanku yang lain, juga meminta izin ingin pulang, alasanya, husbandnya outstation terpaksa dia pulang awal, risau jika pulang tertalu lewat, anaknya masih kecil lagi, tentu memerlukan penjagaanya, walaupan dia mempunya pengasuh yang cekap, tetapi aku tahu sangat dengan sikapnya yang amat prihatin akan keluarganya, lalu aku mengizinkannya pergi, walaupan dari hatiku cukup berat untuku melepaskan dia pergi, kawanku yang terakhir juga  meminta izin pulang, katanya dia perlu berlepas pergi ke Dubai esok, katanya dia belum pun mengemas barangnya, jadi dia meminta izin untuk pulang segera, aku faham dan melepaskan dia pergi, aku sangat sedih akan pemergian semua kawanku, aku rindu melepak bersama mereka, masing- masing sudah punyai kerjaya sekarang,usia pula dah makin menginjak kearah yang makin berusia tentunya tanggungjawab sudah makin besar ,zaman muda ku sudah berlalu, perlu kuterima kenyataan ini, sungguh sukar sekali hendak kuterima tapi aku terpaksa jua redha dalam keterpaksaan, sungguh aku benci sekali minginjak ke usia ini.

Aku pulang dan membawa kek yang belum sempat dijamah oleh ku, apatah lagi kawan-kawanku yag lain,Ini semua disebabkan alasan-alasan yang diberikan mereka, semuanya pulang awal gara-gara hal yang tak dapat dielakkan. Sungguh aku sedih akan keadaan ini, aku berseorang lagi tika ini.
Sebaik aku tiba dari rumah, telingaku terus diterpa dengan denga kata-kata perlian, dari mak ku., sungguh aku sedih apabila dia berkata, ‘anak dara tua masih merayau- rayau hingga lewat malam, bukan tahu nak ambil peduli hal orang tua meraka, asyik berseronok tak kira masa.’, kata emakku sambil mengjelingkan matanya kepadaku. Aku tahu dia marah padaku, semuanya gara-gara aku berkeras menolak pinangan dari Dr.syukri.
Kata makku, apa lagi yang aku inginkan, sudah lah doktor , baik orangnya, usia pula sudah tua, buat apa lagi nak single, nak jadi andartu ker?ker nak di cop anak dara tak laku?tak senang diuntung, katanya kepada ku, makin menyala marahnya apabila aku menjawab, kataku, peduli apa orang kata, nak kata anak dara tak laku ke, andartu ke, min perduli apa? Min nak hidup dengan cara Min, Min tan nak Mak paksa Min, doktor ke jurutera ker, cikgu ker, Min tak peduli semau itu, impian mim masih tak tercapai, min taknak ada suami selagi impian Min tak tercapai, kataku kepadanya.
Impian apa lagi Min?soal mak.
Impian Min mak, Min nak ada rumah sendiri, Min nak pergi ke macam- macam Negara, Min nak beli beg Prada, Min nak mampu beli apa sahaja dengan duit Min, Min nak ada kereta sendiri, Min dah bosan berulang-alik dari tempat kerja dengan naik Lrt, Min dah bosan dengan istilah berjimat mak, min bosan!,asyik kena berjimat, Min tak nak hidup berserdahana Mak, Min bosan, Min penat dengan life Min sekarag, sudah lah penat balik dari kerja, baliknya Min kena kemas rumah, sudah kemas rumah, kena pula siapkan kerja yang berlambak kat office, asyik tak cukup tidur mengadap kertas kerja, semuanya sebab nak sara hidup mak. Kalau Min dah merasa semua itu sekarang, buat apa lagi Min nak merasa lagi lepas kahwin?Min tak sanggup memikirkan tanggung jawab yang makin besar!, Min tak nak jadi surirumah, Min tak snggup Mak, kataku dengan bersungguh- sungguh.Aku memadang tepat pada matanya, air mata ku sudah mengalir, sungguh aku berharap dia mengerti, tetapi sangkaan ku meleset sama sekali, apabila dia berkata, oh, jadi kau nak jadi orang kayalah, rupa-rupa nak nak jadi orang kaya,kalo kau nak sangat kaya biar mak pergi cari orang kaya, macam itu baru kau puas? Sedarlah sikit, kau dilahirkan dalam keluarga yang bukan berada, tak boleh ker, kau terima semua ituh?usia dah tua, nak lagi macam-macam! Kau tak nak anak ke?seseorang yang boleh jaga kau bila tua? Tak nak ker?seseorang yang boleh doaakan kau bila kau dah mati nanti? Tak takut ke, mati sorang-sorang nanti?, kau satu-satunya anak perempuan mak, semua anak mak yang lain dah kahwin, tinggal kau seorang je……mak nak merasa dukung anak pertama kau, nak merasa belikan baju anak pertama kau, nak merasa menjaga kau bila mengandung dan bila kau berpantang dan mak nak pastikan kehidupan kau terjaga nak, nak melihat kau bahagia, nak melihat kau bersanding, depan mata mak sendiri, mak nak merasa semua itu nak…..Tidak kah kau paham Min?katanya sambil terduduk di atas lantai, sambil cuba mengelapkan airmatanya yang kian deras mengalir.
Makkk……aku mendakap tubuh makku, yang kian menjamah usia, dapat kurasa hembusan nafasnya yang tidak menentu, dapat kudengar esakan tangisan yang kuat, dapat kurasa airmatanya yang jatuh di bahuku, dia memeluku erat, hangatnya pelukannya itu, dapat kurasai. Aku juga turu menangis, mendengar pengakuanya itu, Mak memandangku, diusap kedua belah pipiku, dikucupnya dahklu penuh shadu, bisiknya ketelingaku, terima nak, terimalah pinagan itu, tolonglah….katanya perlahan.
Tidak mak!...tidak….Min tak boleh!,impian Min tak tercapai lagi mak…kalau mati, kat mana-mana pun boleh mati mak, tiap manusia itu tidak ditentukan matinya dimana mak....kaya, miskin bukan itu yang Min cari dari seorang lelaki Mak…Mak..Min tak sekali-kali kahwin dengan orang yang Min tak cinta mak…tolonglah faham mak..tolonglah..buat kali ini Min merayu Mak…tolonglah….kataku sambil berlutut didepanya, tangisanku dibiar sepi, tiba- tiba badanku ditolak kuat oleh Mak, hingga aku tersungkur tepat ke lantai, air mataku mengalir lagi, untuk kali ini, ia makin deras lagi mengalir, Mak memandang ku dengan wajah yang sayu, dapat kulihat raut wajahnya yang kecewa itu, dapat kulihat dia memandang ku dengan pandangan yang sukar ku mengertikan, mungkin kerana aku bukan seorang ibu.
Paginya aku menyapa Mak, dengan ucapan selamat pagi, malangnya sapaanku tidak dibalas, aku cuba untuk memandangnya, dia lantas mengalihkan wajahnya apabila aku cuba menatap wajahnya, marahnya padaku tidak surut lagi, lantas aku terus keluar sambil sempat berkata pada emakku, bahawa aku ingi pergi kerja.
Tiba-tiba aku mendapat idea, untuk memujuk ibuku, aku mendapat idea ini, sewaktu aku membaca keratan akhbar tentang sebuah kolum yang menawarkan harga yang memberangsangkan untuk pergi menunaikan haji , akanku pujuk abang-abangku untuk turut serta pasal soal bayaran, semuanya hanya untuk mak, ku tahu emak ingin sekali menunaikan haji, tambahan lagi musim haji makin dekat.
Bila aku membuka cerita perihal ideaku, pada mak, mak hanya memandang ku, dan berkata, nak….mana boleh bayarkan haji untuk mak, kalau Min tak pergi lagi, Min yang kena pergi dulu, baru boleh bayarkan untuk mak.
Tapi mak…Bukan Min yang bayar, abang yang bayar, abangkan dah pernah pergi haji, Min hanya cadangkan idea aje, kan ini impian mak?
Terima yah?kataku sambil mengurut bahunya perlahan-lahan.Berharap dia tidak marah lagi padaku.
Hurm….bagus juga mak pergi, mak kat sana nanti boleh mak doakan kau dapat jodoh, selalunya doa kat sana mudah termakbul, katanya sambil memandangku, dan menepuk-nepuk bahuku.
Hurm…aku hanya terdiam apabila mak berkata begitu, takut juga kalau kata-katanya menjadi kenyataan.
1 bulan sudah berlalu, aku meneruskan hidup seperti biasa, tiba - tiba deringan telefonku berbunyi, entah kenapa tiba-tiba hatiku berdengup kencang., tanpa sebab,  tetapi aku menjawab jua panggilan itu.

Hello mak.
Mana tahu mak yang call ni?soalnya.
Alah…Min nampak nombor handphone mak tentera kat skrin handphone Min mak…sebab tuh Min tahu.
Ada apa call ni?
Hurm…balik awal malam nih, ada hal mak nak bincang.
Apa dia mak?soalku cuak.
Ikut je…apa mak kata, jangan banyak soal ok, katanya mematikan panggilan telefon.
Aku terdiam memikirkan apa yang dikatakan mak…jangan-jangan sebab doa mak itu? Entah-entah ada lagi orang hantar pinangan lagi? adoiii….pening kepalaku kalau betul…Ya Allah…..berilah aku kekuatan kalau ia benar..tidak tahu lagi apa alasan yang perlu ku utarakan pada mak…Ya Allah…kau tabahkanlah hatiku ini.
Tiba di rumah, aku dijemput makan bersama mak dan ayah, Susana senyap sahaja, raut wajah mak dah ayahku bersahaja, tapi masih terpamer raut keseriusan pada wajah masing-masing.
Aku menyuapkan nasi kedalam mulutku, tiba- tiba mak memecahkan suasan yang sunyi itu, dengan berkata, Min…Mak nak bagitau kau ini….kau dapat 2 pinangan dari orang yang berbeza, dua-dua kaya orangya, elok pula paras wajahnya, terdiri pula dari orang berpelajaran, mak harap benar, kau paham apa mak dan ayah cuba sampaikan, katanya sambil meneruskan suapan makanannya.
Aku terkedu disitu..suapanku terhenti, aku mengeluh berat, aku tahu ini akan terjadi juga, aku diam buat seketika, cuba mengumpul kekuatan.
Mak…Ayah..tolak aje kedua-duanya mak....Min tak nak…keputusan Min muktamad.kataku sambil megemas pinggan mangkuku tanpa melihat wajah kedua orang tuaku.
Mak dah agak kau cakap macam itu.Min…Mak nak Tanya kau sesuatu…
Min percaya tak pada takdir?percaya tak?soalnya?
Aku terdiam apabila ditembak dengan soalan sebegitu.
Min percaya mak, kataku perlahan sambil membasuh pinggan mangkuku.
Min percaya tak pada Allah Min?soal mak dengan wajahnya bersahaja.
Tentulah Min percaya mak, kenapa Tanya soalan macam itu.kataku hairan.
Bagus….mak tahu kau percaya, malam ini buat solat istikarah.katanya ringkas.
Mak….Min tak punya kekuatan nak buat solat istikarah mak…Min takut mak.Kataku dengan nada sedikit cemas.
Buat aja…., kan Min cakap percaya pada takdir dah Allah. Balas emakku.
Mak…sebelum Min buat, Min nak jumpa kedua-kedua orang itu mak…. Boleh?
Boleh aje Min…mak akan aturkan.
Aku diam dan berlalu pergi, berat rasanya kakiku hendak melangkah ke biliku.
Perbincangan aku dan makku, tadi masih bermain di minda ku, sungguh aku tidak boleh tidur tika ini, walaupun hari sudah larut malam, mataku tidak boleh lelap jua, aku baring sambil menghadap siling, aku diam dan mengeluh memikirkan nasibku yang terlalu kabur ini.
Hurmm……takdir?Ya Allah…inikah takdirku?aku tidak bersedia lagi Ya Allah impianku tidak tercapai lagi, tidak aku dapat membeli rumah lagi, semaunya gara-gara aku perlu membayar hutang ptptn.Kereta pun aku tidak dapat beli lagi.huh…aku megeluh lagi.
Andainya ku tahu apakah takdir yang bakal menantiku kan bagus. Tidaklah perlu aku resah begini.
Keesokkan paginya aku disoal dengan soalan yang dapat kujangka dari ayahku mahupun ibuku.
Dah buat solat istikarah nak?soal ayah?
Belum yah, kataku malas.
Min…..kalau takdir itu bukan seperti yang Min sangkakan dan kalaulah takdir itu boleh kita pilih, sememangnya senanglah kehidupan semua manusia ni kan Min?. Katanya sambil menarik tanganku dan menyuruhku duduk, Min….bukan semua apa yang kita rancangkan akan terjadi dan walau berpuluh kali pun Min cuba merancang segalanya supaya ianya terjadi macam yang Min mahu itu semua tetap tak akan terjadi jika itu bukan yang Allah rancangkan untuk Min. Allah lah yang merancang segala takdir manusia Min. Min kena redha tahu, redha jika takdir yang ditentukannya tidak seperti yang dirancangkan oleh Min. Mana mungkin insan sekerdil kita boleh melawan takdir yang telah ditentukannya?,  walau sekuat mana pun Min, takdir Allah Min tak boleh lawan, katanya sambil memandangku, dan memegang kedua-kedua tanganku erat.Min pikirlah, Min dah dewasa, sudah sampai masanya Min menjadi diantara orang yang berfikir.
Seminggu berlalu, perasaanku masih keliru, solat istikarah tidak kubuat, aku mendapat tahu bahawa malam semalam sekali lagi ada orang yang meminangku. Aku kira peminanganku yang selalu ku terima ini adalah berdasarkan tarikan fizikal semata-mata, bukan untukku membangga diri tetapi sudah terlalu ramai yang kata wajahku seperti iras-iras wajah Rozita che wan. Oh..dan kebanyakan kawan-kawanku berkata meskipun aku mempunyai seraut wajah yang lawa tetapi sayang….aku bukanlah seorang yang mudah didekati. 

Sekali lelaki cuba mendekati, pantas aku melarikan diri  dan kata mereka  aku terlalu amat mlindungi diri dan terlalu tegas dengan pendirianku. Entahlah…aku tidak peduli apa yang orang sekeliling fikirkan. Aku hanyalah aku, yang bergerak dengan caraku sendiri.  Aku hairan, kenapa ketiga-tiga lelaki yang meminangku terdiri dalam keluarga berada….adakah semuanya  hanya kebetulan semata-mata bahawa ibu kata aku mahu kahwin dengan orang kaya? Adakah ini adalah doa ibuku dari tanah suci tempoh hari? Entah….mungkin ini hanya kebetulan…fikirku. Lantas aku tekad , tidak ingin lagi aku membiarkan keadaan ini berlarutan, perlu kujumpa ketiga-tiga jejaka ini.
Lelaki pertama akan kujumpa di restoran Subway, di Times Square tempat yang aku aturkan.
Kulihat seseorang yang memakai kot hitam, di dalamnya  kelihatan kemeja hitam berjalur  putih. Ku amati wajahnya makin dekat. Dan alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat seraut wajah yang cukup kukenali. Membuatlkan aku sendiri terkejut dan terkedu.  Manakan tidak dia adalah antara rakan baikkuku sewaktu di kolej dulu!.
U Imran?soal ku?
Yes I am. Katanya sambil duduk di hadapannya. kelihatan senyumannya melebar apabila aku menegurnya.
I gembira u masih ingat I.
Hurm….i rasa pelik.kataku sambil memandang tepat kearahnya.
Dia hanya tergelak kecil, sambil melemparkan senyuman yang sangat manis.
U rasa  pelik?I tak terkejut u cakap macam tu. So I nak Tanya u nih, u terima tak pinangan i?katanya penuh berharap.
Aku hanya berdiam diri diam dengan soalannya itu…..
Imran, imran….….i peliklah dalam banyak-banyak lelaki kat dunia nih, kenapa u yang pinang I?Sudah bertahun kita tak jumpa, macam mana u tahu alamat rumah I?
Min…..u tak jawab lagi soalam I?
I  tak tahu Im!…I…keliru. Untuk pengetahuan u, bukan u sorang yang pinang I.
I tahu Min, mak u ada kata, I orang kedua yang Pinang u….siapa yang lain itu, I tak nak tahu, yang I ingin tahu hanya jawapan u. Dan oh ya tentang alamat rumah u tu..tak perlulah u tahu. Katanya serius.
Hurm…Im…I tak cintakan u…u betul-betul serius ke nak I sebagai isteri u?I tak pernah bercintapun dengan U.
Kalau I tak serius, takdelah I pinang u, katanya ringkas.
I need time to think about ur proposal. I kena jumpa pula laki pertama dan ketiga hari ini. Lepas itu baru I buat keputusan.I harap u Faham. So….i nak mintak diri dulu, kataku ringkas tidak mahu memanjangkan perbualan.
Lelaki pertama yang aku jumpa kali ini ialah bertempat di Klcc,  Aku pilih meja yang sedikit tersorok, aku tidak mahu tempat yang banyak tumpuan, aku sememangnya suka tempat yang sedikit tersorok, ia sudah sememangnya tabiat ku setiap kali aku pergi ke restoran.
Tiba-tiba bahuku dicuit oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas dan seraut wajah yang sungguh familiar aku rasa.
Aku kenal benar wajah itu, wajah yang kerap sekali terpapar di dada-dada akhbar. ‘Arghh…aku bingung…takkanlah lelaki ini yang melamarku?. Sungguh aku tak mengjangka lelaki sehebat dia akan melamar perempuan seperti aku..
U….U kan anak tan sri? Err…anak….menteri  kan? Tanyaku gelabah.
Dia hanya tergelak kecil, dan berkata, kenapa tak percaya ker?yelar anak menteri tak boleh ker melamar perempuan macam U?. Kenapa I tak cukup layakkah?. Katanya bergurau.
‘Eh…bukan…bukan..I tak maksudkan macam tu.. Cuma…..i peliklah…takkanlah orang macam u nak pinang orang biasa macam I?.
Hurm…..Soalan u tuh..i tak boleh jawab….sememang I tak memandang darjat Cik Yasmin.katanya yakin.
Hurmm…ok…by the way u boleh panggil I Min jer…I selesa begitu kataku tenang.
Oh, ok…Min….umur I dah 30….memang I tak terpikir lagi untuk berumah tangga Min.,,jujur I kata, I pun tak terpikr pada mula-mulanya. Tapi…..segala-galanya berubah bila…I pergi ke mekah, di situ I terlihat sepasang suami isteri yang sudah tua, kelihatan mereka berpimpin tangan  dan I kira suasana itu kelihatan sungguh romantik sekali. Entah kenapa tiba-tiba hati  I terusik bila I lihat pasangan  yu..isterinya itu cuba menyuapkan perlahan-lahan air untuk  suaminya minum. Memangdangkan suaminya sudah uzur dan mempunyai kepayahan untuk minum dengan sempurna jadi isterinya menyuap perlahan-lahan dan begitu teliti. Betapa I lihat Isterinya itu sungguh mengambil berat akan keadaan suaminya.
Dalam diam…I berfikir alangkanh bahagianya I kalau I mempunyai isteri yang begitu mengambil berat akan I, meyayangi I seperti itu. Dan ketika itulah hati I  tiba - tiba terusik untuk berdoa  kepada Allah.
‘Ya Allah, andai kau temukan aku jodoh, tunjukkanlah dia padaku, dekatlah hatinya kepadaku, siapapun dia, bagaimanapun rupanya, sifatnya, latar belakangnya, akan ku redha akan segala yang kau tentukan, tentu kau lebih tahu, apa yang terbaik untukku Ya Allah. Aku pasrah siapa pun jodohku, akan ku terima sepenuh hati,  andai dia tercipta untukku.
Seminggu selepas itu, Mak I panggil I, dan dia cakap dekat I sesuatu yang I dah lama fikirkan. Iaitu tentang jodo I. Mak I cakap…
‘ mak nak Zarieal bahagia macam mak nak’.
Maksud mak?soalku?
Mak hanya senyum, dan berkata, bahagia macam mak dan papa.ni Mak ada 4 keping gambar perempuan yang mak nak jodohkan untuk Riel.
I time tuh terkejut…yela.. tiba-tiba mak I buka  cerita tentang soal jodoh.
Hurmm…habis tuh apa kaitan semua itu dengan encik….???maaf I tak ingat nama u..mak ada bagitau nama u….err..tapi I tak ingat…kata ku perlahan.
Nama penuh I Zarieal Zaquan bin Tsn sri murshid, katanya sambil tersenyum simpul.
Soalan u tadi….memang ada kaitan dengan u tuh.
Nak tahu kenapa?
Yer..kenapa?
Sebab gambar u ada dekat salah satu yang Mak I tunjukkan kat I…entah kenapa saat I tengok gambar U…hati I kuat .mengatakan u lah I jodoh I.  Entah kenapa hati I merasa sesuatu tentang u..arghh….i tak tau macamana hendak terangkan. Tapi..yelah..i tak tahu kenapa hati I kuat mengatakan yang u adalah jodoh I.
 Hurmm….tah tahulah begitu rupanya kisah u….macam mana u boleh pasti I lah jodoh u?
Hurm…soalan u tuh, sukar I nak jawab. Tengtang perasaan I  tu..memang sukar I  nak ungkapkan.dengan kata-kata. Itu je yang I boleh jawab sekarang, Mungkin Allah lebih tahu mengapa I rasa begitu. Katanya perlahan dan tenang.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon, aku lantas menjawab panggilan itu, dan aku tersedar aku sudah terlambat untuk berjumpa dengan lelaki ketiga, lantas aku meminta izin ingin untuk pergi.
I pergil dulu yer, I perlu berjumpa lelaki ketiga pula, I harap u faham.
Oh, Cepatnya masa berlalu, kalaulah masa masih panjang ingin I lebih lagi megenali u dengan lebih dekat.So..biarlah I mengiringi u pergi hingga ke kerata…setiap adam perlu melindungi hawanya kan?katanya sambil tersenyum manis.
Aku hanya menganggukkan kepalaku, tanda ku bersetuju akan kata-katanya.
Aku jumpa pula dengan lelaki Ketiga ini, tidak ku sangka dia mahu mengajakku berkelah. Aku menolak lembut akan ajakannya, alasanku adalah kerana tidak mahu berjumpa ditempat yang tersorok..yela..ia takut mengundang fitnah nanti.
Dia senyum dan berkata, siapa kata kita akan jumpa di tempat yang tersorok?
Habis tuh di mana? soalku binggung.
Di tempat yang terdapat banyak kegembiraan.,hurmmm maksud I tempat yang banyak kanak-kanak. I suka betul akan kanak-kanak.katanya sambil membukakan pintu untukku masuk ke dalam kereta.
Lelaki kali ini, Ku lihat amat menarik pada padangan mataku, pakainya sungguh kemas sekali, gayanya sungguh bersahaja, badanya yang bidang sungguh menambahkan lagi daya tarikannya.
30 minit selepas itu, kami sampai ditempat yang dituju, sememanganya tempat ini terdapat begitu ramai sekali kanak-kanak. Dapat kulihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang kejar-mengejar antara satu sama lain,  dapat kulihat juga dedaun berguguran di merata tempat ia kelihatan begitu indah sekali dari pengamatan mataku. Mungkin kerana di taman ini terdapat banyak bunga yang menghiasi deretan sekililing taman ini. Haruman bunga begitu kuat menusuk hidung ku, sungguh aku suka akan bau yang harum ini.
Dia menyuruh ku duduk setelah usai dia membentangkan karpet dan menyusuan buah-buahan yang ada didepan ku.
Lantas ku mengambil buah strawberry yang dihulurkan padaku darinya, aku senyum dan lantas memulakan bicara, tidak ingin memanjang masa ku dengannya, sungguh aku letih dengan pertemuan dari ketiga-tiga orang jejaka itu hari ini..
So….I nak tahu sangat…kenapa u nak lamar I? U kenal I ker  ?I tak pernah jumpa U pun ,kataku sambil memandang tepat kearahnya.
U silap kalau u fikir u tak pernah jumpa I, U tak ingat I lagi ker?soalnya.
Tak..pun..yeker…I pernah jumpa u?kalau betul dimana yer?soalku.
Hurmm….tak apalah..U sememangnya tak ingat… apa nak buat, I bukan sesiapa bagi U kan..katanya dengan nada yang sedikit lirih.
Alah..u jangan kecil hati…im sorry ok…I betul-betul tak ingat…cakap lah…bila I pernah jumpa u?nak juga I tahu.
Ok…hurmm…kat tempat makan, I jumpa u..time tuh, I makan dengan kawan U…U pun ada sekali time tuh..I cuba bercakap dengan u…u jawab macam acuh tak acuh jer, time tuh…nampak sangat u tak nak layan I. katanya..
Lah…u janganlah kecil hati ok..i memang macam itu, kalau I tak kenal,I memang jenis tak mesra orangnya, I bukan peramah, kataku, berharap benar dia faham.
Tak apa..i faham..kawan u ada cakap.Tap u tahu tak, sejak tukan.. I selalu melawat kawan u kat office, sebab I nak tengok u…tengok dari jauh pun I dah puas hati dah…
Hurmm…boleh I tanya satu soalan tak? tanyanku dengan rasa ingin tahu yang meluap-luap.
Hurmm..apa dia?
U ker yang selalu hantar bunga kat office I?
Yup…memang I orangnya.
Tapi I tahu u tak pernah bawa balik bunga tuh kan?
Mana u tahu?tanyaku.
Kawan u yang cakap.
I Memang  tak nak bawa balik, sebab I tak nak terima pemberian dari sesiapa yang I tak kenal dari orang yang  I tak cinta. Itu memang prinsip I dari dulu lagi. Kataku tegas.
Eh…cuba u tengok jam….dah asarkan?katanya tiba-tiba sambil berdiri megeliat kecil, tentu sebab lama sangat duduk tadi.
Jom solat sama-sama, dekat situ ada masjid.tunjuknya padaku.
Hurmm…ok.
Sebelum aku memasuki perkarangan pintu masjid, dia sempat lagi berkata, dekat dalam nanti jangan lupa doa tentang jodoh U ya.., siapa pun yang U pilih akan I terima dengan redha, andai u bukan jodohkan I, akan I lupakan kan u dan kalaulah  U sememangnya bukan diciptakan untuk I I akan memahami dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Kerana I percaya hanya Allah lebih megerti apa yang terbaik untuk hambanya, katanya sambil berlalu pergi untuk mengambil air wuduk.
Malam itu aku tidak dapat tidur, sungguh aku rasa keputusan ini begitu sukar untuk kubuat. Padaku ketiga-tiga lelaki ini amat matang malah perwatakan pun manarik, tetapi tiada satu pun yang ku cinta atau tertarik..
Aku bingung, aku takut untuk membuat solat istikarah.kerana aku tahu apabila aku membuat keputusan ini, ia akan megubah seluruh kehidupanku.
Aku takut memikirkan yang aku perlu berkongsi seluruh hidup ku dengan seseorang bergelar suami! Bukan sahaja berkongsi seluruh kehidupanku, malah diriku sendiri!...…Ya Allah kau kuatkanlah semangatku ini.

Aku tidak boleh tidur hingga pukul 4 pagi, sudah banyak novel ku baca tapi tiada satu pun yang mampu menutup resah dihatiku. Lantas aku mengumpulkan seluruh kekuatan yang ada padaku da ku pulas tombol pintu bilik air untuk air wuduk.
Habis solat, aku lantas berdoa.
‘Ya Allah berikanlah aku petujuk, siapa yang harus aku pilih? Siapapun yang kau tentukan akan aku terima dengan redha apa. Akan ku cuba untuk menerima takdir yang kau telah tentukan untukku. Akanku pasrah akan apa sahaja rintagan dan halangan yang kau berikan sepanjang aku  bergelar isteri. Amin.
Genap 4 bulan berlalu, majlis perkahwinan ku kini, meriah sekali.
Kelihatan emakku dan ayahku kelihatan germbira. Sesekali dapat ku lihat mereka keletihan letih   melayan tetamu.Namun senyuman di bibir mereka tidak berhenti terukir..
Aku penat melayan kerenah tetamu, yang tidak habis-habis mahu bergambar denganku bersama suamiku.  Segan pula rasanya apabila dia dengan selambanya memeluk erat pinggangku, sambil bergambar.
Tanganya tidak lepas memegang  tanggaku, dibawanya aku kemana sahaja dia pergi.Aku sedikit segan dan tak selesa apabila dia memangil ku dengan pangilan ‘hunn,’ tahu sangat akan maksud panggilan itu. Dia mencium pipiku, terkejut benar aku, apabila dia dengan selambanya mencium pipiku! sungguh aku tak selesa diperlakukan begini.. Dia hanya mengenyitkan matanya apabila aku cuba menepis lagi ciumanya sekali lagi. Aku tahu dia hanya berniat untuk mengusikku, saja ingin bergurau barangkali. Manakan tidak aku hanya senyum dan berdiam diri sepanjang hari ini.
Pukul 12.00 malam mak menegur aku, apabila melihat aku memundar-mandir di depan bilik tidurku..’arghh.. tentu dia tahu aku resah!’.
Min kenapa tak masuk lagi bilik tuh?
Dari tadi mak lihat asyik memundar-mandir depan pintu jer. Min takut yer?
Min…mak tahu Min masih tak boleh terima semua ini, Mak tahu, tapi Min… tak semua apa yang dirancang akan terjad dan Min terimalah dengan redha ya? jadilah orang yang tabah dan beriman Min. Kata emakku cuba mengingatkan akan tanggunjawab yang tergalas di bahuku kini.
Aku hanya berdiam diri mendengar kata-kata nasihat yang keluar dari mulut ibuku. Reaksi berdiam diri membuatkan dia menyambungkan lagi kata-kata nasihatnya apabila aku hanya berdiam tidak memberikan sebrang reaksi..
‘ Min ingat lagi tak? Yang Min ada kata selagi impian min tak tercapai Min tak mahu kahwin kan? tengoklah sekarang min?tengok sekeliling Min ni. Semua impian Min telah tertunai.
Min tahukan rumah banglo ini suami tuliskan atas nama Min? dan yah…hantaran  untuk Min dia bagi Min kerata? Dia ada kata kata mak tau..yang bila time  honeymoon nanti dia nak bawa Min honeymoon kat beberapa negara tau.
Kiranyalakan Min semua impian Min dah tercapailah kan?. Dulu punyalah  susah Min nak capai impiam Min. Tapi Min tengok sekarang ni….. semua yang Min impikan dah tercapai Ini semua takdir Min..Min kena redha akan apa jua perkara yang telah ditentukan olehnya. Pasrah  saja ok?
Masuklah bilik itu Min, usah diragu lagi, dia husband Min  sekarang. kata mak sambil memeluk tubuhku erat, di usap-suapnya belakang tubuhku lembut. Di ciumnya dahiku sebelum mengucapkan selamat malam.dan ku turut juga membalas ucapan selamat malam padanya.
Dari jauh aku melihat bayangan mak makin mehilang, aku masih didepan pintu. Aku cuba megumpul kekuatan untuk berdepan dengannya, takut aku memikirkan malam pertamaku.
Zariel zaquan akan ku kucuba untuk membuka pinta hatiku, akan kucuba untuk menjadi isteri yang terbaik untukmu.
Lantas pintu kubuka dengan perlahan - lahan., dan  terjengnul seraut wajah yang bersih itu. Baru ku perasan kini dia memiliki raut wajah yang amat menarik dan sewaktu aku mengenali keluarganya aku baru tahu dia Ayahnya adalah seorang berdarah campuran  arab, tak heranlah dia memilikan sepasang mata hazel yang cantik!.
Dia datang kepadaku, aku kaget… takut sekali melihatkan tubuhnya yang kian hampir denganku.
Ku cuba menjarakkan diriku darinya. Tetapi dia pantas menarikku ke dalam pelukannya, enggan melepaskanku. Pelukanya erat sekali, dapat kurasai hangatnya pelukanya.
Aku memejamkan mata, untuk mengumpulkan segala sisa kekuatan untuk berhadapan dengan situasi seperti ini.
Dalam hati aku berdoa.
‘Ya allah berikan aku kekuatan, tabahkanlah hatiku ini. Aku pasrah dalam redha..’ Kini bermulalah episod kehidupanku bergelar isteri. Semoga aku dapat mengharungi situasi ini dengan tabah.

-Tamat-
Ditulis oleh Iena D twinnie ^^


In:

BAB 4

Bab 4,
5 Februari 2005
Aleesya bangun awal pagi untuk menolong Pn Rodziah didapur. Walaupun mempunyai dua orang pembantu rumah, Pn Rodziah lebih suka memasak sendiri. Cucu perempuannya itu pula suka menolongnya didapur. Walaupun baru memcecah usia 16 tahun Aleesya sudah mampu masak standing kedua-dua pembantunya itu. Pn Rodziah tersenyum bangga melihat cucunya dengan cekap menyiang ikan dan memotong sayur. Walaupun dilahirkan serba mewah, Pn Rodziah diajar untuk membuat kerja-kerja dapur oleh ibunya. Dia siap dihantar kekelas memasak dan menjahit. Oleh sebab itu, dia mendidik Aleesya untuk tidak bergantung pada pembantu rumah sahaja.
Mereka sekeluarga sedang enak menjamu sarapan pagi didapur bila tiba-tiba loceng dihadapan rumah ditekan. Seorang budak lelaki India tercegat dihadapan pintu sambil memegang tali dengan belon berwarna merah jambu dan berbentuk hati.  Adam keluar dan bercakap dengan budak lelaki tersebut dan kemudianya masuk kedalam rumah dengan membawa belon itu bersama. Semua yang berada didalam rumah kehairanan. “Abang ni dah buang tabiat ke tiba-tiba nak main belon?”Aleesya mengusik abangnya. Tiba-tiba Adam menyerahkan belon itu pada Aleesya dengan muka ketat “It’s for you. Bak kata budak itu tadi, ada abang handsome bagi dia rm10 untuk bagi belon ni pada adik” Aleesya kelu. Apabila dipusingkan, belon itu tertulis dengan perkatan “would you” Aleesya semakin hairan “Would you?Would I what? Tak faham lah. Scarynyeh abang, macam ada stalker pula” Aleesya mendengus. Pn Rondziah dan Cik Dah sudah tergelak-gelak melihat reaksi Aleesya. Itulah Aleesya, cepat gelabah dan paranoid. Tapi hanya ditunjukkan pada orang yang rapat padanya saja. Dengan orang lain, Aleesyalah paling pandai berlakon selamba. “Alah Syasya, dah ada orang yang minat tu terima aja lah” Cik Dah mengusik Aleesya. “Jangan-jangan would you be my girlfriend kot adik?” Adam meneka “Jangan merepek la abang.  Dah la malas adik nak layan abang ni” kata Aleesya sambil berjalan ke arah bilknya.
“Adik abang nak pegi tengok-tengok gitar dengan Aliff. Ada nak ikut tak?” tanya Adam pada Aleesya yang sedang berlatih beberapa gerakan ballet didalam bilik yang diubah suai untuk membolehkan Aleesya berlatih dirumah. “Aliff? As in my friend Aliff?” Aleesya bertanya hairan. Sejak bilalah abangnya itu baik dengan Aliff sedangkan mereka baru berjumpa semalam. “Ye la, siapa lagi. Ho told me he played electric guitar and I told him I’ve been wanting to buy a new Fender but I don’t know any good shops here” terang Adam. “Abang ni memang. Mengada-ngada, dah duduk KL nak dekat 2 tahun pun still tak tahu semua tempat. Tu lah, sikit-sikit asyik balik Singapore je” Aleesya mencemik muka pada Adam “Salah ke kalau sayang Negara sendiri? Anyway adik kena ikut jugak sebab Mak Tok ada mesyuarat persatuan sampai malam. Cik Dah keluar pergi jenguk adik dia. Bibik pun cuti hari ini dan esok. Nanti adik sorang-sorang dengan stalker baru tak takut?” Adam menakut-nakutkan Aleesya “Abangku sayang, kalau nak adik ikut cakap je lah. Tak payah nak takut-takutkan orang. Abang tahu adik bukan penakut kan?” Aleesya berkata sambil mencampakkan sebelah kasut balletnya pada Adam “Eh betullah orang cakap apa. Cepat sikit siap. Aliff kata dia dah nak sampai tu” kata Adam sambil tergelak-gelak. 

In:

BAB 4 - ARISZ

Arisz
Sebenarnya aku menelefon Aleesya hanya kerana cemburu yang teramat sangat pada Aliff kerana menghantar Aleesya pulang ke rumah dan diundang makan bersama pulak tu. Mesti dia hendak berlagak dengan kereta barunya itu. Disekolah tadi semua orang terpegun apabila sebuah BMW dengan riben besar diatasnya diberikan kepada Aliff. Mentang-mentanglah aku belum boleh memandu. Bukannya aku tak pernah minta papa ajarkan, tapi jawapannya sama. Tunggu sehingga aku cukup umur untuk belajar memandu. Mama pula melarang keras aku cuba-cuba menggunakan kereta-kereta dirumah.
Entah kenapa perasaan cemburu yang meluap-luap membuatkan aku perlu mendengar suara Aleesya. Tapi apabila dia menjawab panggilan tadi, aku mati akal pula. Tak tahu nak cakap apa! Aleesya pula tiba-tiba menyebut nama Melissa, terus aku teringat tentang apa yang papa baru beritahu tadi. Jadi aku gunakan alas an itu. Jangan dia ingat aku menelefonnya hanya untuk bercakap dengan Melissa dah la. Nanti dia ingat aku sukakan Melissa pula.
Sakit telinga aku bila mendengar gossip-gossip tentang Aliff dan Aleesya disekolah sejak semalam. Semua orang berkata yang mereka memang pasangan merpati dua sejoli. Argh persetanlah. Aleesya sudah pun menerangkan tentang itu. Tapi aku agak pasti yang Aliff menyimpan perasaan pada Aleesya. Jika tidak, masakan dia mahu menghantar Aleesya dari Sg Buloh hingga ke Bangsar. Aku perlu melakukan sesuatu, dan aku perlu melakukanya cepat. Aku tak mahu dia pergi ke Debutante Ball dengan lelaki lain.
“Arisz call siapa tadi? Mama tengok Arisz tersengih-sengih. Lepas tu berangan pulak. Who’s the lucky girl?’ mama menyapa aku sambil duduk di sofa sebelah “Haha, mana ada lah mama.” Aku berdalih. Rasa canggung pula hendak bercerita tentang hal ini dengan mama. “Alah, Arisz tak payah tipu mama. Tengok pun mama tahu” mama berkata sambil tersenyum. Aku risau dengan reaksi mama. Manalah tahu kalau mama marah dan melarang aku bercinta dibangku sekolah ini. Aku pura-pura menguap dan meminta diri  untuk masuk kedalam bilik.
Sebenarnya aku terasa handphone ku bergetar tadi, mesti mesej dari Aleesya. Aku membalas mesej Aleesya dan mencapai gitar disisi katil. Entah kenapa, tapi Aleesya memberi aku ilham untuk mencipta sebuah lagu.
Sedang asyik aku membuai paerasaan melayan gitar, pintu bilikku terbuka. Mama menjengulkan kepalanya kedalam bilik. “Apa yang Arisz bising-bising malam-malam buta macam ni? Dah-dah la tu melayan gitar. Bukan ada faedahnya pun. Baik Arisz belajar lagi bagus. Arisz main gitar tak ke mana pun, bukannya belajar disekolah muzik” bebelan mama ibarat belati yang menghiris hatiku, bukan aku tak pernah meminta dihantar ke kelas muzik, tapi mama dan papa yang tak benarkan. Membazir masa dan duit katanya. Dia lebih senang aku duduk dirumah belajar. Aku meletakkan gitar disisi meja dan baring diatas katil diam sahaja membiarkan mama pergi. Sewaktu aku membesar, jarang aku dan kakak dibenarkan keluar bermain bersama anak-anak jiran. Mama bergaduh dengan jiran belakang rumah kerana pembantu rumah mereka suka menjaga tepi kain orang katanya.  Sekali sekala baru kami dapat bermain dengan sepupu-sepupu yang datang melawat. Disekolah pun mama dan papa kurang menggalakkan kami menyertai aktiviti kokurikulum. Aku pandai bermain tennis pun kerana selalu mengikut Ayah Su ke Country Club. Dan tahun ini buat pertama kali nya aku mencatatkan sejarah  mewakli sekolah untuk sesuatu pertandingan.
Oleh kerana sejak kecil aku sudah biasa bermain bersendirian, aku kurang pandai hendak mencari kawan disekolah. Aku lebih betah duduk berseorangan melayan gitar dari bersosial bersama teman –teman sekelas. Walau di MCKL ini pun, aku hanya rapat dengan band mates ku sahaja. Bukan aku tak cuba untuk bergaul dengan mereka yang lain. Namun aku rasa kekok dan canggung. Kalau lelaki pun aku sudah merasa begitu, apatah lagi perempuan. Selain Melissa, aku tak mempunyai rakan-rakan perempuan yang lain. Maklumlah sejak sekolah rendah aku bersekolah disekolah semua lelaki. Tiba-tiba handphone ku bergetar lagi, Aleesya membalas mesej. Aku tersenyum, esok aku akan memulakan rancanganku. Tapi malam ini aku perlu menghubungi Melissa. 

In:

BAB 3 - ALEESYA

Aleesya
“would you agree to go to the ball with me?’
Aku masuk kedapur dan terus ditarik nenek dan Cik Dah, pembantu rumah kami yang sudah berkhidmat untuk keluarga kami sejak aku belum lahir lagi. Dia sudah seperti ibu ketigaku selepas mak tok. “Syasya siapa si Aliff tu? Boyfriend Syasya ya?” mereka bertanya serentak membuatkan aku tergelak “Bukanlah mak tok, Cik Dah. Dia tu kawan syasya je. Langsung tak ada kena mengena dengan boyfriend. Lainlah Arisz” aku berkata sambil tersenyum “Hah Arisz mana ni?” Mak tok ertanya dengan muka curious. Aku memang memberitahu semuanya pada Mak tok yang akan memebritahu semuanya pada CIk Dah. Jadi sama sahaja kalau aku bercerita pada mereka berdua. “Nantilah Syasya cerita. Kita ada tetamu ni” aku mengingatkan mereka. “Sayang kamu tak suka si Aliff tu. Cik Dah suka betul dia. Hormat orang tua, dah la tu muka macam hero cerita Korea!” Ck Dah berkata dengan bersungguh “Tu la, Mak tok pun suka dia Syasya. Sopan aja Mak tok tengok. Macam budak baik-baik”  Mak tok pula bersuara membuatkan aku tergelak. Teringat pula tadi Tengku Aliff mengajak mereka berhenti sembahyang di surau Petronas kerana telah masuk waktu Maghrib. Selain abang, inilah pertama kalinya Aleesya berjumpa lelaki yang menjaga solatnya. “Memanglah baik Mak tok. Pasal tu la Syasya suka berkawan dengan dia. Kawan aja taw tak ada yang lebih dari tu” aku berkata sambil membawa hidangan ikan sweet sour yang dimasak Mak tok ke meja makan. Aliff sedang berdiri sambil melihat potret keluarga yang tergantung di dalam dining room rumah Mak tok. “That’s my grandpa and my grandma. And that’s my dad and my mum and this is my big brother and me” aku menunjukkan dia ahli keluargaku “Wow no wonder you tinggi. Tengoklah your dad and your grandpa.” Alif berkata sambil ketawa. Dalam gambar itu jelas sekali nenek dan mummy nampak kecil jika hendak dibandingkan dengan atuk dan daddy. “You tak tengok my brother lagi. He’s just as tall or even taller than you are” Aleesya berkata sambil ketawa “Kejap lagi bolehlah Aliff jumpa dia. Adam cakap dia balik minggu ni” Mak tok mencelah “Abang balik?Yeay! Dah lama Syasya tak jumpa abang” Aleesya melompat gembira “Syasya ni mengada aje Aliff. Baru minggu lepas dia jumpa Adam. Abang tu belajar dekat Sunway je belum pergi UK lagi Syasya” Cik Dah pula mencelah “Aaaww adik you miss me?”  Abang tiba-tiba muncul di pintu dining room samabil meletakkan beg galasnya di meja kecil. Aku terus meluru pada abang dan memaut lehernya “Abang! Abang tak cakap dengan adik pun abang balik minggu ni!” aku memeluk abang erat. Sememangnya abang sangat memanjakan aku, tiba-tiba aku termalu bila terasa diri diperhatikan Aliff. Terlupa pulak yang dia ada disini. “Abang this is my friend Aliff, Aliff this is my big brother Adam” aku memperkenalkan mereka. Tiba-tiba abang menyekeh kepalaku dan memusingkan aku kebelakang dan berbisik “Ohh kecik-kecik dah pandai bawak balik boyfriend ya!” aku menolak tangan abang tapi peganganya pada leherku cukup kuat “Sakitlah abang. Dia tu cousin Ika lah. He’s just a friend, seriously!” sebaik sahaja aku berkata begitu abang terus melepaskan aku dan berpusing sambil tersenyum pada Aliff “Hye nice to meet you, im Adam” abang berkata penuh sopan. Cis hipokrit punya abang. Dah tahu yang Aliff tu kawan dan bukan boyfriend baru dia hendak berbaik-baik. Aku menggosok leherku yang masih sakit kerana disekeh tadi.
Selesai makan Cik Dah menghidangkan kopi dan kek buah untuk pencuci mulut. “Hah ALiff cuba rasa kek buah ni. Aleesya yang buat. Kek buah ni memang specialty dia taw” Mak tok berkata sambil memotong sekeping kek untuk Aliff “Oh ni kek yang buat dua minggu lepas kan? Mesti rasanya dah sebati” aku berkata. Aku menggantikan brandy dengan malt tonic untuk mematangkan rasa kek buah tersebut.  Itulah sebab ia perlu dibiarkan matang untuk satu atau dua minggu supaya rasanya lebih sedap. “Wahh sedapnya kek ni. Umi paling suka kek buah taw” Aliff berkata pada aku “Oh kalau macam tu nanti I bungkuskan sikit untuk auntie.” Aku berkata sambil bangkit untuk membungkuskan kek buah “Eh tak payah susah-susah la.” Aliff berkata risau “No it’s the leastI can do after you hantar I balik and help me with the sponsors” aku berkata sambil tersenyum. Dari dapur aku terdengar abang berbual dengan ALiff kemudian mereka ketawa besar. Wahh nampaknya abang boleh ngam dengan ALiff. Agak-agaknya abang boleh ngam dengan Arisz ke tak? Aku membungkus kek buah dalam kotak cantik yang aku ambil dari atas rak dapur. Mak tok memang suka memasak untuk tman-temannya, oleh itu banyak” kotak dan bekas cantik yang ada didapur untuk digunakan sebagai bekal makanan.
“Nah ni keknya. Kirim salam pada auntie and uncle ya. Terima kasih again” aku berkata pada Aliff sewaktu dia hendak pulang “Thank you for having me over Mak tok. Sedap betul dinner tadi” ALiff berkata sambil menyalam tangan Mak tok. “Thank you la Aliff hantar Syasya balik ni. Kalau tak mesti lambat dia nak tunggu Mak tok sampai. Lain kali bila senang datanglah lagi ya?” Mak tok berkata mesra “Okay Aliff, I’ll call you about the thing we talked earlier” abang berkata sambil menyalam tangan Aliff. Kereta Aliff meluncur laju ditenggelami kegelapan malam.
“Apa yang abang cakap dengan Aliff tadi sampai abang nak call dia?” aku bertanya curious. Entah apa yang dibualkan mereka. Macam konspirasi dunia pulak nampaknya “Aii ada la. Sibuk je adik ni  nak tahu buat apa?” abang menjawab sambil tergelak. Aku memukul lengannya dengan bantal “Apa yang abang nak rahsiakan dengan adik ni?” aku bertanya lagi. Aku baru saja hendak bersuara lagi tapi tiba-tiba handphone ku bordering dengan panggilan dari Tengku Sabrina “Sya, thank you for the fruit cake. Sedap betul lah, pandai Sya buat!” Tengku Sabrina memuji. Kami berbual seketika sebelum mengucapkan selamat malam. Semasa hendak memutuskan talian, baru aku perasan ada 3 mesej dari Arisz. Salah satunya untuk bertanya sama ada telefon Melissa sudah boleh digunakan. Jangan-jangan Arisz ada hati pada Melissa tak? Aku membalas mesej Arisz meminta maaf kerana tidak membalas mesejnya tadi. Tiba-tiba Arisz menelefon aku. Hatiku berhenti berdegup dan jantungku meloncat ke anak tekak. Alamak apa aku nak cakap dengan dia? Aku bingkas bangun dan masuk ke dalam bilik mengunci pintu “Hello?” suara Arisz kedengaran dari corong telefon. Aduhh seksinya suara dia walau dalam telefon pun! “Err hello. Hye Arisz..you nak cakap dengan Melissa ke?” aku terus bertanya. Kenapalah aku sebut nama Melissa pada waktu begini. “Err..dia ada dekat situ ke?” Arisz bertanya lagi. Sedihnya, memang betullah dia nak cakap dengan Melissa! “Umm tak ada. Kan I cakap dengan you tadi yang Aliff hantar I balik rumah” aku menjawab “Oh, Aliff masih ada dekat situ ke?” Arisz bertanya lagi. Kenapalah dia asyik tanya pasal semua orang except me? “Aliff dah balik lepas dinner tadi” akumenjawab ringkas “wahh baik betul you dengan Aliff ye sampai ajak dinner dekat rumah you. You guys ada apa-apa ke?” Arisz mengusik walaupun suaranya agak keras sedikit “Eh, mana ada! I ajak dia dinner sebab dia tolong hantar I balik and helped me with the sponsors. Tu je, tak ada apa-apa pun. Biasalah ajak kawan datang rumah dinner kan. Bukannya dating pun” aku menjelaskan risau jika Arisz ingat aku ada apa-apa dengan Aliff “haha I saja je kacau you. Tapi dekat sini memang dah tersebar gossip pasal you dengan si Aliff tu taw” Arsz berkata sambil tertawa “Eh, betul ke? Aliff tak cerita pun! Mungkin dia segan kot. Well, you can never trust gossips kan. We’re just friends, and lagipun sepupu Aliff, Irika tu is my bestfriend and I pun rapat dengan Aliff’s mum.” Aku menjelaskan panjang lebar “Oh macam tu. Nanti kalau you jumpa Melissa tolong beritahu dia yang ada satu stable kosong kalau dia nak transfer kudanya ke Mont Kiara. I tak tahu macam mana nak reach her.” Arisz berkata membuatkan aku sedih, memang sah la dia memang telefon sebab mahu bercakap dengan Melissa. “Okay, I will. Is there anything else?” aku bertanya sedih “Umm tak ada. Tu saja kot” Arisz berkata “Okay then, I will pass the message to Melissa. Goodnight Arisz, bye” aku berkata dengan hati yang sebal “You dah nak tidur ke Aleesya?” aku cukup suka cara Arisz menyebut namaku. Hanya dia seorang yang memanggil aku Aleesya. Rasa macam istimewa pulak “Tak lah, I jenis tidur lambat” aku menjawab lembut, terpujuk dengan cara dia memanggil namaku. Aduh, baru sebut nama je pun dah boleh buat aku hilang marah. Bahaya ni! “Oh, kalau macam tu boleh la kita sambung mesej lahi?” Arisz bertanya mengundang senyuman dibibirku “Boleh la, kenapa tak pula. I pun tengah tak tahu nak buat apa” aku berkata sambil tersenyum lebar “Oh, baguslah kalau macam tu. Ok la, sambung mesej ye. Bye” Arisz berkata “okay, sure. Bye” aku berkata sambil memutuskan talian. Oh happynya! Airsz please please please ask me to go to the ball with you! Aku berkata sambil berguling-guling diatas katil.
“Hah ni apa berangan ni. Cakap dengan siapalah tu sampai tersengih-sengih macam kerang busuk” abang berkata sambil duduk masuk kebilikku. Aku memukul abang dengn bantal “Teruk la abang ni! Masuk bilik anak dara mana boleh tak ketuk dulu” aku merengek “Alah, adik ni boleh dikira anak dara ke? Perangai macam budak tadika aje abang tengok” abang sengaja mengusik. Tiba-tiba abang mencapai handphoneku yang sedang bordering. “Hah mesej siapa ni?Arisz?Wahh banyak betul smiley pada nama siArisz ni. Siapa dia?Boyfriend?” abang bertanya penuh curiga. Hah mulalah tu. Aku bukan tak tahu abang protective semacam bila masuk bab boyfriend ni. “Bukanlah bang. Eh, kelmarin mummy ada kirim baju adik pada abang kan? Mana baju-baju tu?” aku menukar topic “Ada dekat bawah. By the way adik. Daddy suruh beritahu yang lepas debutante ball tu nanti dia ajak balik Singapore. Adik cuti midterm kan? Adik tahu kan yang rumah di Coral Island tu dah siap?” abang berkata sambil menuju ke bilik laundry untuk menunjukkan gaun-gaun yang ditempah mummy. “Ye ke? Bestnya! Tak sabar pula nak balik. Adik nak ajak Ika balik sekali lah” aku berkata gembira. Aku sangat sukakan Sentosa Island. Puas aku memujuk daddy untuk berpindah kesana tapi daddy kata ia jauh dari tempat kerjanya. Sejak syarikat daddy makin besar, dia memindahkan HQ nya ke Pulau Sentosa. Nak cari ketenangan katanya.
Aku mencuba gaun pertama yang ditempah oleh mama. Gaun merah menyala itu agak cantik juga dengan neckline berbentuk hati dan potongan klasik. Kain satin sutera itu jatuh cantik mengikut potongan badan membuatkan tubuhku nampak lebih langsing. Warna merah itu pula menyerlahkan lagi kulitku yang putih. Mummy sediakan sekali sarung tangan panjang berwarna putih. Warna merah memang warna kegemaran mummy, sampaikan dua dari tiga gaun yang dihantar berwarna merahu. Gaun kedua berwarna merah hati. Gaun potongan halter itu ketat mengikut bentuk badan. Walaupun cantik sekali namun belahan hingga ke atas lutut membuatkan aku kurang selesa memakainya. Tambahan lagi, belakang baju itu mendedahkan tubuhku hingga keparas pinggang. Abang hamper tercekik melihat aku memakai baju itu “Adik jangan nak buat gila pakai baju tu. Seksi bukan main! Mummy ni biar benar. Kalaulah daddy tahu, memang adik tak boleh keluar rumah seumur hiduplah jawabnya.” Abang berkata membuatkan aku tergelak “Alah abang, adik memang takkan pakai pun lah. Gila apa nak pakai depan cikgu macam ni. Mummy tersalah pilih kot” aku ketawa lagi. Gaun ketiga berwarna hitam. Gaun avant garde itu cukup cantik dengan top yang terlipat ala-ala origami. Kilauan batu Swarovski mengelilingi pinggang sebelum jatuh lembut diatas skirt chiffon berlapis-lapis pendek paras lutut didepan tetapi mempunyai trail yang panjang dibelakang. Aku sangat suka gaun itu. Namun ia agak kurang sesuai dengan majlis debutante ball yang formal itu. Aku tersenyum sambil berpusing-pusing meggayakan baju itu depan cermin “Cantik tak yang ini? Yang ini abang yang belikan. Masa ikut mummy ambil baju adik, abang ternampak baju ni. Abang rasa adik mesti suka jadi abang terus beritahu daddy.” Abang berkata sambil tersenyum. Nampak sangat abang terlampau selalu diheret bersama pergi shopping dengan aku sampai dia begitu arif dengan taste dan stail aku. “Adik suka sangat! Tapi tak berapa sesuai untuk pergi debutante ball tu. But no worries, adik akan pakai gaun ini untuk majlis MAKNA tu nanti. Terima Kasih abang!” aku berkata sambil menepuk-nepuk bahu abang. 

In:

BAB 3 - TENGKU ALIFF

Tengku Aliff
Aku memandu dengan tenang walaupn hakikatnya aku sebenarnya kecewa sangat sangat. Kalau hari tu rasa macam nak kena heart attack, hari ini rasa macam kena strok. Strok lebih sakit dari heart attack ke eh? Apa-apa je lah. Yang pasti sememangnya Aleesya tak berminat langsung to be more than friends with me. Sedih? Tentulah. Kecewa? Tak payah cakap. Kalau ada perkataan yang lebih teruk dari kecewa mngkin itulah situasi aku sekarang. Tapi sekurang-kurangnya aku masih rapat dengannya. Walaupun hanya sebagai kawan. Aku dapat rasakan yang Aleesya mempercayai aku sebagai kawan.
Sebenarnya aku tahu yang Mama mengambil Irika dari kolejnya hari ini untuk pergi ke Damansara untuk fitting gaun debutante Irika. Mereka juga tahu aku akan ke sana untuk memberi Aleesya senarai sponsor. Hakikatnya, ia hanya alasan untuk bertemu Aleesya dan meminta dia merasmikan kereta baru ku. Entah kenapa aku mahu dia yang menjadi penumpang pertamaku. Aku tertarik padanya bukan hanya kerana rupanya yang sememangnya cantik. Tapi ada sesuatu tentang Aleesya yang buat aku tertarik. Mungkin ianya confidence dan elegance yang ada padanya. Atau mungkin ianya strength yang dimiliki Aleesya. Walaupun kelihatan lembut tetapi sebaik dia bersuara atau menyuarakan pendapat, dia berpendirian teguh dan cukup persistent sekali. Aku masih tak dapat mengeluarkan bayangan Aleesya menari dari fikiranku, dia cukup graceful sekali. Apabila menari, aku seolah-olah dapat melihat a whole new side of her. Irika pernah menceritakan padaku yang Aleesya gemar menari ballet dan dia pernah ditawarkan untuk pergi ke Hartford School of Ballet, antara akademi ballet yang paling terkenal didunia. Antara sekolah ballet yang paling terkenal didunia, tapi dia menolak kerana cita-citanya untuk menjadi doctor. At least that’s one thing we have in common. We both wants to be doctors.
“Aliff, you ni memang lain dari lelaki lain kan?” Aleesya bersuara mematikan perbualan dalam mindaku “What do you mean by different?” tanyaku penuh hairan “Ye lah, selalunya lelaki kalau buat baik begini mesti ada motif tertentu. Tapi you dah tolong I without asking for anything else in return. I taw bukan senang nak dapat list of sponsors ni, I dah try dapatkan for a whole month. Lepas tu you dengan baik hatinya hantar I balik pula” jelas Aleesya sambil tersenyum manis padaku. Kalaulah dia tahu apa yang aku rasa untuknya, mesti dia tak akan berfikiran begitu “Its no big deal. Kitaorang pernah mintak sponsors untuk fundraiser MCKL dulu, I taw macam mana susahnya nak dapatkan list ni. Tapi you still have to woo them and make them give a donation” aku menerangkan. Sebenarnya aku rasa bersalah kerana Aleesya tak tahu yang aku menyimpan perasaan ini untuknya. Tapi salahkah aku? Bukannya aku mengambil kesempatan terhadap dia pun. “Ye lah, selalunya kalau ada orang yang dah dapat list macam ni mesti diorang tak akan bagi pada orang lain. Tapi you tolong I. Kalau lelaki lain yang buat, mesti mereka dah at least ajak I keluar atau minta nombor telefon atau benda menggatal yang lain” Aleesya tergelak “Mana you tahu I bukannya nak menggatal?” kataku sambil tersenyum, muka Aleesya berubah “err…” dia gumam membuatkan aku tergelak “You ni cepat gelabahkan? Relax la Sya. I was just kidding. Mestilah I tolong you, that is what friends are for right?” kataku membuatkan Aleesya mencubit lenganku, walaupun kurus cubitan Alessya berbisa sekali! “Eeee you ni jahatlah! I dah risau dah tadi” kata Aleesya, tiba-tiba handphone Alleesya berbunyi, dia tunduk membaca mesej yang diterima sambil tersenyum. “Wahh happynya. Siapalah yang mesej you tu kan?” aku menegur “Hehe Arisz yang mesej. We’ve been texting since yesterday” Aleesya menjawab, masih tersenyum sambil membalas mesej Arisz. Aduhh sakitnya. Kalau tadi aku kena strok sekarang kena apa agaknya. “Oh, so you akan ke debutante ball itu dengan Arisz?” tanya aku dengan cemburu “I hope so, tapi dia tak tanya I lagi pun” Aleesya mencebik. “He will, believe me. Bodoh la lelaki yang tak mahu jadi pasangan you untuk debutante ball itu nanti.” Aku berkata sambil tersenyum “You’re just saying that because you’re my friend. Okay take the first turning on the left” Aleesya menunujukkan aku jalan ke rumah neneknya di Bangsar Hills. Deretan rumah bunglo lama yang masih tersergam indah menghiasi jalan yang gelap.
Kami berhenti dihadapan sebuah bunglo lama yang sederhana besarnya tapi mempunyai taman yang agak luas dan cukup cantik. Nenek Aleesya pasti suka berkebun kerana bunga-bunga yang menghiasi taman dan kolam ikan koi itu cukup sihat dan berbunga lebat sekali. Pintu gate automatic terbuka sendiri mengundang kali masuk terus ke garaj kereta. Walaupun ia sebuah bunglo lama, namun keindahan seni bina kolonial yang masih terjaga dan dicat semula membuatkan bungle itu kelihatan cukup menarik sekai. Nenek Aleesya menyambut kami dengan senyuman besar “Masuklah, maaflah rumah Mak Tok ni kecik aja” dia bersuara sambil menghulurkan tangan untuk bersalam “Eh tak ada lah, cantik rumah auntie ni. Siapa landscaper auntie? Umi saya kalau tengok taman auntie mesti dia suka” aku memuji ikhlas “Eh jangan panggil auntie. Mak tok ni dah tua. Panggil Mak tok aja. Taman ni arwah suami Mak Tok yang reka, dia dulu arkitek. Bila dia meninggal Mak Tok lah yang jaga” mak tok menjawab sambil tersenyum “Mak tok nil ah sepupu Ika yang Syasya bagitahu mak tok tu.” Aleesya menjawab sambil memeluk pinggang neneknya. Wow, manjanya! Aku tak sangka Aleesya yang confident,tegas,poise dan charismathic rupa-rupanya sangat manja dengan keluarganya.
“Syasya?” aku bertanya hairan dengan nama yang digunakan oleh Aleesya “Yes, family I panggil I Syasya.” Aleesya berkata sambil mengikut aku untuk mengangkat bagasinya kelar dari but. Neneknya telah pun masuk kedalam rumah untuk menghidangkan makan malam “Kenapa orang lain tak panggil you Syasya juga?” aku bertanya curious “Sebab you tak rasa nama Syasya tu macam manja ke? Tak sukalah i. I imagine perempuan comel yang manja dan gelitis kalau namanya Syasya. Sangatlah tak sesuai dengan I” Aleesya berkata sambil tergelak “Ok lah I nak panggil you Syasya  from now on” aku berkata sengaja mengusik Aleesya “Tak nak lah! I tak sukaa” Aleeysa menjawab sambil memukul lenganku. Adoi dia ni boleh tahan kuat juga “Syasya janganlah marah, nanti kena jual” aku mengambil ayat dari cerita 3 Abdul membuat Aleesya tergelak.

In:

BAB 3

Bab3
3 Februari 2005,
“You guys..Arisz langsung tak tegur I pun semalam!” Aleesya mengeluh sambil melabuhkan punggungnya dibawah pohon besar tempat dia dan teman-teman sekelasnya selalu menghabiskan masa makan tengah hari bersama. Walaupun Aleesya baik dengan semua pelajar sama tingkatan dengan mereka, namun dia dan Ika paling rapat dengan Nadia, Melissa dan Batrisya. “Oh my god, Sya! Mystery guy yang you kecohkan dari semalam tu Syed Arisz Arfan ke?” Melissa tiba-tiba bertanya. Dia baru sahaja sampai disitu kerana kelas physicnya habis lambat. “Eh Lisa mana you tahu nama penuh dia?” tanyaku hairan “Kami kawan lama. Dia sekelas dengan I masa sekolah rendah dulu. Tapi sekarang kami selalu contact sebab his dad ada kuda dekat Mont Kiara” jelas Lisa sambil memakan sandwich yang dibeli di cafeteria tadi “Girls!!!I have an idea!!” tiba-tiba Batrisya menjerit sambil melompat. Lisa yang sedang makan terbatuk-batuk kerana terkejut “Isyh you ni Bat tak payah la sampai nak bunuh orang. Excited melampau! Kesian Lisa” kata Ika sambil tergelak-gelak. Aleesya menepuk belakan Melissa yang masih terbatuk-batuk “Hah, apa idea you yang bernas sangat tu? Let’s hear it” Nadia berkata selamba. Antara mereka berlima Nadialah yang paling selamba sekali. Tidak banyak benda yang boleh membuatkan dia excited,marah,sedih atau takut.
“Apa kata you text Arisz and Tanya dia apa-apa pasal kuda. Then keep the convo going. Tapi lepas tu you buat-buat tak reply. That’s when Sya comes in the pic. Biar Sya yang reply untuk cakap yang konon-kononya Lisa suruh dia reply sebab she’s away and tertinggal phone. After that pandai-pandailah you Sya keep him interested to talk to you.” Jelas Batrisya dengan mata yang bersinar-sinar “Tapi Sya what if nothing significant happens?What if dia tak minta pun nombor I?” Tanya Aleesya risau rancangan itu tak menjadi  “Oh itu senang saja. The next day suruh Lisa text Arisz guna your number and cakap yang konon-konon dia tak ada kredit nak reply” Batrisya menjawab sambil tersenyum mencekak pinggang “Wow Bat, you’re a genius!” Ika tersenyum sambil menepuk tangan “Oh Bat I saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang you!” Aleesya melompat dan memeluk Batrisya “Hmm I taw” Bat pura-pura mencebik. Yang lain Cuma ketawa tapi Nadia hanya tersenyum.
“Okay Sya. Ready? I text dia sekarang eh?” Melissa bertanya pada Aleesya yang sedang menggengam tangan Irika. Mereka telah berpindah tempat dari kawasan ditepi tasik kedalam bilik Melissa yang bersebelahan dengan bilik Aleesya dan Irika. Nadia dan Batrisya tiada disitu kerana mereka terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum. “Okay, I’m ready. First time I ponteng ballet practice. This better works” Aleesya mengeluh. Sebenarnya dia rasa bersalah kerana tidak menghadiri kelas ballet tetapi tiada masa lain lagi yang boleh digunakan kerana mereka akan menduduki ujian pertengahan tahun lusa. Melissa menghantar mesej bertanyakan cara untuk membawa kudanya dari Pahang ke Mont Kiara. Arisz membalas mesej Melissa tak lama selepas itu. Aleesya kian resah, 2,3 mesej selepas itu Melissa menyerahkan telefonya pada Aleesya “Okay Sya do your thing!” Aleesya gamma. Tiba-tiba jantung Aleesya berdegup kencang “Sya you’re just gonna text him ok. Dia tak nampak pun you. Just be yourself” Ika berkata sambil tergelak. Dia sedang berbaring diatas katil Melissa sambil menyelak majalah Vogue.
Im sry bt Lisa went out fr netball practice. She asked me to ask you whn cn she transfer the horse?”  
Oh tell her my dad said its ok fr her to send it nx tues. Btw who am I talking to?”
 “Aleesya. Her room is next door so she askd fr a favor. Nway I’ll tell hr tht”
“Oh Aleesya as in the Interact Club president?”
“Yup dats meJ. U’re the guy who sang d other day ryt?”
“Yup thats me. We weren’t that good. Sorry. It’s not really our kindda music”
“You guys were gr8!N no im not saying it out of courtesy. Ikhlas ni:p wt kindda music do u guys usually play?”
“haha thanks I guess. Well we usually play jazz. That’s y we had to invite Aliff to play with us”
“Owh I thot Aliff band mate u”
“Well he’s not. His band is Crux. Orang famous mcm dia tak kan la masuk band mcm kitaorang:p”
“Owh..I never knew Aliff until now taw. I x pernah npk dia kt any interact meetings pun”
“Oh its because he was in student exchange program for a yr. Dia pergi UK”
“No wonder. How come Ive never seen u around before?”
“How would a girl like you notice a guy like me kanL
“Eh mana ada lah. If I’ve met u bfore mesti I ingatJ
“I baru je transfer ke MCKL last year. I tak pernah involve in interact activities before this one”
“Owh dat explains ethngJ Interact is fun. u should join in the activities more often”
“Now that I know you would be there, maybe I will;)”
“I hope u wouldJ ok la guilty plak gne cred Lisa. Nice talking to u ariszJ
“it was my pleasureJ
Aleesya tersenyum sendiri sambil menghulurkan telefon itu semula pada Melissa. Dia sengaja mematikan perbualan itu ditengah-tengah jalan untuk membuat Arisz mahukan lebih lagi. “Wow that was quick. You do know I tak kesah kalau you guna credit I kan?” Melissa tertanya-tanya “Yeah, I do. But tak nak la membazir credit you, besides I want to leave him wanting more” jawab Aleesya sambil mengenyitkan matanya pada Melissa. Irika yang sedang tersenyum-senyum sambil membaca mesej di handphone  nya dicubit oleh Aleesya “Hah yang you ni tergsengih-sengih pula kenapa?” Aleesya bertanya dengan muka ‘konspirasinya’ “haha tak ada la. Ever since mixer hari tu ada this guy yang mesej  I hari-hari. I tak reply sebab I tanya siapa dia tak jawab. But he keeps giving me cute and funny poems everyday” Irika menunjukkan mesej yang diterima kepada Aleesya dan Melissa ‘I lost my head,my mind is like a zoo,I dreamt and fell of my bed,And its all because of u’mereka berdua tergelak bersama “Aww comelnya dia ni! You tak taw siapa dia ke?” Melissa bertanya “Tak dia tak mahu cakap. So I malas nak reply. Padan muka dia. Besides, striker I still belum mesej I taw” Irika memuncung. Irika memang begitu, comel dan manja. Walaupun bersedih dia susah untuk betul-betul sedih. Orang yang tidak rapat dengan Irika pasti menyangka bahawa dia adalah gadis yang dimanjakan dan sentiasa ceria walaupu hakikatnya sangat jauh dari sangkaan itu. Cuma mereka yang rapat denganya sahaja yang mengetahui kisah sedih gadis comel itu.
Malam itu selepas sesi ulang kaji atau dikenali sebagai prep, Melissa pergi ke bilik Aleesya untuk melaksanakan fasa kedua rancangan mereka. Aleesya yang sedang berbaring diatas katil menututp kepalanya dengan bantal dan menghulurkan telefonya pada Melissa “Lisa this better works if tak buat malu I je!” dia berkata separuh jelas “Relax la Sya. Kalau ye pun, manalah dia tahu ini semua rancangan kita. Dia Cuma akan ingat I mintak tolong kawan I nak reply mesej dia je pun kan” Melissa berkata sambil tergelak. Irika yang baru keluar dari tandas terus duduk di katil Aleesya “Uuuuu korang dah mesej dia ke?” Tanya Irika. Sebenarnya dia baru sahaja habis bercakap dengan Tengku Aliff. Dia berbelah bahagi sama ada  hendak menolong sepupunya itu atau menyokong rakannya yang sedang mabuk kepayang dengan ‘ mystery guy’ nya itu. Tengku Aliff betul-betul sukakan Aleesya, tapi dia tak mampu untuk menolong apa-apa kerana Aleesya tak henti-henti bercakap tentang Arisz. Baru sahaja dia hendak membuka cerita tentang Tengku Aliff, Aleesya akan berkata bahawa dia suka dengan sifat Tengku Aliff yang friendly dan ikhlas berkawan, tidak seperti lelaki lain yang gatal mahukan sesuatu lebih dari persahabatan.
“Ika how come I tak pernah tahu yang Tengku Aliff tu cousin you hah?” Melissa bertanya tiba-tiba membuatkan Irika tersentap. “Err sebab buat apa I nak kecoh-kecohkan. Besides I pernah mention yang I ada sepupu di MCKL apa. Lagipun I selalu bercerita tentang cousin I, Aliff” jelas Irika. Memang benar dia selalu bercerita tentang sepupunya Aliff tetapi mereka tidak menyangka yang sepupu itu ialah Tengku Aliff, pelajar lelaki paling popular di MCKL. Bila diingatkan kembali, Aleesya pernah ternampak gambar-gambar Tengku ALiff sewaktu dia pergi ke rumah Tengku Sabrina. Dan ada beberapa gambar Tengku Aliff bersama Irika di atas rak buku Irika tetapi dia terlupa. “Sya! I dah mesej Arisz and dia dah reply!!” Melissa mencucuk pinggang Aleesya yang masih menyorokkan kepalanya dibawah bantal. “Apa dia cakap Lisa?” Aleesya bertanya sambil menarik kembali bantal yang ditarik oleh Irika. Dia betul-betul risau jika Arisz tidak akan member respons yang diharapkan. “Nah you bacalah sendiri.”
Oh u guna phone Aleesya as in Aleesya yang I mesej semalam?
Ye lah. That Aleesya. Kenapa?’
‘Tak ada apa-apaJ thank youJ
‘thank you?why?’
‘Tak ada apa-apa. Just thank youJ Nanti I belanja u ya?;p’
‘u ni memang pelik. Taka pa la. I need to go. Apa-apa u mesej Sya sebab battery phone I rosak.’
‘okay. I willJ
Aleesya tersenyum sambil membaca mesej-mesej Arisz. Berbunga harapan dihatinya supaya rancangan mereka akan berjaya. “Lisa you dah pilih baju untuk Debutanta Ball nanti?” Irika bertanya sambil menyelak majalah Cosmopolitan. Sejak dua menjak ini mereka obsess membelek majalah fesyen untuk mencari ilham bagi mencari aksesori untuk gaun yang akan dipakai ke Debutante Ball itu nanti. “Obviously! I dah tempah since last year lagi. I minta Jovian Mandagie yang design. Tengok lah nanti” kata Melissa  tersenyum “I pun! My aunt dah tempahkan dua baju untuk I pilih. Tapi I still belum decide yang mana I akan pakai ke debutante ball dan yang mana akan I pakai untuk fundraiser MAKNA nanti” Irika berkata penuh semangat “Sya, how bout you? I tak pernah dengar you cakap pasal baju apa you nak pakai pun” Melissa menegur Aleesya. “My mum dah ada tempahkan. I pun tak tengok lagi sebab baru hari ini sampai di rumah my grandma. Tapi sebenarnya I nak sangatsangat baju ni. Cuba tengok, cantik kan?” Aleesya menunjukkan sehelai keratan majalah kepada mereka. Mereka kagum melihat  gambar seorang model yang berdiri disebelah Bernard Chandran memakai sehelai gaun berwarna hijau kebiruan mengikut bentuk badan dengan korset bersulam manik Swarovski biru dan hijau dilengkapi dengan skirt potongan duyung yang dijahit bersama bulu-bulu ekor merak. “Wow cantiknya. Kenapa you tak beli saja atau ikut rekaan ni?” tanya Melissa “I dah puas cari boutique yang boleh buat dress macam ni di Singapura dan Malaysia. Tapi tak ada. I dah pergi butik Bernard Chandran tapi mereka kata dress itu adalah salah satu dari masterpiece Bernard and its not for sale. Sedih kan?” keluh ALeesya. Kerana dia tak dapat gaun yang diimpikan itu, dia seperti putus asa tidak mahu mencari gaun lain dan tugas itu bulat-bulat diserahkan pada ibunya.
Malam itu selesai Aleesya solat hajat untuk ujian kimia yang akan didukuniya esok dan bersiap untuk tidur, tiba-tiba telefonya berbunyi menandakan mesej masuk. ‘I’m sorry Aleesya. Are u still awake?’ mesej dari orang yang dinanti-nantikan itu membuatkan mata Aleesya yang tadinya sewaktu mengulang kaji cukup berat dan mengantuk, terus segar bugar. Dia melompat gembira dan terus pergi ke katil Irika untuk berkongsi berita gembira itu namun temannya itu telah pun nyenyak tidur  
yup I am. Y?Nk I panggil Lisa?’
‘Eh, tak la. Rasanya dia tengah tidur kot. Rajinya u study. I ganggu ke?’
‘no lah. Mana ada. I pun tengah boring tadi’
‘Samalah kita. Tiba-tiba tergerak nak text u pulak. Boleh ke?:)’
‘kenapa tak boleh pulaJ u tengah buat apa?’
‘baguslah kalau macam tuJ I tengah baring-baring sambil mesej u. Hey apa nama penuh u huh?’
‘Aleesya Idreena Stephens bt Mohd Kamal Stephens. U?’
‘Wahh sedapnya nama! Sesuai dengan uJ Syed Arisz Arfan Syed Ramli.U mix ke Aleesya? Sebab kalau tengok muka u tak nampak muka melayu pun’
‘Yup. Atuk I sebelah my dad is British. You Syed rupanya. Padanlah muka u mcm Pak Arab!hehe;p’
Aleesya tersedar pagi itu dan teringat yang dia tertidur sebelum sempat mengucap selamt malam kepada Arisz. Di skrin telefonya tertera 2 mesej diterima dari Arisz. Salah satunya ialah mesej selamat malam dan good luck untuk ujian kimianya hari ini. Aleesya tersenyum gembira. Dia segera memberi mesej meminta maaf kerana tertidur tanpa membalas mesej dan selamat pagi. Dia dapat rasakan yang hari ini akan jadi ceria sekali. “Hah Sya, apa yang you tersengih-sengih ni? Ada chemisry test preun happy? Oh lupa, you kan genius” sapa Irika yang sedang mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Kimia dan biologi memang mata pelajaran yang paling digemari oleh Aleesya dan dia selalu mendapat markah tertinggi untuk mata pelajaran itu didalam batch mereka. “Mana ada I genius! Ikaaaaa Arisz mesej I malam tadi!!” Aleesya menjerit gembira “Oh my god! Yeay! I’m so happy for you! Apa korang cakap?” Irika bertanya. “Nanti I cerita time breakfast. I kena mandi ni” dengan itu Aleesya bergegas kedalam tandas supaya mereka tidak lambat ke dewan makan untuk sarapan pagi itu.
Aleesya menyarung leg warmers dan pointe shoes. Sewaktu  melakukan regangan dan warm ups, dia teringat betapa peritnya dia berlatih untuk memakai pointe shoes itu. Pointe shoes are not a right, it is to be earned. Terngiang-ngiang lagi suara Mrs Schnovy memekik pada mereka. Hanya pelajar yang sudah cukup mahir dengan kebanyakan teknik ballet sahaja yang boleh menukar ballet flats ke pointe shoes. Aleesya jatuh hati melihat pointe shoes berwarna merah jambu yang dipegang Mrs Schnovy untuk diberikan kepada pelajar pertama yang layak memakai pointe shoes. Dia berlatih setiap hari hingga hamper tercedera buku lali untuk mendapatkan kasut itu. Aleesya mencipta sejarah diakademi ballet itu apabila dia menjadi pelajar termuda yang layak memakai pointe shoes. Hinggakan tiada pointe shoes yang muat dikaki kecilnya di Singapura hinggakan gurunya itu perlu menempahnya dari London. Aleesya cukup ingat betapa gembiranya Mrs Schnovy apabila Aleesya ditawarkan ke TKC kerana ia mempunyai akademi ballet yang terbaik di Asia Tenggara. Malah ada pelajar dari Australia yang masuk ke sekolah itu semata-mata untuk memasuki akademi ballet yang tersohor itu. Bukan calang-calang orang yang akan diterima masuk, setiap pelajar haruslah menghadiri sesi temu duga dan uji bakat. Hanya pelajar yang benar-benar berbakat akan dibenarkan belajar disitu. Aleesya masih ingat lagi tahun lepas apabila dia mengikut kontijen ballet Malaysia ke
Selepas ujian kimia yang sangat stressful kerana semua soalanya sangat mencabar, Aleesya perlu menari seketika untuk menghilangkan tekanan. Lagipun neneknya baru sahaja telefon untuk memberitahu Aleesya yang dia akan lambat sedikit kerana melawat rakannya yang sakit di hospital. Aleesya menekan butang play pada alat kawalan jauh system audio studio ballet itu dan mula menari. Entah kenapa tapi bila dia menari dia boleh rasa yang segala tekanan yang dialami mencair mengikut rentak muzik yang dimainkan. Ballet membuat dia tenang sekali. Alunan muzik klassikal yang lembut seperti membuai Aleesya untuk menari. Tanpa sedar dia telah menari tanpa henti sehingga semua 10 lagu di dalam cd itu telah dimainkan. Dia tercungap-cungap sambil tunduk mengambil nafas bila dia terdengar tepukan dari arah pintu studio. Tengku Aliff sedang bersandar pada rangka pintu oak besar itu sambil bertepuk tangan. “Wow that was amazing. I’m speechless. You dance very very well” Tengku Aliff memuji. Aleesya termalu kerana dia tidak sedar dalam keasyikanya menari rupa-rupanya dia diperhatikan “You ni buat I terkejut je. Dah lama ke you berdiri dekat situ?” tanya Aleesya sambil mengambil tuala untuk mengelap peluh yang mericik didahi. Dari cermin-cermin studio itu dia dapat melihat mukanya yang merah seperti ketam dibakar. “Lama jugalah. You asyik sangat menari sampai tak sedar I ada dekat sini. I tak sampai hati nak stop u” jelas Tengku Aliff “Oh, but err..what are you doing here exactly?” Aleesya bertanya “I just got my license today. Ingat nak pick up Ika and my mum and drive them around. Rasmikan lesen baru I la katakan. Ingat nak surprisekan diorang sekali rupa-rupanya Umi dah ambil Ika tengah hari tadi. So I cari you sebab I nak bagi list of sponsors yang you minta hari tu and kawan you cakap you might be here” Tengku Aliff menghulurkan sampul surat A4 yang tebal pada Aleesya yang sedang bersila diatas lantai. “Duduklah dulu sementara I tengok. I tak larat nak berdiri”Aleesya menepuk tempat kosong dihadapanya, tetapi Tengku Aliff melabuhkan punggung ditepi Aleesya.
“Kenapa you tak balik lagi? You tak balik this weekend?” Tengku Aliff bertanya pada Aleesya yang sedang khusyuk membaca senarai syarikat yang boleh digunakan sebagai sponsor untuk majlis sebutante itu nanti. “I tengah tunggu my granma ambil I. Dia lambat sikit sebab pergi hospital melawat orang sakit” jelas Aleesya sambil matanya tidak lekang dari membaca senarai yang diberi Tengku Aliff. “How bout I hantar you balik. Tak payah you susahkan your granma datang all the way here. Where do you live?” Cadang Tengku Aliff. Walaupun Irika memberitahunya malam tadi yang Aleesya sangat meminati Arisz, dia rasa tak salah untuk mencuba. “Eh tak payah susah-susah la. My granma’s house is in Bangsar” kata Aleesya. Walaupun dia tahu kata Tengku Aliff ada benarnya, namun dia tak mahu mengambil kesempatan diatas kebaikan Tengku Aliff. “Eh tak susah la. Besides, I tak ada orang nak celebrate dapat license and kereta baru ni. Jom lah, please? Sedih betul if celebrate sorang-sorang” pinta Tengku Aliff. Kalau Aleesya lah yang merasmikan kereta barunya dan menjadi penumpang pertama keretanya itu, pasti kereta itu akan menjadi kereta paling bertuah di dunia! “Okay. Tapi I kena call my granma and ambil barang I dulu” jawab Aleesya, mengundang senyuman lebar dibibir Tengku Aliff.
“Wow! First car and you dah dapat BMW Beemer?” Aleesya berkata, agak terkejut dengan kereta Tengku Aliff. Selalunya ibu bapa akan memberikan kereta biasa dulu untuk dipandu oleh anak mereka yang baru dapat lesen memandu seperti Tengku Aliff. “Sebelum you ingat I anak manja yang dapat apa saja I nak, biar I terangkan dulu. Ni sebenarnya kereta my brother. Dia baru beli kereta baru and he gave me his old car ni as birthday gift untuk I.” jelas Tengku Aliff “Old car la sangat! Haha..Bila birthday you? Awal betul you dapat lesen” Tengku Aleesya berkata sambil berjalan untuk mebuka pintu depan tapi dibuka oleh Tengku Aliff dahulu “4th Januari. On the day birthday I tu, I terus persi kursus untuk belajr memandu. Kawan my dad owns a driving school, so hari-hari I belajar non stop. Lepa tu dia yang handle process license untuk I. Tu yang cepat tu.” kata Tengku Aliff sambil memasukkan bagasi Aleesya ke but kereta. Dia memandu keluar dari kawasan kolej itu dengan cukup tenang sekali sehingga membuat Aleesya hairan “Wow, you’re quite a good driver. My brother dulu lepas baru dapat lessen dia drive sampai macam nak tercabut jantung I” puji Aleesya, impressed dengan pemanduan Tengku Aliff yang cekap “I ada rahsia. Sebenarnya, I dah drive since I form 3 lagi. Mula-mula I curi guna kereta my dad, tapi lepas tu kantoi dengan my brother. Nasib dia sporting, jadi dia ajar  I. Tapi dia ajar I guna kereta my dad lah. Jangan harap dia nak bagi I sentuh kereta ni. Dia jaga betul kereta ni, tu yang nampak macam baru.” Jelas Tengku Aliff “Hmm since you baik hati sangat hantar I balik, apa kata I treat you to dinner” pelawa Aleesya mengundang senyum kambing dari Tengku Aliff “Okay, dinner sounds great. I pun lapar ni!” Tengku Aliff berkata sambil tersenyum lebar. “Great! My granma is the best cook in the world. You’re going to love her cooking. I dah bagitahu dia I’m bringing a friend home for dinner” kata Aleesya. Hati Tengku Aliff yang tadinya terawang-awang di langit kesembilan jatuh terhempas pecah berderai di atas lantai. ‘Alamak! Dinner dekat rumah dengan nenek dia ke? Aku mati-mati ingat romantic dinner for two. Sedih betul laa’ desus hati Tengku Aliff, namun bibirnya masid terukir senyuman terpaksa “great that sounds awesome”