Blog Archive
Doushite?
Me,me,me....
Is All About Appreciating....
Kenyataan Mimpi 3
BAB 3
Keesokan paginya aku bangun bersarapan bersama dengannya buat kali pertama. Selalunya aku hanya akan bersarapan selepas Mal pergi ke pejabatnya kerana tidak mahu bertembung dengannya. Tetapi memandangkan aku telah berjanji kepadanya semalam, dia telah memberikan aku masa untukku menerimanya, lalu aku
Kemudian lamunanku terhenti apabila Mal mula memecahkan suasana dengan menanyakan soalan kepadaku. ‘Qis, jom kita pergi jalan-jalan hari ni nak tak?,
‘Oh boleh juga Mal, lepas kita jumpa mamalah baru kita pergi Mid ok?, I pun dah lama tak jumpa mama lagi ni. Pelik pula I fikir kenapa mama tak pernah melawat Qis, yelah…. masa Qis dekat hospital hari tu sampailah hari ini mama tak melawat Qis langsung pun. Selalunya kalau Qis sakit sikit je, mesti mama dah risau.’ Aku membalas dengan nada yang sedih. Sedih memikirkan mama sendiri tak pernah melawatku walaupun sekali.
‘Ermm….Qis, tak payahlah melawat mama. Kita pergi jalan – jalan la dulu ye. Nanti hari lain kita pergi melawat mama’ Balas Mal.
‘Mal, dia kan mama I?, mestilah I nak jumpa dia. Plus it’s been a long time since I meet her. I miss her so much la Mal. Kita pergi jumpa mama hari ni la Mal. Lagipun dah banyak kali Qis tanya kat papa dan semua orang tentang mama. Tapi semua orang macam tak nak bagi tahu kat Qis je. Jadi baik Qis pergi jumpa mama sendiri. Dah lama Qis tak jumpa mama, dan mama pun tak pernah jenguk Qis sepanjang Qis berada di hospital dulu. So, Qis rasa mesti ade sesuatu yang tak kena ni. Qis tak kira juga, Qis nak jumpa mama juga.’ Aku menjawab dengan nada yang kurang senang dengan sikapnya yang seolah-olah tidak ambil peduli tentang mama.
‘Qis….bukan I tak bagi dan bukan I tak nak, Cuma….you akan sedih nanti bila you dengar tentang mama. Lagi-lagi Qis
‘What?, jadi ada sesuatu berlaku dekat mama la Mal?, betul ke?. Mal u have to tell me now what happen to mama!. I dah agak dah ni mesti ada sesuatu tak kena sejak mama tak melawat Qis langsung dekat hospital. Mal tell me please, I tak kisah lah dengan memori-memori I dulu tu, yang penting mama sihat dan selamat itu yang penting bagi I. Jangan risaulah, I boleh jaga diri I sendiri, dan tentang memori-memori tu insyaAllah I boleh ingat balik. Dan sekarang, I nak tahu tentang mama. Kalau tak, I tak boleh tidur lena. You mesti beritahu I tentang mama sekarang juga!’. Akhiriku dengan nada yang tegas. Tanda pertanyaanku itu mesti dijawab.
Aku tidak sanggup berhadapan dengan teka-teki lagi tentang keadaan mama. Ketiadaan mama disisiku hanya membuatkan aku lebih resah dan tak keruan. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan tentang kata-kata berunsur amaran kakak tiriku sewaktu dia melawatku di hospital dulu. Takut pula jika ketiadaan mama ini ada kaitan dengan Qistina. Fikirku sejenak sambil menanti Mal membalas pertanyaanku.
Aku menanti jawapannya dengan penuh minat. Sungguh naluriku begitu memuncak untuk mengetahui tentang mama. Aku tak sabar lagi, lalu aku ingin membuka mulutku untuk bertanya kembali tentang mama, apabila aku melihat reaksinya yang hanya berdiam diri tanda tidak mahu memberitahu tentang mama. Aku kemudian terhenti untuk bertanya apabila aku mengesan riak wajahnya yang keruh, serta keadaan dirinya yang seolah-olah cemas dengan pertanyaanku tentang mama. Aku lebih takut memikirkan tentang mama kini apabila melihatkan reaksinya itu.
Aku lega apabila melihat tanda-tanda dia seperti hendak memberitahu apabila dia sudah mula berdiri dan menarik kerusi disebelahku untuk memulakan bicara. ‘mama…mama…mama you kena strok…’ belumpun sempat Mal meneruskan bicara tiba-tiba kedengaran loceng pintu rumahku ditekan. Ding dong…ding dong…..
Kemudian aku bangun dan membuka pintu, kelihatan sepasang pasangan masuk sambil membawa buah tangan. Aku berpaling dan berkata ’ you Tina, dan …Akil?, apa you berdua buat kat sini?’. Tanya Qis kepada mereka berdua yang kelihatan mesra bersama sambil Akil erat merangkul pinggang Tina iaitu kakak tirinya Qistina. Sungguh hati Qis panas apabila melihatkan adegan mesra mereka dihadapannya, lebih-lebih lagi apabila melihat senyuman sinis kakak tirinya apabila memandang wajahnya tanpa henti.
Missing U...