Bab 29
‘what?? Kenapa Tina cakap macam itu? Apa salah mama sampai Tina nak bunuh mama ni?. What’s wrong with u Tina?, are u insane?’ Balas ayahnya.
‘Ya…Tina gila! Gila sebab papa! dan gila sebab insan yang bernama lelaki!. Sebab dia daddy tinggalkan emak!! dan sebab dialah juga Tina hidup tak berbapa dan hidup sebagai anak luar nikah!. Dak disebabkan daddy dan dialah emak dan Tina tak pernah bahagia!. Sudahlah emak tinggalkan keluarga sebab daddy!, daddy pula tinggalkan emak bila dah dapat betina ni!!. Daddy tahu tak betapa susahnya kami hidup degan cercaan orang? Hidup merempat dan dihina!. Makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Dan disebabkan dia jugalah daddy dulu tak mahu mengaku Tina sebagai anak!. Daddy ingat lagi tak Tina pernah telefon daddy dulu masa Tina umur 13 tahun? Sebab nak pinjam duit daddy selamatkan emak. Uh…nak pinjam duit pun daddy tak mahu bagi!!. Nak suruh daddy datang kat perkebumian emak pun daddy tak mahu! Apatah lagi melawat emak yang sedang sakit tenat sebab kanser!!!!. Ya..Tina memang dah gila, gila di sebabkan oleh daddy dan Qis. Katanya sambil menjerit sambil tangannya menghentak kuat di dada ayahnya.
Ayahnya terduduk dan terpana dengan kata-kata tajam dari Tina. Sedarnya kini akan kesilapan yang telah dibuatnya sedari dulu lagi. Air matanya mengalir melihat wajah Tina yang tak henti-henti menangis, rasa bersalahnya kini membuak-buak.
‘Im sorry’…katanya perlahan sambil cuba mengelapkan air mata Tina dan menenangkan Tina.
‘Tina lanta menolak keras tangan ayahnya dan menyebabkan ayahnya hilang pertimbangan dan terjatuh. Belum sempat ayahnya jatuh Mal cepat-cepat menyambut badan ayah mertua ni.
‘apa semua ni? Soal Mal terpinga-pinga’ dan Qis juga menyusul dari belakang bertanyakan soalan yang sama.
Ayahnya tak berhenti-henti menangis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan tak bercakap. Tak sanggup rasanya mahu menceritakan perkara sebenar tentang apa yag telah terjadi kepada Qis. Pasti Qis akan membencinya atas apa yang terjadi. Kerana segalanya berpunca dari dia.
Tina hanya gelak apabila melihat reaksi papanya yang hanya senyap dan enggan memeberitahu perkara sebenar.
‘Kau nak tahu Qis..Mal?, kau tanyanlah orang tua tak guna ni’ Cakapnya sinis.
‘Hey..berani kau cakap daddy orang tua tak guna?’ marah Qis.
‘ye…dia memang tak guna!’ jerit Tina lantang sambil cuba bertindak ganas ke atas ibu tirinya. Tetapi tindakannya sempat diahalang oleh Mal dan Qis. Qis dan Mal terkejut dengan tindakan gila yang di buat oleh Tina.
‘hey betina gila!, kenapa kau buat mama dan daddy aku macam ni?. Apa dosa dorang ha?. Memang orang tak reti bersyukur!!, mama dah baik hati bagi kau tinggal kat sini dan daddy dah bagi kau segala kemewahan dan mengaku kau sebagai anak dan ini yang kau bagi sebagai balasan???!!!’ jerit Qis.
‘arghh…aku tak perlukan semua benda bodoh itu, yang aku mahukan hanyalah kau sekeluarga menderita. Penderitaan haruslah dibalas dengan penderitaan. Kau ingat segalanya hanya boleh dibeli dengan wang?. Dasar anak orang kaya yang tahu memandang wang!. Kau tak tahu apa-apa kau senyaplah!!!’ jerit Tina sekuat hati.
Qis geram lalu dia melangkah laju kea rah Tina dan belum sempatpun dia ingin melempang Tina tangannya dihalang oleh papa. Qis terkejut dan hairan dengan tindakan papanya.’ Kenapa daddy halang aku?’ apa yang aku buat ni salahkah? Bukan sudah ternyata terang-terangan bahawa Tina telah melampaui batas dan kurang ajar! Dia perlu di ajar bagaimana hendak menghormati orang lain.’ Bisik hati Qis dan memandang hairan pada wajah papanya.
‘Kata-kata Tina tu betul…’ balas ayahnya perlahan. ‘Memang daddy yang salah..daddylah punca segala masalah ni.’ Katanya perlahan.
0 comments:
Post a Comment