Arisz
Arghhhh, lagi-lagi nama itu yang disebut oleh Aleesya! Kacau aja siAliff ni. Memang dasar lalt. Tapi aku tak layak hendak menyumpah seranahnya kerana aku juga yang bersalah kerana tidak dapat berlatih bersama Aleesya. Stupid fundraiser! Aku tak faham kenapa mama mahu aku berada disitu, sedangkan apa yang aku buat hanya bersalaman dengan orang-orang kaya yang seorang pun aku tak kenal dan berbual kosong walaupun aku tak berminat langsung dengan topik yang dibualkan. Aku lebih suka jika masa itu digunakan untuk menari bersama Aleesya. “Arisz, err kenapa? You ada masalah dengan Aliff ke?” Aleesya bersuara dengan riak serba salah “Eh, tak adalah. Risau je, manalah tahu you dah syok menari dengan si Aliff tu, you tak nak pergi dengan I lagi” aku berkata bergurau sedangkan hakikatnya aku betul-betul takut jika perkara itu benar-benar terjadi. “Haha never! I dengan Aliff tu kawan ajalah. Kan I dah explain” kata Aleesya. Riak lega jelas terpampang diwajahnya. Kalaulah  hatiku juga mampu lega seperti yang terpamer pada riak wajah Aleesya, tentu senang. Namun hakikatnya aku sangat sangat sangat risau yang Aliff akan merampas Aleesya dariku. Aku tahu aku tiada hak langsung hendak menghalang perkara itu dari terjadi, dan itulah sebab utama mengapa aku sangat sangat risau dan bingung memikirkan hal ini.
“Arisz, you pulak yang termenung. Am i boring you now?” Aleesya berkata meminjam ayatku tadi. Aku tersenyum dan menggeleng lemah. Aleesya tersenyum dan bangun sambil mengutip batu. “Since I tak nak you kata I kedekut ilmu, I’m going to demonstrate how I did it one last time. Tapi you kena belajar sendiri taw” dia memongkokkan badannya kebelakang sedikit dan melemparkan batu itu lurus hinga ia meluncur laju di atas permukaan air dan seperti melompat diatas permukaan air itu sebelum batu itu tenggelam. Aku tersenyum melihat dia bercekak pinggang begitu. Aleesya lebih dari cantik. She’s mesmerizing. Lesung pipit di pipi kanannya membuatkan senyuman yang menampakkan sebaris gigi yang teratur putih itu lebih manis. Kulitnya yang putih susu dan memerah kerana tekena pancaran sinaran matahari membuatkan dia tampak lebih cantik. Rambutnya yang perang beralun panjang mengikut rentak tiupan angin sepoi-sepoi menambahkan keayuan Aleesya. Mungkin tidak selesa dengan renunganku dia senyum dan memandang tanah yang dikuis-kuis oleh kakinya yang kecil dan runcing. Bulu mata Aleesya yang panjang seperti membiaskan bayang-bayang dibawah tubir  sepasang mata hazel yang cukup menawan. Warna mata Aleesya mangingatkan aku kepada caramel cair yang mencerlang dibawah sinaran matahari. “Well, someday I akan jadi lagi professional dari you taw” aku bergurau membuatkan Aleesya menaikkan satu kening dan berkata “Well, for someone yang so far hanya berjaya buat batu-batu ni tenggelam, you’re confident huh?” kata-katanya membuat aku ketawa “Well, I learned from the best” aku berkata membuatkan Aleesya mencebik.
“Arisz, how do you know where i live?” Aleesya berkata dengan muka ingin tahu. “Simple, I asked Melissa” aku berkata sambil memandang tanah yang sedang dikuis-kuis oleh Aleesya dengan sebatang ranting “Ohh..You know what? I ingat you suka Melissa taw and that you were going to the ball with her” dia berkata sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya “Melissa? Hahaha No way. Dia dah kenal I since zaman ‘kegemilangan’ I lagi. Tak mungkin!” Aku berkata sambil ketawa mengingati peristiwa bagaimana aku dan Melissa boleh berkawan “Zaman ‘kegemilangan’?” Aleesya bertanya hairan. “Lisa tak pernah beritahu you macam mana kami kenal?” aku bertanya Aleesya dan dia menggeleng, aduhh geleng kepala pun cantik dia ni! Dah la Arisz, angau la kau malam ni. “Err..Its embarassing really. I was fat, like really fat. I was around 9 or 10 that time and I was trying to get on a horse instead of a pony. Tapi sebab I was too fat and chubby, I tak larat nak naik atas saddle sendiri. Melissa nampak and dia bagi I bangku. That got us talking and we realised we’ve been going to the same tuition class but I always sit at the back and Melissa is almost always late so she has to sit infront. Lepas tu kami berkawan” aku berkata sambil mencari riak diwajah Aleesya sambil melambung-lambung tin minuman yang masih belum dibuka untuk menutup gugupku. Apa reaksi Aleesya apabila dia tahu aku pernah sangat gemuk dahulu. Namun yang aku nampak hanyalah senyuman manis yang menampakkan kedua-dua baris gigi yang putih bersih dan mata yang mencerlang menahan tawa “Mesti comel kan you dulu? I nak tengok gambar nanti!” Aleesya berkata, lesung pipitnya jelas kelihatan disebalik senyuman manis. “No way! Buruk sangat. Malulah I nanti” aku berkata sambil mengalih pandangan. Kalau Aleesya meminta dengan senyuman manis begitu, jangan katakan gambar malah Taj Mahal pun aku akan berikan padanya. Aduhh, cair! “Alaa Arisz..Dengan I pun nak malu ke” Aleesya berkata sambil mengalih kedudukannya supaya bertentangan denganku.  Tin minuman yang masih dilambung-lambung oleh ku terlepas dari tangan dan terjatuh keatas tanah.
Aleesya mencapai tin minuman yang jatuh itu sambil memandang aku dengan pandangan memujuknya itu. Aduhh..susah la macam ni. Belum apa-apa aku seperti jadi hamba abdi dibawah panahan mata Aleesya! Belum sempat aku hendak melarang Aleesya dari membuka air minuman tersebut , percikan air coca cola telahpun membasahi mukanya dan beberapa bahagian baju Aleesya. Aku tergumam seketika, walaupun situasi itu pasti kelakar jika berlaku pada teman-temanku yang lain, namun wajah Aleesya yang sedang memerah seperti ketam sedang dipanggang itu membuatku tersenyum daripada tergelak. Walau dengan muka merah padam dan dibasahi coke, Aleesya masih kelihatan comel! Aku mencapai sapu tangan yang sentiasa aku bawa didalam poketdan mula mengelap dagu, leher dan bahagian bajunya yang basah. Aleesya mengelap mukanya yang basah dengan jejari runcingnya. Aku baru hendak mengelap coke yang masih melekat dihidungnya apabila mataku terpaku memandang sepasang mata hazel yang bundar dan memukau. Aku tak pasti berapa lama masa berlalu semasa kami terpaku memandang satu sama lain, kami seperti tenggelam dalam dunia sendiri. Keadaan kami yang begitu rapat membuat aku gumam seketiika. Kami seperti terpukau dengan kuasa ghaib yang seperti magnet menarik kami antara satu sama lain. Aku terlupa untuk bernafas, yang aku tahu aku seperti sedang hanyut dalam mata bundar milik Aleesya. “Boys and girls, please gather back in the hall. We’re starting our practise now” suara Mrs Cullen ibarat ais yang dicurahkan keatas kami mengejutkan kami kembali kealam nyata. Aku menarik kembali tanganku dan Aleesya terus bangkit bangun meminta diri ketandas, meninggalkan aku memerhatikan langkahnya pergi.