Aleesya
Aku seperti bermimpi. Tidak, mimpi yang paling indah pun tak kan dapat menggambarkan perasaanku sekarang. Tetapi untuk kepastian kuketapkan jariku hingga kuku ku mencengkam tajam ketapak tangan. Ouch..sakitnya, so aku bukan bermimpi. Arisz tersenyum memandangku membuatkan hatiku cair seketika. Aduhh..indahnya senyuman itu, lebih indah lagi kerana ia milikku! Aku membalas senyuman Arisz dengan semanis mungkin. Bukan aku tak tahu yang sekarang ini hampir semua mata sedang melihat kami, membuat spekulasi masing-masing. Ahh, biarkanlah. Soalan dan spekulasi mereka akan aku jawab kemudian. Sekarang aku hanya ingin menikmati setiap saat menari bersama Arisz. Ohh sexynya bau Arisz! Aku tak pernah ambil pusing sangat tentang perfume lelaki. Aku tahu Abang dan daddy sentiasa berbau harum, tapi aku tak pernah tahu yang perfume lelaki mampu mengocak perasaanku sampai begini sekali. Aku mengambil nafas dalam-dalam untuk mencuri bau Arisz lagi, aduhh wanginya! Astghafirullahalzim Aleesya! Get a grip! Dah jangan bau lebih-lebih, kang lain pula jadinya. Aku meneliti satu persatu features Arisz. Hmm nice nose, mancung walau tidak semancung hidung Aliff dan abang. Laa, kenapalah time macam ni nama Aliff dan abang jugalah yang aku terfikir? Lantaklah, hmm apa lagi ya? Kulit Arisz putih melepak, mungkin lebih cerah dariku dan kemerah-merahan. Mesti Arisz main tennis waktu malam, jika tidak mustahil dia akan putih begitu. Tetapi aku paling suka melihat mata Arisz walau aku tak berani merenungnya lama. Sumpah, Merenung mata Arisz mampu membuatkan lututku lemah. Sepasang mata hazel itu dipayungi bulu mata panjang yang lebat dan lurus membuatkan Arisz kelihatan seperti memakai eye liner. Any girl would kill to have his eyes! Aku suka juga bahu Arisz yang bidang, yang membuatkan aku rasa kecil dan protected at the same time. Walau susuk tubuh Arisz tidaklah setegap abang dan Aliff (seriously..kenapalah diorang juga yang jadi comparison aku ni?) tetapi dia tetap kelihatan menarik.
“Okay students, we’ll take a 30 minutes break and please assemble here sharp at 4 okay?” suara Mrs Cullen mematikan angan-anganku. “Aleesya? Jom pergi minum. Cafe dekat mana?” Arisz berkata lembut. Satu lagi ciri-ciri yang membezakan dia dan lelaki-lelaki lain yang aku kenal. Arisz sangat-sangat soft spoken. Kadang-kadang aku perlu memberi tumpun 10% untuk mendengar setiap butir bicaranya. Namun suara sexy Arisz memang berbaloi untuk diberi tumpuan. “Err..apa kata kita beli air dekat vending machine and minum tepi tasik nak?” aku memberi cadangan. Sebenarnya aku hendak mengelak dari pergi ke cafe yang crowded dan penuh dengan mata-mata yang melihat dan telinga-telinga yang mencuri dengar. Besides, aku pasti jika kami duduk dicafe pasti akan ada yang ingin join sekali. “You asyik termenung aje dari tadi? Sorry, am I making you bored?” Arisz berkata apabila aku tidak mendengar soalanya. “Eh,tak lah! Sorry I tengah fikir dekat mana kita boleh duduk supaya tak ada orang curi dengar or suspicious. Apa you tanya tadi?” aku berkata dengan pipi yang memerah “Comellah bila you blush. Tengok, I cakap macam tu pipi you makin merah pula. Haha I tanya you nak air apa Tuan Puteri?” Arisz bergurau. Aku dapat rasakan pipiku panas apabila dipuji begitu. Apatah lagi yang memuji ialah Arisz. “Coke please” aku berkata sambil tersenyum.
Arisz membawa minuman kami mengikut langkah aku ke pohon besaryang menjadi tempat biasa aku and the girls lunch setiap hari. “Every time I datang sini I’m impressed taw. Dulu I ingat MCKL is the prettiest school, but TKC lagi cantik. We don’t have a lake” Arisz berkata sambil melemparkan pandangan kearah tasik yang tenang. “Thank you I guess. Mula-mula datang sini pun I rasa sekolah ni cantik. Lama-lama dah jadi biasa” aku berkata sambil tersenyum “Mana tak cantik, sekolah untuk princesses and heiresses. Orang kebanyakan mana boleh masuk kesini kan?” Arisz bergurau “Thats where you’re wrong. Walaupun kebanyakan dari mereka yang masuk kesini datang dari keluarga yang kaya-raya, tapi mereka perlu mengambil exam dan melalui temu duga dahulu. Tapi ada juga yang dapat masuk kesini atas jemputan atau scholarship atas results mereka yang cemerlang dan rekod kokurikulum yang impressive. Macam I masuk kesini atas tiket ballet dan results prep school I. Kalau tak ada itu semua mungkin kita tak jumpa kot” aku berkata sambil melontar batu. Ia melambung agak jauh sebelum tenggelam mengikut graviti “Lebih kurang sama macam di MCKL la. Wahh jauh you baling. Tapi I lagi jauh” Arisz berkata sambil melontar batu melebihi tempat dimana batuku tenggelam tadi. “Memanglah you lagi kuat dari I! But the question is can you do this?” aku berkata sambil melontar batu ke permukaan aiar. Batu itu seperti melompat diatas permukaan air beberapa kali sebelum tenggelam “I selalu tengok orang buat tu dalam TV tapi I tak pernah buat. Macam senang aja” Arisz berkata sambil melontar batu meniru gaya balinganku. Tetapi batunya hanya teus tenggelam ditelan air.
Aku asyik memerhatikan gelagat Arisz yang tak puas-puas melontar batu sambil meniru gayaku sambil ketawa.“Haha comellah you ni Aleesya” Arisz berkata tiba-tiba. Dek kerana asyik mentertawakan Arisz aku tak sedar yang dia sudah berhenti membaling batu dan sedang memerhatikanku. Darah terus naik kepipiku menghangatkan pipiku yang tadinya sejuk ditiup angin. Aku terdiam, renungan Arisz pantas membuatkan lututku lemah. “Kalau you nak bodek I supaya I ajar you macam mana nak baling batu macam tu tak payah laa. I susah payah belajar to beat my brother” aku berkata cuba untuk menutup kegugupanku. Jantungku sedang berdegup rancak, selaju irama lagu Greenday yang menjadi ringtone telefon bimbit Arisz “Err sekejap ya Aleesya. It’s my mum i gotta take this” doa berkata sambil memusingkan badannya membelakangi aku “Yes ma, Arisz dekat TKC ni. Ada rehearsal la ma. No, everyone has to participate ma. It’s not going to effect my studies ma. Yes, yes I know, Arisz baliklah nanti. I promise. Bye ma” Arisz mematikan talian dan melepaskan hembusan nafas yang dalam.
“Err kenapa? You look bothered” aku bertanya bimbang, riak wajah Arisz berubah sungguh setelah menerima panggilan telefon dari ibunya. “Aleesya, I nak minta maaf sangat sangat. I’m not going to make it to the rehearsals. I have this family fundraiser dinner that i have to attend. Im really sorry.” Arisz berkata sambil melepaskan nafas berat. Mungkin riak wajahku turut berubah membuatkan Arisz terus melangkah mendekati aku “But don’t worry I’ll still make it to the ball to be your partner. It’s just that you would have to find someone to practise with you in the mean time. But it’s not like you need any of it though. You’re almost a pro” Arisz berkata sambil tersenyum. Aku tersenyum hambar untuk menutup hatiku yang kecewa. Baru saja aku berangan dapat berjumpa dengan Arisz selama 4 hari berturut-turut.”Umm, it’s okay. I’ll find someone to practise with me” otakku ligat memikirkan calon yang boleh diajak menari. Tapi sekarang semua orang sudah mempunyai pasangan masing-masing. Eh, tapikan Aliff masih ada! Kekecewaan yang tadi menebal mula menghilang. Kalau Aliff setuju berlatih bersama, taklah teruk sangat. “You nak berlatih dengan siapa nanti?” Arisz berkata sambil memandang aku dengan pandangan yang tidak dapt kuertikan. “Tengku Aliff kot. Siapa lagi kan?” aku berkata mudah namun sebaris ayatku itu mengundang keruh dimuka Arisz.