Bab 5
10 Februari 2005,
Aleesya bangun pagi itu dengan hati yang lapang. Semalam dia cukup risau tentang ketiadaan Arisz semasa latihan-latihan untuk debutante ball itu. Tetapi selepas berbincang dengan Irika malam tadi, dia berasa lebih lega. Aleesya risau dia akan dimarahi Mrs Cullen jika tidak berlatih (Mrs Cullen sangat terkenal dengan sifat tegas dan garangnya) atau disuruh berpasangan dengan entah siapa. Untuk itu, Irika mencadangkan Aeesya meminta pertolongan Tengku Aliff untuk menjadi pasangan sementaranya namun apabila Tengku Aliff gagal dihubungi Aleesya panik semula. Namun Irika berjaya meyakinkan Aleesya yang segala-galanya akan berjalan dengan lancar kerana segala steps untuk tarian waltz yang akan diajar Mrs Cullen semuanya telah dipelajari sepanjang kelas tarian mereka sejak dari mula-mula mereka belajar disitu. Malah langkah-langkah yang akan diajar sangat asas dan boleh dilakukan walaupun oleh mereka yang tidak berpengalaman. Tambahan pula Arisz memberitahu Aleesya malam tadi yang ibunya telah menghantar dia kekelas ethic dan tarian sejak dia berumur 10 tahun lagi. ‘Hmm no wonder he can dance very very well’ gumam Aleesya dalam hati. Tiba-tiba handphonenya berbunyi sebelum sempat dia ke tandas untuk mengambil wudhu untuk solat Subuh.
Tengku Aliff menggengam handphonenya dengan erat sambil tunduk pada lututnya diatas katil. Semalam tidurnya cukup tidak tenang sekali. Dia bermimpi yang dia sedang berjalan-jalan di sebelah sungai yang mengalir deras sambil berpegangan tangan dengan Aleesya. Tiba-tiba Arisz datang dengan mendayung sampan membawa Aleesya pergi. Dia terlampau kecewa hingga tidak mampu berbuat apa-apa selain berjalan pergi dari sungai itu berseorangan. Tiba-tiba suara Aleesya menjerit dari arah sungai, sampan yang dikayuh Arisz tadi tidak kelihatan langsung. Dia cuba untuk mencapai Aleesya dan menyelamatkannya dari aliran yang deras. Namun Aleesya hilang terus dibawa arus dan Tengku Aliff bangun dengan peluh mericik didahi, azan Subuh kedengaran dari surau berdekatan sekolah mereka. Dia terus mengambil wudhu sebelum solat Subuh dan berdoa agar diberi ketengan dan petunjuk. Mataya tidak mahu lelap kembali jadi dia duduk diatas katil mencapai telefon yang ditutp sejaka petang semalam.
8 Missed Calls;
(2) Umi
(4) Adik
(2) Aleesya
12 Messages;
Adik;
Aliff where are you???
Adik;
I’m getting worried..Aliff don’t do anything stupid or i’ll tell umi!
Adik;
Umi risau dia tak dapat call Aliff. Where are you??
Umi;
Ika cakap Arisz ajak Sya pergi ball tu. Are you okay sayang?
Umi;
I know you need time alone. Please call umi bila Aliff dah ready ya? I love you sayang. Take care.
Adik;
Aliff jgn buat adik n umi risau! Aliff dekat mana??
Aleesya;
Aliff where are you? We need to discuss about the transportations for this Sunday.pls call me back.thanx!
(beberapa mesej dari Irika dan teman-temannya bertanya ke mana dia pergi semalam)
Aleesya;
Aliff I tried calling you, but tak dapat. Umm I need a favor. Can u pls call me back?
Mesej terakhir dari Aleesya itu mengingatkan dia pada mimpi malam tadi. Kenapa bayangan Aleesya suka menghantuinya walau kemana dia pergi? Dia telah membuat keputusan. Kata-kata Thaqif dan Irika berulang kali bermain difikirannya. Mimpi yang dialami tadi juga masih jelas terbayang dimindanya. Dia tak rela melepaskan Aleesya begitu saja. Dia kini sedar yang dia tak mampu untuk membuang Aleesya dari hidupnya. Dia tidak mampu untuk tidak menjadi sebahagian dari hidup Aleesya. Biarlah buat masa ini dia hanya hadir sekadar teman, namun masanya akan tiba apabila dia dan Aleesya akan ditakdirkan bersama. Tiba-tiba telefonnya berdering, nombor Aleesya tertera di skrin “Hello?” Tengku Aliff bersuara sedikit teperanjat. “Hello? Hey Arisz! Sorry, I didn’t wake you right? I just got your message” Aleesya berkata ceria, walaupun jam menunjukkan 6.10 pagi. “Err hye Aleesya. Happynye you pagi-pagi ni. Apa yang you nak minta tolong i?” Tengku Aliff menjawab tersenyum mendengar suara Aleesya yang ceria. “Aliff boleh tak you tolong i Practise untuk debutante ball tu nanti? I’m supposed to go with Arisz, tapi dia ada family stuffs so he can’t attend the practises..please please please say you’ll practise with me” Aleesya memujuk dengan suara lembut. Mana mungkin Tengku Aliff betah mengatakan tidak apabila Aleesya sudah memujuk sampai begitu sekali. Alah Tengku Aliff, kalau tidak dipujuk begitu pun sudah tentu dia tak mampu untuk menolak permintaan Aleesya! “Okay, sure. I pun memang dah clearekan schedule I for the rest of the week. So i guess i see you today?” Tengku Aliff berkata sambil tersenyum, “Yeay!! Thank you soo much Aliff! You’re a life saver. I owe you one okay?” Aleesya berkata sebelum mengucapkan terima kasih sekali lagi dan mematikan talian. Tengku Aliff baring semula dengan tersenyum, sekarang barulah dia boleh tidur dengan lena.
“Wow, Aliff you’re an amazing dancer.” Aleesya berkata lembut sambil tersenyum. Walaupun pertama kali mereka menari bersama badan mereka bergerak ibarat irama dan lagu yang harmoni bergerak bersama. “ You tahu kan Ika pergi dancing classes since she was 9? You rasa siapa yang selalu kena paksa jadi partner dia pergi kelas-kelas tarian dia tu? Pasal tu la i terer! hehe” Tengku Aliff berkata sambil bergurau. Dia berterima kasih pada Irika dan uminya yang memaksa dia pergi ke kelas tarian. Dulu dia cukup benci apabila dipaksa ke kelas tarian. Kata uminya dia perlu belajar langkah-langkah asas supaya jika ada majlis seperti ini, dia tidak akan kekok. Tetapi Irika yang telah jatuh cinta pada tarian-tarian seperti waltz, salsa dan jazz memaksa dia mengikut serta kerana Irika segan untuk menari dengan lelaki lain. Irika kalau ada benda yang dihajatinya, pasti dia akan ada cara untuk mendapatkannya. Jadi terpaksalah Tengku Aliff mengikut Irika ke kelas tariannya. Malah sekarang pun, jika dia perlu berlatih dirumah pasti tengku Aliff yang akan menjadi mangsanya. “Eleyh, cakap besar. You tak lah terer mana!” Aleesya berkata mencibikkan bibirnya. Tengku Aliff memusingkan Aleesya dengan serta merta, melepaskan tangannya sebelummenarik pinggang Aleesya dan menurunkan badan Aleesya selari dengan lantai. “Wow, impressive. But we’re doing Vienesse waltz. Basic je” Aleesya menyindir Tengku Aliff sambil tersenyum “Well, saja nak tunjuk you I can do other than Vienesse” Tengku Aliff berkata sambil mengenyitkan matanya. Aleesya tertawa, tidak menyeari mata-mata yang memandangnya.
Aleesya, Irika, Radzi dan Tengku Aliff duduk bersama di meja kafeteria itu. Radzi sedang berbual dengan Tengku Aliff tentang perlawanan bola malam tadi “Sya, you dah tengok baju yang mummy you kirim tu? Cantik?” Irika bertanya sambil menyuapkan club saladnya kedalam mulut “Dah, biasa la kot. Tak akan ada dress secantik dress Bernard Chandran yang I nak tu” Aleesya berkata sambil mengeluh. Salad buah yang dibeli hanya dikuis-kuis tanpa dimakan. “Dress Bernard Chandran? Then kenapa you tak beli aja kalau you suka?” Tengku Aliff tiba-tiba menyampuk “Well Aliff, It’s not just any dress. That dress was the finale for Bernard’s KL Fashion Week. It’s a masterpiece yang bukan boleh dibeli faham? Tu la menyampuk hal orang perempuan” Irika menjawab sambil meneling pada Tengku Aliff, Aleesya hanya ketawa kecil melihat aksi mereka. “Manalah I tahu okay. Geez, adik ni chill lah” Tengku Aliff berkata sambil memercikkan sedikit jus limau nipisnya pada Irika. Irika baru hndak mengankat tangan untuk memukul Tengku Aliff apabila dia teringat yang Radzi berada disebelahnya, jadi dia mencubit perut Tengku Aliff dari bawah meja. “Ouch, sakitlah adik!” Tengku Aliff berkata sambil menjarakkan badannya dengan Irika membuatkan dia terlanggar bahu Aleesya. “I nak sangat-sangat dress tu taw” Aleesya berkata sambil melabuhkan kepalanya keatas tangan yang diletakkan diatas meja. “Dah la tu Sya, nak buat macam mana. I’m sure you’ll look great in any dress” Irika berkata memujuk Aleesya. Twngku Alff hanya memandang Aleesya yang muram dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
“You guys, do you think i’m getting fatter?” tiba-tiba Irika bertanya membuatkan Melissa, Aleesya dan Nadia memandangnya dengan pandangan yang tajam. “You jangan nak merepek Ika! Eee menyampahnya orang kering macam you ni perasan gemuk” kata Melissa sambil membaling sebiji bantal kecil pada Irika. Irika mengelaknya sambil mencebik didepan cermin. “Seriously, I rasa i dah gemuk sikit lah. I takut tak muat pula dress I nanti” Irika berkata sambil memusing-musingkan badannya pada cermin panjang itu. “Mengadalah you ni Ika, nah measuring tape. Cuba you ukur” Nadia berkata sambil mencampakkan pita ukur yang berada diatas meja Melissa pada Irika. Mereka semua sedang melepak dibilik Melissa dan Nadia sementara menunggu Batrisya untuk menunjukkan baju masing-masing dan mencuba aksesori dan solekan sebelum majlis itu nanti. “Kecik gila pinggang you! 23 inches Ika? Hmm dada 30 inches, err no comment, punggung 30. Ni you kata gemuk? You nak kena sepak ke?” Melissa berkata sambil menjeling Irika tajam “Fine, maybe I je yang paranoid. Meh sini I ukur ypu pulak Lisa, Hmm dada 33, pinggang 24, punggung 37. Your ass is huge Lisa!” Irika berjenaka sambil menepuk punggung Melissa membuatkan dia terlompat “Ika jahat! Tak semua orang badan kecik macam you tu laa” Aleesya berkata membela Melissa “Betul tu, at least i capai la jugak 165cm berapa tinggi you Ika? 150 eh?” Melissa mengusik sambil menggosok kepala Irika “Jahatlah you ni Lisa, I 157 cm okay” Irika mencebik sebelum menarik Aleesya unuk diukur “Sya meh sini I ukur you pulak bust 34, wow besarnya! Waist 24, hips 33” Irika berkata sambil mengukur badan Aleesya “Sya, how tall are you?” tiba-tiba Nadia bertanya “Umm I’m 176 cm tak silap. Why?” Aleesya bertanya sambil memberus rambutnya yang ikal panjang hampir mencecah dada. “Heidi Klum is 180 cm and her body measurement is 34,24,34. You tak pernah terfikir nak jadi model?” Nadia berkata sambil tersenyum. “Nah, I nak jadi doctor la. Alamak! I salah baju la. I pergi tukar baju ni dulu lah. On the way I cari Bat sekali” Aleesya berkata sambil melihat tag dressnya. Dia telah tersilap, dress sexy ala marilyn monroe itu yang dibawa dan bukannya dress merah saga yang hendak dipakai “Sya, ambilkan air dekat watercooler for I please” Melissa berkata sambil menghulurkan botolnya yang berwarna shocking pink. Aleesya mengambil botol itu dan berjalan kearah bilik Batrisya. Namun bilik itu gelap, kosong tak berpenghuni.
‘Mana dia pergi ni?’ gumam Aleesya sendirian sambil berjalan untuk mengambil air. Sedang dia hendak mengisi air, penutup botol itu terjatuh dan tergolek ke arah fire escape. Aleesya tunduk untuk mengambil penutup botol itu sebelum ternampak sepasang kaki terjulur dari tangga atas, berderau darah Aleesya namun diberanikan diri untuk melihat siapa gerangan empunya kaki. “Bat! Apa you buat kat sini? Lama kitaorang tunggu you taw” Aleesya menghembus nafas lega, bermacam gambaran telah bermain difikirannya tadi. Hantu, perogol, perompak dan macam-macam lagi. Batrisya nampak terkejut sebelum tersenyum lemah “Sya, I’m not going to the ball” Batrisya berkata sambil meletakkan kepalanya diatas lutut. Aleesya melabuhkan punggung disebelah Batrisya. “Umm..May I know why?” Aleesya berkata sambil memeluk bahu rakannya itu. “You tahu kan I masuk sini sebab scholarship. I don’t deserve to be here. Bapa I kerani biasa, my mum tak bekerja. I ada 11 adik beradik, hidup kami tak senang Sya. You tahu tak, dalam rumah I tak ada istilah baju saya. Semua orang share baju, bukan sebab kami suka tetapi kerana ayah tak mampu nak belikan baju yang cukup untuk semua orang. Jadi kami bergilir. Bila I masuk sini barulah I ada baju sendiri. Just imagine Sya, bras I pun hand-me-downs kalau itu pun kami tak mampu beli apatah lagi dress untuk ball tu nanti. Lagipun ayah dan ibu I tak kan ada dekat majlis itu, so tak ada makna pun I pergi” Batrisya mengeluh sambil mengesat air mata dipipi “Kenapa you tak pernah cerita pada kami? We would understand. Nadia pun on scholarship juga” Aleesya berkata sambil memandang Batrisya dengan padangan yang sayu “Sebab I tak mahu orang ingat I sengaja nak meraih simpati. Nadia on scholarship, tapi I sorang saja yang sampai dibantu Baitulmal. Nadia anak cikgu, dua beradik saja. Jauh nak bezakan kami Sya, apatah lagi dengan you, Ika and Melissa” Batrisya berkata, air matanya jatuh lagi dipipi bersih itu “Beza apa? I tak nampak apa yang beza pun! Jom ikut i” Aleesya berkata sambil berdiri memegang tangan Batrisya “Pergi mana?” Batrisya berkata sambil terpaksa mengikut jejak Aleesya. Aleesya walaupun orangnya kurus seperti galah, tetapi kuatnya bukan main.
“Nah, you can wear this to the ball. It’ll be our secret” Aleesya berkata sambil menyerahkan baju merah saga yang tertinggal dibiliknya “Oh my god Sya! Chanel? You can’t be serious” Batrisya berkata sambil menghulurkan kembali dress itu kepada Aleesya “Oops..I can take care of that. Nah, sekarang tak ada orang akan tahu baju ni brand apa” Aleesya berkata sambil menyerahkan dress yang telah dipotong tagnya itu kepada Batrisya “Err..Habis you nak pakai baju apa nanti. Bukan ke baju ni yang you patut pakai?” Batrisya berkata masih teragak-agak untuk mengambil dress tersebut “Bat, I ada dresses lain. If you tak ambil dress ni and tak pergi ball yang I dah susah payah organize selama ni, I tak nak cakap dengan you sampai bila-bila” aleesya berkata sambi memuncungkan bibir mongelnya “Thanks Sya, you’re such a great friend” Batrisya berkata sambil memeluk Aleesya, air matanya mengalir sekali lagi, terharu dengan pemberian rakannya itu “I know I’m great! Dah la tak payah jadi paip bocor dekat sini. Jom kita pergi bilik Melissa” Aleesya berkata sambil berjenaka.
Aleesya duduk memandang tasik yang luas, semalam dia sudah menelefon Pn. Rodziah meminta pembantunya menghantar beberapa helai dress yang boleh dipakai untuk ke debutante ball itu nanti dan ia akan dihantar selepas solat Jumaat hari ini. Aleesya mengerling pada jam Juicy Couture ditangannya, 2.00 pm ‘Sekejap lagi sampailah kot’ Aleesya mengumam sendiri. “You tunggu siapa Sya?” Irika tiba-tiba menyapa Aleesya dari belakang. Ditangannya sebuah beg kertas besar dihayun-hayun lembut. “Err tunggu my grandma’s driver. Dia kirim barang untuk debutante ball tu nanti” Aleesya berkata sambil tersenyum gugup “You tunggu dia hantar dress kan? I tahu you bagi dress you pada Batrisya. Sya, I know a Chanel even without the tag to tell me” Irika berkata sambil tergelak kecil. Dia melabuhkan punggung ditepi Aleesya “Don’t tell Bat you know. Nanti dia segan pula” kata Aleesya tanpa mengalihkan pandangannya pada tasik yang membiru. Beberapa orang pelajar sedang mengambil kesempatan hari yang redup untuk berkayak dan berenang. Pelajar hanya dibenarkan berenang dikawasan yang telah dipagar bagi menjaga keselamatan mereka. “I know la. Tapi I sedih you tipu I juga. I thought we don’t keep secrets from each other” Irika mengeluh sambil bibir comelnya memuncung “I’m sorry Ika. I know you would find out sooner or later. Tapi pasal rahsia tu, err.. I ada satu benda yang I tak beritahu you” Aleesya berkata gugup “Hah! Aleesya Idreena Mohd Kamal cepat bagitahu I!” Irika berkata sambil memukul lengan Aleesya “Well, tak guna I cakap sekarang. Macam kelakar dan tak logik sikit. Nanti I tunjuk you lepas debutante ball ya? Masa kita hendak pergi Singapore” Aleesya berkata sambil tersenyum “Eee..Bencilah you ni. Fine! Eh terlupa pula i. I ada surprise untuk you” Irika berkata sambil menghulurkan beg kertas itu kepada Aleesya. Aleesya tersenyap dan hanya mencapai beg itu tanpa berkata apa-apa “Oh my god, Ika! Is this what I think it is?” Aleesya berkata, hampir kehilangan kata-kata. Dress Bernanrd Chandran yang diimpikan sedang berada diatas ribanya. Bulu-bulu merak yang berwarna-warni ,memberikan kontras warna yang sangat cantik dengan kotak hitam itu. “Yup! I know, I’m fabulous kan? Hehe But I can’t take credit for everything. If it were just up to me memang tak akan jadi” Irika berkata, ayat yang terakhir direndahkan suaranya hingga hampir tidak didengari Aleesya. Aleesya telah pun berdiri menggayakan dress itu pada badan “ I think I’m gonna fit in this. Thanks Ika! I can’t find a word to tell you how grateful I am!” kata Aleesya dengan senyuman yang melebar, matanya berair terharu dengan pemberian Irika “Okay let’s not cry. Baju tu dry clean ok! You’re like the twin sister I never had. Heck, we were born on the same day! You rasa I akan bagi my bestfriend pakai something recycled for her debutante ball ke? Duhh..Of course not!” Irika berkata sambil memeluk Aleesya.
Aleesya baru selesai berjumpa dengan event manager dan pengurusan Carcosa Seri Negara bersama Tengku Aliff untuk berbincang tentang hiasan dan layout ballroom mereka, apabila dia tiba-tiba teringat yang dia tidak mempunyai kasut yang boleh dipakai bersama dress yang baru diberi olek Irika. Lantas cepat saja dia meminta Tengku Aliff (yang sentiasa willing untuk mengikut Aleesya kemana saja) untuk menemannya ke KLCC untuk membeli kasut. “Okay tak yang ni?” Aleesya berkata menggayakan sepatu Stuartz Wietrzman yang bertatahta swarovski berwarna hijau. “I don’t know Syasya. Macam off je. Your dress is emerald green kan. If shoes pun green macam x best je” Tengku Aliff berkata sambil memandang deretan kasut-kasut yang terpamer cantik dibutik Shuzz itu. “Mana you tahu dress I emerald green?” Aleesya bertanya hairan “Err..Ika..Syaysa try this one” Tengku Aliff menyerahkan sepasang sepatu yang bertahta Swarovski biru nilam melingkar hingga ke buku lali, tali-tali hijau melingkar halus mengemaskan rekaan kasut itu. Aleesya tersenyum apabila mencubanya “Wow, you have excellent taste. Mesti sebab you selalu kena drag pergi shopping dengan aunti and Ika kan?” Aleesya berkata sambil menggayakan sepatu itu dihadapan cermin. Tiba-tiba dia ternampak bayangan Arisz melalui cermin tingkap besar kedai tersebut,Arisz terhenti didepan cermin itu dan pandangan mereka bertaup apabila tiba-tiba seorang wanita yang kelihatan seperti ibunya berjalan kearahnya, lalu Arisz pergi begitu saja tanpa pamitan. “That was Arisz right?” Tengku Aliff bertanya hairan “I think so” Alesya menjawab lemah, dalam fikirannya bermain seribu prasangka mengapa Arisz tidak menegurnya. Tiba-tiba handphonya berbunyi
Aleesya what are you ding with Tengku Aliff?
We just came back from the meeting with the event manager and hotel staffa. I minta dia teman I beli kasut. Y didn’t u say hye?:(
Err..my mum was there. I’m sorryL I’ll make it up to u
Aleesya mencampakkan semula telefonnya kedalam beg, alasan yang diberi Arisz langsung tidak munasabah. Perlukah Arisz melayan dia seperti stranger hanya kerana ibunya berada disitu? Apa salahnya jika dia menegur atau bertanya khabar? Malukah Arisz padanya hingga tidak berani menegur Aleesya didepan ibunya? Bermacam-macam perkara yang difikirkan Aleesya dalam perjalanan pulang “Syasya, are you okay? Tak pernah I nampak you diam macam ni” Tengku Aliff cuba berseloroh “I don’t know, I was just wondering why Arisz tak tegur I tadi” kata Aleesya sambil cuba tersenyum tapi hambar “His mum was there tadi kan. I dengar his mum is kindda garang. Maybe dia risau you intimidated kot, since you guys just know each other kan” Tengku Aliff cuba meneangkan fikiran Aleesya. Aleesya tersenyum, ada logiknya disebalik kata-kata Tengku Aliff. Mungkin dia saja yang paranoid terlebih, betul kata Irika dia memang bermasalah. “Maybe, Ya Allah paranoid betul I taw” Aleesya berkata sambil tergelak. Perjalanan pulang mereka kembali ceria.
Aleesya duduk memandang cermin sambil rambutnya didandan oleh Philippe, hairstylist yang diupah oleh Tengku Sabrina untuk mendandan rambut Aeesya dan Irika. Namun Aleesya telah membayar Philippe untuk turut mendandan rambut Batrisya. Ke enam-enam mereka sedang bersiap didalam bilik hotel yang disewa khas untuk majlis itu. Melissa sedang dipakaikan selendangnya oleh Yanti si jurusolek profesional yang rapi mebega wajah mereka hingga kelihatan cukup cantik sekali. Walaupun bertudung, Melissa nampak cukup cantik sekali dengan gaun lengan panjang ala puteri Arab oleh Jovian Mandagie. Nadia pula tampak sungguh vogue sekali dengan dress korset hitam berlisu, ala Victoria Beckham. Kulit kuning langsat Batrisya tampak terselah dalam dres Chanel merah Aleesya. Tapi yang paling digemari Aleesya ialah dress korset dwi fabrik Radzwan Radzwil Irika. Korset satin berwarna ungu pekat itu dihiasi dengan batu swarovski yang melingkar indah hingga kepinggangmembentuk bunga-bunga besar diikuti oleh lapisan skirt chiffon dan satin berwarna lavender dan ungu pekat berselang seli. Irika tampak sungguh comel sekali apatah lagi apabila rambutnya didandan keatas dengan beberapa helain dbiarkan lepas untuk tampak lebih ayu, beberapa sikat Swarovski diselitkan pada sanggulnya. Aleesya tersenyum memandang rakannya itu, Irika kalau sudah melaram memang berhabis-habisan. Tiba-tiba ketukan dipintu mematikan lamunan Aleesya “Eh Mak tok, kenapa?” Aleesya bertanya pada Pn Rodziah yang sedang berjalan kearahnya “Mak tok nak bagi Syasya ni. It was your mum’s. She wore it for her debutante ball” Pn Rodziah menghulurkan sebuah kotak baldu pada Aleesya. Didalamnya seutas rantai emerald yang dikelilingi bunga-bunga yang diperbuat dari berlian berkilau membuat Aleesya terkedu. Sepasang drop earrings emerald terletak ditengah-tengah kotak tersebut. “Wow, this is gorgeous Mak tok. Thank you so much. Tell mummy i said thank you and I love it” Aleeysa berkata kehilangan kata-kata. Sememangnya ia adalah antara hadiah yang paling istimewa pernah diterimanya. Pn rodziah membantu Aleesya memakai rantai tersebut sebelum meminta diri “Wow, Sya! That’s stunning.” Irika berkata sambil memegang rantai itu pada leher Aleesya. “Thank you. It’s my mum’s. Hey we better get downstairs, everone dah siap kan?” Aleesya berkata menukar topik. Dia tidak mahu soal rantai itu menjadi tumpuan mereka semua. Aleesya memakai sepatu sebelum mencapai clutch kecil yang digantung pada sikunya. Mereka semua berjalan kearah tangga untuk mengambil tempat masing-masing.