Tengku Aliff
Kalau hati boleh meletup pasti hatiku dah meletup dikala ini. Buakan setakat meletup, tapi dah hancur berkecai macam Hiroshima selepas dibom dengan nuklear. Arghh tidak. Pasti hatiku lebih teruk lagi dari Hiroshima dan Nagasaki. Dari pantulan cermin dibilik persalinan itu aku boleh lihat Aleesya dan Arisz dengan jelas. Aku boleh mengagak yang penghantar hadiah-hadiah misteri itu adalah Arisz. Tapi yang membuatkan hatiku hancur berkecai adalah ekspresi pada wajah Aleesya apabila Arisz menghantar mesej itu. Aku tak pernah nampak dia begitu gembira. Seolah-olah percikan bunga api dikala malam yang gelap. Begitulah bagaimana wajah Aleesya light up begitu sahaja. Hanya dengan satu mesej Arisz boleh membuat dia begitu gembira. Arghh sudah! Tak pasal-pasal aku mengayat ayat jiwang. Apa ada pada Aleesya sampai boleh buat aku jadi Mat Bunga macam ni? Banyak yang ada pada Aleesya. Tak guna aku ingatkan lagi, kerana sememangnya peluang aku telah tamat. Aku mengurut kepala sendiri yang tidak pening. Ketukan di pintu yang tiba-tiba membuatkan aku tersedar dari lamunanku. ika berdiri diluar bilik itu dengan muka serba-salah “Aliff, are you okay? Boleh adik masuk?” Ika berkata manja. Ika memang membahasakan dirinya adik, tetapi tak pernah memanggil aku abang. Abang Joe boleh pula dia panggil abang. “Masuklah, orang biasa je. Adik buat apa kat sini? Bukan kena berkumpul dekat depan?” aku bertanya separuh hati. Aku tahu Irika kemari hanya untuk memujukku. Irika memang begitu, dia tak betah melihat orang sedih “Aliff jangan lah sedih. You know this was coming kan? Well you know what they say, boyfriend comes and go but bestfriends stick forever” Irika berkata sambil duduk bertentangan denganku “What does that has got to do with anything adik?” aku bertanya malas. Sebenarnya aku lebih suka jika ditinggalkan bersendirian tapi aku tahu, dengan Irika ia satu benda yang mustahil. “Well, if you can’t be her boyfriend why don’t you be her bestfriend? At least that way you’ll be an important part of her life.” Irika berkata sambil menepuk bahuku lembut “I don’t want to be her bestfriend adik. I want to be her boyfriend. Faham tak?” Aku mendengus tajam “ Well, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Everything happens for a reason. Mana Aliff lagi nak. Langsung tak jumpa Sya or jadi orang yang Sya sayang sangat-sangat and be part of her life? Sebab if ALiff keep on wanting more than friendship she’s bound to run away from you. Besides, dia pernah cakap dekat adik yang dia suka sangat Alif sebab Aliff tak mengambil kesempatan. Aliff tak macam lelaki lain yang menggatal” Irika cuba menerangkan kepadaku “Tapi adik faham tak yang Aliff tak boleh sayang dia macam kawan!” aku berkata sedikit tegas dari tadi “Kalau kita sayang orang kita akan buat yang terbaik untukknya supaya dia gembira and jadi sebahagian hidup dia. Tapi terpulanglah kalau Aliff tak mahu tu semua kan? You’re mature enough to think about it Aliff. Fikirkanlah” Irika berkata sambil bangkit meninggalkan aku sendirian.
Aku pulang terus hari itu tanpa memikirkan apa-apa lagi. Aku perlu jauh dari segala-galanya yang mengingatkan aku tentang Aleesya. Keretaku meluncur laju tanpa haluan. Aku malas hendak memikirkan kemana arah destinasiku, yang aku sedar keretaku berhenti dirumah anak yatim Darul Ehsan. Umi dan abah mengambil rumah anak yatim itu sebagai anak angkat mereka. Segala pembiayaan rumah itu dibiayai oleh umi dan abah. Aku memang kerap kesitu dari kecil lagi. Aku ingat lagi, sewaktu kecil jika aku atau abang membuat perangai nakal atau kurang ajar pasti kami akan dihantar untuk bermalam disini dari hari Jumaat hingga Ahad. Umi dan abah tidak pernah memukul kami, mereka percaya untuk mengajar kami merendah diri dan menjadi insan yang berguna, kami perlu faham kesusahan yang dihadapi oleh orang lain barulah kami akan bersyukur dengan apa yang kami ada. After a while, aku dan abang jadi seronok tinggal disini, malahan kami ramai teman-teman disitu. Jika bosan semasa cuti sekolah aku akan minta untuk bermalam disini kerana lebih seronok dengan ramai kawan-kawan. Tempat ini banyak mengajar aku erti kesusahan dan kehidupan. Aku bersyukur kerana umi dan abah memberi kami pengajaran yang cukup berharga itu.
Sejak beberapa bulan yang lalu aku menjadi jurulatih untuk pasukan bola sepak rumah itu kerana mereka tidak mempunyai juru latih. Aku sungguh bangga dengan pencapaian mereka apabila mereka Berjaya untuk mewakili zon ke peringkat wilayah. Tetapi oleh kerana aku sendiri mempunyai tugas yang banyak bulan ini, aku meminta abah untuk mengupah seorang jurulatih bertauliah untuk mereka. “Eh, Abang Aliff! Apa abang buat kat sini? Kenapa abang tak keluar dari kereta? Wahhhh, cantiknya kereta ni! Kereta baru abang ke?” Thaqif salah seorang anggota pasukan yang pernah dilatih aku itu tiba-tiba menjengulkan mukanya melalu tingkap kereta “Thaqif! Tak bagi salam pun. Terkejut abang tahu tak. Kalau Thaqif buat camtu selalu alamatnya memang kita jumpa kat akhirat je la nanti!” aku berkata sambil mengurut dada. Thaqif memang begitu, keletah dan ceria orangnya. Dia antara pemain terbaik dalam pasukan itu dan agak rapat denganku. “ Sorrylah bang. Assalammualaikum hehe..Boleh Thaqif masuk? Dah bagi salam selalunya orang jemput masuk” dia berkata dengan senyuman nakal “Hah, masuk lah. Apa Thaqif buat dekat sini?” aku bertanya hairan melihat dia disini padahal sepatutnya dia berada dipadang untuk latihan. “Hari ni tak ada practice sebab coach dan capten pasukan ada mesyuarat untuk wakil zon nanti.” Thaqif berkata sambil tangannya galak menekan butang radio “Eh, bukan patutnya Thaqif yang terpilih jadi capten?” aku berkata sedikit marah. Aku tak suka strategi permainanku ditukar begitu saja “Abang kan dah tak jadi coach kami lagi. Coach Zainal kata Adli lagi sesuai jadi capten pasukan sebab dia lebih tenang. Lagipun dia senior, lebih banyak pengalaman” Thaqif berkata sambil senyum. Aku akui Adli antara yang mempunyai potensi untuk menjadi capten pasukan tapi aku rasakan Thaqif lebih layak “Jangan risau Thaqif, nanti abang cakap pada Coach Zainal ok? Thaqif still main bola tak?” aku bertanya risau jika Thaqif berhenti bermain bola terus gara-gara tidak dipilih menjadi capten “Abang janganlah. Thaqif tak gila kuasa. Biarlah Adli jadi capten tahun ni. Thaqif tak nak benda ni jadi masalah untuk team kami. Benda kecik je bang. Mestiah Thaqif masih main bola. Abang tak tahu ke Thaqif sayang gila team ni? Haha Thaqif bukan budak keciklah. Tak semestinya kalau kita tak terpilih kita tak berpeluang lagi bang. Thaqif janji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk buktikan pada Coach Zainal yang Thaqif layak untuk jadi capten. Biar dia sendiri nampak potensi Thaqif. Kalau sebab tak dapat jadi capten Thaqif terus tinggalkan team ni, itu mengalah namanya bang. Dan abang sendiri cakap if we give up before fighting, we’re losers kan? Hehe” Thaqif berkata terssenyum menampakkan giginya yang putih. Aku terdiam, terasa dengan kata-kata Thaqif. Kata-kata Irika bermain difikiranku “Tapi Thaqif tak rasa rugi ke kalau Thaqif dah berusaha lepas tu tengok-tengok jawatan capten tu orang lain yang dapat?” aku bertanya soalan bodoh. “Abang ni cakap macam budak kecik la. Sekurang-kurangnya Thaqif dah cuba kan? Lagipun apa yang Thaqif dapat kalau berhenti main? Sekurang-kurangnya walau tak dapat jadi capten sekalipun Thaqif dapat menjadi sebahagian dari team kesayangan Thaqif ni kan? Haha..Dapatlah tolong sikit-sikit. Tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?” Thaqif tersenyum sumbing. Aku terdiam, kata-kata Thaqif menyedarkanku betapa bodoh dan keanak-anakan keputusanku untuk tidak menghubungi Aleesya lagi. Fikiranku melayang jauh walaupun aku masih menjawab soalan-solan yang dilontar oleh Thaqif mengenai kereta baruku itu. Ya, aku memang bodoh kerana mengalah disini. Jika aku tak mampu menambat hati Aleesya sekarang, mungkin akan ada peluangku dimasa depan. Biarlah buat sementara waktu aku menjadi sekadar teman karib Aleesya. Aku tahu, walaupun aku cuba sepenuh hati, aku tak akan mampu untuk menjauhi Aleesya. Biarlah, mungkin hari ini hari Arisz dan aku akan memastikan yang hari aku akan tiba.
0 comments:
Post a Comment