BAB 28
‘Relax…chlll ok..tenang dulu..dengar dulu apa yang aku nak jelaskan ni. ‘
‘ok..ok…teruskan…’
Kisahnya bermula dari sini….
Sebaik sahaja Tina dibebaskan oleh orang suruhan Akil, dia segera pergi ke bilik hotelnya dan mengemas apa yang patut. Yang pasti dia perlu meninggalkan tempat ini segera. Memikirkan tentang Tan, malu pula rasanya untuk berjumpa dengan Tan.
Perasaan bersalah begitu membuak-buak membuatkan dia malu sendiri untuk berjumpa dengan kawan baiknya itu. Segala punca Tan terlantar di hospital kini adalah di sebabkan oleh dia!. Terbit rasa sesal kerana memberitahu Tan tentang rancangannya untuk berjumpa dengan Dato Dahlan. Sudahnya kini Tan terlantar di hospital.
Selesai dia mengemas lantas dia mengambil kunci keretanya di atas meja dan bergeas keluar menaiki kereta meninggalkan hotel yang di dudukinya.
Dia hanya memandu tanpa arah tujuan, perasannya begitu kusut sekali. Sambil memandu bermacam-macam perkara yang bermain difikirannya. Teringat pula dia akan agenda yang dirancang untuk Qis. Perasaan marah begitu membuak-buak. Agenda itu tidak berjalan dengan betul dan perkara lain pula yang menimpa. Semua ini terjadi adalah disebabkan oleh Qis dan keluarganya. Jika tidak kerana mereka, pasti aku tak akan melalui penderitaan hidup yang bodoh ni!!! Jeritnya dalam hati. Qis jangan ingat kau dah menang!, aku tak akan sesekali lepaskan kau dan keluarga kau!!. Aku menderita di sini kau pula berbahagia di sana, jangan ingat kebahagiaan kau akan kekal Qis. Kau pasti akan menerima pembalasan apabila kau dengan beraninya bermain api dengan aku, jangan sesekali mencabar aku Qis. Aku pasti akan membuat kau sekeluarga menderita.
Aku mesi pergi ke rumah papa, untuk memulakan rancangan aku. Akan aku pastikan rumah itu akan dihiasi dengan tangisan. Hahahahahahah…rasakan kau Qis. Terimalah hadiah penderitaan dari aku buat kau sekeluarga. Katanya dalam hati sambil ternsenyum puas.
Di rumah papa….
Tina memasuki ke dalam rumah papanya sebaik sahaja pembantu rumah membukakan pintu untuknya. Tina bertanyakan kepada pembantu rumah siapa yang berada di dalam rumah. Nasibya baik kerana hanya ibu Tiri iaitu mak Qis sahaja yang berada di dalam rumah. Tina tersenyum mendengar penjelasan pembantu rumah terbabit dan menyuruhnya keluar untuk membeli barang.
‘Hmmm…tuah berpihak di pihak aku..’ baik aku segera pergi ke bilik ibu Qis sementara tiada orang di sini. bisik hatinya. Lantas dia bergegas ke bilik ibu tirinya.
Kelihatan ibu tirinya sedang tidur di atas katil, lantas dia ternsenyum dan berjalan perlahan-lahan untuk memastikan kehadirannya tidak disedari. Lalu die perlahan-lahan mengambil bantal lalu menekup muka ibu tirinya. Aku mahu mematikan hayat kau sekarang dan aku mahu pastikan hanya penderitaan yang akan menghiasi hidup Qis dan kau juga telah musnahkan kehidupan mak aku!. Disebabkan kau ayah tinggalkan emak setelah mengandunngkan aku!!, dan disebabkan kau aku terpaksa hidup tidak berbapa dan lahir sebagai anak luar nikah. Dihina dan dicaci telah menjadi rutin kebahagiaan kehidupan aku dan emak!. Kau menyebabkan mak aku menangis dan menderita sepanjang hayatnya hinggalah saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.’ Kata hatinya geram sambil menguatkan tekupan bantal pada ibu tirinya apabila tangannya di genggam oleh ibu tirinya yang meronta-meronta untuk dilepaskan. Apabila rontaan makin lemah tiba-tiba badannya di tolak kuat sehingga terhempas ke dinding rumahnya dan menyebabkan bibirnya berdarah.
Lantas dia segera berpaling untuk melihat gerangan orang yang menolaknya tadi. Dia terkejut apabila mendapati apabila orang tersebut adalah ayahnya!. Sejak bila pula ayah berada dirumah?’ soalnya dalam hati. Belum sempat die berkata-kata pipinya dilempang kuat oleh ayah membuatkan bibirnya sekali lagi berdarah dan darah dari hidungnya juga mengalir panas.
Tina berang, lalu dia membalas lempangan ayahnya. Ayahnya terpana dan terkejut dengan tindak balas dari Tina.
‘Berani kau tampar daddy???!!! Kau nak jadi apa ni Tina? setan?. Sudahlah kau cuba bunuh mama boleh pula kau lempang daddy?’ jerit ayahnya lantang.
Tina tersenyum sinis sambil mengelap darah yang mengalir keluar dari hidung dan bibirnya. ‘ Dia bukan mama Tina!’
0 comments:
Post a Comment