BAB 27
Sebulan kemudian…..
Akil tersenyum lega sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bagunan hospital. Segala persoalan mengenai hubungan Tan bersama Tina telah dijelaskan oleh Tan. Barulah kini dia tahu bahawa Tan itulah teman sepermainan Tina sedari kecil dan teman susah dan senang Tina sejak dari dahulu lagi. Tidak disangka yang Tina dahulu adalah orang susah dan Tan lah yang selalu menolongnya sejak dulu, dan tidak heranlah mengapa mereka mempunyai ikatan yang kuat.
Terasa segarnya udara terasa amannya kini dia apabila melangkah keluar dari bagunan itu apabila Tan sanggup melafaskan kalimah kemaafan buat dirinya. Terasa begitu keji diri ini memikirkan kesilapan dirinya atas apa yang telah dilakukan terhadap Tan. Kini dia perlu memperbetulkan kesilapannya yang kedua. Iaitu untuk meminta kemaafan dari Tina dan memujuk untuk kembali ke pangkuannya untuk menjernihkan kembali hubungan mereka yang sedia keruh.
Tetapi malangnya sehingga kini Tina masih tak dijumpai apabila dia memberi arahan kepada orang suruhannya dahulu untuk melepaskan Tina. Sangkaku Tina akan menemani Tan di sini dan tidak akan melarikan diri dan berada di tempat yang tidak diketahui oleh sesiapapun.
Dalam sebulan ini terlalu banyak perkara yang terjadi dan terlalu banyak peristiwa yang terbongkar dan kenangan silam menghantui masa depan yang menanti. Bukan aku sahaja yang menghadapi peristiwa hidup yang benar-benar memberi kesan kepadaku hingga kini. Tetapi juga kepada teman rapatku yang bernama Mal dan Qis. Semuanya ku ketahui apabila sedang sibuk mencari maklumat menegenai Tina daripada mereka. Apa yang kutemui adalah sungguh mengejutkan dan reaksi mereka sungguh tidak ku duga.
Aku teringat kembali memori perbualanku bersama Mal. Sungguh tidak kuduga apabila aku melihat keadaan Mal yang tidak terurus, pakaian yang dipakainya kelihatan begitu selekeh sekali, kelihatan jambang pada wajahnya dan rambutnya tidak disikat kemas. Malah keadaan rumah yang tidak teratur membuatkan aku tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada kawan baikku ini. Mal yang ku kenal bukanlah seorang yang pengecah ataupun pengotor. Dia adalah manusia cerewet yang amat mementingkan kekemasan, kebersihan dan penampilan. Mal yang kutemui kini adalah begitu berlainan sekali dengan Mal yang kukenal.
Aku hanya memandangya sepi tanpa berani melontarkan persoalan mengenai Tina. Takut jika ada ayat atau persoalan yang tidak patut kutanya apabila melihatkan keadaan Mal sebegini rupa. Mal hanya diam memandang kolam ikan tanpa sedikitpun memandang aku. Kami diam sejenak memerhati keadaan sekeliling. Rasanya tak perlulah aku berkata-kata, kukira Mal sendiri akan menjelaskan apa yang terjadi. Aku begitu kenal Mal, selalunya apabila dia mempunya masalah dia hanya akan berdiam diri. Pabila sudah sampai suatu ketika barulah dia akan memberitahu akan masalahnya itu.
‘Aku tahu kedatangan kau ke sini adalah untuk mencari Tina kan Akil?’ Tanya Mal memecahkan suasana sepi setelah sekian lama berdiam diri.
‘Macamana kau tahu?’
Mal hanya tersenyum nipis, ‘ aku tahulah…Qis dah tinggalkan sini dah pastilah Tina dari awal lagi dah keluar tinggalkan kita. Lebih-lebih lagi bila segala kebenaran telah terbongkar.’
‘apa maksud kau?’. Soal Akil naïf.
Beginilah biar aku ceritakan dari awal hingga akhir. ‘Kau masih ingat lagi tak tentang berita kecemasan tentang mak Qis dimasukkan ke wad ICU? Kau pun hadirkan masa itu?. Tetapi kau perasan tak Tina dan Qis tiada disitu?’
‘arrr…errm…aku perasan..tapi aku tak berani nak Tanya sesiapapun. Aku takut aku menambahkan runsing difikiran orang. Aku rasa ini pastinya mrmounyai kaitan dengan apa yang kau mahu ceritakan bukan?’
Aku hanya menganggukan kepalanya sambil membalas ‘ ye betul..memang ada kaitan dengan apa yang aku nak sampaikan, sebabnya Tinalah penyebabnya kenapa Mak Qis berada di ICU.’
‘ha? Apa maksud kau?’ Tanya Akil marah.
4 comments:
oohhh...mana plak g qis??
npe mal n qis jadik cmnie plak??
isk2..smbung2..
hohohho...
crta smkin mnarik ni....
ni mst rncngn tina ngn mal....
sbb 2 qis larikan diri dr mal....
sbb rncngn mal ngn tina shngga hubngan akil ngn qis trptus...
smbung2x...
x sbr nak thu next n3.....
hehe...mmg nk smbung cte ni pasni..thx 4 d comment ^^v
alamak cepat la sambung..tak saba nak tau :)
Post a Comment