“Adik abang nak pegi tengok-tengok gitar dengan Aliff. Adik nak ikut tak?” tanya Adam pada Aleesya yang sedang berlatih beberapa gerakan ballet didalam bilik yang diubah suai untuk membolehkan Aleesya berlatih dirumah. “Aliff? As in my friend Aliff?” Aleesya bertanya hairan. Sejak bilalah abangnya itu baik dengan Aliff sedangkan mereka baru berjumpa semalam. “Ye la, siapa lagi. He told me he played electric guitar and I told him I’ve been wanting to buy a new Fender but I don’t know any good shops here” terang Adam. “Abang ni memang. Mengada-ngada, dah duduk KL nak dekat 2 tahun pun still tak tahu semua tempat. Tu lah, sikit-sikit asyik balik Singapore je” Aleesya mencemik muka pada Adam “Salah ke kalau sayang Negara sendiri? Anyway adik kena ikut jugak sebab Mak Tok ada mesyuarat persatuan sampai malam. Cik Dah keluar pergi jenguk adik dia. Bibik pun cuti hari ini dan esok. Nanti adik sorang-sorang dengan stalker baru tak takut?” Adam menakut-nakutkan Aleesya “Abangku sayang, kalau nak adik ikut cakap je lah. Tak payah nak takut-takutkan orang. Abang tahu adik bukan penakut kan?” Aleesya berkata sambil mencampakkan sebelah kasut balletnya pada Adam “Eh betullah orang cakap. Cepat sikit siap. Aliff kata dia dah nak sampai tu” kata Adam sambil tergelak-gelak. Adam memang tahu Aleesya bukan penakut. Terlampau berani pun ada juga kadang-kadang. Peristiwa yang berlaku setahun lepas apabila Aleesya pergi ke Thailand sendirian gara-gara hendak membeli sebuah pasu yang diukir dari tembaga untuk hari jadi Pn Rodziah yang ke-70 masih lagi segar di ingatan Adam. Sudah la baru berumur 15 tahun Aleesya sudah berani ke Thailand seorang diri, kemudian dalam perjalanan pulang dia sempat membeli seekor anak ular sawa kecil untuk dibawa pulang. Mengikut kata Aleesya, ular sawa itu disimpan didalam tin buruk yang sempit dan dia tidak sampai hati untuk meninggalkannya di kedai itu. Apabila perkara itu sampai pada pengetahuan Tuan Kamal, dia terbang saat itu juga dari Singapura untuk berjumpa Aleesya yang di Malaysia. Kalau boleh Adam mahu saja melupakan muka marah ayahnya itu, tak pernah sepanjang hidupnya dia melihat ayahnya marah sampai begitu sekali. Tuan Kamal mengarahkan pembantunya menghantar ular sawa itu ke Zoo Negara pada malam itu juga. Aleesya pula ditahan dari keluar rumah sampailah awal tahun ini.
“Wow I tak tahu you boleh main piano?” tiba-tiba Tengku Aliff muncul disisi Aleesya yang sedang mencuba piano yang terdapat di kedai muzik itu sementara Adam sedang berbincang mengenai beberapa peralatan yang disyorkan oleh pembantu kedai tersebut. “Well other than ballet, piano is my passion. Kalau I tak dapat jadi doctor, I sama ada akan jadi guru ballet atau pun guru muzik. I berangan someday I akan ada akademi sendiri. Tinggi tak cita-cita?” Aleesya tergelak sambil tangannya masih cekap memainkan Clair de Lune hasil gubahan ahli muzik tersohor, Debussy. “Hey,I love Clair de Lune” kata Tengku Aliff sambil duduk disebelah dan mula bermain duet. Aleesya tersenyum dan terus bermain. Mereka tidak sedar yang orang ramai sedang menyaksikan mereka bermain melalui tingkap kaca kedai muzik itu sehingga diakhir lagu itu mereka mendengar tepukan dari pengunjung-pengunjung One Utama yang menyaksikan “persembahan” mereka disebalik tingkap display kedai muzik itu. Pipi Aleesya kemerah-merahan kerana dia terlupa seketika bahawa dia ditempat awam. Tengku Aliff pula tersenyum kambing sambil meraup rambutnya kebelakang. Adam pergi mendapatkan adiknya yang masih termalu-malu “Show off!” Adam tergelak-gelak mengutuk mereka. Aleesya menjelirkan lidah pada abangnya. “Hey, since I dah dapat baby baru ni, teringin pula I nak try it out. Jum pergi jamming!” Adam memberikan idea selepas mereka keluar dari kedai tersebut. “I tak kesah, my guitar is always with me in my car. Syasya boleh main keyboard” Tengku Aliff memberikan cadangan. “sounds fine to me. Apa kata kita ajak Ika sekali so that dia boleh nyanyi?Barulah complete. Sementara tunggu dia kita Zohor dulu” Aleesya bersuara sambil mengeluarkan handphone dari beg Coach Liberty yang dihadiahkan Oleh Pn Rodziah untuk hari jadi Aleesya yang ke-15.
Arisz berjalan tergesa-gesa, dek kerana sibuk berangan malam tadi, die terlewat bangun pagi. Dia tercari-cari telefon bimbit yang dicampak didalam beg untuk menelefon Ziqry “Ouch!” jerit seorang perempuan diikuti bunyi benda jatuh. Arisz tunduk untuk mengutip nota muzik yang berteraburan. DIa baru sahaja hendak meminta maaf apabila “mangsa perlanggarannya” itu mengangkat mukanya dan sepasang mata yang merenung kembali membuatkan hatinya berhenti seketika. Masakan tidak, mata itulah yang diangan-angankan malam tadi. “Aleesya I’m so so so sorry. I nak cepat jalan sampai tak pandang depan!” Arisz berkata sambil memngutip nota-nota muzik yang berteraburan. “ Arisz! What a nice surprise. What are you doing here?” Aleesya berkata sambil bangun dan tersenyum. Hatinya berdegup kencang hingga membuatkan tanganya menggeletar sedikit. Aleesya menggengam tanganya dan cuba memberikan senyuman tenang pada Arisz. “I ada jamming session dengan my band, practice sikit before the big day you know. You jamming juga?” Arisz berkata tenang, walaupun tangannya sudah berpeluh-peluh ‘chill man. Jangan lupa ambil nafas. Tarik, hembus, tarik, hembus’ Arisz berkata dalam hatinya. Dek kerana kemuruh terjumpa Aleesya dia lupa cara bernafas! “Err..I saja-saja cuba, sebenarnya teman my brother test gitar baru dia. Tengku Aliff pun ada sekali, tak nak join kitaorang?” Aleesya berkata dengan harapan Arisz akan menerima pelawaan tersebut “I’m sorry but as it is I’m already late for the practice. Mati I kena bunuh dengan diorang nanti” Arisz melawak, tapi hatinya pedih hanya Allah yang tahu. Lagi-lagi nama Tengku Aliff yang disebut Aleesya, kenapalah lelaki itu seperti lalat yang sibuk aja mengacau daun!
“Gilalah Aliff! Dude, ajar aku macam mana kau buat tu tadi” Adam berkata sambil membawa gitarnya hampir pada Tengku ALiff yang baru sahaja habis memainkan bridge lagu Greenday. Aleesya mengambil peluang rehat itu untuk bercakap dengan Irika “Ika, I nak cakap dengan you dari tadi tak dapat. You have no idea who I bumped into!” Aleesya berbisik kuat di telinga Irika “Who?” Irika mengerutkan dahinya, kalau orang lain yang membuat ekspresi muka itu, tentu mereka tampak hodoh tapi Irika nampak comel sekali dengan muka berkerut. Alah, Irika memang nampak comel dengan apa gaya sekalipn. “Arisz Ramli!” Aleesya separa menjerit tapi masih berbisik untuk mengelakkan didengari Tengku Aliff dan abangnya itu. “What? Arisz as in ‘mystery guy’ Arisz?” Irika bertanya untuk mendapat kepastian. Harapannya untuk menggandingkan Aleesya dan Tengku Aliff nampaknya tak menjadi hari ini. “Yes, who else?” Aleesya berkata sambil terlompat kecil sendirian “Hah adik, apa bisik-bisik tu? Happy nampak” Adam menegur Aleesya yang masih tersengih-sengih “Umm nothing, I was just talking to Ika about the Singapore trip. She was just telling me how excited she is” Aleesya berkata sambil mengenyitkan matanya pada Irika, padahal dia telah pun mengajak Irika untuk ke Singapura malam tadi “Err..Sure. I’m super excited! Dah lama I tak pergi Singapore” Irika berkata sambil memberikan senyuman gembira pada Adam “Hey, why don’t you come along nanti? You’d love Coral Island. We can show you around, first class treatment all the way” Adam berjenaka kecil sambil menepuk bahu Tengku Aliff “Sounds fun. If you’re in I’m in Ika” Tengku ALiff berkata dengan gembira. ‘2 whole week with Aleesya. Man, that would be heaven. Eat your heart out Arisz!’ kata Tengku Aliff dalam hati. “Sweet! Wow, dah nak dekat 2 jam kita kat sini rupanya. Jum pergi makan, I dah lapar ni” Adam berkata sambil menggosok perutnya. “ Yeah, I pun dah lapar ni. Jum lah” Irika berata sambil mula mengemaskan lirik-lirik lagu dan nota-nota muziknya.
Mereka sedang berjalan kearah pintu keluar apabila mereka bertembung dengan Arisz dan bandmatesnya. “Eh, Aliff! Korang pun jamming dekat sini jugak?” Ziqry menegur Tengku Aliff dan berjabat tangan “Hak ah, member aku nak try Fender baru dia. Oh, by the way guys this is Adam, Irika and Aleesya and this is Ziqry, Black, Prem and Arisz. Juniors I dekat MCKL ” Tengku Aliff memperkenalkan mereka antara satu sama lain. Mendengar nama Arisz, Adam terus menoleh kearah Aleesya yang sedang cuba untuk mengelak pandangan abangnya dengan memandang keluar tingkap. “Hey you guys budak TKC kan? We’ve seen you guys before right?” Ziqry berkata, mebuatkan muka Aleesya memerah dan bertukar gelabah “Yeah, and you guys perform hari tu kan? You were good” Irika berkata sambil memandang Aleesya yang sedang gugup. “Kitaorang nak pergi minum dekat mamak bawah. Jom lah join sekali” Tengku Aliff berkata, jemput-jemput ayam sekadar berbahasa. Dalam hatinya berharap mereka menolak pelawaan itu “Jom lah. Kita orang pn nak makan kat bawah tu jugak ni” Ziqry berkata, dia tahu Arisz mesti mahu mengikut Aleesyanya itu pergi minum. ‘You owe me one dude’ dia berbisik pada Arisz. Arisz yang sebal melihat kemesraan Tengku Aliff dengan Adam dan Aleesya hanya mengumam marah dalam diam.
Sedang orang lain berbual sambil makan-makan Aleesya menerima SMS dari Arisz yang duduk di hadapannya.
BTW, I lupa nak cakap tadi. You look lovely todayJ
Err..Thank you..Tak sangka boleh jumpa macam ni kan?:)
A pleasant surprise indeed. Jodoh agaknya;)
Haha..maybe..kelakar kan, we’re infront of each other but we’re texting!:p
Nak cakap pun segan. Tak pasal-pasal jadi bahan gossipL
Yeah..I know..Too bad kan?
Well maybe next time when diorang ni tak de boleh la kita cakapJ
Yeah, that wud be niceJ
“Adik? Message siapa tu sampai orang panggil pun tak dengar. Dah la tersenyum-senyum sorang-sorang. Angau ke haa?” Adam berkata sambil menggosok rambut ALeesya mengundang tawa mereka yang mendengarnya. “Err apa abang tanya?” tanya Aleesya yang terpinga-pinga. Mukanya sudah memerah menahan malu, dalam hati dia menyumpah-nyumpah Adam kerana mengusiknya begitu. Arisz terbatuk-batuk kecil menahan gelak sambil meminum teh tariknya yang sudah sejuk “Abang tanya adik nak join abang dengan Aliff pergi batting cage dekat One Utama ke adik nak balik dah? Susah betul cakap dengan orang angau ni” Gumam Adam “Abang pergilah dengan Aliff. Adik nak shopping dengan Ika dulu. Nak tak?” tanya Aleesya pada Irika. Sebenarnya dia hendak bersendirian dengan Irika untuk bercerita pada temannya itu. Irika mengangguk dan mereka bangkit untuk membayar bil dan meminta diri. Aleesya memusingkan kepalanya untuk memberikan senyuman manis pada Arisz sambil berlalu keluar tanpa menyedari anak tangga kecil dihadapannya. Dia terjerit kecil sebelum tersadung dan terpaut pada belakang Tengku Aliff. Adam yang sejak duduk tadi memerhatikan gelagat mereka, memandang Arisz dengan pandangan yang tajam selepas melihat apa yang berlaku, membuatkan Arisz tunduk memandang meja.
Aleesya dan Irika membelek baju-baju yang tergantung di rak butik MNG itu. “Ika I’m super duper happy! You rasa apa Arisz cakap tadi tu means that he wants to go out with me ke?” Aleesya bertanya pada Irika yang sedang membelek dress labuci berwarna emas dan hitam. Dia telah pun menceritakan tentang apa yang berlaku pada hari itu, termasuk belon yang diterima dari secret admirernya itu dan mesej yang dikirim Arisz. “It sounds like it. But you know boys are complicated kan. Tapi tadi tak berkedip mata si Arisz tu pandang you taw” Irika berkata cuba untuk gembira buat teman karibnya itu, walaupun sedih rancangannya dan Tengku Sabrina tak menjadi. “Really? I takut abang I je perasan. You know how very protective he is towards me kan?” Aleesya berkata sambil memegang skirt turquoise paras lutut dan sehelai top warna putih dengan lukisan abstrak berwarna-warni ‘Comel’ kata Aleesya dalam hati. “You tak nampak macam mana Adam pandang Arisz sebelum balik tadi?” kata Irika tergelak kecil. Kalau pandangan boleh membunuh, tentu Arisz dah mati ditangan Adam. Eh, silap bukan ditangan tapi dimata! Irika tertawa lagi mengingati muka Arisz yang tiba-tiba tunduk memandang meja “What? Please tell me you’re kidding? Abang I tu jangan you tak tahu. Balik nanti sure macam-macam I kena soal!” Aleesya berkata sambil mengambil lagi sehelai jeans dan top untuk dicuba.
Aleesya bangun pagi itu dengan senyuman. Malam tadi Arisz menelefonnya untukmengucapkan selamat malam. Mereka berbual hingga pukul 3 pagi sebelum tidur. Matahari menyinar melalui tingkap bilik Aleesya menyimbahi biliknya yang luas bercat putih bersih. Aleesya sukakan reka bentuk colonial biliknya itu, jadi dia menghias bilik itu mengikut tema modern English. Katil putih besinya yang terukir indah dengan bunga-bunga ros merah jambu dilitupi kanopi chiffon berwarna pink dengan lapisan renda perancis berwarna putih bersih. Comforter bulu angsa yang disarungkan dengan sarung sutera mewah berwarna merah jambu melengkapkan katil seindah kamar peraduan puteri didalam cerita dongeng. Sebuah meja solek antic berwarna putih terhias cantik dengan sebuah cermin antik besar yang berukir. Ditepinya sebuah almari antik besar berwarna putih dengan ukiran kayu tersergam indah menyimpan baju-baju Aleesya yang banyak. Karpet faux fur berwarna putih menutup lantai kayu japanese bamboo. Sebuah day bed ala Cleopatra antik berwarna putih dengan kusyen sutera berwarna pink diletak berhadapan dengan TV besar yang dilengkapi set audio dan radio. Di atas siling plaster yang terukir indah, chandelier Kristal membiaskan prisma pelangi apabila terkena sinaran matahari. Ketukan perlahan dari pintu mengejutkan Aleesya dari angan-angannya. Aleesya membuka pintu dan Cik Dah menghulurkan sebuah bungkusan padanya “Ni baru sampai untuk Syasya. Ada Cina hantar tadi, dia suruh Cik Dah sainkan. Agaknya hadiah dari orang semalam tu kot Syasya?Hah, lagi satu Mak tok suruh siap. Dia nak ajak Syasya teman dia shopping” Cik Dah berkata sebelum berlalu pergi. Aleesya membuka pembalut hadiah itu dan diatas kotak chocolate Patchi itu terletak sebuah nota ‘agree to’. Nampaknya Cik Dah betul dan ia memang datang dari orang yang sama. Semalam diatas belon itu tertulis ‘would you’ dan hari ini diatas kotak chocolate ‘agree to’. “would you agree to?’ Aleesya berbisik sendiri. Dia makin bingung memikirkan siapa yang menghantar hadiah-hadiah ini kepadanya. Tiba-tiba deringan telefon mematikan lamunanya “Hye daddykins! Semalam kenapa Syasya call daddy tak angkat?” Aleesya merengek manja pada ayahnya “Sorry princess. Daddy ada gala dinner malam tadi. Anyway, abang ada cakap yang daddy ajak Syasya balik tengok rumah baru untuk midterm break ni?” jelas kedengaran suara ayahnya excited untuk Aleesya pulang kerumah “Yes, he did. Syasya balik bawak kawan-kawan boleh?” Aleesya bertanya sopan walaupun dia tahu ayahnya pasti akan setuju “Berapa orang Syasya? I’ll send a bigger helicopter for your friends or do you prefer to take the company’s plane?” tanya Tuan Kamal. Oleh kerana urusan perniagaan syarikatnya memerlukan beliau kerap terbang keluar Negara, beliau telah meluluskan dana untuk membeli sebuah kapal terbang peribadi baru. Tambahan pula, beliau memang telah lama menyimpan angan-angan untuk memeliki kapal terbang peribadi. “What? A plane? Daddy ni sebenarnya memang addicted dengan aircraft kan?Macamlah Syasya tak tahu. 2 orang je daddy, so 4 if include Syasya and abang. But daddy, can we just fly MAS or Singapore Airlines?” Aleesya bertanya walaupun dia tahu ayahnya tidak akan membenarkan dia menaiki penerbangan komersil “No Syasya, you know I won’t allow that. If 4 orang daddy hantar plane lah. Comfortable sikit kan.” Tuan Kamal membuat keputusan “Fine, thanks daddy. You’re coming for my debutante ball right?” Aleesya bertanya pada Tuan Kamal kerana dia takut ayahnya itu akan terlupa “Of course sayang. Mummy pun ikut sekali. Princess, I have to go. Take care, I love you bye” “I love you too daddy,muah bye!” Aleesya berkata sebelum memutuskan talian. Dia mengurut kepala memikirkan bagaimana dia hendak menjelaskan pada Irika dan Tengku Aliff yang mereka akan pergi ke Singapura dengan kapal terbang peribadi ayahnya.
Petang Isnin itu Aleesya sedang melakukan regangan bersama-sama rakan sekelas balletnya sebelum memulakan latihan untuk Swan Lake yang akan dipersembahkan bagi makan malam untuk mengumpul dana MAKNA. Aleesya sedang melakukan a pas de chat satu gerakan yang cukup teknikal yang memberikan ilusi seolah-olah penari itu sedang terapung seketika, apabila tiba-tiba seorang pekerja FedEx masuk dan guru tarinya memanggil Aleesya kehadapan kelas. Aleesya terpinga-pinga tapi pergi untuk mendapatkan mereka. “Yes maam, you called for me?” Aleesya bertanya sambil membetulkan sehelai dua rambut yang terkeluar dari sanggulnya. “Cik Aleesya ada parcel. Boleh tolong tandatangan disini?” kata pekerja itu. Aleesya melihat tag nama yang tergantung dibaju pekerja itu “Oh thank you Azwan. Susah-susah cari saya disini. Have a nice day” Aleesya berkata penuh sopan. Pekerja itu terkebil-kebil sebentar memandang Aleesya ‘ Dah la cantik. Sopan pulak tu. Aduhh ayunya!’ desus hati kecilnya. Guru tarinya menyuruh Aleesya menyimpan bungkusan itu sebelum kembali berlatih.
Aleesya mengelap rambutnya yang masih basah dan mencapai bungkusan yang diterima petang tadi dari beg Nike Dance nya. “Hah, hadiah dari siapa tu?” Irika menyergah Aleesya dari belakang sambil melompat diatas katil yang sedang diduki Aleesya “Ya Allah Ika! I belum kahwin lagi ni tak kan nak bagi I mati heart attack?Isyh bagus betul” Aleesya berkata sambil menepuk peha Irika. “Ouch! Sakitlah, you pukul! Muka je nampak ayu tapi pukul macam lelaki tahu tak?” Irika berkata sambil menggosok pehanya yang berbekas merah “Sorry lah, terkuat pulak. Siapa suruh you terperanjatkan i! Hmm go to?” Aleesya berkata sambil membaca tulisan yang tertulis dihalaman pertama buku yang dibalut dalam bungkusan itu. “Buku apa ni? Swan lake? Siapa bagi Sya?” Irika bertanya sambil mencapai buku yang sedang dipegang Aleesya. Aleesya mengutip balik bungkusan itu dan cuba mencari alamat pengirim namun tiada. “I tak tahu Ika. Semalam I dapat chocolate Patchi with a note written ‘agree to’ and now buku ni pula. I rasa orang yang sama yang bagi” Aleesya berkata sambil menyelak buku yang diterimanya itu. Aleesya sebenarnya telah mempunyai buku itu. Tapi Swan Lake miliknya adalah cetakan moden manakala buku yang diterimanya adalah Swan Lake cetakan pertama bahasa Inggeris. Tentu harganya mahal dan susah dicari. “First ‘would you’, then ‘agree to’ and now ‘go to’. I think ada orang nak ajak you pergi debutante ball tu dengan dialah Sya! Wow, how romantic!” Irika berkata dengan mata berkaca-kaca. “Tapi I tak tahu siapa yang hantar macam mana I nak agree?It could be someone creepy or a stalker! Think about it, macam mana dia tahu I’m dancing Swan Lake? And selain dari Aliff, no other guys from MCKL yang tahu where I live Ika” Aleesya berkata sambil mengigit bibir. Aleesya realistic orangnya, terlampau realistik sampaikan dia kadang-kadang mudah paranoid. Ini bertentangan dengan sikap Irika yang lebih romantic dan optimistic. Princess Berangan bak kata Aleesya. Irika mencebik bibir apabila Aleesya berkata begitu “You ni cepat gelabah and paranoid sangatlah. Chill lah..I bet dia akan bagitahu siapa last-last nanti. Entah-entah Arisz tak?” Irika mengenyit mata pada Aleesya. “I don’t think so. If he is mestilah dia dah ada hint apa-apa. Ni bila I bagitahu dia, dia macam buat lawak and selamba aje.” ALeesya berkata sambil menyarungkan baju kurung untuk ke surau bagi solat maghrib. “Well, if dia tak ajak you by Wednesday you pergi je lah dengan secret admirer you ni. From his gifts its obvious that he has class and taste. Dah la romantic pulak tu!” Irika berkata sambil menyarung telekung untuk mengikut Aleesya ke surau. “Dah la. Dah azan dah tu. Biar je lah siapa-siapa pun dia, nanti I tahu juga kan?” Aleesya berkata palsu sedangkan hatinya memberontak ingin tahu siapa yang menghantarkan semua hadiah itu kepadanya.
Keesokan harinya Aleesya berjalan kearah court tennis yang terletak bersebelahan dengan tasik. Aleesya mengeluh mengingati jadualnya hari itu. Oleh kerana dia ada kelas ballet dari pukul 4pm hingga 7pm dia perlu berlatih tennis ditengah terik matahari dari pukul 2pm hingga 4pm. Nasib baiklah tennis court sekolahnya itu terletak dibahagian yang terlindung dari cahaya matahari. Dia bersyukur skirt dan baju tennisnya berwarna putih. Jika tidak tentu dia sudah mati kepanasan. Sesampainya dia di court tennis itu, dia ternampak pekerja FedEx semalam sedang duduk di salah satu kerusi panjang ditepi gelanggang dengan satu bungkusan yang sangat besar. Apabila dia ternampak Aleesya dia tersenyum sambil berjalan kearahnya. “Cik Aleesya ada hadiah lagi hari ini. Tolong tandatangan disini ya” kata pekerja itu sambil menghulurkan bungkusan dan borang untuk ditandatangani. “Terima kasih, err Azwan kan? Maaflah kena tunggu saya ditempat panas-panas begini” kata Aleesya sambil menghulurkan kembali borang itu. Lelaki itu tersenyum sebelum beredar pergi dengan hati yang berbunga. Jarang dia rasa dihargai begitu, selalunya klien hanya akan mengucapkan terima kasih tanpa memandang wajahnya sekalipun. “Hah, Sya apa bendanya tu? Bukalah cepat” Coach RIdzuan berkata pada Aleesya sambil duduk disebelahnya. Aleesya memang rapat dengan jurulatihnya itu. Malah anak perempuan Coach Ridzuan belajar ballet dari Aleesya di kelas tarian junior akademi ballet TKC. Aleesya tersenyum sambil mengoyakkan kertas pembalut hadiah itu dan didalamnya sebuah plush toy berbentuk Swan yang dipakaikan tiara emas terletak cantik. Ditepi sayap angsa itu terselit sekeping nota tertulis ‘the ball’. “Wahh, cantiknya bear. Siapa yang bagi Sya? Boyfriend?” kata Coach Ridzuan berjenaka “Mana saya ada boyfriend coach. Merepek aje coach ni.” Aleesya berkata sambil membungkus kembali hadiah itu. Walaupun dia tidak tahu siapa yang menghantar hadiah itu, dia amat sukakan anak patung angsa tersebut. ‘Comel betul’ kata Aleesya dalam hati. Dia membuat keputusan bahawa jika Arisz tidak mengajaknya untuk ke Debutante Ball itu dia akan pergi bersama secret admirernya.
Malam itu Aleesya dan Arisz sedang berbalas SMS seperti biasa. Sekarang apabila ada masa lapang tentu mereka akan berbalas mesej, dan setiap malam sebelum tidur Arisz pasti akan menelefon Aleesya. Hati Aleesya resah kerana esok akan diadakan sesi latihan untuk debutante ball dan Arisz belum mengajaknya untuk pergi bersama. Selain dari ‘secret admirer’ yamg menghantar hadiah, beberapa pelajar lelaki lain ada juga mengajaknya melalui nombor telefon keduanya yang tercatat didalam phamplet yang diberikan kepada semua pelajar tempoh hari, tetapi Aleesya menolak pelawaan mereka dengan sopan. Dia tekad malam ini dia akan memberi hint pada Arisz supaya dia mengajak Aleesya ke debutante ball itu.
Arisz, i dapat bear swan hari ni..comel sangatJ
Oh, dari secret admirer awak? Bear? Tak macam budak kecik ke awak?
Yup, bearJ tak la!comel sgt..i suka!ika was right, dia memang nak ajak I pergi ballL
Kenapa L? Bukan awak kata comel tadi? awak suka bear tu kan?
Sebab yang saya nak tak ajak, yang saya tak nak pula yang ajakL
Oh, tah2 dia tak tahu u nak dia ajak u tak? Btw siapa lelaki bertuah tu?I can keep a secret;)
Sometimes I rasa dia tahu I nak dia ajak I, tapi dia buat-buat tak tahu. Oh well, I dah decide.
Decide apa?
Who I wanna go to the dance with if that guy tak nak ajak iL
Oh siapa?:)
My secret admirer..Kesian dia dah put in a lot of effort..
Baguslah, kesian dia taw
Yup..ok la I’m so sleepy..u dun hafta call tonight, I dah mengantuk sangat..good night Arisz
Alaa. Dah nk tidur dh ke?ok la then.sweet dreams Aleesya,sleep tight,don’t let the bed bugs bite!:)
Aleesya membaca mesej terakhir Arisz dengan perasaan sebal. Dia ingatkan Arisz akan faham tapi rupa-rupanya Arisz cuma buat endah tak endah saja. “Sya!! Ingat tak poems yang I dapat everyday tu? Guess who sent them?” Irika berkata dengan mata bersinar-sinar. Aleesya mengurut dadanya, terkejut dia apabila Irika yang tadi sibuk bercakap ditelefon tiba-tiba melompat masuk dari balkoni “Ika can you stop trying to kill me? I pukul you nanti kang” Aleesya berkata sambil mecampak sebuah bantal kecil kearah Irika “you missed! Haha by the way the one who has been sending all the poems is Redza! Striker I tu!!” kata Irika sambil terlompat-lompat diatas katilnya. Aleesya bangun dan mengikut Irika melompat bersama “Yeay Ika!I’m so happy for you” Aleesya berkata sambil memeluk Irika “Has Arisz asked you?” Irika berkata sambil menarik tangan Aleesya untuk duduk dihadapannya “Nope, oh well. I can always go with my secret admirer.” Aleesya berkata sambil tersenyum hambar “Sya, don’t do that. Buruk muka you bila pretend happy. You’re like an open book taw. Senang sangat nak baca air muka you, so tak payah la you nak sorok” Irika berkata sambil memeluk bahu teman akrabnya itu “I hate not being able to hide my feelings. “ Aleesya berkata lemah cuba untuk tidak menangis “Sya tah-tah secret admirer you Arisz tak?” Irika meneka “Don’t make me hope Ika. Nanti I lagi sedih. But I’m sure it’s not him. It’s okay la Ika. I malas nak fikir dah. Jum lah tidur nanti esok mata lebam tak cantik pula you” Aleesya berkata cuba untuk melawak “Eh, kenapa I aja? You pun tak cantik mata lebam” Irika berkata sambil memukul Aleesya dengan bantal “Tak lah, I memang lahir-lahir dah cantik. Lebam-lebam ke hitam-hitam pun cantik juga” Aleesya melawak sambil menjelirkan lidahnya pada irika. Mereka berdua ketawa sebelum mematikan lampu untuk tidur.
Aleesya meletakkan cekak rambut dengan reben senget itu diatas kepalanya. Dia melihat pantulan rupanya dalam cermin. Skirt kembang payung Nafnaf berwarna indigo itu dipadankan dengan blaus Miss Selfridge chiffon berwarna apel hijau pastel dengan lengan yang kembung dan kuncup dengan empat kancing lurus dihujungnya. Sepasang mary janes dengan tumit 3 inci Salvatore Ferragamo disarungkan untuk melengkapkan penampilannya. “Wow, so cute Sya. Very 60’s!” Irika berkata sambil memakai anting-anting Swarovski yang dibeli semasa mereka pergi ke Brazil tahun lepas. “You don’t look so bad yourself. Cantiknya, macam nak pergi dating pulak you ni!” Aleesya berkata membuatkan pipi Irika kemerah-merahan. “Alamak! Too much ke? I’m too excited la. You rasa overdressed sangat ke i?” Irika berkata cemas. DIa telah menyarung skirt berlipat-lipat Miumiu dari satin silk berwarna turquoise dengan peasant blouse organza berwarna putih dari topshop. Rambutnya diikat sanggul dengan cucuk sanggul Swarovski berwarna merah jambu sepasang dengan anting-antingnya. Stilettoes 4 inci Stuart Witzerman melengkapkan penampilan Irika “Well, I think you look gorgeous. Besides I rasa mesti ramai yang melaram hari ini. But are you sure you want to dance in those shoes. Malam nanti you sure sakit kaki” Aleesya berkata sambil menyembur perfume Miss Dior Cherie pada leher dan pergelangan tangannya. “But kasut ni paling matching. Oh well, beauty is pain kan?” kata Irika sambil menyambar lipstick Chanel merah jambu dari atas meja solek Aleesya. “Dah la tu Ika jom pergi. Let’s get it over and done with” Aleesya berkata hambar. Sebenarnya kalau ikutkan hati malas saja dia hendak pergi hari ini. Jika secret admirernya tidak mengajaknya pergi ke debutante ball hari ini, matilah dia. Kerana dia tidak kenal siapa gerangan secret admirernya itu dan dia telahpun menolak tawaran pelajar-pelajar lain. Hendak mengharapkan Arisz, dia sudah malas berharap. “Ika you rasa Arisz pergi dengan siapa?” Aleesya bertanya dengan hati yang berat “Umm I really don’t know la Sya” Irika berkata sambil menundukkan kepalanya. Dia tidak suka melihat Aleesya muram begitu. “Tah-tah dia ajak Melissa tak? But Lisa won’t do that to me kan? I wonder who’s the lucky girl” Aleesya berkata sambil melangkah masuk kedalam dewan dan terus berjumpa dengan janitor dewan bagi memastikan setiap peralatan berada ditempat sepatutnya.
Pelajar-pelajar lelaki MCKL baru tiba dan Aleesya sedang berbincang dengan Tengku Aliff mengenai jadual latihan bagi debutante ball itu apabila tiba-tiba Aleesya terdengar seseorang memanggil namanya. “Cik Aleesya? Ada bunga untuk cik. Boleh tandatangan disini” kata lelaki itu sambil menyerahkan sejambak besar bunga ros merah kepada Aleesya. Aleesya terdiam dan menandatangani borang yang disediakan lelaki itu. Dia dapat rasakan setiap mata didalam dewan itu memandang kearahnya. Pipi Aleesya sudah kemerah-merahan dan dia mengajak Tengku Aliff ke belakang pentas bagi mengelak dari menjadi tumpuan. “Wow, besarnya bunga you. Siapa bagi? Secret admirer you?” Tengku Aliff berjenaka “Eh mana you tahu?” kata Aleesya sambil membaca kad yang disispkan didalam jambangan itu. Hari ini ia Cuma tertulis satu perkataan ‘with’. “Adam beritahu I. We played tennis together yesterday. My team practice dekat Royal Selangor Club so Adam join sekali. Lepas gian katanya. Apparently his Sunway College friends tak main tennis.” Kata Tengku Aliff sambil cuba menyembunyikan cemburu dari nada suaranya. Aleesya masih gamam dan meletakkan bunga itu bersebelahan begnya di bilik persalinan. “Siapa yang bagi you bunga tu Syasya? You dah tahu siapa secret admirer you? Apa dia nak?” tanya Tengku Aliff “Honestly I don’t know” kata Aleesya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Hati Aleesya berdebar sedikit apabila melihat mesej itu dari Arisz tapi apabila dia membacanya sebuah senyuman manis terukir diwajahnya
Me?J
Satu perkataan dari Arisz itu Berjaya membuatkan Aleesya berasa seperti dia diawang-awangan. Arisz berdehem dari muka pintu bilik persalinan tersebut mengembalikan Aleesya dibumi nyata. Senyuman Aleesya makin melebar “Aliff excuse me for a while. I’ll meet you in the front nanti ya?” Aleesya berkata sambil berjalan kearah Arisz meninggalkan Tengku Aliff didalam bilik itu. “Arisz? What is the meaning to all this?” kata Aleesya berbisik kerana dia seperti telah hilang suaranya. “You belum jawab lagi soalan i. Would you agree to go to the ball with me Aleesya?” Arisz berkata sambil merenung mata Aleesya membuatkan Aleesya bertambah gugup “Yes, of course I will” Aleesya berkata separuh berbisik supaya getaran didalam suaranya tidak didengari “Wow, thank you. I was so scared you would refuse me like all the other guys” Arisz berkata sambil menguak rambutnya kebelakang. Aleesya hanya tersenyum, sebelum sempat dia berkata-kata suara Mrs Cullen guru tari yang akan mengajar gerakan tarian mereka hari itu bergema dari speaker “Okay boys and girls gather up infront of the stage with your respected partners. For those without partners please stand at the left side of the stage” Arisz hanya tersenyum “So shall we go partner?” Arisz berkata sambil menundukkan badannya dan mendepangkan tangan kearah dewan. Aleesya tertawa kecil dan berjalan bersama meninggalkan Tengku Aliff yang telah menyaksikan adegan romantik mereka tadi dengan perasaan kecewa.
Setiap mata memandang kearah Aleesya dan Arisz apabila mereka mengambil posisi dihadapan satu sama lain. “Okay now I’m going to demonstrate the first position. I need a couple to help me. Hmm..Aleesya and partner why don’t you come infront?” Suara Mrs Cullen memanggil Aleesya mengejutkan dia dari angan-angannya. Sedari tadi, Arisz dan Aleesya seperti berada didunia sendiri. Bisikan rambang dari rakan-rakan mereka membuatkan wajah Aleesya dan Arisz memerah. Masakan tidak, gossip hangat yang sedang diperkatakan ialah antara Aleesya dan Tengku Aliff di kedua-dua sekolah. Tambahan pula jambangan bunga yang diterima dari Aleesya sewaktu berbual dengan Tengku Aliff tadi menguatkan tanggapan mereka. Tiba-tiba sekarang Arisz pula yang akan menjadi pasangan Aleesya untuk ke debutante ball itu nanti. Yang menghairankan mereka, tidak pernah sekalipun mereka melihat Aleesya dan Arisz berbual atau berjumpa. Mereka yang mengetahui tentang Aleesya dan Arisz hanyalah Irika,Tengku Aliff,Melissa, Nadia dan Batrisya. Dan atas permintaan Aleesya mereka tidak pernah memberitahu hal itu pada orang lain. “Okay, now Aleesya I believe you know the position. Can you please demonstrate?” Mrs Cullen berkata, secara automatic Arisz meletakkan satu tangannya pada pinggang Aleesya dan memegang tangan Aleesya pada tangan kanan. Aleesya meletakkan tangannya pada bahu Arisz dan mendongak dagunya. Walaupun dia memakai kasut 3 inci, Aleesya masih perlu mendongak untuk bertentang mata dengan Arisz. Mereka bertentang mata dan seolah-olah tenggelam didalam dunia sendiri meninggalkan dewan dan orang lain.
1 comments:
romanticnyaaaaaaaaaaa!!!!!
Post a Comment