BAB 26

‘Stop!! I said stop it now!, if u want to hurt me then hurt me!! but don’t hurt him!!!. Please I beg u Akil…please stop….dia tak salah apa-apa pun dekat u!!. Berhentilah Akil..tolonglah….i merayu…’ Rayu Tina sambil air matanya mengalir deras tanpa henti kepada Akil apabila melihat paparan tv Tan dipukul oleh orang-orang suruhan Akil tadi.

Akil hanya tersenyum puas melihat penderitaan yang terpamer pada wajah Tina. Memang itu yang di inginkan, tetapi jauh di sudut hatinya dia sakit melihat penderitaan yang ditanggung oleh Tina. Belum pernah Tina merayu kepadanya, dan rayuanya kini pula untuk lelaki bernama Tan!. Arghh…kenapa lelaki itu yang bisa menambat hati Tina dan bukan aku?. Kenapa?. Lelaki pertama yang berjaya membuat Tina menangis dan merayu sebegini rupa!. Arghh..hebat sangatkah lelaki bernama Tan ni? ’ Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiranku kini. Tiba-tiba telefonnnya berbunyi menandakan ada panggilan yang menanti. Lantas dia menjawab panggilan tanpa berlengah.

‘Bos…saya rasa ada perkara penting yang bos perlu tengok ni bos, budak Tan ni dari tadi tak henti suruh saya tengok video dalam handphone dia. Dan bukan tu saje bos, ade lagi perkara lain yang tuan perlu tahu!.’ Cakap orang suruhan Akil di corong telefonnya. Lantas Akil mematikan perbualan dan menyuruh orang suruhannya menjaga Tina. Dia mahu pergi berjumpa orang suruhannya yang menelefonnya tadi.



‘ha….ape yang korang semua sibuk suruh aku tengok ni?’ Tanya Akil lantang. Entah kenapa hatinya merasa tidak tenang dam merasa seolah-olah dia telah melakukan suatu perkara yang tidak sepatutnya dilakukannya.

Tanpa berlengah orang suruhannya lantas memberi video rakaman handphone yang dirakam oleh Tan kepada Akil. Tak perlu rasanya untuk menjelaskan, pasti Akil akan faham sendiri apa yang bermain difikirannya mereka.

Akil menyambut huluran itu kasar, dan menekan punat ‘play’. Terpapar wajah Dato Dahlan mesra makan bersama Tina isterinya di hotel serbuan yang diserbu tadi. Tak lama kemudian kelihatan Tina terbaring lesu tak bermaya di meja makan dan kelihatan beberapa orang Dato Dahlan mengangkat Tina ke pintu lif bersama Dato Dahlan itu tadi. Terpamer wajah Dato Dahlan yang ternsenyum miang. Kini persoalan lain pula yang muncul di fikiran Akil.

‘Jika Tina bertemu dengan Dato Dahlan dan dari mana pula munculnya Tan?. Bagaimana pula Tan bersama dengan Tina di bilik hotel tersebut?. Dan kenapa pula Tina beriya-iya mahu aku melepaskan Tan? Apa hubugan antara mereka? Dan apa tujuan Tina bertemu dengan Dato Dahlan?’ Arghhh…makin banyak pula persoalan yang bermain difikiranku.  Dalam diam terbit rasa bersalah dan gementar. Takut jika apa yang dibuatnya selama ini adalah perbuatan yang salah sama sekali. Adakah aku telah silap percaturannya?. Siapa pula mastermind di sebalik semua ini?.’  Bisik hati kecilku. Belum sempat aku membuka mulut orang suruhanku memberikan aku lagi satu video kamera yang terdapat di bilik hotel di mana Tan ditemui bersama Tina dalam keadaan yang mencurigakan.
Aku menekan butang ‘play’ pada kamera video tersebut. Terpampang pula aksi Dato Dahlan tengah membuka baju Tina. Perasaan marahku membuak-buak melihat adegan tersebut, ingin sahaja aku menghempaskan kamera ini. Tetapi fikiran warasku menahan untuk aku melihat adegan ini lebih lanjut. Ingin ku ketahui apa yang terjadi sebenarnya.

Belum sempat Dato Dahlan membuka sepenuhnya baju Tina, muncul pula wajah Tan dari belakang Dato Dahlan memghentak kepala Dato Dahlan dengan kayu besbol tanpa henti. Dato Dahlan mengerang kesakitan dan lantas berlari secepat mungkin untuk mengelakkan dia dipukul lagi. Kini sebahagian persoalanku sudah terjawab, bukan Tan yang meniduri isteriku, tetapi jantan sial tua bernama Dato Dahlan yang cuba menodai isteriku. Dia amat kenal Dato tua itu yang sedari dulu lagi terkejar-kejar cuba mendapatkan Tina. Dasar orang tua tak sedar diri, masih lagi mahu mengejar isteri orang!. Siap kau Dato Dahlan aku pasti tak akan lepaskan kau!!!. Tetapi persoalan aku tentang hubungan Tina dengan Tan masih tak terjawab. Arghh…lelaki budiman mana yang sanggup pertaruhkan nyawa menyelamatkan isteri aku?, apa hubungan mereka? Kenapa Tina begitu mudah mengalirkan air mata untuk lelaki seperti Tan ini?. Banyak perkara yang perlu aku selesaikan sekarang.